Sunday, April 26, 2009

Terbaik Wokk !



Khairil Azam Pilus (betul ke ejaan nama kau ni ?)

adoyy, aku baru fikir nak minat kau start kau nyanyi lagu apa tah semalam. sebab nampak macho dan kachak gila doh. sirious. haha. keling je aku. awal awal dulu bukan main kutuk dia en, heheh. apa apa jelah alynn. huu. tersingkir juga kau akhirnya. ku sangkakan kau akan berada di stage final. adehh. sape suruh tak undi kan ? hahaha. (takde keje nak undi =,=')


Bila Dah Suka karya Mimie Afinie

beli dan baca, sekarang ! urgent !

"Bila dah suka, Semua jadi Indah belaka"

novel ni kakak aku beli dekat BookFair PWTC, only RM19.90. berbaloi weyy. best gila. romantika pulak tuh. aku habiskan novel yang 537 muka surat ni dalam masa satu hari je. sebab best gilaa tahap Gay. haha. baca weh.

aku suka watak alam. wahh my prince Charming ! hee, dia menarik hati aku untuk baca muka surat yang seterusnya. best doh. tak rugi weh. macam macam konflik berlaku. dan banyak kebetulan yang terjadi. hee,

so, sekarang kau pergi kedai buku yang terdekat, tanya akak cashier tu cmni,

"kak ada buku bila dah suka karya mimie afinie tak ? saya nak beli laa"

then bayar. pastu balik, masuk bilik, baring atas katil sambil baca. menangis lah korang atas katil tuh. sumpah best gila novel ni ! hahah.


*Must Buy*

kamu yang berada di seberang sana

awak

saya nampak awak
awak berdiri
saya selalu nampak awak
saya nampak awak

awak berjalan
dengan penuh semangat
serta gelak tawa
bersama mereka

saya tengok
saya tenung
dari jauh jela

saya tunggu
tunggu awak berpaling
saya tunggu
dan tengok awak

tapi

awak tidak
awak tak berpaling
hampehnya awak
diam

hati ini meronta
"awak !"
awak tak dengar
awak tak berpaling

tak mengapa
saya akur
saya tunduk
malu

awak

pandang lah
tengok lah
senyum lah
tenung lah

saya rindu

err
r..i..n..d..u..
mungkin


*mengeluh*

ouh Macam ni rupanya, -,-'

Saturday, April 25, 2009

Hello Pembaca sekalian

http://alynnthetwister.blogspot.com/

heyy, aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni, aku dah gila nak ber-blog-ing balik, siriously dulu aku macam dah tiada semangat nak ber-blog-ing je kan, tapi tidak buat masa sekarang. Perhaps, disebabkan rakan rakan aku yang lain juga telah membuat blog masing masing lantas menaikkan semangat aku untuk post macam macam contengan dan karutan yang terlintas di dalam otak aku ni. hahah. kata orang, "blog hanya untuk sang penulis" tapi tidak bagi aku. okay ?

so, teruskan membaca apa yang akan aku post nanti. yeah ! lets get loud ! *gelak*


sekian terima kasih *senyum*

Ugly Betty versi Malaysia ?



kau kenal diorang tak ? (tekan untuk besar)



Aku macam kenal je dengan diorang ni, hmm. Mereka mempunyai Wajah yang serupa, kembar ke ? korang tak pelik ke ? aku Musykil ni
*gelak*

baju macam kenal, macam ada dalam almari aku je. kot ? haha *jelir lidah*

by the way , ada fara di situ. i miss you babe. really.

Puas Hatiku :)

okay, blog aku baru diedit dan aku berpuas hati. puas gila gila bila kerja yang kita lakukan berjaya dan sedap mata memandang. hahah. aku suka dengan template baru blog aku ni. suka sangat. dengan tema Cupcake, aku akan terus menuju ke gemilangan. hee, suka suka suka ! hahaha poyo nye aku. tapi aku ada lagi nak edit sikit sikit. later lah okay, busy folio-ing ni. hahah. later yea kawan :)



ahhh Sudah :D

tiada tajuk untuk ditaip

AWAK,

awak tahu tak

yang saya nak sangat dengar suara awak
nak tengok awak gelak
nak tengok awak senyum
nak tengok awak jalan ke arah saya lagi
nak tengok awak duduk sorang sorang
nak tengok awak jalan terkedek kedek
nak tengok awak mengada dan gedik sendiri
nak tengok awak buat muka comel
nak tengok awak
nak sangat sangat wak
nak tengok awak lahh

tapi kan wak,
saya tahuu

saya dah tak dapat dengar suara awak
saya dah tak dapat tengok awak gelak
saya dah tak dapat tengok awak senyum
saya dah tak dapat tengok awak jalan ke arah saya lagi
saya dah tak dapat tengok awak duduk sorang sorang
saya dah tak dapat tengok awak jalan terkedek kedek
saya dah tak dapat tengok awak mengada dan gedik sendiri
saya dah tak dapat tengok awak buat muka comel
saya dah tak dapat tengok awak lagi
saya dah tak dapat, kan ?

hari ni saya tunggu
nak tengok awak
tapi apa mungkin hari esok ?
dengan sakit dalam diri ni,
boleh ke saya tunggu lagi ?

takpe buat masa sekarang saya tunggu
tunggu nak tengok awak lagi

tapi kan wak,
bila saya dah dapat tengok
saya biar, lepas
lepas nak tengok semua tu
sebab apa ?
sebab saya tak tahan wak

tak tahan
tak tahan yang amat
tak tahan dengan senyuman
tak tahan dengan sakit dalam hati ini

kenapa sakit ?
kenapa eh ?
saya pun tak tahu
sebab awak lah kot
mungkin,
... geram
atau sebab nya lain
saya pun tak tahu wak

tak boleh,
tak boleh wak
bodohkan saya ni ?

eh
awak tahu tak
yang haritu saya tahu
saya tahu awak tengah takde mood
tengah bengang
tapi saje kacau awak
sebab saje suka suka
sorry

lagi satu
saya nak sangat
nak sangat tahu
apa yang sedang awak buat
apa yang sedang awak fikir
apa yang ada dalam hidup awak
apa yang awak suka
apa yang awak tak suka
apa yang awak nak
apa yang awak inginkan
and evrything about you lahh
nak sangat tahu

tapi semua tu saya takkan dapat
takkan
takkan..

tak mengapa lah awak,
buat apa tunggu bulan yang tak mungkin akan jatuh kan ?
saya hormat dengan cara awak

hey awak tahu tak ?
yang saya rasa awak sangat cool buat semua ni
sangat sangat cool dan mempunyai otak yang smart
ke saya sakit hati ?

sabar alynn, sabar

untuk pengetahuan awak
itu bukan helah
itu kenyataan lah wak

saya tahu
saya tahu awak takkan baca benda ni
bukak blog saya pun tak mahu dah rasanya

tak mengapa,
saya tahu awak budak baik.
belajar tu kan lebih penting,
so study elok elok,

and goodluck! *senyum*


err payah hidup -,-'

Mahu yang ini (siri 2)







ohh tidakk ! ni lah yang aku impi impikan selama ini, bila boleh dapat ? malam ni ? ouh dalam mimpi.

kata aku,


*mengeluh*


tolong ye, aku gila gila mahu benda ni. sirious aku takkan bagi dia masuk longkang dah. *gelak*



ouh iya, kau pula gilakan apa ?

Friday, April 24, 2009

Yahoo! Messenger :)

BUZZ!!!
alynnTwister: weh
alynnTwister: hmm
alynnTwister: aku pun tataw dohh dengan aku ni
alynnTwister: kejap org tu kejap org ni
alynnTwister: haih
Myra Rowkx: kau memaaaaanngg
Myra Rowkx: kau kne nasihat dri kau doeee
alynnTwister: aku tataw wehh
alynnTwister: semua aku nak doh !
alynnTwister: kan best kalau pmpuan bole kawin 4
alynnTwister: -,-
Myra Rowkx: *gelak*
Myra Rowkx: alynn, alynn
Myra Rowkx: merapu2 kau!
alynnTwister: weh sumpah dohh
alynnTwister: aku
alynnTwister: nak
alynnTwister: dia
alynnTwister: perhaps
alynnTwister: =,='


betul tak ?

Bercinta dengan Handphone ?

Kau Faham tak title aku tu ?


pada suatu tengah hari yang panas jugak lah..

(Dalam bengkel Kemahiran Teknikal)

Mas : Mas ni couple dengan Handphone je doh sebenarnya
aku : apela mas merepek ni mas ? nak kena ketuk ?
wany : ntah ! ada balak ngaku tade balak. macam macam je mas ni.

then aku sambung buat kerja pematrian sambil mendengar perbualan si mas dan wany.

Mas : habis mas couple dengan orang jauh, kat sini single, dalam fone jelah couple. *sambil gelak*
Wany : ha'ah en ? *gelak juga*
alynn : (menyampuk) hish korang nih, tengok aku single senang je ! *gelak jugak*
Wany : alah kau lynn, Single tapi laky keliling pinggang. (sambil patri kerja KHB)
Mas : tahu pun !
aku : *Gelak tak ikhlas*


kata aku,

NO COMMENT !

Kau suka ?

satu lagi ketidaksukaan aku ,


huh. aku tak suka betul if diri aku di compare comparekan dengan orang lain. sebab bagi aku, diri aku adalah diri aku. kau adalah kau. pendirian masing masing memang lain bukan ? sensitifnya aku. haih.


aku start tak suka kena compare sejak aku form 2 iaitu tingkatan 2. aku memang pantang betul bila aku dicomparekan dengan orang lain. sebab part yang paling aku benci sekali ialah nanti aku akan rasa macam " eh yeke ? alaa macam mana eh ? teruk sangat ke aku ? sirious ? " atau " alah weh ajar aku macam mana nak buat camtu @ camni and bla bla bla.. " and so on. huh.


aku tak faham dan tak tahu kenapa ramai sangat yang suka comparekan aku dengan siapa siapa. satu lagi, aku pun tak berapa suka nak compare compare kan orang lain sebab bagi aku lain orang, lain citarasanya. lain orang, lain lah habitnya. kan ? jadi aku memang pantang betul bila masuk bab compare compare nih. *mengeluh*


but, sometimes ada jugak aku comparekan orang. kadangnya aku suka comparekan antara lelaki lelaki yang aku minat, tertarik, suka atau apa apa jelah, aku tengok perangai dia, cara dia jalan, cara dia gelak, cara dia bertutur, nada suara dan macam macam lah. siriously semua berbeza. sampai aku boleh cam satu satu. hahaha. sama tu ada lah sikit sikit. aku bandingkan sehingga hampir semua habit diorang. tapi itu dalam katagori lain. kata orang, katagori jodoh namanya. hahaha. *jelir lidah*


dalam aku suka tak suka compare compare orang nih, baru aku sedar rupanya aku sendiri memang tak suka kena bandingkan. siot je kan ? aku boleh pulak nak bandingkan orang itu dengan orang ini, tapi orang tak boleh nak bandingkan aku dengan orang lain. teruknya aku. *baru sedar*


hahaha. *gelak*


bengongya aku. tapi tak mengapa. mungkin tu salah satu sifat aku. nak buat macam mana kan ?


hah, kau suka kena compare ? *senyum*

Hey Negga ku sayang :)





*tekan untuk besar*
Apa ni kawan ? eh dah pandai buat Mypace sendiri ? ke ni MySpace ' sepupu ' kau tu kot ? hahah !
*sengih jahat
*


dah dah aku dah malas nak berlakon baik, aku bukan hipokrit. that's why bila nak kutuk aku kutuk secara umum dan biar kau terasa puas puas. hahaha. kau ni serupa macam ape tah. tiada gambaran dari otak ini. eceh melalut je aku. haihh nak menipu seribu kali. tapi tak reti. kau tade skill nak menipu kitorang la wehh. meh sini aku ajar cara nak menipu. nak tak ? atau better takpayah buat kerja bodoh kau tuh. hantar orang nak pinjam CD lah, ape lah. meluat jeh aku. kan myra kan ? huh.


dan lagi satu kawan, kata kata menusuk kalbumu itu sudah lapok. hahaha.


p/s: aku memang Hebat dalam kutuk orang. so jangan cari nahas okay ? babe ily lah. hahahaha !

Monday, April 20, 2009

Satu Percubaan yang Bagus bukan ?

hahahah, sambil tersenyum sekarang aku membalas message kau. percubaan yang bagus untuk menyakiti hati aku tapi tidak berjaya. malah aku lebih gembira mungkin. sebab kau telah membaca setiap bait yang ditulis didalam blog ini. *sengih*


aku sedar aku tak sesempurna engkau. kau tak baca ke apa yang aku taip dibawah sana ? nak kena ulang lagi ? tak mengapa aku boleh ulanginya lagi. mari sini kawan..

aku sedar aku tak sesempurna engkau. faham ?


hahaha. sudah faham ? bagus ye. aku suka bila kau faham apa yang aku taip. terima kasih sekali lagi, kerana mendoakan aku. aku turut mendoakan kau. okay ? (orang buat baik, kita buat baik juga lah kan?)


sekarang aku cuma mahu kau sedar apa yang membuatkan kau jadi macam tu, dan siapa yang menaikkan nama kau, serta kenapa ramai membenci kau. aku mahu kau tahu. kau kena fahami setiap bait bait yang aku taip supaya kau dapat catch-up yeh. sekian.


terima kasih kerana mencuba. cuba untuk menyakiti hati aku tetapi kau gagal. hahaha. tiada secalit sakit pun dihati ini dengan kata kata kau yang bagai kanak kanak ribena itu. *gelak*


jadi harap kau faham ye ?


(aku tahu kau akan baca benda ini)

*senyum*

Guru vs. Murid


Suatu pagi ketika seorang guru masuk ke dalam kelas 1 Maharaja..


Murid : Selamat pagi, cikgu


Cikgu : Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? *menengking*

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selama sejahtera! Senang dan penuh bermakna.
Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.


Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan.
Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Sayatak mahu ada apa-apa gangguan.


Murid : *senyap*

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itubukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K.
Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O.
Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : *Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.
*


Kata kata menusuk Kalbu , Tiada Guna Semua tuh kawan,

siriously aku cakap, aku copy paste je nih. malas duh na taip balik. aku buat ni supaya kau betul betul tahu kat siapa aku tujukan benda ni okay ?

(baca kalau kau orang tak sempat nak bukak page dia
)


I'm sory Fwen's!!


aku xde niat nak sakit kan aty korang!

aku xde niat nak wat korang mara

tapi aku pelik,nape korang tiba-tiba nak timbulkan balik masalah ny?

korang nape nak cari salah aku?

nape korang wat aku cam ny?

aku xsangke korang sanggup rancangkan hal ny awal2

aku xpenah anggap korang ade salah dgn aku walau sikit pown

aku xpenah pikir diri aku ny xpenah ade xde wat kesalahan

korang hanya taw cari salah aku n da ade korang serang cam tuh je

aku bukan nak b'lagak suci atau baik

aku cuma nak kwn2 aku yg dulu!!

yg same2 gelak,bergurau n epy slalu!

come on lar korang!

plez tolong jgn hukum aku macam ny

aku taw slame ny aku xpenah nak sedar kesalahan aku

aku janji nak ubah tp aku ingkar

tolong lar wey!



aku hargai apa yang kau buat. *senyum*

akan tetapi..

aku tak suka cara kau cakap. macam kitorang yang salah pula. ada aku rancang awal awal ke ? ada aku nak cari salah kau ke ? ada ke weh ? kalau ada beritahulah bila. aku tak sangka kawan aku macam ni. susah betul nak cari kawan yang betul betul kawan. huh.


aku bukan nak kecoh ke ape, just tak puas hati gila babun dengan cara kau. ayat kau pun takboleh bela je doh. rase nak sepak jeh. jangan macam ni okay ? kang tak pasal pasal aku baran kat kau kang. huhu. kalau kau nak tahu benda ni dengan lebih lanjut, silalah tanya aku ye. jangan pakai benda benda macam ni, MySpace lah, kutuk dalam Msg lah, Pakai Orang tengah lah. ape ni weh ? FACE kitorang lah weh ! takut ke ? uhh nampak sangat penakot kau ni.


okay ?

Sunday, April 19, 2009

Kalaulah ,

Kalau kau kata iya ,
iya aku cubakan.
Kalau kau kata tidak ,
Tidak aku jadikan.
Kalau kau kata mahu ,
Mahu aku lemparkan.

Tapi,

dalam aku kata iya , tidak , mahu ,
kau kata apa ?
tidak mengapa ,
keikhlasan itu raja segalanya.

ahh begini sikap kau ,
dari mulanya aku sudah agak ,
akanku pertontonkan ,
boleh aku paparkan ,
boleh, boleh, boleh.

kau nak ?

SAHABAT ,
perkataan itu pula yang menghalang segalanya ,
kau sahabat aku ,
sekali berteman ,
kau akan jadi teman aku selamanya..

tak mudah untuk lakukan semua ini ,
hanya untuk pengajaran ,
dari zaman silam kau ,
tak mengapa ,
itukan pengalaman bukan ?

*apekebende tah*

Catatan buat engkau Gadis Cantik molek berkulit hitam manis,

Sahabat aku,


Terkejut bercampur tidak percaya aku mendengar cerita engkau tentang si dia yang tidak menghargai jasa jasa kau. pabila dan saat aku mendalami isi hati kau, aku turut merasainya. kenangan pahit manis antara suka duka yang berlaku sejak kebelakangan ini dapat aku gambarkan. betapa kecewanya engkau. jangan kau kisahkan si dia yang tidak menghargai kau itu, nyahkan saja dia dari hidupmu. biar dia dengan hidup dia, biar dia dengan jejaka jejaka yang telah membuat dia lupa dengan diri dia. biarkan sahaja. biar dia tahu siapa yang menjadikannya begitu. biar sahabat, biar. kerana itu lebih bagus, bukan ?



buatmu si Gadis Hitam Manis,



Suka keadaan macam ni ? yang tegang menyapa antara iya tak iya, pura pura ramah sedangkan jelas-jelas tarik muka satu satu. Dunia yang dirasakan Satu tetapi dua dalam masa yang sama. Sini kata iya, sana kata tidak. Jangan jadikan Hipokrit alasan untuk menjaga hati. Adakah ini yang kau mahukan ? Ini ke yang kau janjikan ? Ini yang terbaik ?



Kalau diizinkan, boleh aku bertanya kepada kau wahai gadis cantik ? tidakkah engkau tahu ? tidakkah engkau sedar yang selama ini kau telah mengawal dan mengatur apa yang sahabat aku lakukan untukmu ? Kau telah menyiat hati dia dalam diam diam. tidak dinafikan manusia boleh bersabar. tetapi sabar itu ada batasnya. jadi jangan salahkan kami jika kesabaran itu sudah tiada.



mungkin tanpa kau sedari kau telah melakukan satu kesalahan dimana kau telah meminta dalam masa yang sama kau juga memaksa. sejujurnya pada mulanya aku sudah menjangkakan kau akan jadi begini setelah mendapat tahu segalanya. kau lupa. kau alpa. leka dengan kata kata si kumbang yang manis. kata kata lelaki buaya di luar sana. percayakah engkau dengan lelaki di alam maya ? oh bodohnya engkau jika mempercayai setiap bait bait yang dicurahkan itu.



jadikan diri sendiri sebagai idola. yang bakal membawa engkau ke dunia nyata. kejarkan yang mana perlu. agar kau dapat kembali seperti dulu. aku disini, sentiasa bertolak ansur. jika kau kata iya, iya juga aku cubakan. jika kau kata tidak, itu semestinya ditentang habis-habisan. bukanya aku ni bagus sangat. ak tak sesempurna engkau wahai gadis hitam manis. sedarkan diri kau itu dulu, fikir dan tanya kepada sesiapa jika perlu.



jika digunakan abjad, A kata iya, B kata tidak. C kata perlu, D kata mahu. dan E kata Berbeza. Fahamkan engkau ? boleh aku tanya ? ayat yang mendalam ini hanya boleh difahami oleh kau wahai gadis hitam manis.



Kalau itu yang engkau mahu, aku tidak membangkang, malah lebih bahagia kerana engkau telah memilih jalan sendiri tanpa bantuan orang lain. itu yang tidak pernah engkau lakukan. hantarlah berapa banyak konco konco yang kau ada, hantarlah mereka mereka supaya kau boleh dapat lebih banyak maklumat. hantar lah walau kerabat diraja, selagi kau tak berhadap dengan aku dan dia, kitorang takkan kata apa apa. sini kata iya, sana kata tidak. begitulah hakikatnya. hanya dengan kau wahai gadis Cun, aku dan dia boleh berkata. hanya itu. okay ?



"Become a better Person and be sure to know who You are before meeting Someone New and hoping that Person knows who You are"

Saturday, April 18, 2009

Suatu hari yang memenatkan ,

Saturday, April 18, 2009
(malas nak masukkan pic sendiri)

18 April 2009 - hari yang memenatkan lagi Menyerabutkan otak aku. tensyen yang teramat sangat. aku pun tak tahu nak cakap macam mana. pagi pagi lagi aku dah terjaga. gara gara nak pergi bendealah ni lah. benda yang disangkakan seronok tapi tersangatlah hampeh. busan jeh kot. ramai gila orang, terpaksa bersesak sesak then berebut nak beli buku. tak dinafikan diskaun memang cambest lah kan. huhu.

okay dalam pukul 10.45 aku dah terpacak sorang sorang dekat KTM sambil sabar menanti rakan rakan ku yang kononnya 'On The Way' tuh. agak tensyen sebab aku orang pertama yang sampai and terpaksa menunggu mereka selama hampir satu jam. lama tuh ! korang boleh challange aku tak ? kesabaran itu penting ye kawan -,-

dalam 11 setengah mereka sampai. aku dah penat menunggu lantas terus menuju ke kaunter untuk membeli tiket ke hentian putra. grrr, nak beratur punya lah panjang. sakit kaki aku dibuatnya. eceh. belum jalan jauh da sakit kaki en. hahaha :P

then dah sampai sana, jalan ape semua. masuk lah pwtc tuh. mula mula orang tak ramai tapi dah naik tingkat satu, perghh dia punya orang kan, macam sardin. nak jalan pun susah. tensyen je kot. aku dah lah tasuka tempat tempat yang crawded gila babun macam tuh ! bikin serabut je doh !

then aku beli lah buku buku latihan PMR. dan kertas model Pmr. aduhh aku tak tahan gila dengan tempat macam tu so kitorang decide nak makan dan lepak The mall jeh. ni lagi satu tempat yang BOSAN gila ! tambah tambah lagi dengan foodcourt yang macam sakai lepastu makanan tak sedap langsung. geram je aku. penat je beratur panjang panjang tapi hasilnya tak memuaskan langsung ! dush ! *geram*

keluar topik kejap, masa nak makan tuh, dalam kitorang pusing cari meja kosong, ada sati insiden yang menjelikkan mata aku ni. ada ke patut ada sorang kakak ni, boleh dikatakan tua lah jugak, badan agak berisi dan memakai baju bewarna hijau. dia terlanggar orang dibelakang dia yang sedang membawa dulang yang berisi nasi dan air.

dia langgar then air perempuan dibelakang dia tu tergolek, nasib tak tumpah sebab dia pakai cawan plastik and ada penutup dia, tapi tumpah sikit kot. tak perasan pulak. then boleh pulak akak baju hujau tadi usya slek kat kakak yang bawak dulang tuh, then sikit pun tak minta maaf !

wtf ? kak, saya tahu lah kakak ni orang yang lebih tua dan perlu dihormati, tapi kan kak, sometimes kita tak boleh nak fikir kita punya keras kepala je, kalau dah salah kita, tak perlu malu untuk minta maaf ye. atau akak memang jenis yang macam tu ? menjelikkan mata para masyarakat sekeliling ? ahh lupakan lah alynn.

by the way pesanan untuk kakak baju huiau, (kalau akak baca lah) tolong lah sedar yang kepala kakak tu dah macam dinding kat blakang akak tu ye. *smile*

masuk topik balik. *sengih*

then jalan jalan kejap and disebabkan bosan yang teramat, kitorang decide na Turun KL Sentral then jalan jalan kejap. tapi cuaca tak menyebelahi, hujan rintik rintik. disebabkan takut hujan akan turun dengan lebih lebat, so skali lagi kitorang decide untuk pergi mines je. lepak kejap. heh. lawak jeh doh !

okay macam ni, dalam kitorang tengah jalan kat tepi jalan yang penuh dengan orang yang tengah jalan jalan, aku rasa macam nak bowling mines jeh. then aku pun fikir fikir macam sempat jeh nak pergi sana sebab baru pukul 4 petang. so aku pun cakap kat diorang and diorang pun setuju nak pergi sana. pastu tunggu train and dah sampai tuh, perghhh sardin bhai ! aku dah macammm... *mengeluh*

dalam hati aku macam ni "PWTC macam ni, train pun macam ni. pengsan aa aku pasni -,-"

aku dah tesyen gila laaa. pastu sampai mines lepak kejap jalan jalan. then pergi game sekejap. hahah. lawak je doh ! main baskeball. grrr. rasa nak pergi balik je kat sana. hehe. tapi yang pasti aku kalahkan adam ! yeah ! hahaha, adam kau kalah ! ahhahahahah. *gelak*

then dah ape semua balik jelah, malas na menaip dah. mata berat wokk.
bye -,-

Monday, April 13, 2009

Hanya kerana payung..

p a y u n g a k u w a r n a p i n k

hah, gambar diatas tu gambar payung yaa. hahah. benci betul bila aku teringatkan payung aku yang comel bewarna pink itu. hahaha. petang tadi macam sakai gila, aku kena buli hanya disebabkan payung aku yang bewarna pink itu ! grrr, tensyen tensyen ! hahaha. tape la, ada jugak kenangan dengan membe baru aku tu kan. lagipun payung tu berapa ringgit je kot. huhu. arghhh payung tu mak aku yang belikan doh ! sayang wowh, grrr. tak mengapa lah alynn oii, kan kau ada lagi satu payung yang sama, just warna je lain. guna lah yang tu pulak. haha.


apa apa jelah babe. yang penting kenangan kan. heheh. macam macam jeh dorang nih. aku pulak jadi mangsa tadi. padahal aku ta buat salah pun. dush dush ! tahula aku budak baik yang teramat sangat sampai nak dibuli kan. eceh poyo je aku. hahaha. by the way afiq, eg, qayyum, ayap dan MARIA ! hahah, korang tengok lahhhhh~ buli aku yeee. bagitahu mak aku kang. hahahahaha. sekali lagi aku poyo. *GELAK*
.
.
ade ke patut aku dibuli hanya sebab payung tuh ? macam tak logik jeh ! mana pernah selama ni aku kena buli =.='
.
.
hahah tape tape atleast aku dah ada pengalaman kena buli. hahaha. bangga jewp. hahaha. boleh ke aku cakap macam tu ? lalalalalala. heheh. actually tadi aku nak jumpa syafiq kat moms cook, sementara nak tunggu dia tuh aku lepak lah sekolah. ingat nak main bola baling tapi dah hujan kan. nasib baik lah aku bawak payung yang sekarang dah Inalillah dah. hahaha.
.
.
tadi boleh pulak tepat tepat aku dah sampai serdang, hujan turun dengan lebat yang amat. aku baru je semangat nak main bola baling tadi. adoyy. aku tak stayback pulak sebab tade homework. so macam malas. lebih baik aku balik makan and mandi semua kan ? hahah. then petang aku datang la sekolah balik, sebab kebetulan syafiq balik serdang, ingat boleh la lepak kejap kan. tapi td dia lewat. sebab tunggu hujan reda. dia kan naik motor. so tak sempat nak jumpa. tak mengapalah hari lain kan ada. ngeee ^,^
.
.
harini macam banyak sangat masa terbuang. tapi takpe masa masa yang terbuang tu diisi dengan kenangan kenangan yang takboleh belaa. hahaha. macam tak percaya aku kena buli. hahaha. lawakk jeh. wany tahu ni mampus aku kena bahan. hahahahahahahaha. *gelak*
.
.
harini aku asyik gelak je doh, mak aku cakap tak baik gelak banyak banyak nanti ilmu keluar. haha. aku pun tak tahu betul ke tak kan. just macam tak sopan la kan gadis melayu gelak kuat kuat macam tu, tapi dah habit aku ! nak buat macam mana. hahaha.
.
.
ohh okayy keluar dari tajuk sekejap, habit aku lagi satu ialah, Goyang kaki. bukan goyang kaki macam mengayun kaki tuh, aku suka goyang macam kaki orang yang tengah duduk kat bangku tepi toilet and tengah tunggu orang didalam toilet itu keluar sambil tengah tahan kencing. macam tu kot ? aku tahu ianya berbelit belit tapi aku nak cakap jugak. cuma aku tak boleh explain with word. hahaha. kalau dapat catch up tahniah lah ye. *kenyit mata*
.
.
kadang kadang kalau tengah makan kat restoran atau kedai makan mana mana, sambil makan atau tengah tunggu makanan tu, aku akan goyang kaki aku. sampaikan sometimes aku tak sedar yang aku tengah goyang kaki ni. hahaha. and kadang kadang aku kena sound ngan mak aku sebab goyang kaki sampai air bergetar getar. haha. betul ke ayat aku tu ? biaq pi lah. hehh.
kalau kat kelas pulak, aku selalu kena sound macam ni "alynn jangan goyang meja ! aku nak tulis nih." terutama sekali dengan wany. hahaha. aku tak goyang meja tapi bila dah goyang kaki, nanti meja pun akan bergoyang lah kan. hehh.
.
.
okay back to topic awal tadi. today memang banyak kenangan lah. tataw na cakap macam mana. ada yang siap main slide slide lagi tuh. lelaki perempuan semua join. tapi aku tak lah. aku kan budak baik. ececeh. haha. diorang tergolek golek kat situ. comel je. hahaha. sakit pinggang paru paru jantung semua ada. hahaha. yang tak boleh bela sampai taruk sabun ! hahaha lawak jeh korang ni kan ? nasib tak kantoi dengan cikgu. haihh, penat aku gelak kat sini doh. hahahaha. boleh pecah perut aku ni. ngeee.
.
.
.
dah lah penat aku gelak. hehh. lawak lawak..