Monday, June 28, 2010

// Thanks For the Memories..

(gambar takda motif)

currently litsening bila cinta (lagu kat blog aku ni haa) *senyum*

sobs sobs.. alamak emo pulek. hihihi.

buat pengetahuan kau, termasuk yang ini dah empat kali aku tulis separuh notepad untuk entry blog kesayangan ini tapi semuanya dipadam. idea aku tersekat. tersangkut takat otak je. tak terkeluar dek jari yang menaip ni. ishh. sabar jelah.

Well I'm getting happier all the time, which is very nice.

hari ini hari pertama dalam minggu yang aku jangka akan jadi minggu paling busy. hurmm, semuanya okay. tidak terlalu memenatkan. hanya dengan menjaga kiosk, dan jual waffle. mungkin esok akan lebih mencabar (cehh) kerana aku pulak yang akan menjaga gerai kat ruang jualan di sekolah itu.

hurmm, chocolate strawberries.. nyummy~ sedaaap.. (tak sabar nak kebas esok)

*gelak*

aku tak ada cerita. juga tidak ada idea. again. hai kenapa lah otak ni selalu kering dengan idea. yela, dulu banyak idea sebab study tak tensyen sangat kan. tahun ni macam blur sikit. plus dengan buzy lagi kan. kang aku letak formula addmath kat sini kang, tak terkejut pulak semua orang. hihi. *merepek*

tadi aku on laptob lama tu. ye, laptob acer tu. yang dah berkurun ditinggalkan. well, kesian laptob tu. dulu aku berkepit dengan dia. sekarang dia ditinggalkan. hurmm. well atleast laptob tu masih dalam simpanan aku. ada kat tepi ni haa. dalam beg dia. hehee.

laptob tu menyimpan seribu satu (1001) kenangan. bila aku bukak, macam macam aku jumpa. teringat zaman dulu-dulu. rindu pun ada. tapi aku tolak tepi. benda dah lepas, buat apa nak dikenang lagi kan? buang masa je.

special thanks kepada:

AbangKachak : sebab jaga aku. sedarkan aku. and so on..
AbangBulan : sebab.. sebab.. ntah. tapi aku nak terima kasih sangat-sangat kat kau. kau dah mengajar aku banyak perkara. baik atau buruk, aku tetap akan ingat semua tu.
AbangUda : hurmm, yang ini belum ada comment. *zipp*

satu persatu gambar, nota, dan puisi yang aku tulis dan simpan dalam laptob tu aku baca dan tengok. fulamaaaaaaaaaaaak jiwang habis lah aku time tu. maklum laa, budak-budak lagi kan. tapi thank god la atleast lepas berlaku semua tu aku dapat berfikir dengan lebih matang. kan? tapi tak dapat dinafikan memang aku still macam budak-budak lagi. ahh, belajar dari kesilapan. sekarang aku lebih berhati-hati.

mungkin itu hikmahnya. siapa tahu?

tangan aku macam nak click "delete" semua tu tau. tapi.. takpayah lah. kenangan kan.. aku pun jarang on laptob lagi satu tu. *senyum*


p/s: haha. mungkin ada sesetengah pembaca tak faham apa motif aku menulis macam ni. kalau nak faham, baca entry-entry aku masa tahun 2009. okay?

*wink*


by the way.. nah!

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan


and.. aku teRasa macam nak menulis cerpen balik. alaaa.. macam dulu-dulu tu? dulu ingat nak sambung 'kerja' tu lepas PMR haritu tapi ntah lah.. hehe. well, nantikan cerpen terbaru aku ya! dah siap nanti aku post kat blog.

Saturday, June 26, 2010

// Minggu depan aku perlukan lagi sepasang tangan..

BOOM TEBABOOOOOOOW!~

*gelak*

ah sudah, hye semua. para blogger, para follower dan kawan-kawan.

dah nak dekat seminggu aku tak update blog ni. well, tengok la kan. haritu kata nak naikkan semangat ber-blog-ing aku tu tapi apa hasilnya? see, terbengkalai. alah biasa lah tu.

*sengih*

seperti biasa, otak aku masih lagi cetek dengan idea. kering tanpa sebarang cadangan yang melintas. aceceh. mula lah tu nak berdrama swasta. hehehe. okay, mari kita teruskan.

semalam aku pergi perjumpaan sidang redaksi smk seri indah untuk sesi 2010. haaa, mau tidak nya aku kena membebel sebab tak siap lagi laporan sukan dan permainan. heh. biasalah, alynn.. siapa tak kenal kan.. *gelak lagi*

lepastu cikgu bagi tahu yang minggu depan adalah minggu koperasi dan minggu sesi fotografi. masa tu aku dah macam..

"OMG! comfirm kelam kabut"

yelaa, mana tidak nya nak bertugas permata lagi, sidang redaksi lagi, kelas lagi, hai tak menang tangan la nampaknya. kalau boleh pinjam tangan sesiapa, aku lah orang pertama yang beratur nak mintak borang kebenaran. betul.

hmm lepastu cikgu cakap lagi. sesi fotografi tu hanya ada pada hari rabu dan khamis. aku pun macam, okay la kan atleast dua hari je nak kena jadi singa. yes, cikgu siap bagi amaran lagi yang berbunyi macam ni..

"haa kamu orang semua jangan nak main-main eh time sesi fotografi tu. kalau cikgu nampak, memang nak kena!"

aku dah..

err...

......

okay. aku akan cuba try test.

aduhh. aku takdapat nak bayangkan. macam mana lah nanti. dengan orang ramainya, dengan nak kena cari budak-budak lagi, naik kelas turun kelas, dengan kelas beratur nak tunggu giliran ambil gambar, dengan kiosk-kiosk tepi koridor jual macam-macam (sebab minggu koperasi kan) and so on lah. hai, redha jelah alynn oi.

hurmm. okay, aku dah kering dengan idea. nak tulis ape lagi ni? alamak! sampai disini jelah rasanya. memang aku takda idea langsung ni! KOSONG!


comel tak aku lukih atas belon ni? HEHE


p/s: tak sabar nak tengok toy story 3 esok! haha. tengok dengan the jimband band. *gelak*



Friday, June 18, 2010

// @#$%^&*$%&!!



aku. marah. ya, memang tengah marah. so?

aku taksuka. sumpah tak suka. aku benci bila aku marah. sebab bila aku marah aku macam dapat rasakan bagai ada api dalam badan. macam ada sesuatu yang menganggu aku sampaikan sesiapa yang menegur akan jadi sakit hati. and bila aku marah, aku dapat rasakan seolah-olah kepala aku ni macam nak pecah. macam... @#$%^&*(!!!

aku benci marah. memang aku benci. sangat.

aku tak suka nak marah marah tapi bila marah tu dah bermaharajalela dalam diri, aku sendiri tak dapat nak mengawalnya. mungkin kerana aku ni jenis yang suka memendam, jadi bila marah itu sesekali datang, ianya mungkin akan menjadi satu masalah kepada orang lain. aku tahu.

lama.

aku boleh mengawal marah aku. ya, sekarang memang aku sedang mengawal aku punya marah tu. aku diam. semua benda aku tak hiraukan. hanya gempa bumi sahaja yang boleh membuat aku bersuara kalau aku sedang marah. mungkin ada juga benda lain tapi dalam keadaan marah begini aku tak dapat nak fikirkan apa apa selain itu. diam.

*muka berkerut*

again. aku sangat tidak suka situasi begini.

selalunya bila aku tengah marah, aku akan diam sepanjang masa. memang diam sediam diam yang mungkin. aku akan berada dalam dunia aku sendiri yang tak mungkin korang akan dapat masuk. dunia aku lain. hanya ada aku. dan aku. dunia ciptaan aku, hanya aku je yang mampu memahaminya.

penat aku berinteraksi dengan otak, hati. berkata;

"jangan marah, cool. marah-marah pun takda guna kalau kau yang sengsara"

okay, tarik nafas, hembus. istighfar banyak-banyak lynn. hmm, aku sedang berusaha sedaya upaya untuk berinteraksi dengan otak, akal dan juga fikiran. aku nak cepat-cepat melegakan kemarahan ni. aku tak suka jadi seorang yang pemarah. aku benci (!)

bila marah, otak aku sakit. kepala aku sakit. jiwa aku sakit. tekanan darah naik. apa guna? nampak kan mana baik mana buruknya?

okay aku lapar. mungkin dengan perut yang kenyang nanti aku dah tak marah-marah lagi.

selamat makan malam semua.

p/s: sakit hati tak bila kau sakit hati dan semua orang disekeliling menyakitkan hati. dan sakit hati kau tu sangat menyakitkan hati. (?)

Thursday, June 17, 2010

// Nota tepek dahi


"hai, nama saya pak meon" *gelak*


benda ni sebenarnya dah lama aku nak tulis. cuma tak berkesempatan. (?) or aku sebenarnya dah pernah tulis benda ni. entahlah kawan, aku sendiri pun tak ingat. hihi.

okay, benda ni dah season gila. berkurun lamanya. aku rasa awal tahun dulu aku nampak benda ni.

begger. yelah, peminta sedekah.

katmana aku jumpa dia tu aku takboleh nak beritahu.

masa tu aku tengah jalan dengan penuh ketelitian memerhati sekeliling. pandang atas bawah kiri kanan untuk mencari sesuatu yang menarik. (haha poyo) well, macam biasa lah. even time tu aku dah terlambat dan rakan aku dah tunggu berejam di seberang, aku tetap jalan lambat. relax ah. macam tak biasa pulek. hehehe.

masa aku naik jejantas. kelihatan seorang begger (warga india) yang kudung kakinya duduk bersila dihujung sana. sambil memegang cawan usang. aku pun terus seluk poket/beg/dompet untuk mencari sedikit wang untuk diberikan. apelah salahnya bagi sedikit kan. masa aku dok cari 'duit' tu, aku terpandang dia. ehem. jalan kosong. hanya ada aku dan begger tu. jarak kami dalam 15 meter macamtu. (atas jejantas ni) tiba-tiba kedengaran bunyi ringtone lagu apa ntah. aku tak ingat.

aku terberhenti. pusing tengok keliling. hanya ada aku. dan.. begger. okay. begger tu punya phone yang berbunyi. aku mula tertarik. memerhati si begger dari jarak jauh (even aku rabun haha) aku jalan perlahan sedikit. dan sempat melirik ke begger tu. eheemm. wahh, nak tau tak dia pakai phone ape?


nah tengok ni..


tadaaaa~ nampak? okay memang lah just k750i.

aku curi-curi dengar perbualan si begger tu. tapi hampa, dia berborak dalam bahasa tamil. sumpah aku tak faham. dia cakap dengan suara happy. aku tak tahu lah apa yang diborakkan. aku pun lalu depan dia macam innoncent. dah sampai hujung sedikit, aku baru perasan masih ada rm1 di gengaman aku. aku pandang belakang, si begger masih 'bergayut'. aku diam. simpan semula duit tu dalam dompet.

aku terfikir jugak kan. dia ni kes begger menipu ke, atau tu phone anak dia punya ke, atau dia jumpa phone tu ke, atau ada orang bagi phone tu kat dia ke atau.. entah lah. tapi, macam mana dia nak beli credit untuk phone tu?

aku tengok phone aku. bezakan dengan phone dia. sangat jauh berbeza. dia punya lagi canggih. dia punya lagi maju. tapi dia... begger. kan?

*mengeluh*

betul ke dia orang susah? takkan lah. ehh, entah! dia boleh berjalan. aku nampak sebelah dia ada tongkat. masih bisa berjalan lah tu maknanya kan.

puas aku fikir, dari dulu sampai sekarang. aku masih musykil. tak berjaya merungkai persoalan ni. (acecehhh)

tapi tak mengapa. bukan masalah aku. itu hal dia. bukan hal aku. jadi aku diamkan jelah. cuma kadang-kadang bila aku lalu tempat tu lagi, dan bila aku ternampak dia, aku jadi pusing. again.

ah, lupakan jelah. malas nak fikir lagi. buat penat otak aku je.

hmm, tengok ni..


eii, geram gila aku tengok 'budak' ni. rasa nak penyek-penyekkan dia je.

comel kan? ada macam aku tak?

*gelak guling guling*

aduh, bila lah si gemok kat rumah tu nak beranak. aku tak sabau nak main dengan anak kucing baru ni. cepat cepat lah beranak ye makcik gemok yang kuat makan ikan.

// Tagged again.

Thanks Yasmin.

1) Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih nama itu ?

well, like always.. alynn. ohh ada yang baru; syapikah metro. haha.


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu ?

katakitakamuawak. timbul idea nama ni eh ? maybe sebab aku banyak cakap kot. and aku banyak terima pendapat orang. so, kata kita, kata kamu, dan kata awak. *smile*



3) Apakah method penulisan dalam blog anda ?

menulis. mengarang. mencipta. membebel. err, banyak lagi. ikut mood. haha.



4) Pernah terasa nak hapuskan blog ? Sebabnya ?

tak pernah. even aku dah malas nak update pun, tak pernah terasa nak delete langsung sebab banyak benda yang dah tertulis dalam ni. kenangan tau tak! haha.



5) Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda dan apa kata mereka ?

ahah, pernah. baca diam diam. hengat aku tak tahu lah tu kan. hahaha. diorang kata aku menulis macam matang sangat, tapi perangai macam budak budak. entah ler, lantak pi ah. pedulik hape aku. haha.



6) Apa perasaan anda apabila orang lain mengatakan bahawa blog anda buruk , sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda cantik ?

who care? gua punya blog, suka hati gua lah. janji gua tak kacau hidup lu. (kejam tak? huahuahuwiwiwi)


7) Bilakah anda mula mempunyai blog ?

hmm, 2008 rasanya. masa form 2. urghh i can't rmember it lol. sapa jelah yang rajin sangat nak ingat tarikh buat blog ni kan..


8) Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai blog ?

hmm, rasanya encik panda kot. eh, ntah lah. kawan aku kot. arghh!! tak ingat ah!! (sambil hentuk hentuk pale kat dinding berusaha nak ingat) but still tak ingat T__T



9) Apa perasaan anda apabila orang asyik mengatakan tentang blog anda di sekolah ?

wah, femes jugak blog aku ya? (bangga ni)



10) 10 orang ke atas seterusnya ditag
ehem, malas lah nak list. kawan-kawan, sila ambil ya quiz ni.