Wednesday, May 6, 2009

Tribute to Shazwani Mohd Sahlan

yang kanan, shazwani bte mohd sahlan



Al-Fatihah..

semoga Arwayarhamah Ibu ditempatkan bersama orang orang yang beriman. aminn.

Ibu, yaa aku panggil arwah tu Ibu sebab mak wany mak aku juga. kan ?

err wany aku sayang kau, sumpah sayang gila gila. tadi masa aku tengok kau menangis, aku pun nak nagis sama doe. tapi aku tahan. but kau tak tahu, saat aku berpaling kebelakang air mata aku ni jatuh berjuraian gila lah. tade sape nampak, eyh kenapa aku taip kat blog sedangkan aku tanak org tahu ? err apa apa jelah. hmm masa aku menoleh kebelakang dengan mengesat manik manik jernih di pipi, aku terfikir, macam mana lah kalau semua ni terjadi kat aku ? boleh ke aku kuat ? ke aku akan jadi macam wany ? err entah lah weh. aku tak sure. huhu. mungkin aku akan jatuh sejatuh jatuh macam kau dan mungkin juga aku masih boleh bertenang. hmm,

tadi aku jauhkan diri dari kau. aku tak peluk kau. aku tak bagi kata kata semangat. aku just cakap "wany relax, ni semua dugaan. kau kena kuat. kitorang ada kat sini okay ?" je. sebenarnya itu je yang mampu aku ucapkan dalam nada menahan sebak. sirious. hmm, aku tahu aku tak bagi sepenuh ayat ayat dan kata kata semangat yang aku ada untuk mendatangkan semangat kau. aku mintak maaf wany. aku ada sebab. sebab yang akan aku huraikan nanti. hurmm.

wany aku nak kau anggap ni semua dugaan. kau kena tabah wany. life must go on. kau nak PMR. kau kena kuat, aku taknak tengok kau menangis nangis. nanti kitorang akan risau. risau dengan kau. kau tak lemah, kau kuat wany. kau boleh. kau kan kawan aku yang kuat dan tabah, aku percaya kau boleh harungi semua ni wany. relakan pemergian ibu kau. aku tahu, aku faham perasaan kau. tapi kau kena fikir jugak wany, roh arwah ibu kau takkan tenang lihat anak dia sedih sedih dengan pemergiannya. hmm, aku kat sini sentiasa ada di sisi kau. jangan risau okay ? aku sayang kau. dan KITORANG sayang kau.

err lagi satu weyy, aku na mintak maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut sebab always paksa paksa kau buat itu dan ini. babe, i'm so sorry. promise aku akan cuba buang sikap 'mengarah' aku kat kau tu. janji wany. JANJI !

tadi, saat aku melihat kau menitiskan air mata kesedihan. err aku lari. lari dari lihat semua tu. aku tak lari guna kaki la. aku just larikan anak mata aku ni. dengan alasan aku tanak tengok kau menangis. aku tanak dengar kata kata yang kau keluarkan dari mulut comel kau tu. aku tanak tengok muka kusut kau. sorry wany. reason aku ialah nanti aku akan menangis sama. aku tanak menangis weyy. aku tanak. aku nak kuat. aku tahu dengan cara tu kau mungkin akan turut kuat. dalam hati aku la kata begitu, aku nak kau pun ikut kuat sama dengan aku. tapi hakikat sebenar adalah sebaliknya. wany aku nak kau kuat. aku percaya kau boleh. think positive wany.

(kiranya aku ni ego gila la kot. ntah lah)

ntah la wany, aku tahan air mata lama gila. dari aku dapat berita ni, on the way nak ke bustop, dah masuk dalam bas, masa nak jalan kerumah kau, n bila dah start baca yasin, sampailah baca doa. aku tahan air mata aku ni. aku tahan. tahan setahan yang boleh.

tapi, aku tak cam suara siapa yang baca doa tu. and bila aku dengar suara dia seakan akan merayu yang teramat sangat, dengan serak serak basah seperti baru menangis, (err myra, aku pun rasa tu abang sulung wany) dia meminta maaf dan keampunan daipada-Nya bagi pihak arwah, serta mendoakan arwah ditempatkan disisi org org yg beriman, saat tu mata aku dah start bergenang. mahu menitiskan air mata. yela cuba bayangkan lelaki punya suara macam tu, perghh hiba, sayu, pilu, syahdu, sebak semua menjadi satu. nak nangis dah time tu tapi aku still tahan. aku ego ke wey ? ntah la. kebetulan pula aku berada di belakang so yang lain tak nampak kaca kaca di mata aku ini. nasib baik lah. aku tunduk. err tapi air mata initetap tanak jugak mengalir. ntah lah. aku pun pelik.

hmm, kalau kau kenal aku, aku ni jenis payah nak menistiskan air mata depan orang ramai. melainkan kalau aku betul betul tengah sedih, atau terasa dengan sikap seseorang. sebab normally aku akan menangis disaat aku sendirian, berseorangan, atau ape ape jelah janji orang tak nampak. itu prinsip aku. aku tak suka nak tunjuk yang aku tengah sedih. aku tak tahu kenapa, jangan tanya lah eyh. aku lebih suka nak pendam semuanya. aku lebih suka tanggung sorang sorang. biar aku tanggung semuanya. biar. aku rela. err ego ke aku ni ? -,-'

then,

wany aku paling takboleh tahan masa kau datang kat kitorang, mas peluk kau, myra peluk kau, ayna peluk kau, syera tenangkan kau, emie pun sabarkan kau. tapi aku ? wany aku mintak maaf, aku salah. aku tade kat sisi kau disaat kau perlukan aku. aku takut wany, aku takut aku pun akan sama nangis dengan kau. err aku bukan nak belagak aku ni strong tapi perasaan tu lain taw tak. aku tanak kau tengok membe kau ni lemah. sikit je dah jatuh. tak reti nak kawal emosi. emo. aku nak kau fikir yang kawal emosi ni senang. kawal emosi ni sebenarnya tak susah wany. betul. kau just perlu ingat ni semua dugaan yang telah ditetapkan sejak azali lagi. takdir dah menentukan semuanya. kau hanya perlu harungi nya dengan kesabaran dan sebagainya. tenang wany, tenang.


err penah denga ayat ni tak, ayat yang paling aku suka. terlalu bermakna.

"as u look into my eyes, u can see nothing's cause i'm good in lying"

konsep dia sama wany. bagi aku la. cuma yang berbezanya untuk menerima hakikat yang org tersayang akan pergi meninggalkan kita buat selamanya teramat lah susah. aku tahu. aku just tanak kau nampak yang aku ni lemah selemah lemah yang mungkin. so aku kena tipu kau sikit. pura pura kuat. berlakon tak ada apa apa berlaku. err hipokrit ke ? lantak lah. yang aku tahu aku kene kuat sebagai kawan kau. kalau aku pun lemah, macam mana aku nak bantu kau kan ? macam mana aku nak angkat kau yang dah jatuh ? macam mana aku nak bagi kata kata semangat dalam keadaan tangisan sedu sedan ? boleh ke kau rasakan semangat kata kata yang bakal aku katakan kalau aku pun turut lemah menangis rengek sini sana ? betul kan ?

so wany aku mintak maaf sangat sangat sebab nampak macam aku tak amik port sangat petang tadi walhal aku terlalu amik port pasal ni. just tak tunjuk je. tolong ye wany maafkan aku. aku sayang kau tahap gayy lahh. Sumpah. kau terlalu baik untuk menjadi kawan aku. aku tak pernah ada kawan sebaik kau doe. trust me.

kau boleh wany, kau kuat ! come on, jangan menangis okay ?


again,

al-Fatihah..

2 comments:

  1. Kenapa nak kena tahan air mata? Kan? Btw, takziah.

    ReplyDelete
  2. muahahaha entah lah, dah terbiasa kot. hee,

    okay thx :)

    ReplyDelete