Wednesday, March 23, 2011

Seriously..

Mula-mula aku sendiri bahan member aku, 
"hek eleh takda band lain ke nak minat.."
"macam ape aaahhhhhh jiwang-jiwang.."

sekali aku pun berjangkit.. 


sekarang..

aku play video ni bape juta kali pon tak bosan. 
bila online asyik search pasal gnr je.
tak tahu kenapa. tapi aku suka.
ishh.. suka lah axl rose tuuuuu. aww.
okay, aku suka dia time muda-muda je lah. 

*gelak*



macam ni lah, suka time handsome je.
dah tua kerepot, semua ditinggalkan! 
aii.. apenak jadi.. apenak jadi..

p/s: aku busy sekarang, takda masa nak menaip panjang lebar.
tunggu saya ya!

Sunday, March 20, 2011

SPM 2011

A cute butterfly

A beutiful flower

Cawan dan piring kosong
 Hasilnya nanti..
Contoh yang sudah siap

Cantik kan. huu.

Ni pon cantik

 by the way, gempak tak..













AWESOME ART!

Tuesday, March 15, 2011

Cuti sekolah..



suka lah main bendealah ni. i nak sebijik lah. boleh belanja i tak? tapi i taknak yang gedabak macam ni.. D3100 sudah..

*gelak*

Okay, mari kita berbicara tentang cuti sekolah.

Macam biasa, sebagai calon Sijil Pelajaran Malaysia, cuti dipenuhi dengan kelas tambahan. tapi aku tak tersenarai dalam nama pelajar-pelajar yang perlu ke kelas itensif tu. (Alhamdulillah lah kan. lalala~)

Jadi, cuti aku hanyalah dipenuhi dengan.. jeng jeng jeng.





Okay, bersepahnya bilik aku. haihh.

haaaaaaa, inilah rutin harian aku.

katil dan teddy untuk tidur krrooohhhh kroooohhhh.
gitar dan chords untuk bermain musik.
laptob dan broadband untuk online.
handphone dan camera untuk awak. *gelak*
psp dan novel untuk menghilangkan bosan bila dah bosan dengan semua kat atas ni.

bosan kannnnnn cuti saya.
oh iya, dan motor untuk keluar meronggeng.
nak buat macam mana, kaki tak pulih sepenuhnya lagi. jalan pun pelik semacam je aku rasa.

*sengih*

lagi satu, aku suka benda ni :



maksud aku, pick gitar. comel kan. rasa macam nak kumpul benda ni lah. menarik tak?

by the way, dengar lagu ni..




p/s: There's no one else could ever make me feel I'm so alive

Thursday, March 10, 2011

Malang memang tak berbau, tapi saya macam dah terbau malang tu.

Semalam pada petangnya aku ke balai bomba dan penyelamat Seri Kembangan. Tujuannya untuk buat latihan kawad hos basah. walaupun kaki aku tak pulih sepenuhnya lagi, tapi aku tetap pergi. cuma tak push lah. buat setakat yang aku mampu.

Sampai balai, cikgu tanya kaki aku okay ke tidak, aku cakap better la daripada awal-awal injured haritu. Maka dengan itu kitorang pun siapkan barangan keperluan untuk kawad hos kering persendirian.

1- Hos
2- Nozzle
3- Glove
4- Jacket Api
5- Helmet

Tapi Jacket Api dan Helmet tak pakai pun sebab takut kes Senior aku dulu berulang. Ada lah sejarah disebalik latihan hos persendirian ni. malas pulak aku nak cerita. Mood membebel tak datang lagi. Ha, So.. Aku dengan muka kurang konfident-nya berdiri disebelah hos yang beratnya dalam 23kg, panjangnya 100 kaki, dan bewarna merah ke-oren-an sedikit itu.

Aku cuba untuk 'kekuda' dan mengangkat hos itu.. tapi kaki aku tiba-tiba sakit. jadi aku pun letakkan semula hos itu kebawah. dan berundur kebelakang. Cikgu Badrul pun berborak-borak dengan aku.

Katanyaaa..

"Dulu saya pun ada injured macam kamu ni.. ada rasa lutut terpusing sikit kan? 10 tahun saya tanggung sakit lutut ni, sampai sekarang tak baik sepenuhnya lagi. dia baik, tapi nanti dia datang balik. kamu patut pergi X-Ray lutut kamu tu.. takut jadi macam saya ni haa"

aku mula tertarik dan berminat nak berborak dengan lebih lanjut.

"cikgu punya lutut kenapa? tengok okay je tu?"

"Saya masa rekrut dulu ada accident sikit, macam kamu lah. kena kat lutut.. bila X-Ray, Tulang lutut saya ni dah lari dari kedudukan asal. dia macam loose sikit. sampai sekarang tak baik lagi ni. patutnya kena operation, tapi saya malas lah nak operate-operate ni.."

Time ni aku.. OH MY GOD! OPERATE?? sumpah cuak gila wa cakap lu. terdiam sejenak.

"yeke cikgu? dulu cikgu rasa macam mana? ni cikgu boleh je jalan, kawad ape semua? tapi haritu saya jumpa doktor dia cakap takpayah X-Ray.."

"memang boleh.. tapi kadang-kadang sakit tu datang jugak. takboleh lasak sangat.. Saya bukan apa, tapi serius saya cakap Doktor tu memang bengong. tau tak bengong tu apa? bukan nak mengata, tapi doktor yang rawat kamu tu doktor apa? lelaki ke perempuan?

"lelaki.."

"lelaki kan? ha, standard lah tu doktor lelaki kat malaysia memang macam ni. ambil mudah. sebab.. benda kalau dah melibatkan lutut.. wajib X-Ray tau tak.. Tempurung lutut semua tu, ingat tak bahaya ke?"

Sekali lagi aku terdiam.

"adoi cikgu.. jangan buat saya takut.. habistu macam mana ni cikgu.." (muka wa time ni memang taktau lah nak cakap macam mana)

"bukan nak buat awak takut, saya bagitau apa pengalaman saya je.. takut kamu jadi macam saya ni ha. sampai sekarang sakit lagi. sekarang, awak balik nanti awak bagitahu mak kamu, ajak dia pergi X-Ray lutut awak.. kita bukan tahu apa jadi kat dalam tu.. kadang-kadang nampak macam sakit biasa, tapi dalam kaki tu kita tak nampak ape-ape yang terjadi"

SUMPAH WA TERDIAM. KAW KAW PUNYA DIAM WA CAKAP LU. TERKUNCI TERUS MULUT NI. THEN WA UNDUR DUA-TIGA LANGKAH, TERUS DUDUK. SPEECHLESS.. MASATU MEMANG SERABOT SANGAT.

tadi kat sekolah, masa latihan kompang, aku berdiri. tiba-tiba kaki aku berdenyut-denyut. rasa macam ada benda cucuk-cucuk. sakit yang amat. aku duduk. cool sekejap, lepastu dia okay balik.

Sampai rumah, bukak Knee Support, sakit balik. dia macam datang dan pergi sesuka hati lah.. huh.. Ya Allah. Harap-harap lutut aku tak apa-apa. amin.

Mak, bila nak X-Ray? *takut*

P/s: Dengar lagu metal buat aku lupa sekejap semua masalah. terima kasih, 'Lagu'.

Wednesday, March 9, 2011

Tentang si pok pek pok pek itu..

(part 1)

S : Kenapa suka merepek dekat blog?
J : Tak tahu lah awak, bila saya dah menaip atas papan kekunci, tap tap tap tangan saya lajuuuu je tekan apa yang terlintas dalam otak saya. okay, atau dengan bahasa yang lebih ringkas.. ya, saya memang suka merepek.

S : Kenapa blog anda semakin membosankan ek?
J : Uih, sebab blog saya penuh dengan tulisan kot.. baiklah, saya akan cuba menceriakan blog saya jika saya ada masa terluang nanti. lebihkan jenaka, gambar-gambar dan sebagainya.. tapi sekarang saya busy lah, ada masa nanti saya buat ya! maaf ya kawan-kawan.

S : Macam mana dengan kehidupan anda? ceritakan sedikit..
J : Life? oh.. macam biasa sajee. saya sama seperti remaja yang lain.. bersuka ria selagi boleh. Serabot tu selalu.. yelah, tak fun lah kalau life takda dugaan kan? tapi pandai-pandai lah cover balik. normal lah remaja dengan masalah.. lagi-lagi masalah tentang hati dan perasaan, persahabatan, and pelajaran.. enjoy your life beb..

S : Agak-agak orang suka ke dengan blog anda ni?
J : Sorry kak, jawapan tu hanya ada pada sang pembaca blog saya ni. tapi harap-harap mereka suka lah, saya tak mampu nak puaskan hati semua orang.. tapi saya cuba okay!

S : Karakter kamu macam mana ya? terangkan serba sedikit.. biar diorang tahu macam mana perangai kamu..
J : Senang cerita, saya ada dua karakter. kadang-kadang saya boleh jadi seorang yang sangat kebudak-budakan (erk?) sebab saya anak bongsu dan kadang-kadang juga saya boleh jadi seorang yang keras kepala, lebih ke-kelakian sedikit., atau dengan kata lain, saya ikut perangai abang-abang saya. membahan, gelak tak ingat dunia, buat kerja 'gila' dan sebagainya. kira macam ikut mood lah.. tapi biasanya saya jadi karakter yang kedua tu. atau lebih mudah, happy-go-lucky kot? lebih kurang lah..

S : Macam mana dengan kawan-kawan? boleh terima perangai kamu tu? kot kot ada yang tak berkenan kee.. (?)
J : Alhamdulillah lah, setakat ni mereka boleh terima. tak ada yang jumpa saya cakap "alynn aku tak suka perangai kau lah, tolong ubah okay?". tak tahu lah kalau ada yang tak suka, mintak maaf lah ya. saya memang begini. lagi satu, mungkin faktor saya jadi macam ni ialah kerana kawan-kawan saya semua memang perangai begini. jadi, mana mungkin mereka kurang senang sedangkan kami sekepala? kan..

S : Dengar cerita kamu sering lambat ke sekolah? betul ke?
J : Uihh.. kelasss kauuu nokkk.. mana awak tau ni? hot jugak saya kan? (gelak) ya memang saya sering lambat ke sekolah.. bukan sekolah sahaja, tempat lain pun saya memang sering jadi insan yang terpaling lambat sampai. I'm a last minute girl. tanyalah kawan-kawan saya.. kalau pagi-pagi nak masuk dalam sekolah tu, lalu kat gate takpayah berhenti tulis nama. pengawas yang jaga gate dah tuliskan awal-awal nama saya bila dia nampak saya turun daripada motor kat tempat parking.. (still gelak) ya, saya memang nakal.

S : Sports? ada minat atau main apa-apa sukan?
J : Ohh, ada-ada. Netball, Handball, Volleyball and kadang-kadang layan jugak Futsal kalau member-member ajak.. Lepas SPM nanti akan giat balik main Futsal kot? sekarang focus study dulu lah kan.. Saya kalau dalam padang dengan luar padang, berbeza sangat perangai.. dalam padang saya akan jadi seorang yang agak GARANG dan PANAS BARAN. (lagi-lagi kalau padang kawad) pernah sekali, masa lawan Mini Olimpik Bola Jaring, saya dibuang keluar daripada padang sebab main dengan agak ganas dan.. ntah. hahaha. muka wa time dalam padang comfirm merah punye wa cakap lu!

S : Music pula? macam mana? komen sedikit..
J : Oh, saya sebenarnya dah fed up main gitar (sebab malas nak belajar power chord).. rasanya nak berhenti main gitar dalam masa yang terdekat ni sebab kalau saya belajar main gitar, hari-hari saya menghadap gitar je. sebab macam focus sangat.. buku tak sentuh langsung. saya memang jenis yang tak boleh focus buat dua kerja dalam satu masa. lagipun saya main gitar ni saje je mengisi masa lapang.. dan.. saya ingat nak belajar main piano.. atau drum? macam best je kan.. tengok lah macam mana.. papepun, spm dulu bro..

S : Hmm.. macam mana dengan Movie? Tv?
J : Aduh kak.. part ni saya lemah.. saya memang betul-betul jarang tengok tv ataupun wayang. bukan tak suka, tapi saya lebih sukakan teknologi yang memerlukan perhubungan dua hala. Internet, Handphone, dan sebagainya. Atau mungkin juga sebab saya memang jarang menghadap tv kat rumah.. saya prefer internet daripada tv. taktahu lah kenapa.. tapi kadang-kadang layan jugak cerita-cerita dalam tv ataupun panggung..

S : Haa, ni soalan cepumas! sudah berpunya ke? *kenyit mata*
J : aik kak, cepumas je? cepuberlian takda? (gelak) takdelah.. oh, belum lagi la. kalau nak tahu, sepanjang hidup ni saya belum pernah in a relationship dengan siapa-siapa pun. setakat scandal-scandal macam tu ada lah. kawan-kawan saya asyik tanya, "alynn, bila aku nak tengok kau couple ni.. teringin dooo" tapi saya buat bodoh je hihihi. alah, kalau ada tu, nanti saya bagitahu lah ya. iyaaa, tak sorok punyeee.. hahaha!

S : Ohh.. jadi, boleh isi borang lah ni?
J : (gelak lagi) ya yaaa, boleh boleh.. silakan.. takda masalah.. :)

S : Okay lah, ada apa-apa lagi nak cakap?
J : Hmm, Tak tahu lah.. selamat membaca blog saya dan terima kasih kerana sudi memblogwalking kedalam adziest-lynn ni ya. jangan lupa datang lagi.. kedatangan anda amatlah dialu-alu kan.. terima kasih terima kasih.. toceh toceh..

S : Jadi sampai disinilah temubual saya dengan awak ya? nantikan temubual part 2 pulak..
J : baik kak.. takdahal, akak boleh datang bila-bila masa yang akak nak. saya ada je kat sini.. ada masa kita lepak kedai mamak borak-borak ya..


P/s: Hahahaha, bajet cam artis pulak nak ade reporter tanya-tanya bagai.. takpe, sekali sekala perasan tak salah kan.. *jelir lidah*