Monday, March 7, 2011

Pok pek pok pek pok pok pok bujang lapok.. aik?

Membebel.

aku suka membebel. tak tahu kenapa. mungkin aku berjangkit daripada mak. mak memang suka membebel (dan aku sangat tak suka bila aku dibebel). Okay mak memang selalu mebebel kat aku. bukan kakak-kakak aku, bukan juga abang-abang aku. ya, aku lah yang selalu dibebel kerana aku yang paling nakal dan selalu tak dengar cakap mak. hahaha. yelaaa, aku tahu aku selaku anak yang paling nakal. aku tahu.

(ayat touching tuuu.. lalala~)

so, aku ni kiranya macam berjangkit dengan mak aku la. bebel ni dah macam habit pulak. serius, kadang-kadang aku pun tak perasan yang aku tengah membebel.

*jelir lidah*

perempuan dengan membebel dah macam isi dengan kuku. walaupun aku sendiri tak suka kena bebel, tapi aku suka membebel. haiyak! macam mana nak bagi kurang sikit membebel ni ha? tolong laaa aku.. aku kesian kat kawan-kawan aku. diorang hari-hari kena dengar apa yang aku merepek membebel ntah pape tu. aaaaa.. tolong sayaaa.. sayaa.. nak... berhenti... cakap merepek-repek.. wuu.. tolong.. help..

okay cukup. takpayah nak emo sangat lynn. relax, cool je. takpayah kecoh-kecoh.

Ermm.. aku tak pernah cerita pasal siblings aku kat blog kan? hihihi. tiba tiba rasa macam nak cerita kat sini pulak. jeng jeng jeng..

nahh..


tadaaaa.. hahahah yang belakang tu cencored sebab muka takboleh belah je time tu. hihihi.

Ni nak cerita satu per satu..

Along,
Kakak aku yang pertama nama Nurul Ainn. Dalam gambar dia yang paling rendang sekali (tudung hitam). Kalau balik kampung, semua orang ingat dia anak bongsu, sebab dia paling rendah, adik-adik dia semua lagi tinggi dari dia. Sekarang dah bekerja. dekat KLIA sebagai Airplane traffic controller, erk? aku pun tak sure betul ke tu kerja dia tapi lebih kurang macamtu la. kaki shopping dan takboleh nampak perkataan "SALE". kat bilik aku tu penuh dengan segala kasut yang dia beli. tak termasuk baju dia lagi. penuh almari! haha. Umur 25 tahun dan masih available. sape nak isi borang jadi abang ipar aku mari lah.. Bila lah kakak aku nak kahwin ni? *gelak*

Angah,
Kakak aku yang second nama Nurul Assyiqeen. Tu, baju hijau kat atas tu. Huih, dia ni gangster wa cakap lu.. dulu pernah join Wataniah. yang askar sukarela tuu.. Bawak kereta macam nak race je. tapi rock-rock dia pun, dia punya masakan.. perghh, terbohek wa cakap lu. kek coklat resipi dia pun sedap. dia ni suka memasak, ada je resipi baru nak buat. hahaha. sekarang masih study di UiTM Shah Alam. Umur 24 tahun. dia suka gadjet dan ada BLACKBERRY BOLD! arghhh sumpah jeles. *jelir lidah*

Alang,
haa, anak ketiga tu dia yang baju oren tu.. tu abang pertama aku, nama dia Ariff Hafeezy. panggil Egy je. berumur 22 tahun dan sudah berpunya. (jangan nak ngorat yaa) sekarang masih belajar di Unisel Shah Alam, course Art and Graphic Design. Uih, aku nak amik course tu jugak nanti. (kalau boleh lah) Dia hebat guna photoshop dan segala software editing. sekarang dia jadi Free Lens kat kenduri-kenduri kahwin. on the way nak practical. Oh ya, lupa pulak.. dia ada D90!! arghhhh!!~ (camera idaman aku okay) selain daripada editing, and buat kerja photography, dia jugak main band music. dan dia anak pertama yang bawa pulang gitar kerumah, lantas aku pun terbejangkit minat gitar dari dia..

Acik,
Ituuu diaaaa abang aku yang kedua, nama dia Ariff Ridhwan, panggil Ewan je. dalam gambar tu, dia lah yang paling tinggi. macam galah dah aku tengok. hahaha. dia ni otak mathematic. Addmath tu celah gigi dia je aku rasa. Sekarang still belajar kat UiTM Pulau Pinang, course Mechanical. Dia nak jadi engineer. masa kecik-kecik, dia ni lah jadi teman aku mandi, main kereta control, pergi cc, and pendek cerita, dia la abang yang paling rapat ngan aku masa kecik-kecik dulu. Psstt.. dia pun main band music jugak. Lead guitar kalau tak silap aku. Kalau dia Goreng, fuhh.. terdiam aku tengok. kira dua-dua abang aku memang main music lah. Umur 20 tahun dan masih available. *gelak*

Adik,
Haa~! aku la adik tu. Nurul Wan Adzlyn. nak tau kenapa nama aku panjang? hahahaha. aku pun tak tau kenapa nama aku panjang. kalau nak tau, kau pegi lah tanya mak aku. Umur 17 tahun. masih sekolah dan bakal menduduki SPM pada hujung tahun ini. Anak yang paling malas, nakal, tak dengar cakap, semua sifat nakal ada kat aku. tapi senakal-nakal aku pun, aku manja dengan Abah. dimana, anak-anak abah yang lain tak manja dengan abah, diorang semua rapat ngan mak. dulu abah garang woo. sebabtu diorang semua tak rapat ngan abah. tapi biasalah, anak bongsu kan.. mesti jadi anak kesayangan papanya. rindu abah sangat-sangat. harap abah tenang disana ya! amin..

Dah lah tu, penat aku menaip.. nak cerita panjang lebar pun tak boleh, public ni. kena tapis-tapis. hihihi. tapi tu lah sedikit sebanyak tentang adik-beradik aku. 5 orang jee, tak ramai mana pun. tapi 5 orang pun, meriah jugak kalau semua ada kat rumah.

ni masing-masing sibuk dengan comitment masing-masing, tinggal lah aku dengan Egy kat rumah.. huuu.. sayang semua!


bila nak balik ni?

*senyum*

SPIRIT

curik kat belog cik nur amira.
HEHEHE.
sorry kak, esok lusa saya tak buat lagi.
Janji!


Haa..

bosan punya pasal..
nak berjalan sangat pun mak tak bagi..
jadi saya pun menconteng jelah sepanjang hari.
ni baru satu, ada lagi. malas nak scan.
hihihi.

Ehem, yang ni pun i curik kat Tumblr sape ntah..
*sengih*


I wanna be with you.
I really like you.
But at the same time I don't.
Why?
'Cause I know you'll hurt me, and not even care.
And I don't wanna risk getting hurt again.

lalala~

Lirik hari ini :

Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Saturday, March 5, 2011

Memoriesssss..



Sekolahku Syurgaku. hahaha!

Gambar kelas 4 AGROTEK 2010. Sayang korang semua! The best class ever <3


click untuk gambar yang lebih besar.

Macam-macam ragam dalam kelas aku ni. tengok gambar candid tu pun korang boleh nampak kelas ni nakal yang macam mana. masing-masing ada perangai tersendiri. ni aku baru 4 hari tak masuk kelas, dah rindu sangat nak lepak dengan diorang. bising-bising dalam kelas. gaduh-gaduh. bahan membahan, terutama sekali dalam bengkel sains pertanian.

Haritu buat experiment bedah ayam. hihihi. sempat jugak aku tunjuk skill potong ayam aku. (padahal..)

by the way, aku tak tahu pulak ayam sebenarnya busuk gilaaaaaaa wa cakap lu :(

yang aku tahu ayam tu binatang yang sedap dimakan *sengih*

Experiment dalam lab.. lawatan.. ah! banyaknya kenangan. Pejam celik dah hampir lima tahun aku menapak disini. rindunya! senior-senior dulu, abang-abang, kakak-kakak, hishh.. kalaulah boleh putarkan masa..

Ahh, sayang pulak nak tinggalkan sekolah ni nanti.. tsk.. tsk.. T-T

Haha kecoh gile en.. Life must goes on la.

lalalala~

sumpah takkan lupa :)

No title



Talk to me softly
There's something in your eyes
Don't hang your head in sorrow
And please don't cry
I know how you feel inside I've
I've been there before
Something's changing inside you
And don't you know

Don't you cry tonight
I still love you baby
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight

Give me a whisper
And give me a sigh
Give me a kiss before you tell me goodbye
Don't you take it so hard now
And please don't take it so bad
I'll still be thinking of you
And the times we had...baby

And please remember that I never lied
And please remember how I felt inside now honey
You got to make it your own way
But you'll be alright now sugar
You'll feel better tomorrow
Come the morning light now baby

And don't you cry tonight
And don't you cry tonight
And don't you cry tonight
There's a heaven above you baby




p/s: And I'm still here, waiting here. I don't know why I care so much when I shouldn't care at all. aaaahhhhhh! *sigh*

Wednesday, March 2, 2011

"Takpa lynn, Bukan rezeki kamu.. Cikgu mintak maaf, cikgu takboleh bawak kamu ke Shah Alam.." - Cikgu Salmy


Gulp! dengar je ayat tu, memang mengalir terus air mata wa. buat pertama kali di sekolah, depan cikgu, depan bini wa (amallina yaww), depan azieta.. aduh.. sumpah kecewa sangat.

Okay pagi tadi wa excident.

dah jangan terkejut. wa okay. takdahal. benda kecik je ni.

cuma wa takboleh berjalan dengan betul. terjengket-jengket. sakit tu ada lah jugak, tapi tahan lah. nak buat macam mana, benda dah jadi. terpaksa redha, walaupun sedih yang amat.

ya, ceritanya begini.

I'm on my way to school, pakai celoreng bomba, beg, helmet dan sebagainya.

(see?? wa dah dalam perjalanan nak pergi sekolah, dalam perjalanan nak ke selection! damn! sumpah frust gila!)

okay ni ceritanya.

wa berada di tengah-tengah jalan, which is kereta volvo brown berada di kiri aku. traffic light dihadapan bertukar hijau. lalu kereta volvo itu speed dan mungkin tak perasan wa berada di bontot keretanya. berlaku persilangan disitu di mana wa nak ke kiri, dan dia nak ke kanan. akibat daripada kelajuan kereta yang wa taktau berapa kilometer sejam itu, belakang kereta itu pun terlanggar wa punya kaki kiri. wa pun hampir-hampir terjatuh daripada motor tapi berjaya menstabilkan motor capuk wa tu. dan yang sangat menyakitkan hati, kereta itu tak berhenti malah memeruskan perjalanannya yang sedang mengejar lampu hijau itu. lalu wa yang menyangka kaki wa tak apa-apa meneruskan perjalanan ke sekolah.

sampai di parking motor, wa pun cuba untuk meluruskan kaki akan tetapi tidak berjaya. member wa yang tunggu wa di parking motor pun pelik. lalu mereka datang ke arah wa yang ternyata kaku di atas motor. mereka bertanyakan kenapa dan wa pun cakap wa kena langgar. mereka terkejut beruk. berkali-kali wa cuba untuk turun daripada motor tapi tidak berjaya. lalu wa pun menggunakan kaki kanan wa untuk turun dan dibantu oleh dua orang rakan wa itu.

wa cuba berdiri tapi memang tak stabil. asyik nak jatuh. wa dah cuak, ayat yang keluar daripada mulut wa "Weh! cmfirm aku takdapat buat hos! aduh.." lalu mereka ckp "relax, kau try jalan dulu.." dan papah wa masuk ke dalam sekolah. duduk di pondok diskusi. cikgu salmiah datang mintak borang. wa bagi. cikgu tanya kenapa, maka wa pun carita kan lah semuanya..

cikgu panggil guru penasihat PBSM dan dia pun check kaki wa, dia cakap tak patah, tak retak, cuma otot terkejut. cikgu tu suruh wa pergi klinik untuk amik ubat dan MC. dia takbagi wa pergi selection tu.. dia cakap bahaya.. nanti lagi teruk.

Cikgu Salmiah pun datang kat aku,

"Takpa lynn, Bukan rezeki kamu.. Cikgu mintak maaf, cikgu takboleh bawak kamu ke Shah Alam.."

"alaaa cikgu, takdapat buat, ikut pun jadi la cikgu.. sy tengok diorang je.."

"Kamu kena pergi kelinik lynn, cikgu takut nanti jadi apa-apa masa kat selection tu. macam mana kamu nak bawak hos tu, pasang paip semua kalau jalan pun kamu takboleh?"

wa terdiam. kecewa sangat. wa betul-betul nak pergi. betul betul betul nak pergi. serius punya kaw kaw nak pergi. memang kecewa yang amat lah kan. taktau nak cakap macam mana.

"sorry lynn, cikgu takboleh bawak.. bahaya.. kang kaki awak lagi teruk, sekarang awak call mak awak, maklumkan yang awak cedera, lepastu awak pergi kelinik.."

pergh! sentap beb!

wa tak kesah kaki wa nak patah ke tercabut ke ape, janji wa memang nak pergi selection tu. dari time nak pmr dulu. macam-macam la dugaan. maybe memang wa takda jodoh dengan bomba ni. ada je halangan yang datang. sedih sangat weh.

*tears*

wa pun salam cikgu, cikgu peluk wa. terharu doh. azieta and ama pun sama. diorang diam je tak cakap pape. maybe terkejut tengok wa sedih sampai macam tu sekali. tapi memang betul, wa takboleh tahan tadi. kecewa sangat!

lalu wa pun ditinggalkan di sekolah. dan dibawa ke kelinik oleh cikgu bertugas (thanks cikgu) sampai kelinik, jumpa doktor, amik ubat dan dapat MC sehari je!

ULANG SUARA, MC WA SEHARI JE OKAY. ADA KE PATUT?? WA TAKBOLEH JALAN NI LU NAK SURUH WA PERGI SEKOLAH ESOK??!!! ADA AKAI KA TAKDAK??

lantak la esok memang wa taknak pergi sekolah. gaduh pun gaduh lah janji wa memang taknak pergi esok! tak kire. fullstop.

VOLVO BROWN ; lu memang untung sebab wa tak sempat tengok nombor plate kereta lu. tapi kalau wa nampak lu memang wa sumbat lu dalam ekzos. sebab lu wa takdapat pergi selection tu tau tak?? dah berape hari wa training semata mata nak pergi sana, lu senang-senang langgar wa pastu blah. lu memang ayam!! dasar binatang takde akai. pergi mampus la lu!