Monday, October 24, 2011

The best of Graduation Day!

Hujan - Muda

 Tamatlah zaman persekolahan
Ku masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi


Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua melangkah ke depan
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kau dan aku macam tak biasa
Ohhh..


Okay muka nak khusyuk je aku. Haha actually gitar tu buat hal sikit lah, haih!

Dari kiri; Aku, Iqbal, Kamarus, Ipin
Patutnya ada arifah tapi time ni dia hilang kemana entah. 

Gua sayang dorang berdua ni beb, Iqbal and Kudin. 

with the gegurlzz classmates. Love ya!


Okay tak sangka pulak aku dah nak habis sekolah. Sobs.. 

Sekejap nye masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak habis sekolah dah. rasanya macam baru semalam aku daftar masuk di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah ni. Haih banyak sangat kenangan zaman persekolahan, tak tercerita rasanya. Semuanya tersimpan rapi dalam otak aku ni. And yet, sikit pun aku tak menyesal join group Iqbal ni buat performance. memang best la bila ramai-ramai ikut nyanyi part chorus tu. 

Wow. Masa nak naik pentas memang menggigil gila wa cakap lu. tapi bila dah naik rasa macam taknak turun pulak. *hehehe*

Takpa, ni salah satu kenangan sebelum menamatkan zaman persekolahan. 

Semua orang hensem-hensem dan cantik-cantik time ni! Cuci mata beb.. *gelak*

Okay la aku tunggu video persembahan dari kawan-kawan aku ni, dah dapat nanti aku letak kat sini okay. tunggu ya! Bye.

p/s: Sebenarnya aku sakit hati tak dapat bawak camera di hari yang bersejarah ni. Oh Damn!

Monday, October 17, 2011

Happy Sweet 17 JazzLynn

crop image

HAPPY BIRTHDAYY! 

Siot punya Qerel Acerap, ditolaknya aku dalam kolam sambil jerit "happy birthdayy!!" habeh masuk air dalam hidung. Tak guna betoii.. tapi takpa, birthday punya pasal kan, hati mesti kering maa. nasib baik takda tepung tahun ni. takdela aku jadi cekodok lagi macam tahun lepas.

Fuhh!!! *tarik nafas lega*

Oh my dear Sungai Kanching, tunggu aku lepas SPM nanti okay?


Ni masa 14 Oktober, budak-budak kelas aku buat surpraisss lahh. kek tu dorang buat sendiri tau. sedaaappp.. untunglah dapat classmates amik subject ekonomi rumah tangga. semua pandai memasak. dan pandai kelentong jugak. mengayat aku macam-macam semata-mata nak elak daripada kantoi. haih. tipu sunat ye kak? haha suka hati hampa lah.. by the way terima kasih tau. terharu aku macam nak nangis. hehehe.

Tu kat sebelah aku jazli, birthday dia 15 Oktober so kitorang celebrate sekali. 

15 & 16 Oktober untuk Hari Jadi yang ke 17. Cool aite? Hurk!

Okay ada orang tu tak wish langsung birthday aku. memang kaw-kaw dah lupa member eh. okay fine, aku pun boleh lupa kau. tapi aku tak sampai hati. baik tak aku? (puji diri sendiri)

P/s:  I got more than 200 wishes bro. Thanks a lot guys, sayang korang! muahh muahh. *senyum*

Tuesday, October 11, 2011

Mahalo Ukulele's



Oke yang merah ni Ipin dah beli. Sumpah jeles gilaaaaaaah!

Juga terdapat ukulele electric.. macam gitar jugak lah.


Dan terdiri daripada pelbagai warna, boleh pilih je. Comel kan?


Fakta reka sendiri : Sekilas pandang gambar diatas memang nampak macam gitar, tapi korang tahu tak ukulele ni muat disumbat dalam beg sekolah korang? ukulele juga terdapat dalam 4 size dan mempunyai hanya 4 tali (macam bass). bezanya keempat-empat tali nya adalah tali nylon dan tali nombor 1 & 4 adalah sama.

Hah! dah nama pun MAHALO, harga dia pun MAHAL-OH.. Haih menyirap, ada sesiapa yang baik hati nak belanja aku natang ni tak?

Pahhhh-leaseeeee... i takdok duit nak beli natang ni. siannn i.. kan kan?

*nangeh guling-guling*

Haha takde lah gurau je.

p/s: aku rasa aku dah pernah post pasal natang ni kan dulu? erk.. *fikir*

Sunday, October 9, 2011

Semua tentang kamu

Aku mintak maaf, aku menulis tentang kau lagi. tapi ini mungkin entry terakhir yang aku post berisi kandung tentang kau. Aku harap lah.

It's been a year, bro. Since October 2010.

Aku mula berborak dengan kau masa birthday wany tahun lepas, kawan baik aku. Sebab tu aku senang nak ingat tarikh ni. Pagi tadi masa aku wish birthday si wany tu tiba-tiba teringat pulak.

(alah baru setahun dah kecoh la lu ni lynn)

Tapi memang ketara. macam-macam berlaku.

Berbeza betul 8 Oktober 2010 dengan 8 Oktober 2011.

A few months without your call to wake me up every morning,
And a few months without your jokes. Makes me feel 'something'.
Something that I can't explain with words.

Walaupun sekejap, tapi kesannya sangat mendalam. Aku pernah pesan dekat kau, tolong jangan buat macam ni dekat orang lain. tapi salah aku jugak kan. over-acting. ah, benda dah lepas biarkan jadi kenangan.

Terima kasih jugak sebab kau faham dan cuba untuk menjaga hati aku.

Memang aku ada komitmen yang lebih penting. Aku tahu tu Malah aku terlebih-lebih tahu akan tanggungjawab aku yang satu tu. Tapi kadangnya bila bersendirian tanpa peneman, aku akan teringat. semua nya lah.

Semua cerita pasal kau dengan aku 100% dalam kepala hotak aku ni. Kalau kau nak suruh aku buat cerpen ke or novel pun aku boleh keluarkan setiap bait-bait dengan sempurna. Tanpa memerlukan masa yang lama.

Aku memang spesis yang ambil masa yang agak lama untuk keluar dari dunia macam ni.

Mintak maaf sekali lagi, I know it seems like "apehal minah ni lebih-lebih pulak? pastu tulis kat blog pulak tu.. serabot jehh" tapi aku.. entah. I can't express this feeling with any words. Aku rasa semuanya dah berkurangan tapi macam.. pernah dengar lagu Alyah - tak mungkin kerana sayang? lebih kurang lah kot?

atau aku yang still dalam dunia fantasi yang tak berpenghujung ni?

Sudah lah lynn..

Aku cuma berharap yang kau tak pernah tipu aku selama ni, tentang perasaan, tentang hati, atau tentang apa-apa yang berkenaan dengan kita. kalau betul pun kau pernah, tolong jangan cakap dekat sesiapa. terutama sekali aku. Sebab aku dah semakin ragu-ragu dengan apa yang pernah terjadi.

Dan, aku juga sudah semakin ragu-ragu dengan lelaki.

"kau nak tolak encik A sebab kau takboleh lupa encik B ke lynn?" (bukan nama sebenar) - Kawan Baik

err mulanya aku terdiam.

Bukan weh, aku cuma.. malas nak fikir. tak sanggup nak hadap benda yang sama. kalau boleh dah taknak terjebak dah dalam hal macam ni. tak berani nak ambil risiko. biar macam ni, kan lebih mudah. lagipun aku kan masih belajar, dia pun masih belajar, kan bagus kalau kita habiskan sisa-sisa alam persekolahan ni dengan kawan-kawan, macam biasa?

Eh ni dah lari topik pulak!

Oh iya, apa-apa pun aku perlu mengucapkan terima kasih kerana kau pernah mewarnai dunia aku, walau apa pun, kau tetap pernah singgah disini, kau tetap pernah buat aku tersenyum setiap pagi dan kau tetap pernah buat aku tergelak tak ingat dunia.

dan..

Aku harap sekarang ni ada yang jaga kau, mungkin aku tak mampu nak tengok siapa 'dia' tapi sekurang-kurangnya aku tahu ada insan yang menemani kau, (kalau ada lah) yang layan kerenah kau pagi petang siang malam, yang suruh kau makan, yang membebel kat kau sampai kau tertidur setiap kali kau balik kerja, yang kejut kau dari tidur dan layan kerenah kau lepas kau bagun tidur apa semua tu lah, semua benda yang aku buat untuk kau dulu, sebab sekarang aku dah tak boleh nak buat semua tu lagi. Sumpah aku tak akan lupa semua tu, walaupun sekejap tapi dah cukup untuk buat aku tersenyum. hehee.

Sedih jugak sebenarnya ni. Tipula kalau aku tak sedih, tapi bila difikir-fikirkan sampai bila aku nak terus macam ni? For him, i'll make anything. termasuk juga yang ini. Satu-satunya permintaan dia yang sangat susah untuk aku nak tunaikan. Ye, susah sangat!

Aku doakan jalan yang kita ambil ni ialah yang terbaik.

*senyum*

dan aku jugak berdoa semoga aku akan sentiasa tersenyum walau apa juga yang berlaku.

p/s: ini bukan entri mintak simpati, tapi ini entri ikhlas dari hati. Mungkin kau rimas dengan entri-entri aku ni tapi tolong hormat apa yang aku rasa sepertimana aku hormat keputusan kau.

Haih! kadangnya aku rasa macam terlalu over sampai kena tulis dalam blog ni. perlu ke? Okay tak. Bye.


"Biar apa orang nak cakap tentang kau, biar apa orang nak fikir pasal hidup kau, apa yang kau kena tahu selagi aku mampu berdiri di sebelah kau, selagi tu masih ada orang yang hargai dan berfikir positif tentang setiap langkah kau.. Walau aku terpaksa abaikan kewujudan kau disekeliling, walau mungkin pada masa itu aku sudah bersama yang lain. Sebab aku yakin dalam diri kau ada helaian putih yang boleh dicorak dengan cantik" - Lynn <3