Monday, April 20, 2009

Kata kata menusuk Kalbu , Tiada Guna Semua tuh kawan,

siriously aku cakap, aku copy paste je nih. malas duh na taip balik. aku buat ni supaya kau betul betul tahu kat siapa aku tujukan benda ni okay ?

(baca kalau kau orang tak sempat nak bukak page dia
)


I'm sory Fwen's!!


aku xde niat nak sakit kan aty korang!

aku xde niat nak wat korang mara

tapi aku pelik,nape korang tiba-tiba nak timbulkan balik masalah ny?

korang nape nak cari salah aku?

nape korang wat aku cam ny?

aku xsangke korang sanggup rancangkan hal ny awal2

aku xpenah anggap korang ade salah dgn aku walau sikit pown

aku xpenah pikir diri aku ny xpenah ade xde wat kesalahan

korang hanya taw cari salah aku n da ade korang serang cam tuh je

aku bukan nak b'lagak suci atau baik

aku cuma nak kwn2 aku yg dulu!!

yg same2 gelak,bergurau n epy slalu!

come on lar korang!

plez tolong jgn hukum aku macam ny

aku taw slame ny aku xpenah nak sedar kesalahan aku

aku janji nak ubah tp aku ingkar

tolong lar wey!



aku hargai apa yang kau buat. *senyum*

akan tetapi..

aku tak suka cara kau cakap. macam kitorang yang salah pula. ada aku rancang awal awal ke ? ada aku nak cari salah kau ke ? ada ke weh ? kalau ada beritahulah bila. aku tak sangka kawan aku macam ni. susah betul nak cari kawan yang betul betul kawan. huh.


aku bukan nak kecoh ke ape, just tak puas hati gila babun dengan cara kau. ayat kau pun takboleh bela je doh. rase nak sepak jeh. jangan macam ni okay ? kang tak pasal pasal aku baran kat kau kang. huhu. kalau kau nak tahu benda ni dengan lebih lanjut, silalah tanya aku ye. jangan pakai benda benda macam ni, MySpace lah, kutuk dalam Msg lah, Pakai Orang tengah lah. ape ni weh ? FACE kitorang lah weh ! takut ke ? uhh nampak sangat penakot kau ni.


okay ?

Sunday, April 19, 2009

Kalaulah ,

Kalau kau kata iya ,
iya aku cubakan.
Kalau kau kata tidak ,
Tidak aku jadikan.
Kalau kau kata mahu ,
Mahu aku lemparkan.

Tapi,

dalam aku kata iya , tidak , mahu ,
kau kata apa ?
tidak mengapa ,
keikhlasan itu raja segalanya.

ahh begini sikap kau ,
dari mulanya aku sudah agak ,
akanku pertontonkan ,
boleh aku paparkan ,
boleh, boleh, boleh.

kau nak ?

SAHABAT ,
perkataan itu pula yang menghalang segalanya ,
kau sahabat aku ,
sekali berteman ,
kau akan jadi teman aku selamanya..

tak mudah untuk lakukan semua ini ,
hanya untuk pengajaran ,
dari zaman silam kau ,
tak mengapa ,
itukan pengalaman bukan ?

*apekebende tah*

Catatan buat engkau Gadis Cantik molek berkulit hitam manis,

Sahabat aku,


Terkejut bercampur tidak percaya aku mendengar cerita engkau tentang si dia yang tidak menghargai jasa jasa kau. pabila dan saat aku mendalami isi hati kau, aku turut merasainya. kenangan pahit manis antara suka duka yang berlaku sejak kebelakangan ini dapat aku gambarkan. betapa kecewanya engkau. jangan kau kisahkan si dia yang tidak menghargai kau itu, nyahkan saja dia dari hidupmu. biar dia dengan hidup dia, biar dia dengan jejaka jejaka yang telah membuat dia lupa dengan diri dia. biarkan sahaja. biar dia tahu siapa yang menjadikannya begitu. biar sahabat, biar. kerana itu lebih bagus, bukan ?



buatmu si Gadis Hitam Manis,



Suka keadaan macam ni ? yang tegang menyapa antara iya tak iya, pura pura ramah sedangkan jelas-jelas tarik muka satu satu. Dunia yang dirasakan Satu tetapi dua dalam masa yang sama. Sini kata iya, sana kata tidak. Jangan jadikan Hipokrit alasan untuk menjaga hati. Adakah ini yang kau mahukan ? Ini ke yang kau janjikan ? Ini yang terbaik ?



Kalau diizinkan, boleh aku bertanya kepada kau wahai gadis cantik ? tidakkah engkau tahu ? tidakkah engkau sedar yang selama ini kau telah mengawal dan mengatur apa yang sahabat aku lakukan untukmu ? Kau telah menyiat hati dia dalam diam diam. tidak dinafikan manusia boleh bersabar. tetapi sabar itu ada batasnya. jadi jangan salahkan kami jika kesabaran itu sudah tiada.



mungkin tanpa kau sedari kau telah melakukan satu kesalahan dimana kau telah meminta dalam masa yang sama kau juga memaksa. sejujurnya pada mulanya aku sudah menjangkakan kau akan jadi begini setelah mendapat tahu segalanya. kau lupa. kau alpa. leka dengan kata kata si kumbang yang manis. kata kata lelaki buaya di luar sana. percayakah engkau dengan lelaki di alam maya ? oh bodohnya engkau jika mempercayai setiap bait bait yang dicurahkan itu.



jadikan diri sendiri sebagai idola. yang bakal membawa engkau ke dunia nyata. kejarkan yang mana perlu. agar kau dapat kembali seperti dulu. aku disini, sentiasa bertolak ansur. jika kau kata iya, iya juga aku cubakan. jika kau kata tidak, itu semestinya ditentang habis-habisan. bukanya aku ni bagus sangat. ak tak sesempurna engkau wahai gadis hitam manis. sedarkan diri kau itu dulu, fikir dan tanya kepada sesiapa jika perlu.



jika digunakan abjad, A kata iya, B kata tidak. C kata perlu, D kata mahu. dan E kata Berbeza. Fahamkan engkau ? boleh aku tanya ? ayat yang mendalam ini hanya boleh difahami oleh kau wahai gadis hitam manis.



Kalau itu yang engkau mahu, aku tidak membangkang, malah lebih bahagia kerana engkau telah memilih jalan sendiri tanpa bantuan orang lain. itu yang tidak pernah engkau lakukan. hantarlah berapa banyak konco konco yang kau ada, hantarlah mereka mereka supaya kau boleh dapat lebih banyak maklumat. hantar lah walau kerabat diraja, selagi kau tak berhadap dengan aku dan dia, kitorang takkan kata apa apa. sini kata iya, sana kata tidak. begitulah hakikatnya. hanya dengan kau wahai gadis Cun, aku dan dia boleh berkata. hanya itu. okay ?



"Become a better Person and be sure to know who You are before meeting Someone New and hoping that Person knows who You are"

Saturday, April 18, 2009

Suatu hari yang memenatkan ,

Saturday, April 18, 2009
(malas nak masukkan pic sendiri)

18 April 2009 - hari yang memenatkan lagi Menyerabutkan otak aku. tensyen yang teramat sangat. aku pun tak tahu nak cakap macam mana. pagi pagi lagi aku dah terjaga. gara gara nak pergi bendealah ni lah. benda yang disangkakan seronok tapi tersangatlah hampeh. busan jeh kot. ramai gila orang, terpaksa bersesak sesak then berebut nak beli buku. tak dinafikan diskaun memang cambest lah kan. huhu.

okay dalam pukul 10.45 aku dah terpacak sorang sorang dekat KTM sambil sabar menanti rakan rakan ku yang kononnya 'On The Way' tuh. agak tensyen sebab aku orang pertama yang sampai and terpaksa menunggu mereka selama hampir satu jam. lama tuh ! korang boleh challange aku tak ? kesabaran itu penting ye kawan -,-

dalam 11 setengah mereka sampai. aku dah penat menunggu lantas terus menuju ke kaunter untuk membeli tiket ke hentian putra. grrr, nak beratur punya lah panjang. sakit kaki aku dibuatnya. eceh. belum jalan jauh da sakit kaki en. hahaha :P

then dah sampai sana, jalan ape semua. masuk lah pwtc tuh. mula mula orang tak ramai tapi dah naik tingkat satu, perghh dia punya orang kan, macam sardin. nak jalan pun susah. tensyen je kot. aku dah lah tasuka tempat tempat yang crawded gila babun macam tuh ! bikin serabut je doh !

then aku beli lah buku buku latihan PMR. dan kertas model Pmr. aduhh aku tak tahan gila dengan tempat macam tu so kitorang decide nak makan dan lepak The mall jeh. ni lagi satu tempat yang BOSAN gila ! tambah tambah lagi dengan foodcourt yang macam sakai lepastu makanan tak sedap langsung. geram je aku. penat je beratur panjang panjang tapi hasilnya tak memuaskan langsung ! dush ! *geram*

keluar topik kejap, masa nak makan tuh, dalam kitorang pusing cari meja kosong, ada sati insiden yang menjelikkan mata aku ni. ada ke patut ada sorang kakak ni, boleh dikatakan tua lah jugak, badan agak berisi dan memakai baju bewarna hijau. dia terlanggar orang dibelakang dia yang sedang membawa dulang yang berisi nasi dan air.

dia langgar then air perempuan dibelakang dia tu tergolek, nasib tak tumpah sebab dia pakai cawan plastik and ada penutup dia, tapi tumpah sikit kot. tak perasan pulak. then boleh pulak akak baju hujau tadi usya slek kat kakak yang bawak dulang tuh, then sikit pun tak minta maaf !

wtf ? kak, saya tahu lah kakak ni orang yang lebih tua dan perlu dihormati, tapi kan kak, sometimes kita tak boleh nak fikir kita punya keras kepala je, kalau dah salah kita, tak perlu malu untuk minta maaf ye. atau akak memang jenis yang macam tu ? menjelikkan mata para masyarakat sekeliling ? ahh lupakan lah alynn.

by the way pesanan untuk kakak baju huiau, (kalau akak baca lah) tolong lah sedar yang kepala kakak tu dah macam dinding kat blakang akak tu ye. *smile*

masuk topik balik. *sengih*

then jalan jalan kejap and disebabkan bosan yang teramat, kitorang decide na Turun KL Sentral then jalan jalan kejap. tapi cuaca tak menyebelahi, hujan rintik rintik. disebabkan takut hujan akan turun dengan lebih lebat, so skali lagi kitorang decide untuk pergi mines je. lepak kejap. heh. lawak jeh doh !

okay macam ni, dalam kitorang tengah jalan kat tepi jalan yang penuh dengan orang yang tengah jalan jalan, aku rasa macam nak bowling mines jeh. then aku pun fikir fikir macam sempat jeh nak pergi sana sebab baru pukul 4 petang. so aku pun cakap kat diorang and diorang pun setuju nak pergi sana. pastu tunggu train and dah sampai tuh, perghhh sardin bhai ! aku dah macammm... *mengeluh*

dalam hati aku macam ni "PWTC macam ni, train pun macam ni. pengsan aa aku pasni -,-"

aku dah tesyen gila laaa. pastu sampai mines lepak kejap jalan jalan. then pergi game sekejap. hahah. lawak je doh ! main baskeball. grrr. rasa nak pergi balik je kat sana. hehe. tapi yang pasti aku kalahkan adam ! yeah ! hahaha, adam kau kalah ! ahhahahahah. *gelak*

then dah ape semua balik jelah, malas na menaip dah. mata berat wokk.
bye -,-

Monday, April 13, 2009

Hanya kerana payung..

p a y u n g a k u w a r n a p i n k

hah, gambar diatas tu gambar payung yaa. hahah. benci betul bila aku teringatkan payung aku yang comel bewarna pink itu. hahaha. petang tadi macam sakai gila, aku kena buli hanya disebabkan payung aku yang bewarna pink itu ! grrr, tensyen tensyen ! hahaha. tape la, ada jugak kenangan dengan membe baru aku tu kan. lagipun payung tu berapa ringgit je kot. huhu. arghhh payung tu mak aku yang belikan doh ! sayang wowh, grrr. tak mengapa lah alynn oii, kan kau ada lagi satu payung yang sama, just warna je lain. guna lah yang tu pulak. haha.


apa apa jelah babe. yang penting kenangan kan. heheh. macam macam jeh dorang nih. aku pulak jadi mangsa tadi. padahal aku ta buat salah pun. dush dush ! tahula aku budak baik yang teramat sangat sampai nak dibuli kan. eceh poyo je aku. hahaha. by the way afiq, eg, qayyum, ayap dan MARIA ! hahah, korang tengok lahhhhh~ buli aku yeee. bagitahu mak aku kang. hahahahaha. sekali lagi aku poyo. *GELAK*
.
.
ade ke patut aku dibuli hanya sebab payung tuh ? macam tak logik jeh ! mana pernah selama ni aku kena buli =.='
.
.
hahah tape tape atleast aku dah ada pengalaman kena buli. hahaha. bangga jewp. hahaha. boleh ke aku cakap macam tu ? lalalalalala. heheh. actually tadi aku nak jumpa syafiq kat moms cook, sementara nak tunggu dia tuh aku lepak lah sekolah. ingat nak main bola baling tapi dah hujan kan. nasib baik lah aku bawak payung yang sekarang dah Inalillah dah. hahaha.
.
.
tadi boleh pulak tepat tepat aku dah sampai serdang, hujan turun dengan lebat yang amat. aku baru je semangat nak main bola baling tadi. adoyy. aku tak stayback pulak sebab tade homework. so macam malas. lebih baik aku balik makan and mandi semua kan ? hahah. then petang aku datang la sekolah balik, sebab kebetulan syafiq balik serdang, ingat boleh la lepak kejap kan. tapi td dia lewat. sebab tunggu hujan reda. dia kan naik motor. so tak sempat nak jumpa. tak mengapalah hari lain kan ada. ngeee ^,^
.
.
harini macam banyak sangat masa terbuang. tapi takpe masa masa yang terbuang tu diisi dengan kenangan kenangan yang takboleh belaa. hahaha. macam tak percaya aku kena buli. hahaha. lawakk jeh. wany tahu ni mampus aku kena bahan. hahahahahahahaha. *gelak*
.
.
harini aku asyik gelak je doh, mak aku cakap tak baik gelak banyak banyak nanti ilmu keluar. haha. aku pun tak tahu betul ke tak kan. just macam tak sopan la kan gadis melayu gelak kuat kuat macam tu, tapi dah habit aku ! nak buat macam mana. hahaha.
.
.
ohh okayy keluar dari tajuk sekejap, habit aku lagi satu ialah, Goyang kaki. bukan goyang kaki macam mengayun kaki tuh, aku suka goyang macam kaki orang yang tengah duduk kat bangku tepi toilet and tengah tunggu orang didalam toilet itu keluar sambil tengah tahan kencing. macam tu kot ? aku tahu ianya berbelit belit tapi aku nak cakap jugak. cuma aku tak boleh explain with word. hahaha. kalau dapat catch up tahniah lah ye. *kenyit mata*
.
.
kadang kadang kalau tengah makan kat restoran atau kedai makan mana mana, sambil makan atau tengah tunggu makanan tu, aku akan goyang kaki aku. sampaikan sometimes aku tak sedar yang aku tengah goyang kaki ni. hahaha. and kadang kadang aku kena sound ngan mak aku sebab goyang kaki sampai air bergetar getar. haha. betul ke ayat aku tu ? biaq pi lah. hehh.
kalau kat kelas pulak, aku selalu kena sound macam ni "alynn jangan goyang meja ! aku nak tulis nih." terutama sekali dengan wany. hahaha. aku tak goyang meja tapi bila dah goyang kaki, nanti meja pun akan bergoyang lah kan. hehh.
.
.
okay back to topic awal tadi. today memang banyak kenangan lah. tataw na cakap macam mana. ada yang siap main slide slide lagi tuh. lelaki perempuan semua join. tapi aku tak lah. aku kan budak baik. ececeh. haha. diorang tergolek golek kat situ. comel je. hahaha. sakit pinggang paru paru jantung semua ada. hahaha. yang tak boleh bela sampai taruk sabun ! hahaha lawak jeh korang ni kan ? nasib tak kantoi dengan cikgu. haihh, penat aku gelak kat sini doh. hahahaha. boleh pecah perut aku ni. ngeee.
.
.
.
dah lah penat aku gelak. hehh. lawak lawak..