Monday, June 8, 2009

Bila Dah Suka (2)

Yeah aku suka nak baca sinopsis Novel ini banyak banyak kali, meh sini aku tuliskan..

Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang melupakan ?

Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat beri hati. Entahlah.. tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta Sungguh sungguh.




//oleh sebab aku suka baca banyak banyak kali, now aku letak kat blog. supaya kau pun boleh baca dan faham situasi aku. yeah. *senyum*

Sunday, June 7, 2009

Mimpi yang seram && sangat dramatik

dulunya aku pernah bermimpi begini, ahh dongeng betul. dan aku tahu ianya merupakan satu mimpi sahaja dan tiada meaning yang tersembunyi. *sengih*


satu hari aku stayback di sekolah dengan seorang kawan lelaki. okay biar aku gelarkan dia dengan nama Adi. kitorang belajar di lirary smksi dengan tekun dan khusyuk sehinggakan tak sedar waktu sudah berganjak ke tengah malam. sedar sedar je dah tengah malam dan semua orang dah balik. tinggal lah aku berdua dengan Adi dalam gelap gelita. err lampu ada lah jugak, tapi bisakah lampu menangani gelap malam yang bermaharajalela itu ? tak bisa kan. HEHE. ayat.

okay ni ada satu kemuskilan dimana dalam mimpi aku ada beberapa perubahan dari segi sekitar smksi. biar aku listkan,

1 - library smksi dah macam library negara dah, besar gila
2 - pagar smksi macam pagar penjara, kau tau kan macam mana ?
3 - depan sekolah ada hutan, hutan lipur kot. ntahlah.

okay aku teruskan cerita mimpi aku tu,

lepas dah sedar yang masa dah berganjak ke tengah malam, aku pun tiba tiba takut. takut nak balik. hahaha. aku kan penakut. hehe. then dah jalan sampai ke koridor nak ke gate, aku dah cuak gila tengok keadaan gelap and tengok gate yang besar gedabak tuh. then aku pun cakap lah kat Adi tu,

Aku : err awak, takut lah
Adi : alah relax la, adi kan ada. jom

lepastu aku pun ikut la dia, jalan sebelah dia. haha. lawak je kot. and then dah separuh jalan..

dengar suara orang panggil nama si adi tu, and dia pun cakap la..

Adi : alynn, kejap eyh ada orang panggil
Aku : ouh okay

then dia pergi ke arah suara tu. aku pun tunggu la. and tengok dia pergi ke belakang. tiba tiba aku terfikir, 'eyh ? bukan takdak orang lain ke dalam sekolah ni ? sape je yang ada tengah tengah malam ni ?'

aku cuak tibe tiba. naik bulu roma aku. muahaha. then aku ingat nak melangkah ke arah adi and aku nampak dari jauh dia kena tolak. haha kena tolak dengan siapa aku tak tahu. yang aku nampak dia kene tolak then jatuh, lepastu dia bangun and terus lari ke arah aku. aku yang blur gila ni tanya lah dia,

Aku : asal ni ?
Adi : (dalam nada cemas) alynn lari cepat
Aku : (dalam nada blur) hah ? kenapa ni ?

last last adi tu tarik aku bawak lari. hahah dramatik sungguh mimpi aku. and tak boleh lupa, dia terjatuh masa nak dekat ngan gate, aku tak jatuh tapi hampir jatuh la. haha. and dia suruh aku dengar dekat baju dia, and and aku pun dengar lah.

aku dengar ada suara garau cakap. cakap ape ntah. lepas 'benda' tu cakap Adi tu terus pengsan. aku dah kabut and dah cuak gila babi. aku taktahu nak buat apa, suara tu makin lama makin kuat. aku dah cuak gila lantas terus ke gate and dengan gelabah and menggigil gigil aku bukak gate tu. haihh susah pulak nak bukak gate tu time tu. haha.

then dah berjaya bukak, aku lari tak pandang kiri kanan and aku dengan bunyi hon yang kuat gila then pandang kanan, nampak cahaya gila terang && menyilaukan, aku tutup mata dengan tangan tup tup kene langgar. exident. jatuh ke bumi.


Muahahaha, weyy mimpi yang dramatik gila. wany cakap buat filem laku ni. hish pelik je doe. aku selalu mimpi benda yang pelik pelik. *rungsing*


//mimpi tu mainan syaitan. haha. kata myra la. *HEHE*

tersepit di dalam keadaan terpaksa

entry kali ini ada aku selitkan motifnya tersendiri.

antara iya tak iya, antara percaya atau tidak, kadangnya apa yang berlaku di sekeliling kita sama seperti yang pernah kita baca dalam novel cinta atau cerekarama TV3. kalau tidak, manakan datang jalan cerita yang penat difikir oleh pengarah cerita tersebut kan ?

dalam sedar tak sedar sesuatu yang berlaku itu datang secara tiba tiba, muncul tanpa diduga atau wujud tanpa dipaksa. satu perasaan sama ada benci atau sayang itu datang tanpa ada yang mengundang. eyh aku tertanya juga kenapa ayat ayat aku dalam entry kali ini lebih berbunga ? oh mungkin dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan mood aku.

HATI

sebut pasal hati dan perasaan memang pada mulanya kita akan terbayang sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta, atau sepasang suami isteri yang sedang berlari lari anak di tepi pantai ketika berbulan madu. ahh lupakan semua itu, baca dulu apa yang aku nak tulis ni. okay, teruskan membaca.

sebut pasal hati ni, bukan lah 100% tentang perasaan cinta dan sayang. ada juga perasaan benci dan iri hati. atau dengan kata lain, dengki. kan ? semua ni sepertimana yang korang tahu sudah lali dengan kehidupan manusia di malaysia mahupun negara negara lain. dalam TV sudah banyak cerita cerita yang berdasarkan perasaan iri hati/dengki. mana tidak generasi akan datang akan terpengaruh ? ah mengarut alynn. sudah la tu.

HATI

hati ini boleh dipengaruhi oleh dua perkara; (cehh poyo)

1 - suka/sayang/cinta/minat
2 - benci/cemburu/iri hati/dengki


aku nak cakap pasal no.2 tuh ni. which is aku rasa kalau pasal cinta sayang semua tu korang mesti dah expert kan. ni aku nak menaip pasal yang no.2 tuh. benci cemburu iri hati dan dengki. ahh banyak sangat nak cakap. macam penat nak taip je kot. err takpe aku cuba untuk taip semuanya. hehehe.

katagori yang kedua ni macam katagori negatif la atau bahasa kasarnya katagori bangang bangang la kan. oppsss maaf terkasar bahasa. haha. okay benda ni simple je. baca dulu apa aku nak taip ni, lepastu baru comment. okay ? sabar la sikit.

aku cuma ada satu persolan yang sehingga kini tiada peleraianya lagi, dan aku berharap satu hari aku dapat tahu jawapan dari persoalan ini. ouh harapannya lah.

persoalan yang aku rasa ada jawapan nya cuma aku tak dapat lagi jawapan tu,

kanapa perlu ada sakit hati, cemburu, iri hati, dengki, dan sebagainya pada benda benda kecil ? such as kalau korang berfikiran macam tu kan, nampak gila tak matang dan tak match dengan usia. or maybe kau tu muda lagi and berlagak macam kau dah tua sangat dan dah cukup matang.

okay, hello ? kita rakan sebaya okay. tak kira lah kau tu tingkatan berapa even sebagai junior atau sinior pun lah kan, muda atau tua dua tiga tahun je. okay its mean kita rakan sebaya. faham ? aku pun tak pernah anggap junior aku adalah budak bawahan aku dan tak pernah anggap yang aku ni dah boleh naik muka dengan budak budak tuh. uhh tolong la. kita sama sama manusia, sama sama hamba kepada-Nya. so ? ada ke yang patut dapat lebih dan ada ke yang patut dapat kurang ? fikir fikir kan lah ye. *senyum*

rakan sebaya bukan hanya bermaksud sama umur ? mungkin sama sekolah ? atau mungkin sama pemikiran ? lepak sama sama ke ? jiran ke ? ouh rujuk guru bahasa kau ye. aku belajar semua ini daripada kelab Pembiming Rakan Sebaya. ouh zaman masa aku tingkatan satu dan dua. dan aku dah ada pangkat dah pun. cuma tak tunjuk je. kau pun sama kan ? okay itu agak poyo alynn. *sengih*

yaa maaf kalau aku poyo gila but itu hakikat apa yang aku nak taip, aku hipokrit kadang kadang tapi sometimes aku juga akan jadi panas baran or what ever. ouh kadangnya juga aku seorang yang loser macam kau. *senyum*

mulanya aku taknak ambil kisah pasal semua ni sebab hanya benda kecil tapi aku dah tak boleh tahan tangan aku dari menaip semua ini apabila aku dah tahu semuanya. yaa, erghh what ever major loser.

okay berbalik pada tajuknya, err harap maklum entry ini bukan untuk kau je, ada jugak dua tiga orang member yang lain buat hal juga. itulah sebab aku mula menaip di blog tentang ini. kalu tidak, ahh lupakan jela. buat penat je weyh. macam budak budak je. hish.

kenapa perlu sakit dan iri hati dengan seseorang yang tak pernah buat salah dengan kau ? err pelik la aku. kalau kau nak sangat jadi sempurna di mata semua orang, kau jadilah. aku tak kesah. sebab aku suka jadi tak sempurna. barula manusia namanya tu. faham ?

dah dah la tuh aku dah penat nak layan korang ni, pelik je perangai. baik aku tidur. yee, selamat malam dan assalamualaikum..
Publish Post



//ingat weyh dalam dunia ni takde seorang pun yang sempurna. and aku tak tahu la kalau kalau kau tu sempurna. ligat eyh kau ni, baru aku tahu *senyum*