Saturday, October 24, 2009

// Takecare disana ya !

Lebih tua dari ku harap sabar menunggu
Kepulangan mu ku tunggu
Bukan maksud ku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikat nya rindu yg mendalam

Jalan inikan membantu
Hari esok siapa yg tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku adik mu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kan mu
Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku adik mu
Dan engkau abang
Ingin ku ulang kemasa dulu

Tak akan putus
Hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa apa

Jalan inikan membantu
Hari esok siapa yg tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku adik mu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kan mu
Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku adik mu
Dan engkau abang
Ingin ku ulang ke masa dulu


p/s: Takecare and Don't get back home if you still did'nt achieved your goal bro ! Make sure you bring back that victory okay. haha. *peace*

Thursday, October 22, 2009

// mana pergi ntah..

Ohh tidakkk !

Keihatan seperti aku sudah tiada apa-apa idea yang mahu dikemukakan di blog kesayangan aku ni. hampehh betul.

kadangnya bila aku tengok blog rakan-rakan yang lain yang selalu update tambah-tambah lagi selepas merdeka daripada PMR ni, jelous aku dibuatnya. kenapa lah diorang semua banyak idea nak ber-blog-ing sedangkan aku tak ada idea langsung nak update blog. kadangnya ada tapi bila dah mula menaip, aku jadi blur. sedih betul. patutnya selepas PMR tamat ni la masa aku diluangkan untuk ber-blog-ing apa saja yang aku nak. ini sebaliknya pulak. haihhh.

mana pergi ntah aku punya idea yang selama ni membuak-buak dalam otak (cehh).
mana pergi ntah aku punya tangan yang laju menari-nari di papan kekunci ni
mana pergi ntah aku punya celoteh yang tak pernah habis tu
mana pergi ntah aku punya semangat nak ber-blog-ing macam dulu
mana pergi ntah semua tuu..

haiyoo! apa-apa jelah alynn oi.

Saturday, October 17, 2009

// 16 Oktober 2009

BIRTHDAY


sepatutnya tarikh ini menjadi tarikh yang paling membahagiakan aku. tapi malangnya tidak.

mulanya dengan bangun pagi dan membaca message message yang wish birthday aku, (by the way thanks kawan kerana ingat birthday gua ye) dan aku pun membalas message message tersebut lalu berisap siap untuk kerumah kawan aku sebab dia ada buat makan makan. jadi aku pun pergilah kerumah dia. dan lepak macam biasa till 6 p.m.

setelah sampai ke KTM dengan bantuan ayah kawan aku tu, (thanks pakcik Nasir *smile*) aku pun call seseorang.

dan aku berniat nak berjumpa dengannya. tapi..

*mengeluh*

buat pertama kalinya aku terasa yang teramat sangat sampai menangis sorang sorang dalam bilik macam orang bodoh walhal dia tak kisah pun sebenarnya. (aku rasa lah) tapi aku rasa ini semua bukan salah dia. aku je yang cepat touching. cepat terasa. ahh, mesti dia meluat kan?

bodohnya aku..

walaupun telah dipujuk tapi aku tetap terasa gila babi lah. sumpah aku cakap, memang terasa sangat. aku tak tahu kenapa kali ni aku macam cepat sangat terasa dengan dia. cepat sangat nak menangis kalau dia buat salah. lemah gila aku. bodoh betul kau ni alynn.

mungkin sebab dulunya aku boleh lagi bertahan sebab pertama kali tapi yang ini.. ahh.. apa apa sajalah.

tapi siriously betul, sampai aku takboleh tidur semalam.

tolonglah aku kawan ! aku takboleh hidup dengan hati yang cepat tersentuh ni, tolongg wehh.. aku tak suka ! aku nak alynn yang dulu ! yang boleh bertahan dengan semua ni. arghh.

"inikah nikmat hari jadi yang semua orang tunggu tunggu settiap tahun ?"

malang betul aku tahun ni..

p/s: aku taktahu kenapa aku tulis entry yang berdasarkan hal macam ni. padahal aku tak suka nak post benda benda macam ni. *mengeluh*

Friday, October 9, 2009

// "alynn, kau pernah couple tak?"

hampir semua orang yang baru kenal aku tanya soalan tu. naik bosan aku. aku pelik jugak, wajib sangat ke nak tahu jawapan dari soalan tu? hish, pelik pelik je dunia sekarang.

kalau kau nak tahu soalan tu adalah soalan yang paling aku benci sekaligus malas nak jawab sebab jawapannya tetap sama dari dulu sampailah sekarang,

"Tidak. dan Tidak"

Kata-kata manis dan janji palsu tak seindah taman firdausi sayang..


aku pusing, lihat kiri kanan, depan belakang. semua sama. ya, sama. semua? oh my god.

Cinta Cinta Cinta..

pelik bukan ? ape benda tu cinta ? siriously aku tak berapa nak faham dengan benda tu. aku bukak kamus, dia tulis; perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada something (negara, manusia, dll) kadangnya aku pelik juga, budak 9 tahun dah pandai bercinta ? wow ! hebatnya dunia sekarang kan ?

cehh, aku bercakap disini macam aku ni pun tak 'terjebak' dalam bendealah tu pulak. siapa je yang tak pernah rasa sayang kan? aku pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan. cuma belum pernah rasa yang kaw kaw punyaa. mungkin aku terlalu muda kan? okay, ini poyo yang teramat.

dan.. jiwang =,='

haha, mungkin disebabkan bendealah ni lah aku jadi jiwang. cukuplah 2-3 kali aku 'terjebak' dalam gejala yang tak sepatutnya aku 'masuk' waktu muda-muda macam ni. dan kalini aku harap dah cukup lah setakat ini. penat sudah aku melayan perasaan bodoh ni.

kata orang, (sebenarnya tu abang aku sorang je yang yang cakap) semua tu pengalaman.. ahh pengalaman apa tu? pengalaman yang boleh binasakan kita suatu hari mungkin? ohh iya, pengalaman untuk lebih berhati-hati di masa depan lah ye. tapi tidak bagi aku. haha. i'm idiot and i know that. cheer!

aku penat lah kawan..


aku toleh kiri, Cinta
aku toleh kanan, Sayang
aku pandang depan, Suka
aku pandang belakang, Semua nya ada!


ohh sebelum aku terlupa, ini mungkin untuk kamu sayang :)


Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

By Alyah - tak mungkin kerana sayang

// Ayuh! Berperang dengan Kertas Soalan!



Maaf kawan-kawan. gua sedang sibuk berperang dalam dewan peperiksaan sampai gua lupa kepada blog tersayang ni, kesian kau blog. ditinggalkan keseorangan. dah dah, jangan menangis, aku dah datang ni. *merepek*

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

7 Oktober - 13 Oktober 2009.

BH065K114 - harap nombor luck!