Thursday, January 7, 2010

// Entah kenapa aku rasa nak letak benda ni kat sini

ini yang aku curi dari majalah lama, Blues selamanya. pernah dengar nama majalah tu? yeah itu majalah kesukaan kakak aku dan dalam bilik ni ada majalah tu setinggi rak buku aku. haish.

baru sebentar tadi, aku dengan perasaan bosan yang amat sangat mencapai satu bijik buku itu yang tak pernah aku sentuh. haha. then selak punya selak, tiba tiba aku rasa aku suka akan petikan ini (err petikan ke?) ;

okay for your imformation memang ini jiwang tapi aku tetap nak letak jugak!

Pernahkah kamu merasakan
bahawa kamu mencintai seseorang
meskipun kamu tahu dia sudah berpunya
dan meskipun kamu tahu cintamu tak berbalas
tapi kamu tetap mencintainya

Pernahkah kamu merasakan
bahawa kamu sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang kamu sayangi
meskipun kamu tahu dia takkan pernah peduli ataupun dia peduli dan mengerti
tapi dia tetap pergi

Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta
tersenyum kala terluka
menangis kala bahagia
bersedih kala bersama
tertawa bila terpisah..

Aku pernah..

Aku pernah tersenyum meskipun kala itu aku terluka
aku yakin dan percaya akan takdir tuhan

Aku pernah bersedih kala bersamanya
kerana aku takut aku akan kehilangan dia suatu saat nanti

dan..

Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya
kerana sekali lagi cinta tak harus memiliki
dan tuhan pasti telah menyediakan cinta yang lain untukku

Aku tetap boleh mencintainya
meskipun dia nun jauh disana
kerana memang cinta ada dalam jiwa
dan bukan di dalam raga



FUHH JIWANG HABIS! HOLLY~

No comments:

Post a Comment