Saturday, January 30, 2010

// Muka tembok

HAHAHAHAHAHAHA, okay gua dah penat nak gelak

tadi. baru je tadi. yee, tadiii lah..

Phone gua dalam mood silent. then sedang khusyuk online, gua nampak lampu bercahaya dari phone gua yang menandakan ada call masuk. lantas handphone yang terletak di sebelah laptob terus dicapai. then gua cakap,
"Hello?"
diam.
"Hello? woi? Nak ape?"
diam lagi. gua dah panas,
"HELLO!"
lepastu gua dah bengang, konon nak end call terus. then time nak tekan punat merah tuu......

.........

okay sebenarnya gua tak tekan lagi punat 'answer call'

MACAM CIBAI.

gua tengah malu sorang-sorang ni. pastu gua gelak sorang-sorang. dah macam orang gila. aduhh, MALU beb! nasib la kiri kanan gua takda orang. hahaha.


okay sekarang gua nak sambung edit blog. byebye.

Friday, January 29, 2010

// Lari-lari sang anak kucing.

OKAY, S-A-K-A-I

(sebenarnya gua takda idea nak tulis apa sebagai title-nya) HEHE.

hari ini, pada tanggal 29 January 2010, pada pagi itu, gua dikejut oleh sang ibu tercinta. seperti biasa, setelah dikejut dan ibu pun menghilangkan diri, gua dengan niat mahu menyambung tidur pun terus landing balik atas katil. baru lima saat menutup mata..

"ALYNNNNNNN!!!!!!! BANGUNNNNN!!!!"
dan gua pun membalas..
"ish mak ni, nak landing kejap pun takboleh.."
then gua pun kabut la bangun, capai tuala then siap siap.

jeng jeng jeng.

harini kat sekolah gua ada larian ape ntah. serious malas nak join ape jadah ntah. nasib baik gua bertugas untuk kelab fotografi. fuhh takdela kena lari. lepas senamrobik dan mencuci mata melihat abang-abang hemsemm terkedek-kedek warming up, gua pun terus ke checkpoint pertama. iaitu di gate sekolah. >,<

lepastu gua pergi kat checkpoint yang terakhir, dekat dengan tadika ho tuu. ahh, sakit tangan gua snap pic banyak sangat. huhh. *tendang kayu*

lalalala, malas la pulak nak cerita. panjang sangat.

TAMAT.



p/s: macam siot semalam gua salah wish birthday kat membe gua. what a shame, member lama tu kot! grr MALUUUUUUUU!

Wednesday, January 27, 2010

// 27 January 2010


Happy Birthday Encik Borhan!


okay, tahun lepas time time macam ni aku tengah buat benda ni ;

a) Duduk atas katil, pegang handphone
b) Lat Ta Li Lat Ta Li Tam Plom! haa, cepat call ! (bodoh je)
c) Tuttt Tuuttt Tuuutttttttt ~ (talian dimatikan)
d) Menu, Message, Inbox, Baca, DIAM.

Okay lepastu, aku takboleh nak cerita dah. tamat.

// Sakit tangan, bahu, leher, kaki

ni semua sebab handball la ni

datang lambat
tak sempat warm-up
mengada malas nak cooling down

hamek kau! sakit satu badan. hahaha

haihh alynn alynn.. bila lah kau nak berubah ni?


p/s: aku nak call sape lagi ni? ishhh


Friday, January 15, 2010

// Manusia punyai sifat tersendiri sama ada baik atau buruknya, itu terserah kepada kau

Song Playlist in 4 Agrotech 2010 (Top 5);

1) Oh, Renito!
2) Flying without wings
3) I Feel Good
4) Bad Romance
5) My love


HAHAHA, ini semua kerja Gua (alynn), Myra and CikPah

Fuhh lagu Ohh Renito TOP FIRST siot! *gelak*

Pagi tadi seperti biasa gua berada dalam kelas 4 Agro dan lepak bawah kipas. sambil nyanyi lagu "Oh, Renito!" hasil ciptaan dan lirik lagu oleh composer muda yang bernama alynn, gua buat kerja ape ntah. yang penting sedang mencatat sesuatu didalam buku la *lupa*

time tu gua dapat tahu pasal seorang kawan gua yang biar gua gelarkan dia sebagai Tipah. Tipah ni sebenarnya tak lah jahat mana pun gua tengok. tu dari mata kasar gua lah kan. nampak macam sopan je kan. ala ala sweet gitu!

Tapi pagi tadi baru gua tau macam mana perangai sebenar dia. duhh, sayang bro!

*tak sangka*

...........


okay tamat. (sebenarnya dah taktau nak tulis apa. mengumpat je kerja!)


p/s: Sape nak dengar lagu "Ohh, Renito!" sila lah rajin-rajinkan diri datang ke kelas gua ya! *gelak*

// Tolongggg!!

I Want This ! Mom, Dad, Pleasee ? >,<

Thursday, January 14, 2010

// Blog gua tak cantik, tak menarik, tak tertarik, tak da'bomb!

Title diatas tiada kena mengena pun. Tiba tiba rasa nak tulis macam tu pasai harini gua happy semacam. tak tahu kenapa. HEHEHE. *sengih*

Memulakan hari yang baru dengan bebelan sang ibu mengejut anaknya untuk ke sekolah. ah, ini biasa lah. rutin harian kot.

Setelah siap dan sampai kesekolah, gua belajar belajar dan belajar sampai nak pecah otak. dah lah pagi-pagi lagi dah subject chemist, hish 50% je yang faham. ni kena study lagi ni! jangan asyik ingat abang *tutttt* je weh! >,<

Okay, Homework gua berlambak. dan gua taktau nak settlekan macam mana. *Sakit hati*

dan..

Sampai sekarang gua taktahu dan takdapat mencari apa punca atau faktor gua happy harini. Hati senang je sejak jadi pendiam ni. betul. haha
(pendiam ke? ade lah sikit kot? atleast takda lah bising sangat macam tahun lepas) *jelir lidah*

Then masa balik tu lepak RasaMas dengan arifah. ingat nak buat surprise party for birthday dia tapi tiba tiba dapat berita yang Nenek dia meninggal dunia. So dia kena balik. err, takziah ye cikpah. nextime kita potong kek sama sama ya. *senyum*


p/s: Kehidupan semakin hari semakin rumit. Sakit ini dari hari ke hari makin teruk. tapi dengan bantuan kawan kawan, aku masih mampu untuk ketawa dan kuat untuk teruskan semua ini. thanks kawan! <33

Tuesday, January 12, 2010

// Ohh tidak! aku sudah menjadi 'kakak'

sesungguhnya aku disini nak menyatakan bahawa aku sangat kurang selesa dengan semua ini, mungkin terlalu awal untuk aku komen. (bajet ayat sastera)

okay, aku dah 16. maksudnya aku sudah berada dalam tingkatan menengah atasan. atau dalam bahasa lain, aku sudah jadi sinior di sekolah tu.

serious aku cakap. aku tak biasa. sumpah.

bila aku tengok adik-adik yang petang-petang lari-lari keliling sekolah. semuanya kecil kecil belaka, then masa tu aku jadi lain. aku tak suka dengan keadaan begini. mungkin aku lebih selesa dengan jawatan 'adik' daripada 'kakak'

mungkin juga faktornya ialah aku semamangnya anak bongsu. aku tak biasa bila dipanggil 'kakak' dan aku tahu sekarang aku perlu belajar untuk membiasakan diri dengan gelaran itu.

aku tahu ada sesetengah pihak akan melebel ini dengan gelaran 'poyo' tapi do i care?

kakak? ohh tidakkk >,<

// Sedikit catatan untuk hari ini

aku akui tajuk entry ini ter-sangat-lah poyo.

there's only three words to say;

I Miss You !

ya, memang hanya itu yang mampu aku tulis disini. dah susah nak explain sangat kan, jadi tiga perkataan itu jela sebagai 'wakil-nya'

If I know what love is, it is because of you.

kadangnya aku terfikirkan dia, kadangnya engkau pula, dan sekarang awak. hish, tamak haloba betoi aku ni >,<

mungkin itu bukan tamak, tapi aku tahu untuk berhenti daripada terus berharap. tapi tak salah kan kalau aku tamak? bukannya aku ganggu kucing kau. kan?



p/s: aku sangat sakit hati dari dulu sebab aku tak berdaya nak tulis nama siapa yang berkenaan dengan semua entry aku. kan bagus kalau aku jenis yang gentle tulis nama semua orang yang aku cerita kat blog ni. takda lah orang lain yang perasan. grr -___-


Friday, January 8, 2010

// I have my own reason to do so (!)

Now Playing, Aku Sudah Jatuh cinta ; MySpace Profil

Gahh, broken ke? Ah pedulik apa aku.

Err, now I’m surrender. Okay kau dah menang dan aku dah kalah. Aku pun dah malas nak kata apa lagi. (ceh poyo la hang ni lynn)

Aku tak berdaya lagi nak tempuhi semua ini. Tolong lah aku kawan!

Okay lantak hang lah, sedikit pun aku tak terganggu tahu? Ceh tak dinafikan aku sebenarnya sangat terganggu dengan ‘benda alah’ tu. Tipu lah kan aku tak terganggu walau sikit pun. Kalau tidak, masakan aku menulis tentang ini di dalam blog. (Read: sangat)

Aku tahu sesetengah orang tak faham dengan entry ini. Ah, biarlah rahsia~

And for your imformation permohonan untuk pertukaran kelas ke kelas agrotechnology aku telah Berjaya diluluskan. I know it’s sound so ‘keling’ sebab aku cakap aku nak stay kelas account kan? Tapi inilah hakikat. On next Monday aku akan berada dalam kelas tersebut. Sekian.

p/s: kau pernah rasa nak bunuh orang tiba-tiba? Aku pernah. Baru je tadi

Thursday, January 7, 2010

// Entah kenapa aku rasa nak letak benda ni kat sini

ini yang aku curi dari majalah lama, Blues selamanya. pernah dengar nama majalah tu? yeah itu majalah kesukaan kakak aku dan dalam bilik ni ada majalah tu setinggi rak buku aku. haish.

baru sebentar tadi, aku dengan perasaan bosan yang amat sangat mencapai satu bijik buku itu yang tak pernah aku sentuh. haha. then selak punya selak, tiba tiba aku rasa aku suka akan petikan ini (err petikan ke?) ;

okay for your imformation memang ini jiwang tapi aku tetap nak letak jugak!

Pernahkah kamu merasakan
bahawa kamu mencintai seseorang
meskipun kamu tahu dia sudah berpunya
dan meskipun kamu tahu cintamu tak berbalas
tapi kamu tetap mencintainya

Pernahkah kamu merasakan
bahawa kamu sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang kamu sayangi
meskipun kamu tahu dia takkan pernah peduli ataupun dia peduli dan mengerti
tapi dia tetap pergi

Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta
tersenyum kala terluka
menangis kala bahagia
bersedih kala bersama
tertawa bila terpisah..

Aku pernah..

Aku pernah tersenyum meskipun kala itu aku terluka
aku yakin dan percaya akan takdir tuhan

Aku pernah bersedih kala bersamanya
kerana aku takut aku akan kehilangan dia suatu saat nanti

dan..

Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya
kerana sekali lagi cinta tak harus memiliki
dan tuhan pasti telah menyediakan cinta yang lain untukku

Aku tetap boleh mencintainya
meskipun dia nun jauh disana
kerana memang cinta ada dalam jiwa
dan bukan di dalam raga



FUHH JIWANG HABIS! HOLLY~

Wednesday, January 6, 2010

// Holli-yow!


Oh My God!

Aku tak tahu nak cakap apa sebab otak dah blank.
yang ada cuma bintang bintang berkelipan

Ya Allah, apee niee lynn >,<
kenapa mimpi yang aku taknak terjadi, jadi kenyataan ?
err, aku dah takut nak mimpi. seriously.

// Akhirnya..

Saya disini ingin membuat pengakuan bahawasanya saya tidak mahu bertukar kelas ke aliran sains kerana saya sudah mula suka akan kelas aliran sastera yang saya duduki kini. Tambahan lagi saya sangat minat akan Bahasa Sastera dan ICT <33


p/s: okay, berakhir sudah dilema yang aku lalui selama ini. fuhh thank god

Tuesday, January 5, 2010

// Merepek dimalam hari

1. Bekas kekasih saya adalah:
aku ada kekasih ke?

2. Saya sedang mendengar:
bunyi kipas syiling yang merdu

3. Mungkin saya patut:
lebih berfikiran matang dalam hidup

4. Saya suka:
bila awak senyum. haha holly lah kau lynn!

5. Sahabat-sahabat baik saya:
sudah berpindah-randah. err pindah kelas je >,<

6. Saya tak paham:

kenapa saya cepat cool, tapi panas baran. pelik kan?

7. Saya kehilangan:
handphone kesayangan yang penuh dengan kenangan

8. Ramai yang berkata:
saya banyak cakap dan tak reti duduk diam

9. Makna nama saya:
alamak saya tak tahu lah wak

10. Cinta itu adalah:
perasaan sayang terhadap seseorang. (kot?)

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
takda sapa sapa dalam bilik saya, ada saya sorang dengan teddy ja

12. Saya akan cuba:
jadi yang terbaik, tahun ni azam saya nak jadi pendiam (kalau boleh lah)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Forever till the last breath

14. Telefon bimbit saya:
dah jahanam dan layak dicampak kedalam tong sampah

15. Bila saya terjaga dari tidur:
saya tidur balik, then lima minit kemudian kene hempuk dengan mak

16. Saya paling meluat apabila:
bila orang meluat kat saya

17. Pesta/Parti adalah:
majlis untuk saya dan semua orang bergembira

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
mestilah kucing saya :D

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
20 tahun sebab masa tu saya dah besar! yeah!!

20. Hari ini:
pergi sekolah, dapat homework. time balik makan cendol. sampai rumah tido

21. Malam ini saya akan:
buat surat permohonan tukar kelas dan tidur dengan bantal yang banyak serta teddy aku diatas katil empuk

22. Esok pula saya akan:
pergi sekolah lah

23. Saya betul-betul ingin:
jadi pendiam. tapi mulut aku asyik dok gatai je nak berbunyik >,<

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
bila lah muka aku nak bersih macam masa umur 3tahun

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
arked permainan. sebab saya budak kecil yang tidak tahu apa maknanya shopping. haha poyo :P

26. Makanan Barat atau Jepun :
err, mana mana jelah.

27. Bilik yang terang atau gelap:
tak berapa nak gelap sangat lah

28. Makanan segera adalah:
Pizza Hut maybe

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
hai abang jambu, saya doakan kamu cepat sembuh ya. >,<

30.Siapa yang anda mahu Tag?

sape sape yang nak?

// Dilema yang tak sudah-sudah

Pada hari ini seperti biasa aku ke sekolah dengan muka yang tahan mengantuk lagi bosan, tak bersemangat dan malas. Okay, itu adalah auta semata-mata. aku tipu je tadi. hehehe. Tak adalah sampai teruk macam tu sekali. Ishh.

Sebenarnya motif aku menulis entry kali ini adalah untuk meluahkan segala yang bermain didalam minda aku ni. Ceh, cakap macam ada masalah besar lah pulok! Ah poyo poyo poyo

Aku dalam dilemaaaa dimana aku sendiri tak pasti mana satu kelas yang aku minat dan sesuai untuk cita-cita aku. Err, sebenarnya aku sendiri tak tahu apa cita-cita aku. Aduh, hampehnya diri ini! Aku tahu apa cita-cita aku tapi aku taktahu yang mana aku betul-betul nak. Ni haa cita-cita aku;

i) Arkitek (aliran LK/TK)
ii) Designer (ni vokasional lah!)
iii) err, apa lagi ya?

Yang pastinya aku suka akan subject ICT dalam kelas aku tu. Kalau ikutkan hati aku memang nak amik aliran science tapi aku takut aku takdapat nak catch-up subject yang susah. Err, aku kan tak pro science. Oh iya, aku juga berminat untuk kelas Agro/Tech sebab aku suka biology and sains pertanian.

Jadi macam mana ni kawan? Tolong aku, aku tak berdaya nak fikir lagi. (poyo)

Friday, January 1, 2010

// My Love - Westlife

An empty street, an empty house
A hole inside my heart
I'm all alone, the rooms are getting smaller.
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together.(oh yeah)

And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far

[Chorus:]
So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again... my love.

I try to read, I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop to keep myself from thinking. (oh no)
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together.(oh yeah)

And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again...

To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from the heart
You're all I'm thinking of

Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take its there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again... my love.

Say it in a prayer (my sweet love)
Dreams will take it there
Where the skies are blue (woah yeah), to see you once again.. (oh my love)
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again.... My Love.


**************************

Fuhh, suka bebenor aku dengan lagu ni. haha, by the way thanks to amie yang letak lyric lagu "Flying Without Wing" dekat blog dia lantas membuatkan aku teringat akan salah satu daripada BoyBand yang aku Gilakan ni. ya, Westlife! *love*

awak, saya hampir lupakan awak. and terimakasih kepada awak yang lagi sorang tu, saya dah asyik ingat awak lah pulak! macamm manew nieyyy wakk?! oh tidak!

okay, konklusinya disini iya. aku sudah mula rasakan tahun 2010 ni bakal jadi tahun yang paling membosankan buat aku. tapi ianya akan jadi sebaliknya jika dengan bantuan KAU. jadi tolong aku ya?

err, bila dah pergi sana nanti jangan lupa jalan pulang kesini ya wak!


// Happy New Year Guys

I don't know what to say, Just want to wish Happy New Year, May all your wishes come true!

Welcome, 2010!

// Bukannya mahu masuk kedalam bakul dan angkat sendiri, tetepi inilah hakikatnya


Okay aku disini bukan nak puji diri sendiri tapi aku rasa ini lah yang telah berlaku terhadap diri aku sejak setahun-dua ni. fuhh, macam suspen ajew bunyinyew!

sememangnya motif aku tulis blog ni adalah, aku sendiri pelik kenapa aku ni jenis yang terlalu berfikiran positif terhadap seseorang. expecially yang baru aku kenal. contohnya lah kan, kawan aku cakap si bedah ni jahat, banyak mulut, dengki and so on lah. tapi bagi mata aku ni, semuanya nampak baik je. suci je kan. sampai pernah aku tertipu and bla bla bla tapi aku still nak anggap dia tu baik, dalam otak aku mesti fikir dia tersalah cakap ke or whatever lah. yelah, mana ada manusia yang sempurna kan? maksud aku disini, kiranya aku nak bagi second chance lah. mungkin boleh berubah ke? tapi kenapa mudah sangat?

aku pernah juga nak cuba benci orang. tapi tak boleh weh. aku dah cuba. paling kurang aku akan benci dia seminggu-dua. then aku dah biasa balik macam selalu. benda ni normal ke weh?

yeah aku memang begini sejak dari mula. mungkin cara aku nampak macam 'usya slek' time first time nampak seseorang tapi aku memang jenis yang tak terus fikir negative. bukan nak puji diri sendiri, tapi~ ahh. poyonya kau ni alyn!

tapi aku pelik juga ya, kenapa perlu berfikiran negative sebelum kita kenal seseorang tu? tak kisah lah macam mana ghupa manusia tu. don't judge book by it's cover, kan?

fikirkan.