Tuesday, May 26, 2009

Blog oh ! blog

haha aku tak tahu kenapa aku suka nak judge pasal blog orang, pelik je aku ni. macam aku ni bagus sangat pulak. haiyaa.

heh siriously aku tak berapa berkenan dengan blog yang hanya penuh dengan gambar. err maksud aku gambar dia pergi kat sesuatu tempat tu, kalau boleh semua yang dia snap dalam camera dia tu dia nak upload kat blog. haha tak salahpun sebenarnya. tapi kadangnya aku terfikir jugak, apa salahnya kalau kau upload satu dua je daripada beribu gambar yang kau orang snap tu ? haha. hish alynn kau ni mulut macam ape ntah. heh. sebenarnya aku takdak lah nak kutuk cuma agak kurang menyukai lah. hehe. alah macam blog aku ni hebat sangat pulak. *mengeluh*

aku bukan nya apa, cuma nak bukak blog blog yang hanya dipenuhi oleh gambar tu dah lah nak tunggu dia punya load dah lah lama. then dengan tulisan warna warni bersama kecil besar dia tu. lepastu dah lama tunggu load, gambar yang keluar tak memuaskan hati pulak. jadi selalunya aku hanya akan menekan button 'x' yang bewarna merah di atas sana tu atau pun aku terus ke blog yang lain. err hampeh. but tengok keadaan juga lah kan. sometimes kalau internet tengah laju, aku tengok juga gambar gambar yang bergunung tu. ni tidak, kalau internetnya nyot-nyot gitu, lupakan jela. *sengih*

dan lagi satu, aku juga kurang menyenangi blog yang dia punya font diwarna warni kan, sekejap bold warna biru, lepastu warna merah pulak. then the biggest one warna kuning. then kelabu and bla bla bla. haha macam pening je kut nak baca semua tu. mesti masa korang taip nak post benda tu, kau orang penat kan ? dulu ada lah aku nak cuba buat buat macam tu tapi penat weyh nak tekan sana sini. better aku taip je guna satu warna sahaja. kan ?

yela nak kena tekan sini besar, sini kecik, lepastu bold lagi, then warna tu nak kena tukar ikut ton dia kan. buang masa je. haihh susah hidup. eyh aku tertanya tanya jugak, kalau ada benda yang senang, kenapa perlu cari dan guna yang susah ? ouh aku faham, kepuasan diri itu penting bukan ?

alynn, sudah sudah lah tu jangan asyik nak mengkritik orang, kau tu bukannya bagus sangat. hish. ni lah akibatnya kalau banyak bukak blog sana blog sini. mula la aku nak mengkritik. kan bagus kalau aku tak bukak blog siapa siapa pun, senang hidup toksah dok gatai nak taip penat penat hanya untuk kepuasa diri. arghh aku sebenarnya tengah pressure sejak dua menjak ni. so maaf kalau asyik nak kutuk orang. maaf.


//sepuluh jari disusun memohon kemaafan daripada anda. maaf ye kalau ada yang tersinggung dengan entry entry aku yang membosankan ini.

No comments:

Post a Comment