Friday, January 14, 2011

Entry 2011! Percubaan Pertama.

Eh, agak lama juga ya aku tinggalkan blog ni..

Mari kita mencungkil cerita-cerita disebalik 'kehilangan' alynn daripada dunia blog ini.. jeng jeng jeng.. marilah marilah marilah..

*senyum*

Seronok tengok orang ramai rajin meng-update blog
Seronok tengok orang ramai tak jemu cerita itu ini
Seronok tengok orang ramai ceria sepanjang masa
Seronok tengok orang ramai bermacam ragam
Seronok tengok orang ramai ralit dengan dunia mereka
Seronok tengok orang ramai hidup dengan beraneka jalan cerita
Seronok tengok orang ramai dengan pelbagai rupa
Seronok tengok orang ramai.. dari sudut pandangan mata perhati aku.
Seronok.. terlalu seronok. lain orang lain ceritanya, tak gitu?

okay sebenarnya aku dah lost. takpa, aku cuba cerita apa yang termampu.

Dua ribu sebelas.

Tahun ni aku melangkah ke dunia baru. sebagai calon peperiksaan besar iaitu; Sijil Pelajaran Malaysia. toksah dok gatai nak tanya lah kan, sememangnya aku belum cukup sedia lagi. sungguh tak bersedia. tapi apakan daya, masa tak tunggu kita. so, aku sedaya upaya mengurus sisa-sisa masa yang ada ni untuk cover balik study aku yang terombang-ambing, terkedek-kedek kalah kura-kura tu.

Sekolah macam biasa, awal-awal ni masih sibuk dengan segala latihan bagai. tapi takpa, aku harap aku boleh uruskan masa dengan bagus. penat memang penat, tapi susah-susah dulu, senang-senang kemudian. kan?

*sengih*

Cukup pasal sekolah. Kita gali lagi. mai mai..

Cerita dari hati ke hati.

Sekali lagi, perkara yang sama berulang. aku dah fed-up lah. penat nak melayan. lantak engkau la. you've done, and now you LOSE what you had WON and once you LOSE it, then you'll never get it back. Sorry. I have no comment. Penat weh, penat nak melayan semua ni. aku ade commitment lain sekarang, SPM. kalau kau datang semata-mata nak tambah scratches on my heart ni, baik kau balik tido kat rumah. lagi bagus.

Betul jugak, semuanya berlaku dengan pantas.

Bak kata kak ainn,

"secepat mana benda tu bermula, secepat tu jugak ia berakhir"

tapi kau tau cara aku kan? yes memang aku still lepak dengan kau tapi kau kena tahu aku dah hilang rasa percaya kat kau. rasa tu dah hilang. dah LAMA hilang. kau sendiri yang buat semua tu hilang. dan sekarang aku sudah selesai dengan kau.

Kau pasang jerat kemudian kau lupa katmana kau pasang jerat tu.

Seronok bukan?

*senyum senget*

Terima kasih, terima kasih, kau buat aku lupa dan kau jugak buat aku sedar. Sekarang aku dah tahu mana satu kaca mana satu permata.


Sudahlah, aku ni buat cerita emosional jeh. penat ni baru balik lepak dengan member kelas. nanti-nanti lah aku update lagi.

p/s: Happy Birthday Arifah Hashim! Love you <3

No comments:

Post a Comment