Thursday, August 27, 2009

//Kepada lelaki diluar sana





1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidakmenitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya,lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelumanda menegur dengan ucapan maaf.



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang palingdia sayang.



4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelakiitu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluardengan lelaki lain.



5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nakmenerima pujian.



7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati,tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangatdalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana biladia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.



8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas andatolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih inginmenganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dantulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung takberguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikanrespon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akanbersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik sajaganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluhminit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangansenyum sebarangan.



14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan denganpersahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.



15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajakberjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda




//by the way aku rasa aku paling suka yang no.12 tu. hehe.

Wednesday, August 26, 2009

//entry bodoh-itu-bodoh dan tetap bodoh. atau mungkin kurang bijak kerjanya barangkali ?

tak pernah-pernah aku hantar entry yang title nya sebegini. ape sudah jadi wahai alynn ku sayang? kah kah kah *gelak*

mungkin juga aku sedang kebosanan yang tahap melampau sehinggakan melakukan perkara-perkara yang bodoh seperti ini.

tapi sebentar ya. apa sahaja perkara bodoh yang sedang aku lakukan?

ohh.. bodoh iya?

ZzzzZzzzZz..

ini merepek ya kawan *senyum*

//I Love You, You Love Me





I Love You, You love Me were best friends like friends should be, with a great big hug and a kiss from me to You. Wont you say u love me to.

Comel bukan?
keh keh keh, *gelak*
patung ini bewarna ungu, hijau dan kuning.
dibawa oleh saya kemana sahaja.
and thanks Adam! <33




by the way, tengok gambar 'budak' comel ni. aku suka doe. geram gila!





haziq, nie masa kau kecik-kecik dulu ke? HAHA. ijk :)
kaki dia pendek,
ekor kontot.
muka macam takboleh comel lagi jeh.
grr.. sabar jelah..

bapak lah comel, geram doe! RAWRR!~
arghhh !
aku geram sangat
sampai rasa macam
nak bunuh je binatang ni.
huhh.

Monday, August 24, 2009

//Kesakitan yang Dalam Diam

perit bila jadi yang tengah
perit bila jadi pemerhati
perit bila jadi pengutus
perit bila aku terpaksa senyum
perit bila aku mula rasa sebegini (!)

dahulunya sama
kini aku fikir berbeza
tapi usah kau kata beza
kerna semuanya bagai tiada lainya

aku benci, benci, benci (!)
setiap bait yang engkau cuba lemparkan
aku terduduk membacanya
aku diam

pura-pura riang tetapi hakikatnya berbeda
senyum yang sudah mula pandai menipu
gelak tawa yang jelas tiada ikhlasnya
hipokrit rupanya aku ini ya ?

tapi tak mengapalah
kerna semua ini bukan yang sulungnya
bukan juga yang angahnya
tetapi sudah bercicit aku rasa
betulkah ?



//ini entry yang ke 101, cantik nombornya bukan?

Friday, August 21, 2009

//RAMADHAN MENJELMA KEMBALI


dalam setahun hanya sebulan,
dalam sebulan hanya 30 hari,
ahh apa aku merepek ni.

ADAM MYRA YASMIEN <3

For everything's. sorry. to y'all bertiga, sorry.aku tahu aku banyak salah dan aku mintak maaf sangat-sangat. aku harap Ramadhan kali ini, kita baik-baik semula. amin..

aku, ramadhan kali ini tanam azam nak taubat. haha. nak jadi budak baik, nak rajin-rajin belajar. nak PMR. result Trial aku sangat teruk. sabar jela. so, aku nak jadi budak baik. Insya-Allah lah. harap-harap dapat la. haha. (aku jahat eyh selama ni?)

selama sebulan, aku nak cuba jadi yang terbaik. aku nak cuba jadi alynn yang terbaik. aku akan cuba. aku akan cuba, Insya-Allah *senyum*

nanti-nanti, aku akan busy dengan study. maybe takda masa langsung dengan kau orang. tapi harap-harap aku tak lupakan kawan-kawan aku yang lain. aku taknak kecikkan hati diorang lagi, cukuplah selama ni aku buat macam tu, pentingkan diri, selfish. jangan risau kawan, aku akan cuba. bagi aku peluang ya ? <33

aku cuma, susah nak kata. aku cuma harap kau orang faham aku seadanya. cara aku, gaya aku, dan aku ni jenis yang macam mana. itu je. bukan lah bermakna aku nak cakap kau orang tak pernah nak faham aku. tapi sukar untuk ku jelaskan dengan kata-kata. (cehh ayattt)
aku bukanlah jenis yang lupa kawan. tapi aku ni jenis yang suka ikut kepala sendiri. tak kisahlah even kalau aku terpaksa hidup seorang-diri. aku peduli apa kan? itulah alynn kalau kau tak tahu. aku lebih rela jalan seorang daripada berdua. bertiga atau lebih ramai. sebab apa? sebab aku rasa hidup sendiri lebih menyenangkan. (tak percaya tanya lah family aku, macam mana perangai aku kat rumah)
aku lebih suka buat sesuatu itu sendirian. jiwa aku bukan untuk semua tu. bagi aku semua tu menyerabutkan jiwa aku ja. jiwa aku kosong. kosong! tak pernah terisi dengan apa-apa perasaan. sayang, cinta, kasih. semua tu mainan aku ja. aku masih muda untuk semua itu. mungkin juga itu merupakan satu sebab dimana aku lebih suka bersendirian.
aku bisa hidup sendiri. tak aku nafikan kawan itu penting untuk aku. cuma aku sayang mereka. mereka yang teman aku bila aku sudah penat bersendirian. aku sedar tiada manusia yang bisa hidup sendiri. sebab semasa mereka tiada disisi aku sejak dua menjak ini, aku disamping orang lain. jadi aku bisa sendiri kah?
hahaha, sekejap-sekejap, korang faham tak ni? sebab aku rasa korang memang susah nak faham entry-entry aku selama ini. (yeke? perasan la kau ni alynn) jadi aku harap sempena ramadhan bulan yang mulia ni, kita baik-baik kembali ya? aku pun banyak story ni, jangan ketinggalan. haha.

to ADAM :)

aku tahu kau sangat panas dengan aku, aku akan cuba ubah diri aku. tapi aku ubah untuk menjadi yang lebih baik, bukan sebab kau suruh okay? haha. thx ye dam, kau tegur aku dalam diam. cara yang sangat excelent. sayang kau lah. by the way, tarawikh sama-sama jom? aku rindu kau okay :)

to MYRA :)

kau tahu kan aku sayang kau gila-gila. tapi kadangnya aku kecil hati sikit. kalau kau nak tahu sebab apa? nanti aku cakap lah. ni terlalu public untuk aku jelaskan. imy too <3

to YASMIN :)

aku tahu kau lagi panas plus plus plus dengan aku. cuma keras kepala membatasi segalanya. aku tak tegur kau even aku yang salah. aku tahu, sebab kalau aku kat tempat kau pun aku akan rasa benda yang sama. sorry okay?

oh iya, ini bukanlah bermaksud aku nak kecoh tulis di blog, seperti yang korang tahu aku bukanlan jenis yang suka gaduh-gaduh di blog, ini cuma picisan dari hati ini. pengakuan yang aku sendiri pernah nafikan dahulunya.

p/s: kepada semua, kalau ada salah silap harap dimaafi ye. 0 - 0 la after this. boleh?

KAWAN-KAWAN!
SELAMAT BERPUASA YA!