Thursday, August 27, 2009

//Kepada lelaki diluar sana





1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidakmenitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya,lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelumanda menegur dengan ucapan maaf.



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang palingdia sayang.



4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelakiitu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluardengan lelaki lain.



5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nakmenerima pujian.



7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati,tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangatdalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana biladia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.



8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas andatolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih inginmenganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dantulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung takberguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikanrespon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akanbersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik sajaganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluhminit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangansenyum sebarangan.



14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan denganpersahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.



15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajakberjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda




//by the way aku rasa aku paling suka yang no.12 tu. hehe.

Wednesday, August 26, 2009

//entry bodoh-itu-bodoh dan tetap bodoh. atau mungkin kurang bijak kerjanya barangkali ?

tak pernah-pernah aku hantar entry yang title nya sebegini. ape sudah jadi wahai alynn ku sayang? kah kah kah *gelak*

mungkin juga aku sedang kebosanan yang tahap melampau sehinggakan melakukan perkara-perkara yang bodoh seperti ini.

tapi sebentar ya. apa sahaja perkara bodoh yang sedang aku lakukan?

ohh.. bodoh iya?

ZzzzZzzzZz..

ini merepek ya kawan *senyum*

//I Love You, You Love Me





I Love You, You love Me were best friends like friends should be, with a great big hug and a kiss from me to You. Wont you say u love me to.

Comel bukan?
keh keh keh, *gelak*
patung ini bewarna ungu, hijau dan kuning.
dibawa oleh saya kemana sahaja.
and thanks Adam! <33




by the way, tengok gambar 'budak' comel ni. aku suka doe. geram gila!





haziq, nie masa kau kecik-kecik dulu ke? HAHA. ijk :)
kaki dia pendek,
ekor kontot.
muka macam takboleh comel lagi jeh.
grr.. sabar jelah..

bapak lah comel, geram doe! RAWRR!~
arghhh !
aku geram sangat
sampai rasa macam
nak bunuh je binatang ni.
huhh.

Monday, August 24, 2009

//Kesakitan yang Dalam Diam

perit bila jadi yang tengah
perit bila jadi pemerhati
perit bila jadi pengutus
perit bila aku terpaksa senyum
perit bila aku mula rasa sebegini (!)

dahulunya sama
kini aku fikir berbeza
tapi usah kau kata beza
kerna semuanya bagai tiada lainya

aku benci, benci, benci (!)
setiap bait yang engkau cuba lemparkan
aku terduduk membacanya
aku diam

pura-pura riang tetapi hakikatnya berbeda
senyum yang sudah mula pandai menipu
gelak tawa yang jelas tiada ikhlasnya
hipokrit rupanya aku ini ya ?

tapi tak mengapalah
kerna semua ini bukan yang sulungnya
bukan juga yang angahnya
tetapi sudah bercicit aku rasa
betulkah ?



//ini entry yang ke 101, cantik nombornya bukan?

Friday, August 21, 2009

//RAMADHAN MENJELMA KEMBALI


dalam setahun hanya sebulan,
dalam sebulan hanya 30 hari,
ahh apa aku merepek ni.

ADAM MYRA YASMIEN <3

For everything's. sorry. to y'all bertiga, sorry.aku tahu aku banyak salah dan aku mintak maaf sangat-sangat. aku harap Ramadhan kali ini, kita baik-baik semula. amin..

aku, ramadhan kali ini tanam azam nak taubat. haha. nak jadi budak baik, nak rajin-rajin belajar. nak PMR. result Trial aku sangat teruk. sabar jela. so, aku nak jadi budak baik. Insya-Allah lah. harap-harap dapat la. haha. (aku jahat eyh selama ni?)

selama sebulan, aku nak cuba jadi yang terbaik. aku nak cuba jadi alynn yang terbaik. aku akan cuba. aku akan cuba, Insya-Allah *senyum*

nanti-nanti, aku akan busy dengan study. maybe takda masa langsung dengan kau orang. tapi harap-harap aku tak lupakan kawan-kawan aku yang lain. aku taknak kecikkan hati diorang lagi, cukuplah selama ni aku buat macam tu, pentingkan diri, selfish. jangan risau kawan, aku akan cuba. bagi aku peluang ya ? <33

aku cuma, susah nak kata. aku cuma harap kau orang faham aku seadanya. cara aku, gaya aku, dan aku ni jenis yang macam mana. itu je. bukan lah bermakna aku nak cakap kau orang tak pernah nak faham aku. tapi sukar untuk ku jelaskan dengan kata-kata. (cehh ayattt)
aku bukanlah jenis yang lupa kawan. tapi aku ni jenis yang suka ikut kepala sendiri. tak kisahlah even kalau aku terpaksa hidup seorang-diri. aku peduli apa kan? itulah alynn kalau kau tak tahu. aku lebih rela jalan seorang daripada berdua. bertiga atau lebih ramai. sebab apa? sebab aku rasa hidup sendiri lebih menyenangkan. (tak percaya tanya lah family aku, macam mana perangai aku kat rumah)
aku lebih suka buat sesuatu itu sendirian. jiwa aku bukan untuk semua tu. bagi aku semua tu menyerabutkan jiwa aku ja. jiwa aku kosong. kosong! tak pernah terisi dengan apa-apa perasaan. sayang, cinta, kasih. semua tu mainan aku ja. aku masih muda untuk semua itu. mungkin juga itu merupakan satu sebab dimana aku lebih suka bersendirian.
aku bisa hidup sendiri. tak aku nafikan kawan itu penting untuk aku. cuma aku sayang mereka. mereka yang teman aku bila aku sudah penat bersendirian. aku sedar tiada manusia yang bisa hidup sendiri. sebab semasa mereka tiada disisi aku sejak dua menjak ini, aku disamping orang lain. jadi aku bisa sendiri kah?
hahaha, sekejap-sekejap, korang faham tak ni? sebab aku rasa korang memang susah nak faham entry-entry aku selama ini. (yeke? perasan la kau ni alynn) jadi aku harap sempena ramadhan bulan yang mulia ni, kita baik-baik kembali ya? aku pun banyak story ni, jangan ketinggalan. haha.

to ADAM :)

aku tahu kau sangat panas dengan aku, aku akan cuba ubah diri aku. tapi aku ubah untuk menjadi yang lebih baik, bukan sebab kau suruh okay? haha. thx ye dam, kau tegur aku dalam diam. cara yang sangat excelent. sayang kau lah. by the way, tarawikh sama-sama jom? aku rindu kau okay :)

to MYRA :)

kau tahu kan aku sayang kau gila-gila. tapi kadangnya aku kecil hati sikit. kalau kau nak tahu sebab apa? nanti aku cakap lah. ni terlalu public untuk aku jelaskan. imy too <3

to YASMIN :)

aku tahu kau lagi panas plus plus plus dengan aku. cuma keras kepala membatasi segalanya. aku tak tegur kau even aku yang salah. aku tahu, sebab kalau aku kat tempat kau pun aku akan rasa benda yang sama. sorry okay?

oh iya, ini bukanlah bermaksud aku nak kecoh tulis di blog, seperti yang korang tahu aku bukanlan jenis yang suka gaduh-gaduh di blog, ini cuma picisan dari hati ini. pengakuan yang aku sendiri pernah nafikan dahulunya.

p/s: kepada semua, kalau ada salah silap harap dimaafi ye. 0 - 0 la after this. boleh?

KAWAN-KAWAN!
SELAMAT BERPUASA YA!

Tuesday, August 18, 2009

//warkah buat kamu yang suka menyendiri itu

kalau kau benci, kenapa kata begitu?
kalau kau bosan, kenapa buat?
kalau kau sakit, kenapa simpan?

kepada kau ..,
tolonglah aku. cepat lah sayang.
tak bisa lagi ku menunggu.
benci. penat. letih.
diam. sepi. sunyi.

aku diam ..,
terkaku sebentar
pandangan mata itu
aku benci (!)

sudahlah ..,
tidak lagi aku merasai semua itu ..
dengan kamu
aku percaya ..
demi tuhan sayang (!)



p/s: kau sememangnya tak akan faham apa yang sedang aku cuba sampaikan. terima kasih kerana mencuba untuk memahamkan diri anda :)

Monday, August 17, 2009

//satu pengakuan yang aku sendiri pernah nafikan


desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku diantara
cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
kupertaruhkan

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat ayat cinta bercerita
cinta ku kepadamu

bila bahagia mula menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud



aduhh, aku terasa sangat slow-gila bila aku baru sedar yang cerita ni best-tahap-gaban! padahal dulunya rakan-rakan aku kata cerita ni five star dan aku tak mempercayainya. siap kata
"haha, cerita bodoh tu kau kata best, pelik je"
tapi sekarang aku sendiri dah percaya. SANGAT PERCAYA! menangis kot aku tengok cerita ni haritu, (padahal kakak aku download cerita ni sikit punya lama dah ada dalam laptob dia tu,)

aku nak satu yang ini, tolong ye!

//15 Ogos 2009 mencetus satu sejarah buat kami !



dua-dua Johan woyy ! haha.

detik kegemilangan ! *senyum*

sehari sebelumnya.. (time camping..)

-14 ogos 2009, 9.20+ p.m-




asip : "dah dah, korang relax.. time time macam sekarang sepatutnya takpayah training. kita munasabah diri, ikhtihar jee.. balik nanti rehat cukup cukup. esok just perform yang terbaik. tu je, kata bombaa.. "

*yang lain semua gelak*

actually time ni memang macam ape tah. sebenarnya tengah nervous en semua. dengan tak cukup orang-nya (hampir semua budak junior), ladam tak-dapat, Ikmal pulak tak sihat. memang dah ikhtihar jela kan masa tu.

haa, cakap pasal Ladam, sepatutnya dapat malam masa camping tu, tapi disebabkan dah terlewat dan kita buat permohonan lambat, ladam ladam tu telah dikebas oleh sekolah lain. (perghh hampehh gila kott)


lepas tu lepak lepak then bersurai. kecuali yang tidur sekolah la kan..



-15 ogos 2009, 7.20+ a.m-



aku sampai sekolah, bersiap di khemah. dalam perjalanan nak ke tempat berkumpul, terserempak dengan juri kawad iaitu selaku askar dari mana ntah, tu aku tak tahu. dimana dia kata begini,

"korang tahun lepas johan kawad kaki kan?"

"ye tuan, kenapa?"

"tahun ni korang buat betul-betul. menari-nari tu tak penting. yang penting PARAS, kerjasama backup kawan. tu paling banyak markah. kitorang tengok dari situ je, lain lain tak penting"

"haa, okay tuan! thanks tuan!"



lebih kurang macam tu lah perbualannya..

jadi aku dan azieta pun cakap lah dekat budak-budak under kitorang.

okay sebenarnya masa diorang kawad aku tiada di sana kerana aku under gadjet dan aku tak sempat nak usya-usya pun. sangat sedih bang!

tapi tak mengapa, aku dah amanahkan seorang member aku untuk merakam segala yang berlaku disana. jadi lepas habis aku punya kerja, aku pun tengok lah video tu. apa riaksi aku masa tu?

"oh my god! bapak hancur terabur dush dush kebaboom!"

aku dah fikir takde harapan lah nak menang ape kejadahnya berbagai bagai. aku dah teringat kat sinior-sinior yang dah habis sekolah, alamakhaii, hancur lebur kawan!

okay kemudian aku lepak di pondok diskusi dimana mereka-mereka yang kawad semua sudah berada di tapak perhimpunan. seperti biasa, sekolah tu kan bapak aku punya so aku dan budak-budak gadjet masuk barisan lewat dalam 15 minit. (kadet bomba smksi sememangnya tak berdisiplin langsung)

kemudiannya time cikgu umum 5 pasukan terbawah, dan yang tinggal hanyalah bomba dan lagi satu pasukan. kitorang dah tak sangka gila lah. dan tiba detik cikgu umumkan bahawasnya pasukan yang lagi satu tu naib johan, kitorang dah melompat kegirangan nak mampus. kitorang yang under gadjet pun over-exited gila. mereka yang masuk kawad tu lagilah kan, menangis terharu. memang tak sangka langsung dapat johan. sebab tahun lepas kitorang dapat naib johan je untuk formasi sebab ada lagi satu pasukan yang memang hebat gila lah dalam formasi ni, nak dekat 5 tahun berturut-turut dapat johan. tapi kalini sagu hati.
pelik juga dibuatnya.

YANG PENTING KAMI TAK AKAN DAN TAK PERNAH GUNA ORANG DALAM. AKU BERANI SUMPAH DOE. PERIT WEH BILA KAU DAH PENAT-PENAT TRAINING, THEN TIBA-TIBA ORANG KATA MACAM TU.
(poyolah kau ni alynn)

then kami tunggu keputusan untuk kawad kaki pulak. pun sama, kami dapat johan lagi. dan bukan nak berlagak, tapi last-year memang ini tempat kami. alhamdulillah kitorang still dapat kekalkan gelaran tersebut. *sengih*

then dah kecoh, dengan semua dah menangis terharu + tak percaya. okay. aku dah penat menaip sebenarnya ni. tengok jelah gambar-gambar ni ;






p/s: WELL DONE! aku suka dengan kemenangan korang, cayalah beb!!

Wednesday, August 12, 2009

//Penat taw tunggu hari demi hari

weh aku geram ni, tak berdaya nak menunggu hari yang akan datang untuk melihat dan merenung mata yang penuh dengan persoalan. serta duduk bersama gelak ketawa sambil melihat lesung pipit di pipinya.. RAWR!!~

*gelak*

yelah, mana tidak..

dia takda phone number aku ! but but, aku ada phone number dia.. patut ke aku contact dia ? ohh tidakkk ! tidak sama sekali.. aku bukan jenis yang macam tu. hmm, takpa lah, sabar jela alynn eh? tunggu jelah sampai dia mintak phone number kau.. *HEHE* (macam dia nak je)

by the way, aku tak tahu kenapa ni.. aku.. terjatuh ! terjatuh yang jatuh sejatuh jatuhnya lah. yes, jatuh. jatuh apa ? lu fikirlah sendiri.. haha baru dua minggu lepas aku jatuh. macam mana ni kawan ? aku tahu aku tak patut buat dan rasa macam ni.. tapi macam mana ni ? huh.. susahnya !

tapi kan.. betul ke apa yang aku rasa ni ? aku masih tak pasti.. hurmm~




"Kau X-Ray lah hatiku
Kau lihatlah bibit bibit cinta suciku
Percayalah
Pasti kau akan tahu
Kau X-Ray lah hatiku
Kau lihatlah keping keping laras cintaku
Periksalah
Semua untuk kamu"

//Buat sahabat yang tersayang



Mak kata..
Kaktus ni kalau kita jaga ia dengan baik,
Dia akan kekal hidup lama..
begitu juga dengan persahabatan,
selagi persahabatan kita dijaga dengan baik,
selagi itulah ianya akan kekal selamanya..
thanks sahabat! :)


//cehh jiwang pulak dahh..

Saturday, August 8, 2009

//sekali sekala menulis apa salahnya kan?

aku bingung, tidak berdaya lagi menahan ..,

aku yang hilang dalam diam
bagai layang-layang terputus talinya
terbang ditiup angin di langit biru
dikutip sang gagak dibawa ke sangkar terletak anaknya
aku diam ..

bersama anaknya gagak banyak mulutnya
bingit tapi ku tulikan saja organ pendengaran ini .,
sepi aku menghitung hari yang mendatang ..,
dunia fantasi .. dongeng ..

realiti dihadapan harus ku tempuh .,
lama sudah aku menunggu
menunggu gelora beriak tenang
menanti angin bertiup reda
mengharap langit berbintang terang
supaya perahu menepi pantai ..,

tetapi ya Allah Tuhan Semesta ...!
Bukannya durja bertukar girang
hanyalah badan bertambah sangsai
hanya mega bertambah suram
aku pusing, rungsing~


ahh pedulikan semuanya ...!
diamkan saja segalanya ...!


"terima kasih kawan, saudara
aku terhutang budi dengan kau
terima kasih ya ?"

Saturday, August 1, 2009

//hey kak, kalau tak boleh nak terima teguran, macam mana hidup nak maju ?

mereka (rakan kesayangan) kata blog aku banyak sangat mengarut, isi sikit jeh, merepak banyak. betul ke?

tak mengapa awak, (saya tahu awak tengah baca blog ni) saya tak marah. kritikan orang saya perlu terima. baru lah boleh maju, kan? sebenarnya aku dah penat nak pakai ayat pusing-pusing macam tayar basikal roda tiga.

cuma, aku sedang memerah otak untuk memikirkan macam mana aku nak kurangkan mengarut. Ini kerana aku suka sangat menaip. bila tangan dah menari-nari di atas papan kekunci laptob kesayangan kakak aku ni, ahh.. aku mudah lupa dunia, dan disinilah bermulanya satu karutan oleh insan yang bernama alynn. (acewahh)

okay kawan, aku tahu kau penat nak baca aku merepek panjang-panjang. jadi mulai hari ini, aku akan cuba untuk pendekkan entry-entry yang bakal di-post-dalam-blog-kesayangan-aku-ni.


*adam, mien, qoyy, habib. tadi 'best' kan? HAHA

//Terputus Bekalan Elektrik, Cari Lilin Terjumpa Lampu Suluh !

haha, aku cari lilin dan mancis tadi, tapi terjumpa lampu suluh..
maksud nya aku cari yang sedang-sedang tapi jumpa yang.. WOW !

haha. apa nak jadi, jadilahh..

hey kawan kawan yang kat situ tu.. meh sini kejap, tolong lah kawan. aku bukannya apa, cuma satu je yang aku nak cakap..

kalau kau orang tak tahu apa-apa tentang hidup aku, perasaan aku, rutin harian aku, apa yang aku fikirkan, apa yang berlaku kat rumah aku, apa yang aku alami and so on.. tak payah nak sibuk-sibuk mengutuk. kalau kutuk jee aku boleh terima sebab aku pun ada lah jugak kutuk-kutuk orang lain, tapi kalau dah sampai ke ape kejadahnya bla bla bla.. (what ever)

and now on, aku rasa kau takpayah lah nak cakap macam tu lagi,

sebab apa ?

sebab, kau bacalah tajuk entry aku kali ini. kalau kau orang pakar lah dalam blog ni, pakar bahasa, pakar dalam maksud disebalik ayat, kau orang akan faham.

terima kasih..


//heyy, kali ini entry aku pendek pula ya? *sengih*
sebab adam bising aku tulis entry panjang panjang, haha.
*entry ini hanya disebabkan aku rasa yang
kau tu tak tahu apa yang terjadi dalam hidup aku
and suka suka je nak judge ! ahh..