Monday, August 17, 2009

//15 Ogos 2009 mencetus satu sejarah buat kami !



dua-dua Johan woyy ! haha.

detik kegemilangan ! *senyum*

sehari sebelumnya.. (time camping..)

-14 ogos 2009, 9.20+ p.m-




asip : "dah dah, korang relax.. time time macam sekarang sepatutnya takpayah training. kita munasabah diri, ikhtihar jee.. balik nanti rehat cukup cukup. esok just perform yang terbaik. tu je, kata bombaa.. "

*yang lain semua gelak*

actually time ni memang macam ape tah. sebenarnya tengah nervous en semua. dengan tak cukup orang-nya (hampir semua budak junior), ladam tak-dapat, Ikmal pulak tak sihat. memang dah ikhtihar jela kan masa tu.

haa, cakap pasal Ladam, sepatutnya dapat malam masa camping tu, tapi disebabkan dah terlewat dan kita buat permohonan lambat, ladam ladam tu telah dikebas oleh sekolah lain. (perghh hampehh gila kott)


lepas tu lepak lepak then bersurai. kecuali yang tidur sekolah la kan..



-15 ogos 2009, 7.20+ a.m-



aku sampai sekolah, bersiap di khemah. dalam perjalanan nak ke tempat berkumpul, terserempak dengan juri kawad iaitu selaku askar dari mana ntah, tu aku tak tahu. dimana dia kata begini,

"korang tahun lepas johan kawad kaki kan?"

"ye tuan, kenapa?"

"tahun ni korang buat betul-betul. menari-nari tu tak penting. yang penting PARAS, kerjasama backup kawan. tu paling banyak markah. kitorang tengok dari situ je, lain lain tak penting"

"haa, okay tuan! thanks tuan!"



lebih kurang macam tu lah perbualannya..

jadi aku dan azieta pun cakap lah dekat budak-budak under kitorang.

okay sebenarnya masa diorang kawad aku tiada di sana kerana aku under gadjet dan aku tak sempat nak usya-usya pun. sangat sedih bang!

tapi tak mengapa, aku dah amanahkan seorang member aku untuk merakam segala yang berlaku disana. jadi lepas habis aku punya kerja, aku pun tengok lah video tu. apa riaksi aku masa tu?

"oh my god! bapak hancur terabur dush dush kebaboom!"

aku dah fikir takde harapan lah nak menang ape kejadahnya berbagai bagai. aku dah teringat kat sinior-sinior yang dah habis sekolah, alamakhaii, hancur lebur kawan!

okay kemudian aku lepak di pondok diskusi dimana mereka-mereka yang kawad semua sudah berada di tapak perhimpunan. seperti biasa, sekolah tu kan bapak aku punya so aku dan budak-budak gadjet masuk barisan lewat dalam 15 minit. (kadet bomba smksi sememangnya tak berdisiplin langsung)

kemudiannya time cikgu umum 5 pasukan terbawah, dan yang tinggal hanyalah bomba dan lagi satu pasukan. kitorang dah tak sangka gila lah. dan tiba detik cikgu umumkan bahawasnya pasukan yang lagi satu tu naib johan, kitorang dah melompat kegirangan nak mampus. kitorang yang under gadjet pun over-exited gila. mereka yang masuk kawad tu lagilah kan, menangis terharu. memang tak sangka langsung dapat johan. sebab tahun lepas kitorang dapat naib johan je untuk formasi sebab ada lagi satu pasukan yang memang hebat gila lah dalam formasi ni, nak dekat 5 tahun berturut-turut dapat johan. tapi kalini sagu hati.
pelik juga dibuatnya.

YANG PENTING KAMI TAK AKAN DAN TAK PERNAH GUNA ORANG DALAM. AKU BERANI SUMPAH DOE. PERIT WEH BILA KAU DAH PENAT-PENAT TRAINING, THEN TIBA-TIBA ORANG KATA MACAM TU.
(poyolah kau ni alynn)

then kami tunggu keputusan untuk kawad kaki pulak. pun sama, kami dapat johan lagi. dan bukan nak berlagak, tapi last-year memang ini tempat kami. alhamdulillah kitorang still dapat kekalkan gelaran tersebut. *sengih*

then dah kecoh, dengan semua dah menangis terharu + tak percaya. okay. aku dah penat menaip sebenarnya ni. tengok jelah gambar-gambar ni ;






p/s: WELL DONE! aku suka dengan kemenangan korang, cayalah beb!!

No comments:

Post a Comment