Thursday, November 18, 2010

Form 4 life is over.. yeah, Over! SPM, Here i come!


Gelabah tak title aku? he-he-he.

Mak oih, baru kelmarin habis sekolah untuk sesi tingkatan empat, ni sekarang dah semangat nak SPM pula. padahal result final ntah macam ape lah nanti. agak-agak banyak tak darah yang tumpah atas kad rekord kemajuan tu? *muka tegang*

Sekaraang tak dinafikan hidup aku berubah. nak kata berubah yang macam mana tu, aku malas lah nak explain panjang lebar kan. apa yang aku tahu, aku berubah untuk jadi yang lebih baik. hari ini adalah lebih baik daripada semalam. baiki kesilapan yang lepas. buang yang keruh, ambil yang jernih. bukan ke itu lebih bagus daripada aku terus leka dengan dunia ciptaan aku? kan?

tapi aku masih bingung. still takboleh lupa lagi pasal itu. antara yang lepas.. yang itu.. dan yang ini.. *mengeluh*

sesi persekolahan 2010 sudah berakhir..

Kenangan,

terlampau banyak sangat kenangan. ada juga yang susah nak dipadam. susah nak dipendam. susah juga nak diceritakan pada sesiapa. sebab aku rasa takda orang yang akan 100% faham apa yang aku rasa. paling koman pun 90% je kot.. takpelah, aku cuba lupakan semua tu. mungkin agak susah tapi sekurang-kurangnya aku ada nawaitu tu kan? kalau niat dah ada, segalanya jadi tak mustahil.

Dia.. erghh! payah lah nak cakap!!

separuh daripada kehidupan 'menengah atasan' aku dah dihabiskan bersama dia. ya, aku tahu agak sukar lah untuk lenyapkan semua itu. tapi aku harap sangat-sangat semua jadi macam biasa. macam dulu-dulu time aku tak-kenal-kau-dan-kau-tak-kenal-aku. i mean bukanlah macam buat-buat tak kenal sampai lalu kat sebelah pun buat bodoh kau-siapa-aku-tak-kenal-kau-lah-sorry-ya. maksud aku macam biasa-biasa. lepak macam biasa, semuanya macam biasa. sebelum kita macamni. bukan apa, aku cuma perlukan masa yang agak panjang untuk jadi seperti dulu. get it?

Mata dah pedih, katil dah memanggil-manggil. tapi tangan masih gedik menari-nari di atas keyboard. bau losyen safi balqis whitening menusuk hidung. wangi, lagilah bertambah berat mata aku ni. takpa, aku teruskan. banyak cerita nak diceritakan dalam entry kali ini. segalanya pada tahun 2010. ya, twenty-ten.

pada awal tahunnya sibuk dengan segala sukan bagai. handball club, netball club, volleyball club, photography club, kadet bomba bagai and memang time tu pagi petang siang malam fikir pasal sekolah je. dengan camping lagi. pertandingan itu-ini, lawatan bagai. segalanya yang berkaitan dengan sekolah.

pertengahan tahun dah sibuk dengan study. tapi ada jugak pasal bomba and kerja sidang redaksi tu. yelah sebab masa tu kan dah dekat dengan sambutan kemerdekaan, so adalah pertandingan kawad kaki, formasi dan gadjet tu. macam tak biasa pulak. lepastu sibuk dengan kemping kelab permata usahawan muda. dua kali aku pergi kem yang sama, UKM. ahh.. rindunya kat abang-abang fasilitator sana tuh.. abang basiaq, abang hassan a.k.a roy, abang airee afiq, kak muna and semua lah! ramai sangat kalau nak list kan pun.

and aku ingat lagi time busy-gila-nak-mampus settlekan kerja-kerja sidang redaksi untuk majalah 2010 ni. terkejar-kejar sini sana cari cikgu, pengerusi lah bendahari segala tu. seronok lah bila ingat balik semua tu. and yeah, alhamdulillah, berkat kerja-kuat kami majalah SEINDAH edisi 2010 diterbitkan awal daripada biasa. hehe. tengok lah siapa yang handle kan.. (padahal~)

apa lagi eh.. hmm lepastu sibuk dengan study lah kot. aku malas nak ulas panjang sangat. sebab tujuan aku tulis entry ni bukan lah nak dijadikan 'semakan kilat aktiviti tahun 2010'. tapi ada 'jimban' yang tersendiri.

aku nak cakap yang aku dah mula lupakan dia. atau memang sebenarnya aku dah lupakan dia kot? mungkin ada lagi 50% lah dia dalam ingatan dan fikiran aku tapi aku sedang berusaha nak anggap dia sebagai kawan yang rapat. ingat aku ni jenis yang senang nak buang member ke? lama berkawan, nak buang dalam sekelip mata. not my way okay. kawan tetap kawan. *smile*

Dunia baru aku, dengan kawan baru, dengan suasana baru, dengan perangai yang baru (sikit-sikit), dengan JIMBAN BARU, hahaha. yang tu tak tahan. okay stop it. aku taknak taip panjang-panjang nanti kena tangkap dengan polis. (?)

jadi, selamat memulakan hidup yang baru, alynn :)


p/s: i know i'll miss you. dan sekarang juga aku memang sedang teringatkan kau. kalau tidak masakan aku boleh tulis sebegini untuk kau kan? tapi takpelah, aku cuba hilangkan semua ni walaupun mengambil masa yang agak lama.

bak kata myra, "takpo lynn, sorang pergi sepuluh datang. ramai lagi lelaki yang ado kek luo tu. meh aku cari satu untuk hang".

so .... ?

any idea ... ?

..

....

zzzzzzz..

..

*gelak*

dah lah, malas nak fikir pasal ni semua. buat serabot otak je. I'd better go now, Goodnight all. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment