Saturday, December 26, 2009

// Haa haa tak tahu !


cek baru ja balik dari kampung cek di kedah.

hmm, sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa ni. tapi aku tetap nak post satu entry berkenaan dengan ini. aku punggg tak tahu kenapa. mungkin ada udang disebalik mee hangus.

sekarang, dekat blog ni aku dah jadi macam seorang yang sangat sentimental dan juga serious. mana pergi ntah aku punya gelak gelak tu. idea aku macam dah tersekat kat otak ni. mungkin betul orang cakap, blog hanya untuk jiwa sang penulis. bukan budak jiwa sentimental macam aku ni.

bila aku baca balik entry entry aku, aku rasakan blog akuu ni dah hilang serinya (macam selama ni ada seri ja blog aku ni) kenapa? aku pungg tak tahu. mungkin disebabkan gaya dan cara hidup aku sekarang. ah! takda kena mengena langsung.

semalam, aku rasa berat hati nak tinggalkan kampung aku. rasa macam apa ntah. susah nak ditafsirkan melalui perkataan. aku rasa macam nak duduk lama kat situ. tak apa lah, mungkin next time aku boleh duduk situ lama lama. next time? bila lah tu agaknya kan? aku pungg tak tahu. dua tahun akan datang mungkin.

memang betul aku jarang balik ke kampung kedah. kalau dulu, aku macam tak feel sangat duduk sana, tapi sekarang bila dah besar (sikit lah) aku dah feel dah hidup di kampung. best juga ya. dengan sawah padi lagi. ah! tenang sungguh aku kat sana. seronok betul aku!

tapi sayangnya aku tak amik gambar dekat sawah tu pun. ah rugi betoi!

mula mula kitorang pergi piknik dekat Tupah. fuhh, syokk betoi mandi manda disana. haha. meh sini aku bagi korang tengok gambar dia, sikit jelah yang aku boleh bagi;

mula mula pasang khemah dulu


ni dah nak terjun dah ni !

hikhik, dah kuyup dah!

akmal memang begitu -__-"

tak habis habis lagi tu. aihh.

untuk gambar mandi mandi, ni jela yang aku boleh sertakan. haha. malas nak upload banyak banyak. then malam tuu kitorang buat bbq;


fuhh ayam ni memang sedap gila lah!

hehehe rindu ayam ni!

haha, dah lah tu. aku dah penat ni. nanti lah aku update yg baru. okay bye bye. salam.

p/s: Al-Fatihah to my late PakLang yang telah kembali ke rahmatullah pada minggu lepas. Amin.

Wednesday, December 16, 2009

// zzZzz..

sejak kebelakangan ini aku selalu tak dapat tidur pada waktu waktu sebegini. maksud aku, arround 12-1 a.m.

jadi aku pun menghabiskan masa yang ada sementara menunggu mata ini mengantuk dengan cara membuka folder folder dan menyelongkar laptob ni. macam macam yang aku jumpa. eh, jangan fikir bukan bukan okay. maksud aku, aku jumpa banyak gambar gambar lama time suka snap gambar syokkkk sendiri. aiyoyo lawak doe.

then selongkar punya selongkar punya selongkar,

aku terjumpa satu folder yang aku nyorok dalam dalam sebab taknak bagi orang jumpa. nak tahu folder ape ? folder.. yang penuh dengan gambar dan nota. haha. gambar sape ? nota ape ? jeng jeng jeng.

mulanya aku nak delete jee folder tuu, tapi tak terdaya -__-"

jadi aku pun buka dan lihat satu-per-satu gambar yang ada didalam nya. then aku buka pula nota nota yang dulu aku tulis. mak datukk, panjang lebar beb! selepas aku baca punya baca punya baca. aku rasa lain macam. terus aku tak jadi nak delete folder tu. sebab apa ? aku punggg tak tahuuu.

tolong aku, kembalikan alynn yang dulu.



// Entry Tiada Tajuk


buka album tagged photo kat myspace
and then aku jumpa pic ni
aku cuma nak cakap

seriously aku rindu gila time ni doe
sumpah aku rindu time ni

get well soon dam, then kita lepak balik macam selalu okay ?

Saturday, December 12, 2009

// Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

aku dah bosan dengan perkataan ni.

H I P O K R I T

sebetulnya aku memang taksuka orang yang ada sifat macam ni, siapa je yang suka orang yang sifatnya begini bukan? tapi tak dapat aku nafikan kadangnya aku juga bersifat sedemikian tanpa aku sedar. tapi aku ada nawaitu mahu menghindarinya. tapi kau ? ada ?

selalunya orang cakap, "aku benci orang hipokrit, tak jujur, ego and etc." tapi bila aku tengok balik, hampir 90% yang korang cakap tu semua ada kat diri korang sendiri. aku disini bukanlah nak judge korang, tapi fikir lah jugak kalau nak bercakap tu ye. tengok dulu kiri kanan, depan belakang, atas bawah. jangan sampai ada yang meletup nanti. *gelak*

aku pun tak tahu apa motif aku post entry macam ni. cuma, petang tadi aku lepak dengan super-best-friends-forever aku dan kitorang borak macam macam termasuk topik pasal Hipokrit ni.

kadangkala kita tak sedar apa yang telah kita lakukan. dan masa ni lah gunanya kawan.

aku..

......

I don't know what to say

Wednesday, December 9, 2009

// aku yang menghitung hari..

pernah tak dalam sepanjang hidup kau, ada satu rahsia atau perkara yang perlu diberitahu kepada seseorang tapi kau tak boleh dan tak berdaya nak beritahu. dalam masa yang sama kau taknak mereka tahu, tapi mereka perlu tahu supaya benda ni tak jadi lebih teruk. pernah?

dan kau sebenarnya lebih rela tanggung sendiri tanpa ada yang risau akan diri kau. hmm. perasaan aku bercampur aduk dalam masa yang sama aku terpaksa menghitung hari untuk menceritakan perit yang aku tanggung selama ini. ahh poyo lagi. ishh

kalau lah aku diberikan kekuatan untuk memberitahu semua ini
kalau lah mereka boleh baca fikiran aku
kalau lah mereka faham melalui gerak geri aku
kalau lah mereka tahu !

kalau lah-kalau lah-kalau lah. tak habis habis kalau lah..

hmm. jadi macam mana ni ? apa yang perlu aku buat ?

tolong lah ! aku buntu !