Tuesday, January 12, 2010

// Ohh tidak! aku sudah menjadi 'kakak'

sesungguhnya aku disini nak menyatakan bahawa aku sangat kurang selesa dengan semua ini, mungkin terlalu awal untuk aku komen. (bajet ayat sastera)

okay, aku dah 16. maksudnya aku sudah berada dalam tingkatan menengah atasan. atau dalam bahasa lain, aku sudah jadi sinior di sekolah tu.

serious aku cakap. aku tak biasa. sumpah.

bila aku tengok adik-adik yang petang-petang lari-lari keliling sekolah. semuanya kecil kecil belaka, then masa tu aku jadi lain. aku tak suka dengan keadaan begini. mungkin aku lebih selesa dengan jawatan 'adik' daripada 'kakak'

mungkin juga faktornya ialah aku semamangnya anak bongsu. aku tak biasa bila dipanggil 'kakak' dan aku tahu sekarang aku perlu belajar untuk membiasakan diri dengan gelaran itu.

aku tahu ada sesetengah pihak akan melebel ini dengan gelaran 'poyo' tapi do i care?

kakak? ohh tidakkk >,<

No comments:

Post a Comment