Monday, November 7, 2011

I Wish I Could Stop Thinking About This


p/s: Ini kebiasaan yang berlaku, bukan perkara luar biasa pun kan. Tapi yang tanggung ni, pergh.. Cakap senang la beb. Nak buat tu susah. Payoh. Aku bukan jenis yang senang nak buang-buang ni. Kau tahu kan.

Saturday, November 5, 2011

Cinta si Samseng Jalanan


"Pegang tanganku seeratnya, dunia ini berputar ligat.. 
Mengapa harus ada sesal andainya tersungkur tetap jua bersama.."

Akhirnya mereka sudah bernikah..

*senyum*

Aku jarang tengok drama, sebab aku malas nak tunggu episod demi episod dan tertanya-tanya apa akan berlaku selepas itu dan ini. Aku juga sangat benci bila ada IKLAN. so that's why aku prefer tengok DVD daripada drama (kalau kat TV lah)

INILAH AKU.

Bila dah tersuka kat sesuatu tu mesti nak tulis dalam blog. haihh.

Aku nak bercerita tentang Aril. Ni hah bakal suami aku. Okay tak lawak. Ni semua hanya drama lynn, drama. Mana ada producer yang akan biarkan watak utama dia nampak tak perfect kan? semua watak utama dalam drama kat dunia ni mestilah yang paling hebat dan paling menonjol. Macam Aril jugak.

Di mata aku lah.

Masalahnya aku taknak bercerita tentang watak, aku nak cerita tentang diri Aril. Okay, read : Aril. Bukan Johan tu. Aku tak pernah kenal Johan tu, tapi aku kenal Aril. Dan Aril hanyalah satu watak yang dibawa oleh pelakon cerita juvana yang bernama Botak. Atau nama betul dia ialah Johan Arif. Okay cute jugak dia ni sebenarnya.. nah tengok..

Alalaaa so sweet.. 

Elisa & Aril
Aku tak tahu kenapa time aku tengok trailer cerita ni aku terus rasa nak tengok cerita ni dari episode satu. Mungkin sebab aku tertarik bila trailer tu tunjuk yang seorang gangster/samseng bergandingan dengan seorang gadis yang ayu/sopan/baik. memang dua dunia berbeza kan?

Bila dah tengok dari satu sampai lapan,
Bila dah habiskan masa dekat Lapan Jam depan laptob tak henti-henti,
Bila dah kenal siapa Aril,
Aku suka.

*gelak*

Dia ni ego gila, mungkin sebab dia tak pernah dapat kasih sayang daripada ibu bapa, makcik dia si Mariam tu kerja nak pukul dia, belasah dia, mana dia tak jadi macam tu kan. dia membesar dengan keganasan. so dia jadi ganas jugak. tapi dia baik sebenarnya, cuma orang keliling buat dia jadi macam tu. tengok, nak mengaku sayang Elisya pun dia tak reti. ego. sebab apa? sebab dia tak pernah sayang dan disayangi oleh sesiapa.

Dan bila dia temui cinta hati dia, dia mula berubah sedikit demi sedikit.

How sweet..

Dan aku jugak suka cara dia cakap, suara dia tu.. perghh. aku dengar sound cerita tu pakai earphone, so aku dengar dengan teliti. Suara dia... haih sudah lynn. *gelak*

Suka lah. Comel lah. Macho lah.

Untuk sesiapa yang tak pernah tengok drama ni, mai baca sinopsis dia..

SINOPSIS

Drama Cinta Elysa adalah mengisahkan tentang dilema yang dialami oleh Aril yang dilakonkan oleh Botak Juvana, Aril terpaksa menjalankan tanggungjawab untuk menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang begitu membenci dan memusuhinya. Ibu saudara Aril begitu sangat membencinya, lakonan oleh Zila Bakarin, manakala sepupu Aril pula adalah anak perempuan kepada Ibu Saudaranya iaitu Elysa lakonan Fasha Sandha.

Sebelum itu, bapa saudara Aril, Jasman pernah berpesan sebelum beliau meninggal dunia, dia ingin sekali agar Aril mahu menjaga dan memastikan keselamatan anak-anaknya terjaga sehingga mereka tamat pengajian. Aril ni pula merupakan seorang yangbegitu nakal dan samseng, dia juga dianggap pemuda yang begitu bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya, walau bagaimanapun Aril yang dalam keadaan dia dibenci, dia terpaksa juga menjalankan tanggungjawab besar tersebut.

Part nie yang bestnye, walaupun Aril nie nampak agak jahat dan liar tetapi dalam diam dia menaruh hati dan mencintai sepupunya sendiri. Dalam pada itu suatu hari Aril di halau keluar rumah oleh ibu saudaranya, tapi aril nekad untuk membawa elisa bersama, aril menjalankan kehidupan samseng bagi menyara dirinya dan elisa, elisa pula tidak suka dan tidak menyenangi sikap dan cara Aril yang mencari rezeki dengan cara tidak halal. Elisa berusaha untuk membantu Aril mencari pekerjaan, dan Aril pula sedia untuk menerima segala teguran dan nasihat dari elisa demi cintanya, wahhhh!!

Kiranya muka gangster tapi dalam hati ada taman lah ni.

Lagu tema dia pun not bad. Stacy : Cinta Dongeng dan Spider : Kita Satu

p/s: Aril oh Aril.. Kenapalah kau hanya satu watak yang dibawa oleh Johan? Ada sesiapa perangai serupa macam dia tak? Nak ngorat... *gelak*

antara babak yang aku suka dalam drama ni..

Bila dorang jalan sama-sama tak ada hala tuju, yang ada
dalam otak fikir nak pergi jauh-jauh nak bina hidup baru. 

"Mulai hari ini aku akan jaga kau baik-baik" - aauww comelnye Aril
"bila makcik tanya aku pergi mana, kau cakap aku dah 
ceraikan kau!" - cuba tengok cara dia sebuk 'ceraikan kau' tu,
 hahaha! iye lah marah sangat ril, bila Elisya tu jatuh
kau jugak kelamkabut pergi kat dia and angkat bawak
 masuk bilik, siap urut lagi tu. Sayang lettuw.. 
"kau takboleh macam ni.. kalau kau betul-betul sayang ayah kau,
 kau patut doakan dia aman kat sana.." - pergh dia tenangkan Elisa
time Elisa tengah sedih, best nye lah jadi Elisa tu xD
"Saya dari KL makcik.. baru dapat kerja kat sini, saya bawak 
ISTERI saya sekali.." - Padahal time ni belum nikah.
Comel je kan.
Bila dia tengok Elisya sakit kaki payah nak jalan,
tanpa banyak cakap dia tolong kendong Elisya
dan bawak dia naik bilik memandangkan Elisya sukar untuk
berjalan mahupun menaiki tangga. Aww.
Kat sini dah nampak dah dia punya sayang tuu haha
sebab dia kelam kabut angkat Elisya bila nampak
Elisya kena campak dari van. Nampak dah tuuuu.. heh!

Okay banyak lagi sebenarnya, cuma aku malas nak tulis kang lagi panjang susah pulak. hehe tak sabar nak tunggu next episod. Bye!

Tuesday, November 1, 2011

Oktober v.s November

Aku pernah cakap, aku tak pasti sama ada dalam blog atau di facebook. Dua bulan ni memang sangat bermakna untuk aku. sangat.

Oktober sudah pun melabuhkan tirai dan sekarang November kembali muncul dengan musim hujan yang menyejukkan.

Macam-macam yang terjadi dalam bulan oktober ni. aku malas nak list kan, cukup lah aku sorang je yang tahu. yang aku nak cerita sekarang ni ialah November.

Aku takkan lupa, macam mana susahnya aku menghadapi November yang lepas.

November yang paling berat untuk aku tempuhi,
November yang akan aku ingat sampai bila-bila,
November yang penuh dengan air mata,
November yang pernah memulihkan,
November yang telah menguatkan,
November yang dah mengajar aku erti kehidupan
November yang mungkin jadi titik untuk aku maju ke hadapan.

itu semua dalam November 2010.

Aku belajar macam mana nak membawa sebatang lilin dalam hujan di bulan november yang memang sangat susah kalau difikirkan ikut logik. tapi dengan usaha dan doa, aku boleh. api tak terpadam, kuyup itu pasti. Tapi kadangnya bila kita basah lencun sekalipun, percayalah cakap aku, lepas kau dah lepas semuanya kau akan lega.

Kerana tiada yang kekal lama dan kita semua tahu bagaimana susahnya untuk melepaskan orang yang kita sayang pergi selamanya.

Aku tahu aku lemah, sebab mak aku cakap orang yang kuat ialah orang yang berjaya lepaskan orang yang disayang pergi tanpa setitis air mata, malah patutnya aku tersenyum bila dapat tahu berita ni, Dia Jihad Fi Sabilillah, Syurga Allah tempat dia. Cuma aku pun bukan nya sempurna mana, tipulah kalau tak sedih. tapi takda lah sampai berguling-guling meroyan.

Tapi tu dulu.

Sekarang aku dah belajar menerima keadaan. pengalaman mengajar kita kan. cuma mungkin kadang-kadang aku terlupa.

Maafkan alynn bah, kadangnya alynn leka dengan dunia sampai lupa kat abah.

Tapi alynn akan cuba yang terbaik dan jalankan tanggungjawab alynn walaupun alynn bukanlah anak mithali macam yang semua parents nak.

Ini dia November aku, November yang penuh dengan kenangan.

November dimana aku mula langkah dalam dunia baru.
November dimana aku mula belajar melepaskan orang yang disayang.
November dimana aku mula bangkit setelah bermandi dengan air mata dalam Oktober
November yang penuh dengan kekuatan.

Mungkin bagi korang ni macam merepek, tapi bagi aku, November memang penuh dengan kekuatan. Walau November datang dengan Hujan, tapi kata orang hujan tu rahmat. Biar hujan tu cuci segalanya. Biar air hujan tu bawa pergi segala duka segala pedih. Biar.

Hujan November, sangat bermakna buat aku.

Jangan risau, aku menaip entri ni dalam senyuman. Aku cuma terkenang.

Semua orang ada cerita masing-masing kan?

*senyum*

Setiap catatan calam blog aku ni ada sejarah yang tersendiri, aku suka menulis bila aku rasa nak luahkan sesuatu. Aku juga suka bercakap, tapi Alynn yang bercakap dan Alynn yang menulis adalah dua Alynn yang berbeza. mungkin kau kenal aku diluar macam mana, dan di dalam blog macam mana. Lain bukan?

Aku juga lebih suka diam daripada bising. Aku suka termenung memikirkan sesuatu. Aku memang banyak celoteh tapi tu semua hanya bila dengan kawan-kawan.

Oh iya! aku juga suka membebel. hehee~

Kau nak aku patahkan hujah kau? mungkin boleh. tapi aku tak sehebat mana. aku juga bukan debator, cuma aku suka berdebat benda remeh temeh.

Ramai yang kata blog aku tak macam blog budak Tingkatan 5.
Entri aku tak macam entri budak sekolah.
(padahal aku punyalah kebudak-budakan sebenarnya tau)
Aku taktahu menahu tentang tu semua, yang aku tahu aku cuma menulis apa yang aku nak tulis.
Dan cara aku menulis memang begini.
Dalam nada serius, padahal aku taip siap sambil sengih-sengih lagi.
Aku cuma, takkan lah dalam penulisan pun nak guna segala shortform, smiley and so on tu?
Ini kan hasil tulisan. Bukan sembang-sembang kosong macam kat facebook kan.
Dua gaya berbeza tu.

Oh nak bagitahu ni, aku tak suka masuk blog yang ada Lagu dan tak ada button "Stop".
Kemudian aku terpaksa tekan button "Mute" dekat volume. Ahh...

Hahaha! Okay ni dah lari topik. bye.

p/s: This November, satu lagi sejarah dalam hidup aku akan tercatit. Sijil Pelajaran Malaysia, yeah. Lagi 14 hari.


Lagu ni sangat bermakna, dulu ada orang bagi aku. 
Okay baru sekarang aku boleh faham betul-betul maksud lagu ni.