Friday, July 2, 2010

// Gadis India dan Kertas Menyerikan Pagi Jumaat aku.



Tamat sudah Sesi Fotografi majalah Seindah Edisi 13, tahun 2010.

Fulamaaaak, dua tiga hari yang lepas memang blog aku dipenuhi entry berkenaan sekolah. sibuk. sesi fotografi. sidang redaksi and so on. so, thank god semua tu sudah berakhir pada tengah hari tadi.

hari ini hari jumaat. friday.

macam biasa pagi pagi baca yaasin beramai-ramai. kemudian masuk kelas. aku pula sibuk menyiapkan tapak pergambaran. fuhh, pagi-pagi lagi dah berpeluh. bak kata wany, 'becak!'

*gelak*

macam biasa, aku selaku budak selalu merayap dalam sekolah (atas sebab-sebab tertentu), pergila cari guru yang perlu menandatangani surat untuk laporan kelab-kelab sekolah tu. aku jumpa seorang cikgu ni, then dia suruh aku pergi jumpa seorang pelajar berbangsa India, (perempuan) di kelas 5 SPE 1.

okay, aku pun pergi cari kelas tu.

sampai kelas, mereka semua tak ada dalam kelas. aku pun pelik. cari jadual kelas dalam kelas tu, tak jumpa. lepastu aku dengan muka penat + bengang bertenggek depan kelas tu. konon mencari laa kelas tu kat mana.

tiba-tiba (perlu ke?) aku nampak beg member aku kat depan lab chemist. oh yeah, kelas sudah berjaya ditemui!

so aku pun pergi lab tu dan masuk ke dalam lab dan terus jumpa cikgu dan bagi salam dan panggil budak tu dan jumpa dia. haa, berapa banyak 'dan' laa.

masa kat depan lab, aku borak-borak macam ni dengan dia;

gadis India : Ye, nak ape?
aku : haa, kamu setiausaha kelab ****** kan?
gadis India : ye, kenapa?
aku : haa, cikgu ****** ada bagi kertas suruh buat laporan kan?
gadis India : ada ada. baru nak buat. kamu sape?
aku : (aku ngan wany dah gelak) saya budak sidang redaksi. cikgu suruh jumpa kamu. haa ada bawak kertas tu tak?
gadis India : err, ada tapi...

pastu borak-borak laa. then gadis india (takboleh sebut nama) tu masuk lab untuk ambil kertas tu sementara aku dengan sera and wany tunggu depan lab. lepastu sera cakap,

sera : weh tadi aku dengar budak tu sebut "laillahailallah" doe
aku : ha? kepala hotak kau! aku tak dengar pun?
wany : haa sama lah (angguk-angguk)
sera : betul weh.. sum.. eh aku nak cakap sumpah pulak. aku tak pasti la tapi memang betul tu yang aku dengar.

lepastu si gadis India keluar dengan membawa kertas yang cikgu bagi kat dia tu..

gadis India : haa, ni kan?
aku : (aku tengok kertas tu) haa yup.
gadis India : err, nak bila ni?
aku : sekarang. boleh?
gadis India : Laillahailallah mana boleh,
aku & wany : eh?! (serentak)

lepastu aku ngan wany pandang sesama sendiri. sesaat terdiam. haa lepastu aku gelak bukan main kuat! apetah lagi wany. aku dah lost control sebab gadis India tu buat muka innoncent!

aku pun sambung berbicara..

aku : hahaha, habis bila boleh bagi? (masih gelak lagi)
gadis India : esok la?
aku : (gelak lagi kuat) eh! esok sekolah pulak..
gadis India : astaghfirullahalazim, (sambil tepuk dahi) isnin lah
aku & wany : ehh?! Lagi?

aku dengan wany dah berpandangan lagi lepastu gelak lagi kuat dari tadi sampai kene sound dengan budak dalam lab suruh diam. lepas kena sound lagi la kitorang gelak. then sambung lagi,

aku : haa, okay isnin saya datang kelas awak.
gadis India : okay-okay.

aku ngan wany still gelak lagi. tak boleh berhenti. serious. masa cakap terima kasih kat cikgu pun masih gelak lagi and masa jalan nak turun tangga pun still tak habis gelak lagi. sumpah lawak!

lepastu aku terfikir, dia Muslim ke? Boleh ke dia sebut perkataan-perkataan macam tu even dia bukan Islam? aku tak faham. kurang pasti. untuk mendapat kepastian, aku tanya 'tuan punya beg' yang aku nampak depan lab tadi, nik.

dia cakap budak tu non-muslim. tapi dia suka belajar Ilmu agama. ntah lah. aku takfaham. boleh ke macam tu? esok lusa jelah aku tanya ustazah Azwalma.

by the way.. aku still gelak lagi ni !

*gelak*


p/s: happy birthday Haziq Katak, may god bless you :)

No comments:

Post a Comment