Thursday, January 20, 2011

Musik dari Jiwa.



Halamak bro, bila wa nak pro main guitar ni. haih.

Aduh.. wa tak tahan ni. wa dok petik hari-hari, tapi asyik tak lepas part chord power je. adoi macam mana nak bagi jari wa ni panjang ha? lu ada tips tak? bak sini bagi wa sikit, jangan kedekut ilmu der. takbaik punya. tuhan marah.

*gelak*

sudah-sudah, wa taknak cerita panjang.

Harini wa nak cerita pasal aktiviti masa lapang wa. bermain guitar. agak pelik la kan kalau wa cakap wa suka main musik tapi wa tak amik tahu pasal musik. haha. faham tak? kira macam wa ni tak amik tahu la pasal lagu-lagu terbaru dan isu semasa. korang jangan lah tanya wa pasal lagu baru ataupun movie terbaru, maaf lah wa memang tak amik port pasal semua tu. tu semua bukan style wa. tak kisah lah lu nak cakap wa lepu ke dengar lagu sakai-sakai, lantak pi ah. ade wa kesah? marah ni! hahaha. poyo je kan.

Inilah rutin harian wa, balik dari sekolah lepak lepak sekejap kemudian membelai guitar yang tak berapa nak disayang sangat tu (sebab dalam hati nak guitar baru hehehe) tapi masalahnya sekarang wa punya jari tak cukup panjang la. sakit hati gila en! rasa cam nak tari-tarik jari ni biar panjang sikit. hish.

Lalu aku pun search lah kat google "tips untuk panjangkan jari"


Tapi hampa! benda lain yang aku jumpa. ish! masalah betul la guna internet ni. lain yang dicari, lain yang dijumpa. okay takpa. aku teruskan mencari lagi. tak putus asa ni..

Haih benda lain jugak yang aku jumpa.. tapi takpa, banyak jugak yang menarik. lalu aku pun klik lah..

TIPS UNTUK MEMIKAT LELAKI.

Bagi wanita tips untuk memikat lelaki ialah..

1) Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2) Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3) Berpewatakan menarik mampu memikat minat mereka.
4) Jujur dan sentiasa merendah diri.
5) Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6) Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut .
7) Pandai memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
8) Jangan terlalu mengongkong.
9) Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan .
10) Jaga pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
11) Sering memberi kad ucapan buat sidia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.
12) Lelaki suka wanita yang berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
13) Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati,renungi matanya dan tunjukan sifat humor kamu. Ini adalah tektik memberitahu sidia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini. perempuan murahan dan mudah didekati.
14) Jangan bersikap terlalu jual mahal bila berada bersama mereka.
15) Bijak menyusuaikan diri dalam apa jua keadaan.
16) Tidak mudah berputus asa dan sentiasa berdiri diatas kaki sendiri tanpa meminta bantuan dari orang lain .
17) Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap bersama mereka.
18) Jangan bandingkan 'dia' denagan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
19) Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
20) Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang membangkang
21) Yang paling penting lelaki suka di manjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik
22) Lelaki tidak suka jia kamu memakai mekap tebal
23) Menghormati dirinya, keluarga dan teman yang rapat dengannya
24) Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap kebudak-budakkan
25) Jangan bersikap 'kelelakian' dan ganas dalam pergaulan
26) Jangan terlalu menunjukkan bhawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'
27) Jangan perasan kamu mempunyai paras rupa yang jelita
28) Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros dalam perbelanjaan
29) Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titk beratkan
30) Sentiasa bercakap lembut dengan mereka
31) Jangan terlalu 'over' nanti lelaki akan meluat kepada kamu


Hahahaha! wa pun taktau kenapa wa copy benda ni and letak dalam blog. Lawak je. tapi kalau ikut tips ni, memang wa failed la kan. banyak betul tips yang sangat bertentangan dengan wa. hahaha. lantak lah. ade wa kesah? lalala~

*jelir lidah*

okay back to our topic.

sekarang ni wa dah mula beralih minat ke arah Drum. yeah, i want to be a drummer. baru macho main drum! ketuk ketuk pang pang pong pong. hahaha. cuba bayangkan lu tengah tension yang teramat sangat then lu boleh hempuk drum tu sesuka hati sampai lu puas. pastu ada pulak backup guitarist and vocal! whoa! gempak!

nak satu?

tapi itulah, nak belajar main drum tu bukan senang. nak kena pi studio, yelah kan.. kalau wa nak beli drum set mane la nak cekau duit. lu blanje boleh la. tengok lah macam mana. tapi wa betul-betul nak main drum woii! tolong la wa! belanja wa drum electronic?

*gelak*

Lepas blaja main drum, wa nak belajar main piano pula. sebenarnya dulu ada belajar sekejap dengan member wa, tapi tak lama. sebab wa dah malas nak pi rumah dia. lagipun time tu wa budak-budak lagi, mana la nak tau apa itu musik kan.

tapi sekarang wa dah besar! yeay! tapi.. ntah dapat ke tidak nak belajar semua tu..

*sedih*

p/s: erk.. lu rasa polis akan tangkap wa tak sebab wa post entry panjang sangat?



No comments:

Post a Comment