Friday, October 9, 2009

// "alynn, kau pernah couple tak?"

hampir semua orang yang baru kenal aku tanya soalan tu. naik bosan aku. aku pelik jugak, wajib sangat ke nak tahu jawapan dari soalan tu? hish, pelik pelik je dunia sekarang.

kalau kau nak tahu soalan tu adalah soalan yang paling aku benci sekaligus malas nak jawab sebab jawapannya tetap sama dari dulu sampailah sekarang,

"Tidak. dan Tidak"

Kata-kata manis dan janji palsu tak seindah taman firdausi sayang..


aku pusing, lihat kiri kanan, depan belakang. semua sama. ya, sama. semua? oh my god.

Cinta Cinta Cinta..

pelik bukan ? ape benda tu cinta ? siriously aku tak berapa nak faham dengan benda tu. aku bukak kamus, dia tulis; perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada something (negara, manusia, dll) kadangnya aku pelik juga, budak 9 tahun dah pandai bercinta ? wow ! hebatnya dunia sekarang kan ?

cehh, aku bercakap disini macam aku ni pun tak 'terjebak' dalam bendealah tu pulak. siapa je yang tak pernah rasa sayang kan? aku pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan. cuma belum pernah rasa yang kaw kaw punyaa. mungkin aku terlalu muda kan? okay, ini poyo yang teramat.

dan.. jiwang =,='

haha, mungkin disebabkan bendealah ni lah aku jadi jiwang. cukuplah 2-3 kali aku 'terjebak' dalam gejala yang tak sepatutnya aku 'masuk' waktu muda-muda macam ni. dan kalini aku harap dah cukup lah setakat ini. penat sudah aku melayan perasaan bodoh ni.

kata orang, (sebenarnya tu abang aku sorang je yang yang cakap) semua tu pengalaman.. ahh pengalaman apa tu? pengalaman yang boleh binasakan kita suatu hari mungkin? ohh iya, pengalaman untuk lebih berhati-hati di masa depan lah ye. tapi tidak bagi aku. haha. i'm idiot and i know that. cheer!

aku penat lah kawan..


aku toleh kiri, Cinta
aku toleh kanan, Sayang
aku pandang depan, Suka
aku pandang belakang, Semua nya ada!


ohh sebelum aku terlupa, ini mungkin untuk kamu sayang :)


Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

By Alyah - tak mungkin kerana sayang

// Ayuh! Berperang dengan Kertas Soalan!



Maaf kawan-kawan. gua sedang sibuk berperang dalam dewan peperiksaan sampai gua lupa kepada blog tersayang ni, kesian kau blog. ditinggalkan keseorangan. dah dah, jangan menangis, aku dah datang ni. *merepek*

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

7 Oktober - 13 Oktober 2009.

BH065K114 - harap nombor luck!

Friday, September 25, 2009

// Percubaan Pertama

Apabila aku dah bosan yang tahap melampau..


Baca dan tolong Comment


http://penulisan2u.blogspot.com/2009/09/cerpen-kerana-dia.html?showComment=1253870966093#c4906824748733836496



p/s: mungkin aku akan terus melakukan kerja kerja ini kut? tapi aku sambung after PMR lah ye :D

Sunday, September 20, 2009

// Salam Aidilfitri semua !




Salam Aidilfitri buat semua,

Disini aku nak mohon maaf dari hujung rambut sehinggalanh hujung kaki. almaklumlah aku ni kan suka buat orang sakit hati, jadi aku nak mintak maaf sangat-sangat. after this, 0 - 0 okay? set ! SETTLE ! haha. one more thing, jemput-jemputlah datang kerumah kepada sesiapa yang kenal and tahu rumah aku tu ya ?

Tulus Ikhlas daripada;
Alynn -
Bachang, Melaka

Friday, September 18, 2009

// Ring Ring Ring ~ Telefon Berbunyi..

nama gua alynn.
gua lima belas tahun.

sekarang gua nak bagi y'all tips atau cara menjawab telefon dengan betul. Tips ni gua dapat dari abang gua. sebenarnya kalau y'all nak tahu, cara manusia zaman kini answer call adalah salah. ya, salah. dan kebanyakannya adalah sama. y'all tak pernah terfikir ke nak answer dengan cara yang betul?

STOP!

sekarang gua tahu yang y'all tengah fikirkannya. kan? jadi disini gua nak bagi beberapa ayat yang boleh y'all guna semasa menjawab panggilan-panggilan yang akan datang nanti. tambah-tambah lagi musim-musim raya ni kan, takdelah boring sangat asyik-asyik guna ayat yang sama bukan? jadi, kalau y'all nak tahu, baca sampai habis ya.

setiap perbualan mestilah bermula dengan soalan kan? jadi.. (baca jelah)

Soalan : Hello, may I speak to makcik Bedah please?
Jawapan : Maaf, ni bukan balai polis.

Soalan : Hello, siapa disana ?
Jawapan : Ntah lah, saya kat sini. manalah saya tahu siapa kat sana.

Soalan : Hello, boleh saya bercakap dengan bapak awak?
Jawapan : Nak cakap, cakap je lah. buat ape tanya saya.

Soalan : Hello, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan : Maaf cik, nombor takboleh disambung, nombor hanya boleh dicampur.

Soalan : Hello, mak ada rumah?
Jawapan : Mak tak ada rumah, bapak adelah, pasal bapak yang beli rumah ni.

Soalan : Hello, boleh saya bercakap dengan SIti?
Jawapan : Maaf nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannya. terima kasih.

Soalan : Hello, tolong panggilkan Samad?
Jawapan : Sila panggil sendiri, saya sedang sibuk. maaf.

Soalan : Hello, saya nak tumpang bertanya, adakah ini rumah Mak Eton?
Jawapan : Harap maaf, ini bukan kaunter pertanyaan.

Soalan : Hello, betul ke ini nombor 3234418 ?
Jawapan : Sila letak telefon anda dan dail semula nombor itu, kalau saya yang menjawabnya, betul lah tu.

Soalan : Assalamualaikum..
Jawapan : Waalaikummussalam..
(lepastu terus letak. Salam orang kita wajib jawab bro!)



haa, okay tak tips yang gua bagi ni? kalau y'all nak try, try lah. tapi kalau kene hentam, tempeleng atau belasah, gua tak tanggung bro !

so selamat mencuba !


By The Way..


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin !