Tuesday, November 16, 2010

Pelangi pudar..


Sekelip mata
Bagai halilintar yang melintas
Tersentak aku menerima
Terdiam kaku merebah ketanah
Melihat orang ramai berpusu-pusu
Melihat orang ramai mencoret sekeping raut
raut wajah yang bisa mencarik setangkai hati
raut wajah yang bisa merungsingkan jiwa
raut wajah yang membuat aku terkaku

Merah yang menjadi ketua
Merah yang menjadi tunggak
yang sentiasa bersama birunya
berkepit bersama merah jambunya
setia menemani unggu dan violetnya
hilang ditelan mega
membawa pergi seri pelangi
seri pelangi yang didambakan
tanpa tunggak tuntasnya
tanpa garang dalam kelembutannya
pergi..

Untukmu Merah
kau masih pahlawan dimata aku
kau masih terang dihati aku
kau masih yang tertinggi dalam pelangi hidupku
walaupun pelangi kini sudah memudar tanpa si garang
aku tetap bersama kamu wahai merah
merah yang menjadi tembok pertahanan
merah yang mengajar erti keberanian
merah yang penuh kesabaran

tanpa merah, hilanglah satu warna pelangi !
tanpa merah, dari tujuh kini enam
tanpa merah, kami perlu berusaha menambah keterangan
untuk menjadikan pelangi ini sentiasa indah dimata orang
untuk mengekalkan kecantikan dan kecerahan
supaya hilangnya merah tak mengubah warna pelangi
walau pelangi hilang megahnya tanpa merah

Merah, Merah, Merah.

p/s: Hai lama tak menulis, pening jugak kepala aku memikir nak taip semua ni. Itulah otak dah lama membeku dalam freezer. kalau kau orang tak faham entry aku kali ini, maaflah kerana ini hanya sekadar suka-suka. terima kasih.

No comments:

Post a Comment