Pergi
Pergi lah kau bersama dia
Pergi lah saja kenangan itu
yang melayang entah kemana
pergi meninggalkan aku
Pergi
pergilah kau dari sini
pergi tinggal aku sendiri
pergi jauh dari sisi
tolong pergi wahai kamu, kamu dan kamu lagi
Biar
biar aku disini
biar aku sendiri
biar aku menyepi
biar aku menghilangkan diri
biar
Kau
kau adalah kau
yang menjadi diri engkau
dalam kegelapan kau melangkah
mencari sinar kehidupan
aku
aku disini menjadi batu
batu yang diam tidak berkata
batu yang tidak melangkah itu
diam dalam mencari sirna
aku
aku sedar diri ini
jadi sekarang aku pergi
pergi jauh dari sini
tinggal kenangan yang bersemi
Terang yang menanti di hadapan
terus melangkah menuju kegemilangan
aku biar, dan pergi dari menunggu
biar engkau bebas tak diganggu
dia yang menjadi sahabatnya
tanyalah dia jika perlu
katakan diam kepada dia
dari terus meng'usya' aku
biar lah satu yang sebelum kau
menjadi pengajaran dan tauladan
cukup aku dikutuk
cukup aku dibahan
cukup aku diperli
cukup kawan
cukup
dia yang sebelum kau
walau hanya sekadar dihormati
seperti adik beradik sendiri
tetapi tetap aku diperli
perlu kah semua itu ?
ahh manusia
semuanya sama, bukan ?
aku penat
penat mahu mendengar
penat memahami kata kata dari mulutmu itu
penat yang teramat
kalau kau nak, pergilah
aku
aku tak berkata apa apa
kerana mereka mereka mempunyai organ tersendiri
organ yang diberi kegunaan untuk berkata
tak mengapa, ini lah dunia namanya. kan ?
kau, kau dan kau
cukup lah berkata kata
kata kata perli kutuk mengutuk
hanya memberatkan neraca di sebelah kiri kelak
sudahlah kawan
pergilah kau tinggalkan aku
pergi bersama dia
aku mengalah
kau kan lebih tua
aku perlu hormat
aku tak kisah
aku rasa kau pun tak kisah kan ?
okay tamat
berhenti disini sahaja semua ini
stop it
segalanya telah terhurai
kau ambil lah dia
aku pergi mencari sinar
di dalam kegelapan
mencari pendirian
untuk berjaya di suatu hari kelak
insya-Allah
*berharap*
haihh.. ngantok aku bce.. nasib x tertido.. hahah.. xD
ReplyDelete