Saturday, September 17, 2011

Something Nice



You know.. macam, entah. rasa macam nice gila bila ingat balik.

*gelak*

walaupun mula-mula macam nak marah, sakit plus macam "eh kau ni pehal suka-suka je nak tarik-tarik hidung and cubit-cubit pipi aku. nak gadoh?" hahaha tapi macam lawak pulak bila ingat balik. aku suka. sila buat lagi bila ada kelapangan. (eee gedik gila aku! lalala~) 

bagi hidung aku yang penyek ni mancung sikit oke.

*sengih*

Kan best kalau 'dia' yang buat macam tu~ x)
(oke berangan lah kau sorang-sorang lynn)


Haa one more, aku baru balik dari openghaus rumah jiran aku. 

Yeah, something nice happened there.

Bukan, maksud aku. aku duduk dengan mak aku, well mestilah tengah makan. Then adelah 4-5 orang abang-abang (kawan jiran aku tu lah) datang duduk tepi tapi dia mintak izin dulu. 

Okay, aku pun angguk jelah. Rumah orang kan, bukan rumah aku. 

Then, macam biasa lah aku diam. takda geng pulak nak berceloteh macam biasa. Aku pun makanlah makaroni sorang-sorang kat tepi tu memandangkan mak aku sibuk berbual dengan kawan-kawan dia (sedih kan?) tiba-tiba abang tu tegur aku. aku pun macam.. hmm layan jelah, then borak-borak lah dengan dia. 

Something nice yang aku maksudkan ialah, 

Dia berani tegur aku depan mak aku, and siap tegur mak aku. Biasanya lelaki yang aku jumpa/kenal kat majlis-majlis sebegini tegur belakang-belakang, I mean bila mak or relative aku tak ada bersama aku lah. Aku jarang jumpa lelaki macam ni.

How gentle he is. 

Entahlah, time tu aku layan ajelah. kang dikata sombong pula. Gua tak hot beb nak sombong-sombong ni. Gua low profile je. Hihii. Okay aku dapat facebook dia. (dia bagi eh, bukan aku yang mintak) Dan sekarang aku tak tahu nak add dia ke tidak.

Nak add ke taknak?
Nak add ke taknak?
Nak add ke taknak?

Okay biarkan jelah, kalau memang dah takdir kita akan berkawan, nanti comfirm jumpa lagi. Lagipin mesti ramai lagi orang yang dah ditegur oleh dia, so takpayah nak add sangat lah kan. 



*gelak*
Sekian Mekasih.

p/s: Mana nak dapat lelaki macam tu? I mean, ramah dan pelawak dan.. muka pun boleh tahan. (HAHA) dan paling aku suka, dia boleh bawa diri depan orang tua. Yeah, how nice he is.. Harap kita berjumpa lagi *senyum*

Friday, September 16, 2011

Ada beza ke ?

Macam biasa, aku memang selalu terfikir itu ini. Ada je masa kosong, mesti aku fikir benda pelik-pelik. dan sasaran aku harini ialah kaum Adam. Apa guna ada kawan lelaki, tapi tak bertanya pendapat kan.

Aku suka tanya soalan-soalan cepukmas dan aku mintak jawapan dari kawan-kawan aku sebagai pandangan seorang lelaki. Read  : Kawan-Kawan, maknanya bukan seorang dua yang aku tanya. Dann.. soalan yang aku selalu tanya ialahh.. jeng jeng jeng, okay tak suspen pun lynn. nahh..

"Ada beza ke calon awek dengan calon Isteri?"

and lagi satu,

"Kalau kau boleh smoke, kenapa aku (perempuan) kau tak bagi smoke? (sambil mintak satu batang rokok and buat-buat nak hisap)"

haa lepastu aku kene cepuk! sakit gila beb, padan muka kau lynn..

*gelak*

Okay itu hanya satu gurauan ye, aku tak merokok.

Diorang cakap, untuk soalan pertama tu, memang ada. Awek dengan bini lain. ada sesetengah lelaki yang tak suka perempuan yang.. you know, sosial and nampak macam 'murah' tu kan. yang itu kawan aku cakap calon awek. yang calon bini pulak, kira yang baik lah, tak sosial, pandai dan lain-lain.

(eleh korang nak bini baik tapi korang macam la baik sangat *gelak*)

Tapi kan, tak semestinya yang sosial  dan pakai baju stok tak cukup kain itu jahat.
dan tak semestinya jugak yang duduk rumah belajar je tak pernah keluar langsung itu baik.

aku bukan nak memburukkan sesiapa atau mana-mana pihak, tapi ini kenyataan. kita tak boleh nak judge orang sesuka hati kan. kat sini aku taknak selitkan antara yang pakai tudung atau pun tidak. itu urusan mereka dengan Dia. aku tak berhak nak mengkritik. Bagi aku sama je semua.

Yang buruk kalau ditutup mungkin kita tak nampak.
Tapi yang buruk dan tak ditutup sekurang-kurangnya kita nampak.

dan yang jahat tak semestinya selamanya akan jahat
yang baik tak semestinya akan selamanya baik

people changes babe.
masa mengubah segalanya,
dunia kita berputar kan.

aku percaya, anak muda (perempuan) kat luar sana yang sedikit sosial itu boleh berubah suatu hari nanti. bila sudah tiba masanya dan kita jejak dunia baru, kita boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. alaa dunia muda-mudi kan, memang selalu macam ni. pengalaman kan.

*gelak kecil*

Kepada kawan-kawan lelaki : dengar sini, perempuan boleh berubah tau. lagi-lagi kalau dah masuk alam perkahwinan. aceceh, macam lawak pulak bila sebut pasal kahwin ni.

Oh by the way kawan aku dah nak kahwin dohhhhhh! hujung bulan ni, nama dia Hazaidah bte. Che Ahmad. Wuu rindu gila kat dia, dulu selalu gosip-gosip kat belakang kelas. hehee. tak sabar nak pergi wedding dia. aku beli baju khas untuk pergi wedding dia okay. sekian mekaseh.

Oh, yang soalan kedua tu pulak, tentang rokok.

ada jugak dekat 3 - 4 orang kawan aku yang aku buat macam tu, aku saje cakap "alaa kawan perempuan kau yang lain pun ada jugak yang smoke, apesal aku takboleh?"

sengaja menguji.

Katanya tak sedap mata memandang bila perempuan merokok. (iyee aku tahu, tapi kawan kau yang lain tu bukan perempuan ke? xD) lagi-lagi kalau yang bertudung. lepastu apa lagi eh, panjang lebar jugak diorang explain kenapa tak bagi aku sentuh rokok. Salah satu sebabnya ialah nak jaga akhlak kawan baik diorang ni. takkan nak biar kawan sendiri rosak kan. ha macamtu lah.

Papepun, aku sayang korang babe. Kalau la aku dapat kawan yang agak jahat, mesti diorang dah offer kat aku kan. Alaa lagipun aku bukan betul-betul nak pun, saja menguji korang. hehee. ternyata kawan-kawan aku semuanya baik! yeah love youu guys!

p/s: aku pun bukan lah baik sangat, ada masa jadi jahat jugak *gelak*

Ini yang aku bawa keluar dari kelas lepas jawab soalan addmath *sengih*

Friday, September 9, 2011

Retak bila kau Rancak.


Lu gedik tapi wa salute lu beb, cayalah. suka gila. muah muah!

(Currently playing; Retak by Ratu Rock Malaysia)

"Hati ini hancur dan luluh keranamu.."
fuhlamak jiwang habis.

*sengih*

okay dah. mari kembali kepada tajuk kita.

kalau kau dah benci aku cakap jee. aku terasa tahu tak?
retak. retak woo. pecah woo.. sentap wooo..
bila ada yang lebih sikit, aku kembali retak dan terus retak lagi.
kenapa perlu aku rasa semua ni beb.. mulut kata lain, hati kata lain.
aku takboleh nak tipu diri sendiri. eee serabut lah!

Puas minta pada-Nya, siang malam merayu dipudarkan rasa yang bermaharajalela dalam diri aku ni. Cuma mungkin sekarang belum tiba masanya untuk Dia matikan rasa itu.

kenapa lama sangat nak pulih ni.
kenapa masih ada sisa-sisa yang tertinggal ni.
kenapa aku masih menulis pasal dia lagi ni.
kenapa benda ni selalu mengganggu siang malam aku beb.

retak lagi.

aku dah penat nak rasa benda yang sama berulang kali. aku dah tak larat. aku tak faham kenapa mesti aku yang tanggung semua ni. aku betul-betul tak faham. kenapa aku masih teringat segala jadah yang nonsense ni. haih zzzzzzzzz...~

kalau asyik nak menangeh meroyan macam orang gila pastu tulis macam-macam kat dalam blog bagi semua orang baca pun payah jugak sebenarnya. kata nak SPM bagai. huhh.

aku tahu memang benda ni dah lama berlalu,
tapi.. susahlah.. bagi kau mungkin senang.

see, aku menaip entri ni dalam keadaan retak berpecah-pecah.

*mengeluh*

kau kata kau benci janji manis tapi kau sendiri.. haih entahlah.

come on lah lynn! apeni?

err.. aku tau kau akan baca semua ni.
tapi kau pun boleh buat apa je kan?
aku ni budak sekolah.
tak cukup matang lagi.

and untuk awak, saya mintak maaf sebab saya kawan dengan awak sebab saya taknak teringat dia setiap kali duduk sorang-sorang, thats why saya asyik cari awak. saya mintak maaf sangat-sangat, saya tahu saya jahat, saya pun bukan nya sempurna. saya tak rasa kita boleh pergi jauh. saya harap awak faham. saya dah tak larat nak biarkan pisang berbuah untuk kali ke berapa entah ni. terimakasih.

Retak menanti belah. Hehe.

Macam kertas, sekali kau renyukkan, mungkin kau boleh luruskan kembali tapi kesan renyukan itu tak mungkin akan terpadam.

Yang penting sekali..

"Theres no one else could ever make me feel I'm so alive" - This I Love, GNR

p/s: Aku cuma boleh berharap pada yang Satu.

Thursday, September 8, 2011

What's done can't never be undone.

Trial. 

O M G, bila sebut pasal trial maknanya.. We got just 2 months to go. 

hari ini, 8 September 2011.

14 November 2011? <----- tarikh darurat bagi semua anak-anak yang lahir pada tahun 1994 dan bersekolah.

aku dah rasa bahang-nya. aku dah rasa, aku dah rasa. 
aku dah rasa perasaan gelisah bila melihat kertas trial yang sumpah macam hamende tah. rasa macam nak koyak-koyak je.

2 months to go lynn, 2 months. 

kau dah bersiap sedia nak berperang?
aku belum. 
kau nak tewas di medan perang?
aku taknak.

kalau orang lain boleh semangat untuk aku, boleh risau dengan aku, kenapa aku tak boleh. kenapa beb.. mana hilang semangat tu? haih come back to me, please. 

Aku nak jadi yang terbaik, sebab sebelum ni aku pernah kecewakan dia. aku nak dia tahu, aku boleh buat semua ni tanpa dia. aku rindu dia. gila kaw-kaw punya rindu. aku kena kuat, dia dah ajar aku untuk jadi kuat. ya, tak ada orang lain dalam dunia ni sehebat abah yang dah mengajar aku macam-macam dari telapak kaki aku sebesar 2 jari sehingga detik terakhir aku bersamanya.

Aku kena bangkit. 

goodluck alynn, 
goodluck kawan keliling,
goodluck teman-teman,
goodluck spm 2011 candidates, 

and..

goodluck awak! 

*senyum*

kita sama-sama berjuang, dalam satu matlamat yang sama. 
(aceceh dah macam iklan plkn pulak dah)

harap-harap ini bukan cakap kosong. hmm.

p/s: bila kita minta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan. sabarlah dan yakinlah akan kebesaran-Nya. :)

Friday, September 2, 2011

Bila Si Bandar bertemu Si Kampung

Hari Raya, biasalah kebanyakannya memang akan pulang ke kampung halaman masing-masing. tapi aku disini bukan untuk bercerita tentang Raya. tapi tentang Orang Kampung.

Petang-petang berbual dengan orang-orang di kampung sebenarnya agak seronok. tak percaya, cubalah.

Open Table-talk dengan sepupu-sepupu, abang, dan pakcik.

Macam-macam cerita ada. well, aku lebih suka mendengar dan memberi pandangan dari sudut fikiran akal kecil aku ni. yes, memang berbeza sangat cara berborak dengan orang bandar dan orang kampung.

kalau dengan kawan-kawan aku, biasanya kami akan ber-gossip. tak lain tak bukan, cerita terkini sensasi meletop lagi kaw kaw macam dalam cerita 'Fuhh' yang Awal Ashaari jadi hos tu.

kalau di kampung pula, lebih kepada cerita-cerita teladan (bukan cerita yang stok baca buku nak tidurkan adik kecil kau kat rumah tu) dan pengalaman mereka dalam kehidupan harian ni.

aku suka. sangat suka. sampaikan aku rasa nak call semua sepupu aku suruh datang depan rumah nenek aku lepak hari-hari.

macam pakcik aku, dia cerita tentang pengalaman dia dalam agama. cara dia cerita tak buat aku bosan. kira berdakwah sikit-sikit. time cerita tu dia ada sebut hadith, atau potongan-potongan ayat Al-Quran serta maksudnya yang buat aku terdiam dan macam.. woow, awesome gila pakcik aku ni.

Ilmu dunia. Ilmu Akhirat.

Dua-dua dia cerita. Orang kampung, biasalah. Cerita pasal tok dukun sana sini, bomoh semua tu. Bukan dalam movie je kau orang boleh tengok semua ni, dalam realiti pun ada. jangan terkejut.

"Tengok dia, batu tu. Ada isi ni, berapa lama kau belajar? cerita sikit kat dia.. kot kot dia nak belajar sama" - pakcik aku cakap kat sepupu aku

"dia perempuan pakcik.. lynn kau duduk jauh sikit, orang lelaki punya hal ni"

"aik apesal perempuan takboleh tahu pulak? Perempuan lagi bagus belajar, orang perempuan lah yang paling susah nak dijaga tau" - pakcik aku cakap

and I was like.. hmm? Ilmu apa ni?

lepastu pakcik aku sambung,

"lynn kalau kau nak belajar Ilmu ni, jumpa pakcik. pakcik ajar. Biar kita nampak kosong dari luar, dalaman orang tak tahu. Kita kena bersedia, benda ni boleh berlaku kat siapa-siapa pun.. orang zaman sekarang boleh buat macam-macam kat kita lynn"

Okay rupanya Ilmu yang macam.. emm emm.. ala aku tak reti nak cakap tapi bukan Ilmu dalam Otak, tapi Ilmu dalam Dada lah. Something like Ilmu mempertahankan diri. Aku pun tak dapat catch-up sangat bahasa kiasan dia orang ni. Yang penting, bukan ilmu pelik-pelik ala khurafat gitu. Aku kagum. sangat kagum.

Biar otak kita tak bijak, janji Dada kita penuh dengan Ilmu.
Kat 'sana' nanti, Ilmu dalam dada yang akan bantu kita dulu, baru Ilmu dalam otak.

Cakap kat aku, berapa peratus je Orang Melayu kat Malaysia ni yang hidup senang lenang dan ingat Tuhan?

20% je aku rasa.

Ilmu dalam Otak buat kita tamak dengan Dunia.
Ilmu dalam Dada buat kita semakin dekat dengan Dia.

Bumi kita dah semakin Tua.

Ini tafsiran aku, kalau kau tak setuju jangan marah. Cuba fikir.

p/s: Aku tahu benda ni tak elok diheboh-hebohkan, niat aku cuma hanya mahu berkongsi dengan kawan-kawan. sekadar renungan.