Friday, September 2, 2011

Bila Si Bandar bertemu Si Kampung

Hari Raya, biasalah kebanyakannya memang akan pulang ke kampung halaman masing-masing. tapi aku disini bukan untuk bercerita tentang Raya. tapi tentang Orang Kampung.

Petang-petang berbual dengan orang-orang di kampung sebenarnya agak seronok. tak percaya, cubalah.

Open Table-talk dengan sepupu-sepupu, abang, dan pakcik.

Macam-macam cerita ada. well, aku lebih suka mendengar dan memberi pandangan dari sudut fikiran akal kecil aku ni. yes, memang berbeza sangat cara berborak dengan orang bandar dan orang kampung.

kalau dengan kawan-kawan aku, biasanya kami akan ber-gossip. tak lain tak bukan, cerita terkini sensasi meletop lagi kaw kaw macam dalam cerita 'Fuhh' yang Awal Ashaari jadi hos tu.

kalau di kampung pula, lebih kepada cerita-cerita teladan (bukan cerita yang stok baca buku nak tidurkan adik kecil kau kat rumah tu) dan pengalaman mereka dalam kehidupan harian ni.

aku suka. sangat suka. sampaikan aku rasa nak call semua sepupu aku suruh datang depan rumah nenek aku lepak hari-hari.

macam pakcik aku, dia cerita tentang pengalaman dia dalam agama. cara dia cerita tak buat aku bosan. kira berdakwah sikit-sikit. time cerita tu dia ada sebut hadith, atau potongan-potongan ayat Al-Quran serta maksudnya yang buat aku terdiam dan macam.. woow, awesome gila pakcik aku ni.

Ilmu dunia. Ilmu Akhirat.

Dua-dua dia cerita. Orang kampung, biasalah. Cerita pasal tok dukun sana sini, bomoh semua tu. Bukan dalam movie je kau orang boleh tengok semua ni, dalam realiti pun ada. jangan terkejut.

"Tengok dia, batu tu. Ada isi ni, berapa lama kau belajar? cerita sikit kat dia.. kot kot dia nak belajar sama" - pakcik aku cakap kat sepupu aku

"dia perempuan pakcik.. lynn kau duduk jauh sikit, orang lelaki punya hal ni"

"aik apesal perempuan takboleh tahu pulak? Perempuan lagi bagus belajar, orang perempuan lah yang paling susah nak dijaga tau" - pakcik aku cakap

and I was like.. hmm? Ilmu apa ni?

lepastu pakcik aku sambung,

"lynn kalau kau nak belajar Ilmu ni, jumpa pakcik. pakcik ajar. Biar kita nampak kosong dari luar, dalaman orang tak tahu. Kita kena bersedia, benda ni boleh berlaku kat siapa-siapa pun.. orang zaman sekarang boleh buat macam-macam kat kita lynn"

Okay rupanya Ilmu yang macam.. emm emm.. ala aku tak reti nak cakap tapi bukan Ilmu dalam Otak, tapi Ilmu dalam Dada lah. Something like Ilmu mempertahankan diri. Aku pun tak dapat catch-up sangat bahasa kiasan dia orang ni. Yang penting, bukan ilmu pelik-pelik ala khurafat gitu. Aku kagum. sangat kagum.

Biar otak kita tak bijak, janji Dada kita penuh dengan Ilmu.
Kat 'sana' nanti, Ilmu dalam dada yang akan bantu kita dulu, baru Ilmu dalam otak.

Cakap kat aku, berapa peratus je Orang Melayu kat Malaysia ni yang hidup senang lenang dan ingat Tuhan?

20% je aku rasa.

Ilmu dalam Otak buat kita tamak dengan Dunia.
Ilmu dalam Dada buat kita semakin dekat dengan Dia.

Bumi kita dah semakin Tua.

Ini tafsiran aku, kalau kau tak setuju jangan marah. Cuba fikir.

p/s: Aku tahu benda ni tak elok diheboh-hebohkan, niat aku cuma hanya mahu berkongsi dengan kawan-kawan. sekadar renungan.

No comments:

Post a Comment