Monday, November 23, 2009

// Hari ini dan Semalam

sekarang aku sedang terfikirkan tiga perkara.

yang pertama,

aku sangat-sangat menyesal tidak hadir ke sekolah pada hari terakhir persekolahan kerana aku sudah miss satu babak yang selama ni aku nantikan. tambahan lagi, aku rindu nak lepak disekolah. dan yang paling penting aku takdapat merasai coklat yang si bedah tu nak bagi! grr. geram sungguh. dah la takdapat jumpa dah lepasni. haih.

yang kedua,

aku mula rasa menyesal ngade-ngade nak kerja part-time dulu. pasal aku hari-hari tak cukup tido plus sakit badan. dah la penat. adoi malang betul nasib badan. lagi-lagi bila tekanan kerja yang diberikan amat berat dan susah. wah, sakit hati betul! bila lah nak cukup sebulan ni ?

yang ketiga,

aku menyesal sebab selama ni aku tak berfikir panjang dan hanya mementingkan segala yang bersifat duniawi je. tapi aku sedar, segala masalah dan dugaan yang datang disertai hikmah dan kebaikannya. dan aku juga sedar bahawa takdir telah ditetapkan sejak azali lagi. dan aku tahu aku perlu kuat.

akhir kata..

segala yang berlaku dalam hidup aku sejak kebelakangan ni mengajar aku erti hidup, erti sabar, erti persahabatan, dan erti pengorbanan. semalam aku gembira, hari ini aku sedih, siapa tahu hari esok ? dan yang pastinya aku akan pastikan hari esok akan lebih gembira daripada hari ini. insyAllah.


p/s: eh, apa motif aku post entry macam ni ?

Sunday, November 22, 2009

// Untuk yang Terakhir Kalinya awak,

tiada motif



Thank God, aku dah sedar. aku dah sedar. aku dah sedar. Alhamdulillah!

But,
Untuk terakhir kalinya gua nak luahkan semua yang gua rasa dekat lu. Selama ni gua bodoh, gua ikut ape lu cakap, gua agung-agungkan lu yang kononya hebat tu, gua hormat lu gila-gila dan banyak lagi. lu tak tahu semua tu. tak tahu, kan?

Sekarang,

Gua dah penat. gua dah serik. gua dah malas nak tengok muka lu lagi. maybe boleh nak tengok tapi untuk bertegur sapa, I don't think so. gua dah bagi second chance kat lu, lu buat taik lagi. kalau sekali takpa bro, ni kali kedua memang gua dah takkan bagi chace la. sorry to say. dan gua tak rasa lu perlukan 'chance' dari gua. because i know you.

Kadangnya gua rasa macam gua terlalu baik bagi chahce dekat orang macam lu ni dulu. perghh macam sial do, bukan nak perasaan baik atau bagus, tapi kenyataan. orang macam lu tak patut diberi chance. siriously gua menyesal dapat kenal dengan lu. kenapalah tuhan temukan aku dengan kau. ahh. sakit hati bro!

Mulai saat ini, Detik ini, takda lagi lu dalam hidup gua. FullStop!

By the way,

Adam - Yasmin.

Thanks dear, korang sedarkan aku. hmm aku cuma sedikit terasa sebab korang tak straight dari awal-awal lagi. tapi takpa lah, aku faham situasi kau. kalau aku kat tempat korang pun aku buat benda yang sama. so thanks a lot friends. Yeah! i love you so much! <33

Pesanan ringkas dari gua : Ini antara gua dan dia je. kalau y'all takfaham sila buat bodoh okay. trimas dan please come again later~

Friday, November 13, 2009

// Copyright ; AR !

Anda rase couple bole end forever?
J: err, tengok pasangan lah kot

Pernahkah anda cium seseorang?
J: mestilaa pernah.

Adakah anda rase orang yang terakhir anda cium itu best?
J: sangat best. dia teman aku hari hari kat rumah :)

Adakah anda akan bercinta dengan seseorang pada bulan seterusnya?
J: tidak.

Berfikir banyak sebelum tidur?
J: Ofcourse

Anda inginkan anak?
J: mestila nak bodo!

Semalam lagi best dari hari ni, kenapa?
J: sebab ptg tadi enjoy sgt!

Pernahkah orang salah mengeja nama anda?
J: selalu sangat. A-D-Z-L-Y-N lah!

Adakah anda menyimpan rahsia daripada orang yang ingin tahu tentang hal yang sebenar?
J: ye. kenapa? nak tau?

Anda single?
J: anda rasa?

Adakah anda menyimpan gambar lucah kawan anda?
J: -____-"

Adakah anda rasa anda sesuai dengan seseorang yang anda suka?
J: manalah aku tahu. aku ada suka sape sape ke eh?

Adakah weekend ni akan jadi best bagi anda?
J: TIDAK ! sebab aku perlu bekerja ~ ;(

Siapakah orang yang ketiga terakhir text anda?
J: Nazrin.

Pernah date dengan seseorang di jail?
J: tidak lah. masuk dalam even melawat orang tu pun tak pernah.

Pernahkah orang yang terakhir anda cium marah anda?
J: hari hari kena marah sebab selalu lupa tutup almari baju HAHA

Adakah anda seorang yang penyabar?
J: adalah sikit sikit.

Ada tak orang yang selalu telefon atau bercakap dengan anda sebelum anda tidur?
J: mestilah ada. apelah.

Adakah anda mempunyai perasaan terhadap orang yang terakhir anda cium?
J: Saya Sayang Mak Saya !

Adakah anda akan bangun sebelum pukul 7am esok?
J: ye, aku kan kene kerja -__-"

Adakah anda akan tidur di lantai hari ini?
J: tidaklah sayang, tak feel la tido kalau macamtu. dah la penat ni! grr

Adakah perempuan yang terakhir anda cium itu ambil berat tentang anda?
J: Sangat! dan saya suka :)

Pernahkah anda mengintai kawan anda berasmara?
J: KERJA GILA !

Jujur, bagaimana kehidupan anda sekarang?
J: Pagi kerja , petang balik. malam online kejap then tido.

Ada tak topik yang sentiasa buat anda marah?
J: hmm, setakat ini tak ada. aku boleh borak tentang apa saja perkara kot.

Bilakah waktu terakhir anda menangis?
J: dua minggu lepas kot.

Pernah dengar lagu country tak?
J: ntah lah.

Adakah anda gembira sekarang berbanding dengan lima bulan sebelumnya?
J: gembira Sangat! sebab hidup aku lebih bahagia dengan kawan dan ada si dia yang buat aku happy

Adakah anda rasa anda tidak akan lupakan seseorang buat selamanya?
J: ada seseorang yg sangat susah untuk dilupakan. aku pun taktauu kenapa -__-

Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda baru bangun dari tidur?
J: mengeliat dan cakap "wahhh ! malasnye nak keje !" then tido balik 5 minit. pastu kene hempuk dengan mak -___-"

Awak rindukan seseorang?
J: sangat. ada 3 orang. imysm.

Adakah anda ingin meluangkan masa dengan seseorang sekarang?
J: kalaulah dapat diberikan peluang, aku nak jumpa sekarang jugakk

Apa yang anda rindukan pada waktu dulu?
J: main 'police and thief' dekat padang sebelah rumah

Okay ke jikalau anda cium seseorang bila anda single?
J: mestila okay

Adakah anda kisah tentang ex girlfriends/boyfriends anda jikalau dia minum arak?
J: pergi mampuslah dengan dia.

Adakah anda tahu baju apa yang akan anda pakai esok?
J: jeans dan t-shirt warna grey dan sweater kot~

Siapakah orang yang lahir pada tarikh yang sama dengan anda?
J: haa ? sape eh ? aku tgh blur skang. lupela, sorry.

Baju warna apa yang anda pakai sekarang?
J: black and grey

Bolehkah anda keluar ke public dengan pakaian yang anda pakai sekarang?
J: kedai runcit okay la kot

Adakah lagu profile anda mempunyai maksud dalam kehidupan anda sekarang?
J: hehehe. ada sangat sangat :P

Bagaimana perasaan anda sekarang?
J: happy ada, rindu ada, sebersalah ada, risau pung ada!

p/s: Takda kerja, Cari kerja beb!