Tuesday, May 26, 2009

Blog oh ! blog

haha aku tak tahu kenapa aku suka nak judge pasal blog orang, pelik je aku ni. macam aku ni bagus sangat pulak. haiyaa.

heh siriously aku tak berapa berkenan dengan blog yang hanya penuh dengan gambar. err maksud aku gambar dia pergi kat sesuatu tempat tu, kalau boleh semua yang dia snap dalam camera dia tu dia nak upload kat blog. haha tak salahpun sebenarnya. tapi kadangnya aku terfikir jugak, apa salahnya kalau kau upload satu dua je daripada beribu gambar yang kau orang snap tu ? haha. hish alynn kau ni mulut macam ape ntah. heh. sebenarnya aku takdak lah nak kutuk cuma agak kurang menyukai lah. hehe. alah macam blog aku ni hebat sangat pulak. *mengeluh*

aku bukan nya apa, cuma nak bukak blog blog yang hanya dipenuhi oleh gambar tu dah lah nak tunggu dia punya load dah lah lama. then dengan tulisan warna warni bersama kecil besar dia tu. lepastu dah lama tunggu load, gambar yang keluar tak memuaskan hati pulak. jadi selalunya aku hanya akan menekan button 'x' yang bewarna merah di atas sana tu atau pun aku terus ke blog yang lain. err hampeh. but tengok keadaan juga lah kan. sometimes kalau internet tengah laju, aku tengok juga gambar gambar yang bergunung tu. ni tidak, kalau internetnya nyot-nyot gitu, lupakan jela. *sengih*

dan lagi satu, aku juga kurang menyenangi blog yang dia punya font diwarna warni kan, sekejap bold warna biru, lepastu warna merah pulak. then the biggest one warna kuning. then kelabu and bla bla bla. haha macam pening je kut nak baca semua tu. mesti masa korang taip nak post benda tu, kau orang penat kan ? dulu ada lah aku nak cuba buat buat macam tu tapi penat weyh nak tekan sana sini. better aku taip je guna satu warna sahaja. kan ?

yela nak kena tekan sini besar, sini kecik, lepastu bold lagi, then warna tu nak kena tukar ikut ton dia kan. buang masa je. haihh susah hidup. eyh aku tertanya tanya jugak, kalau ada benda yang senang, kenapa perlu cari dan guna yang susah ? ouh aku faham, kepuasan diri itu penting bukan ?

alynn, sudah sudah lah tu jangan asyik nak mengkritik orang, kau tu bukannya bagus sangat. hish. ni lah akibatnya kalau banyak bukak blog sana blog sini. mula la aku nak mengkritik. kan bagus kalau aku tak bukak blog siapa siapa pun, senang hidup toksah dok gatai nak taip penat penat hanya untuk kepuasa diri. arghh aku sebenarnya tengah pressure sejak dua menjak ni. so maaf kalau asyik nak kutuk orang. maaf.


//sepuluh jari disusun memohon kemaafan daripada anda. maaf ye kalau ada yang tersinggung dengan entry entry aku yang membosankan ini.

cikgu ku sayang ,

hey cikgu kachak. err kachak ke kamu ? *menipu*

terimakasih sebab buat aku rasa macam nak mati terkejut gila je tadi. haha. you did a great job sir. yeah congrats. boleh mati dalam sekolah aku tadi. satu jenayah yang hampir berjaya ye cikgu. hahah. *merepek*

hey kalau aku ada lemah jantung kau nak tuntut ke mayat aku nanti haa ? nak bawak jenazah aku ke kubur dan liang lahad ? kau nak lapkan air mata dia, dia dan dia ke ? hahaha. kau boleh fikir kan ? kau tu kan seorang cikgu, takkan lah tak boleh nak fikir mana baik mana buruk, mana elok mana tak elok. adoy.

dah lah selaku cikgu disiplin, ouh kau dah hebat sangat la tu eh. eyh lupa pulak yang ramai takut dengan kau. tapi tak bagi aku ye. okay aku memang hormat kau. takde lah aku ni pernah buat kesalahan disiplin, ponteng sekolah ke ape. aku okay je. tapi bila kau dah buat macam tu, aku dah start menyampah dah. betul rupanya apa yang aku dengar cerita dari mulut yang bercakap cakap tentang kau. kau ni la, kau tu la. dulunya aku tak percaya tapi sekarang aku dah mula percaya 100% !

kau nak orang hormat kau kan ? tapi kau tu ada hormat kitorang ? macam mana murid nak hormat cikgu kalau cikgu sendiri tak hormat murid ? tahu lah kau lebih tua jadi kitorang tak boleh nak kurang ajar. grr tapi masalahnya tadi apa yang aku buat tu benda tak salah tapi kau cakap salah, tak ke bodoh namanya tu ? (maaf kalau aku kurang ajar) hamek kau. dush kebaboom ! *gelak*

aku tahu tak berkat ilmu yang di ajar tapi ni lah hakikat sebenar. aku tak boleh nak tipu diri sendiri. tak boleh.

err cerita nya bermula begini.. *jeng jeng jeng*

haha. kau boleh tahan tak kalau kau tengah letak kepala kat atas meja and baru nak mula bertenang selepas berjaya menjawab semua soalan peperiksaan dengan lancar tanpa ada sikit pun ragu ragu, tiba tiba ada orang datang ketuk meja kau dengan menggunakan rotan. kuat pulak tu. berdesing telinga ini. terbangun terus aku. kalau kau ada kat tempat aku, kau sakit hati tak ?

okay itu yang aku alami pagi tadi. siot punya cikgu. hey cikgu disiplin sekolah menengah kebangsaan seri indah, kau tu dah lah kaum melayu, tak belajar nak hormat orang ke ? kalau kau tu beragama hindu boleh aku terima lagi la kan sebab berlainan bangsa dan agama. tapi kau tak belajar ke dulu ? masa kau sekoloah dulu dulu tu ? grr, ada hati nak orang hormat kau, sedangkan kau sendiri tak hormat orang. kan ? ade ke patot.

pernah juga aku terbaca schoolmate aku yang mengutuk kau di dalam blog, masa tu aku tak tahu apa apa so aku buat bodoh jela. but bila aku dah ada dalam situasi macam ni baru aku tahu dan faham perasaan dia yang sebenar. rasa nak bunuh bunuh je dia yang tak reti nak hormat orang tu. atau nak pindah sekolah secepat mungkin. arghh ! err orang tua tak perlu nak hormat orang muda eh ? ooo so orang muda jela nak kena hormat orang tua ? urghh not fair betul. dush !

tenang alynn, tenang. haihh.


//cikgu tolong lah fikir guna otak, bukan guna perut. perut tu gunanya untuk menyimpan makanan yang dimakan, bukan untuk berfikir. tu haa kat kepala cikgu tu ada satu organ yang diberi nama 'otak'. guna benda tu untuk berfikir okay ? haha kejam gila aku *jelir lidah*

Monday, May 25, 2009

Bahagia bila ada yang jaga tepi kain kau ?

yeah aku paling benci dengan situasi sekarang. err bukan nak kata apa cuma satu picisan tulus dari hati dan perasaan ini. ceh bela la kau alynn. poyo gila. haha. okay kembali kepada tajuknya tadi, kalau kau, kau suka ada yang sibuk dok gatai jaga tepi kain kau ? lagi lagi kalau dia tu kau langsung tak kenal ? ouh mungkin dia tu kenalan relative kau. suka ?

itu yang aku sedang alami sekarang *mengeluh*

aku sangat tak suka bila ada mulut mulut si penjaga tapi kain aku ni memperkatakan kemana aku pergi, dengan siapa aku keluar, aku buat apa kat sana, gedik ke, gatal ke dan macam macam lah. aku rasa macam, 'err kau sibuk sangat apahal ? kau sape ? ada kene mengena dengan aku ke ?' kan ?

sedangkan mak bapak aku pun tak pernah nak halang aku buat macam tu ? ni kan pulak kau ? err ade ke patot ?

okay aku tahu lah nak jaga diri, aku tahu batas pergaulan, aku tahu semua tu. toksah dok risaw kat aku disini. aku sihat sihat dan baik baik belaka je. takde nye aku nak buat perkara tak senonoh. jangan risau lah. aduhh.

okay mungkin kau terlalu ambil berat pasal orang, terlalu nak tahu pasal orang. okay itu aku rasa aku perlu bagi credits sikit lah di atas kesudian kau nak mengambil berat tentang diri ini.

tapi masalahnya sekarang aku tak selesa.

yaa aku tak selesa. kau tahu kan ? kau faham kan ?

get it ?

so get a life lah kamu wahai siapa siapa yang tiada kene mengena dengan hidup aku. toksah sibuk sibuk nak ambil tahu tentang aku. nampak aku, diam diam dah lah. yang mulut tu gatai sangat nak bagi tahu sana sini tu apesal. bukan kau dapat gaji pun buat semua ni. kau tak pernah jumpa aku eh ? jakun sangat. lagi lagi kalau kau tu, tiada kaitan dan tiada pertalian darah dengan aku. okay ?

maaf kalau aku emosional sangat


//kalau ada yang terasa harap maaf lah sebab sebenarnya aku sendiri tak tahu siapa punya mulut yang cakap semua ni. ye *smile*

Story About Love And Relationship

*I've got this story from a random friend.


It just too sad to be miss. So, shut up and read, dear....



As I sat there in English
class,
I stared at the girl next to me.She was
my so-called 'best friend'. I
stared at her long, silky hair. I
wished she were mine, but she didn't
notice me like that.And I knew it.

After class she walked up to me and
asked me for the notes she had missed
the day before, and I handed them to
her.She said 'thanks' and gave me a
kiss on the cheek. I wanted to
tell her. I wanted her to know that I
don't want to be just friends. I
love her, but I'm just too shy. And I
don't know why.

11th Grade...

The phone rang. It was her on the
other end. She was in tears, mumbling
on and on about how her love had
broke her heart.

She asked me to come over because she
didn't want to be alone, so I
did. As I sat next to her on the sofa,
I stared at her soft eyes,
wishing she was mine. After 2 hours, a
Drew Barrymore movie,and three bags of
chips, she decided to go to sleep. She
looked at me,said 'thanks,' and gave
me a kiss on the cheek. I want to tell
her. I want her to know that I don't
want to be just friends. I love her,
but I'm just too shy.And I don't know
why.

12th Grade...

The day before prom she walked to
my locker. 'My date is sick,' she
said. He's not going to go. Well,
I didn't have a date and in 7th grade
we made a promise that if neither
of us had dates we would go together
just as 'best friends,' so we
did.

Prom night, after everything was
over,I was standing at her front door
step. I stared at her. She smiled at me
and stared at me with her crystal
eyes. I want her to be mine, but she
doesn't think of me like that,and I
know it. Then she said, 'I had
the best time,thanks!' and gave me a
kiss on the cheek. I want to tell her.
I want her to know that I don't
want to be just friends. I love her,
but I'm just too shy. And I don't know
why...

Graduation Day...

A day passed. A week passed. A
month passed. Before I could blink, it
was graduation day. I watched as
her perfect body floated like an angel
up on stage to get her diploma. I
wanted her to be mine, but she didn't
notice me like that, and I knew
it. Before everyone went home, she came
to me in her smock and hat, and
she cried as I hugged her. Then, she
lifted her head from my shoulder
and said, 'You're my best friend,
thanks!' and gave me a kiss on
the cheek. I want to tell her. I want
her to know that I don't want to be
just friends. I love her, but I'm just
too shy. And I don't know why...

A Few Years Later...

Now, I sit in the pews of the
church. She is getting married,now. I
watched her say, 'I do' and drive
off to her new life, married to
another man. I wanted her to be
mine but she didn't see me like that,
and I knew it. But before she
drove away, she came to me and
said, 'You came!' She said, 'thanks!'
and kissed me on the cheek.I want to
tell her. I want her to know that I
don't want to be just friends. I love
her, but I'm just too shy. And I
don't know why...

Funeral...

Years pass, and I looked down at
the coffin of the girl who used to be
my best friend.' At the service
they read a diary entry she had wrote
in her high school years. This is
what it read: I stare at him wishing he
were mine. But he doesn't notice
me like that, and I know it. I want to
tell him. I want him to know that
I don't want to be just friends. I
love him, but I'm just too shy, and I
don't know why. I wish he would
tell me he loved me...i wish I did
too...i thought to myself, and I
cried.

cerita kisah hati ini dan seterusnya, dan setahun kemudian ;)

p/s: ianya agak panjang so sabar. teruskan,


err, sebenarnya aku dah lama tahu semua tu
dan aku masih boleh terima
kalau aku masih boleh lihat kau dari dekat
dengar gelak tawa suka duka ketika bersama
tenung mata yang bersinar dengan seribu pertanyaan
tenung mata yang sayu penuh dengan segala jawapan dari persoaalan
tahu khabar berita suka duka yang baik buruk semua

tapi aku tahu tu semua sementara
sebab kau akan pergi tinggalkan semua ni
pergi tinggalkan tempat ini
err aku tahu kau akan pergi jauh dari sini
tu yang susah nak terima tu
haihh susah betul bila hati kata iya
mulut kata jangan
hish

awak
aku lebih rela kalau
kalau kau tak kenal aku
aku lebih suka masa zaman aku tingkatan dua
aku tengok kau dari jauh je
aku kan budak sesi petang, kau budak sesi pagi

dulu..

masa tu,
aku tak kenal kau macam sekarang
aku tak pernah tegur kau sebab aku takut
dan lagi satu, kau sentiasa bersama dia
TU LAGI MENAKUTKAN
hahahaha *gelak guling guling*

masa tu kau pun tak kenal aku macam sekarang ni
kau pun tak tahu kewujudan aku dalam sekolah tu
aku je yang tahu kewujudan kau dalam sekolah tu
memang lah macam tu tak best,
tapi, kan lagi senang kalau macam tu ?
takde lah aku asyik teringat kat kau
takde lah nota nota yang aku tulis dalam blog ni
takde lah semua yang aku reka untuk kau ni
kan ?

setahun berlalu dengan begitu
lama kan jangka masa nya ?
aku pun tak sedar yang dah setahun berlalu
dalam setahun tu
aku tengok kau dari jauh
aku tengok dengan mata kasar
sebenarnya masa tu aku tak kenal kau pun
aku cuma tahu nama dan kelas kau je *jelir lidah*
ada lah jugak niat nak tanya dengan lebih lanjut
tapi aku tak kuat
aku tak kuat
tak kuat

hakikatnya tu semua dahulu
sampai lah suatu masa ni
aku dapat semua yang aku tunggu

(err takde la tunggu sangat tapi ada lah jugak niat nak tunggu masa tu datang. hehe)


sampai suatu masa aku dah tahu apa yang aku mahu
aku dah tahu - saya dah tahu
aku dah dapat apa yang aku nak selama setahun tu

err kau mana tahu apa - apa
sebab aku tak pernah cakap
bukan kau sorang je,
malah takde sorang pun tak tahu pasal ni
tapi sekarang aku dah cakap
cuma kau je yang tak tahu yang aku tengah cakap pasal kau ni
he he he, (bodoh je)

teringat zaman dulu dulu
aku suka pandang kau dari jauh
masa aku usya usya tu kan
selalunya kau ada kat depan kelas
aku nampak kau
dari atas, kau pandang bawah
kau pandang ape tah kat bawah tu
aku pun pelik. tapi aku buat bodoh jela
hahahaha
kau tahu tak ?
sampai aku pun pernah TERjoin sama sama dengan kau pandang bawah
sebab nak tahu apa yang kau tengok kat bawah tu
tapi kau mana sedar sebab aku pandang dari jauh je

(hahahaha. bengong gile bila ingat cara aku usya kau time tu. terasa diri ini bodoh sangat =,=')

tapi kan
masa tu aku usya saje saje je menggatal
tak sangka pulak dapat kenal dengan kau
lagipun masa tu hati aku dah pun terisi dengan satu nama
dan tak tahu pulak semua nya akan jadi macam ni. hehe,
err, setahu aku takde sape tahu yang aku selalu usya kau
classmate aku sorang pun tak tahu taw, hebat kan aku ni ? *gelak*
dan takde sape yang tahu sebab aku pun tak terfikir yang semua ni akan terjadi

tapi kan weyh
tu dulu
hakikatnya sekarang
berbeda pulak dah

takpe lah,
aku dah mula terima hakikat sebenar
belajar melupakan daripada terlupa
aku lebih suka tengok kau bahagia
biar aku sendiri terluka
err luka ? *penin*

sekarang..

aku tahu yang aku tak boleh nak buat apa apa
aku tahu yang kalau kalau kau akan pergi tinggalkan semua ni
aku diam sendiri
aku tahu aku hanya boleh berdiam diri
aku tahu jangka masa setahun tak cukup untuk kenal kau
aku tahu semua tu sia-sia je
aku tahu aku tak boleh nak buat apa apa
aku hanya boleh pandang dari jauh je, kan ?
aku tahu tu
aku tahu

dan dan dan,
kau tahu tak ?
yang aku tak sanggup !
tak sanggup nak hadapi semua ini
tak sanggup - tak sanggup
tapi aku akan cuba
kau jangan risau
kau cuma perlu fikir masa depan
itu sahaja
tak perlu fikir tentang aku disini
dan itu memang benda yang tak pernah kau buat kan ?

hehehe, rasenye la

*sengih*


//kadangnya apa yang kita impi dan angankan selama ini walaupun bertahun kita tunggu, dan bila dah dapat ia sebenarnya tak seindah yang kita angankan di dalam impian kita tu, kan ?

Thursday, May 21, 2009

suka keadaan begini ?

ahh sudah alynn, jangan buka pekung di dada. cehh, ah poyo je aku.

err, banyak hati aku perlu jaga. benci betul. haih.

mungkin aku punya entry semuanya membosankan.

tapi aku peduli apa. kan ?

he-he-he

lama aku tak bercerita kat sini kan ? lama aku tak taip panjang panjang kan ? rindu pulak nak taip panjang panjang. apakan daya, busy pulak sejak dua menjak ni. hehe, actually banyak yang aku fikir nak taip disini tapi semuanya hilang terbang melayang gara gara baca buku sekolah. yaa, eyh ? err buku sekolah ?

mid-year-exam-weyh !

oh my god oh my god ! (buat gaya macam amal)

*gelak*

(sorry amal nama kau masuk sini. femes pulak kau. ngeh)

okay aku tak tahu nak cerita apa. dan dah malas nak fikir apa apa. memeningkan kepala je. just lepas ni mungkin aku akan kurangkan online. phone takdak, online pun dah malas, ahha sape sape nak contact aku call rumah jela eyh. lagipun no celcom jarang guna. hee,

dah dah alynn, pergi bukak buku and and, STUDY !

arghhhhh

Friday, May 15, 2009

haihh macam ni ke kawan ?


KAWAN :)

yaaa, KAWAN. ianya mungkin cuma merupakan lima huruf yang membentuk satu perkataan. tapi bagi aku tidak. ya ya, tidak. sebab disebalik lima huruf ini iaitu K-A-W-A-N, terselit beberapa perkara yang mahu aku katakan disini. ada banyak jenis kawan sebenarnya. atau dengan nama lain, sahabat, teman dan rakan.

err, itu tema entry aku kali ni. kawan teman sahabat rakan. aku taktahu macam mana nak explain but boleh aku tanya sikit ? err jap jap soalanya ialah.. jeng jeng jeng. jap jap lupa pulak. hehe. *gelak*

hah dah ingat dah !

apa erti sahabat bagi kau ?

aku dok fikir dari minggu lepas doe pasal benda ni. sebenarnya dah lama nak buat entry pasal ni, tapi aku tak post post. sebab kena jaga hati lah kan. haihh. susah betul bila nak menulis pada tempat yang umum ni. haha. (sape suruh aku buat blog kan ?)

*gelak*

haihh erti persahabatan ni sebenarnya berlainan dari setiap individu. tapi bagi aku lah kan, walau apa pun yang terjadi, selagi dia tu betul betul kawan aku dan tak pernah buat aku sakit hati atau buat aku rasa dah malas nak kawan dengan dia dah, selagi tu dia kawan aku. err macam tu kot. aku pun penin ni.

*penin*

okay back to topik, seperti yang aku cakap tadi, ada banyak jenis kawan dekat dunia ni. ada kawan yang betul betul kawan, ada kawan makan kawan, ada kawan si talam dua muka, ada kawan si hipokrot gila nak mampus, dan macam macam lah. yang lain kau fikir sendiri la ye.

*sengih*

disini aku nak cakap tentang kawan yang makan kawan. err, atau boleh dikategorikan juga dalam kawan tikam dari belakang. dimana kita percaya dia gila gila lah, tapi dia hancurkan kepercayaan kita sekaligus menggoyangkan ikatan persahabatan antara dua insan. cehh.

macam aku ni kan jenis yang suka dengar cerita sana sini, (kaki gosip nih. he-he-he)

then aku ada lah seorang member yang biar aku gelarkan dia dengan nama Ahmad. (bukan nama sebenar) cerita yang dia ceritakan ni tentang kawan yang makan kawan. atau dengan nama lain, kawan tikam dari belakang. dimana kawan dia yang dia percaya dah merosakkan ikatan persahabatan mereka sebab telah merampas kekasih hati si Ahmad ni. err sampai bagi amaran lah, ugut jangan ganggu awek dia yang dulunya awek si Ahmad tu.

err aku takut jugak kalau kalau ada di kalangan membe membe aku ni, ada yang perangai macam tu ?

*risau*

then masa si Ahmad tu cerita, aku pun terfikirkan membe aku yang sorang ni. grr bila ingat muka dia rasa nak sepak sepak je kot. siriously aku dah taknak ada membe macam dia. biarlah aku gelarkan dia ni si Awie. dia ni siriously aku fikir budak baik, dari kelas aliran agama, (dulu lah) then tiba tiba buat macam ni. err, tak ke pelik namanya tu ?

*mengeluh*

weyh siriously aku dah takboleh nak tengok mukakau doe. kalau tengok tuh, rasa nak sepak je kot. tapi aku sabarkan diri ni. hurm, dah lah Awie ku sayang, aku dah malas nak ada kawan macam kau. betul. aku kalau sekali kau buat hal, memang aku takkan percaya kau sampai bila bila. such as bila aku nak beri kepercayaan kat dia en, aku akan terfikir macam ni "err, alynn kau tak serik ke ? dia tu boleh percaye ke ?"

grrr,

*geram*

heheh sabar alynn, bukan dia sorang je kawan yang kau ada. hee, and and terimakasih yang teramat sangat kepada semua kawan aku yang selama ni tak pernah hancurkan kepercayaan aku. korang memang best dan plus plus best. terutama sekali TopFriends MySpace aku tuh. and and, yang terbaru, kak adah ! haha :D

thx a lot friends :)


p/s: ouh tak lupa pada negga. err kau ni perasan baik je kot. eii kau tau tak yang aku dah benci kau gila babi punya gay tahap anjing menyalak beranak empat ? muahahaha. kau pergi mampus okay. tolong blah dari hidup aku sepantas kilat. terimakasih.


*senyum*

Thursday, May 14, 2009

flying without wing


gembiranya jika aku boleh terbang bebas di udara
bebas terbang tanpa memikirkan kekusutan dikepala
bebas daripada si pengkhianat pengkhianat durjana
bebas daripada segala apa yang kini ku rasa
bebas bersama sama terbang di angkasa
bebas bersama menuju destinasi cinta
ahh indahnya jika aku boleh terbang di langit dunia

terbang terbang terbang !

c e r i a b e r s a m a m u

phewww *mengeluh*

gembira sungguh kanak kanak ini bukan ?

=,='

suka duka waktu gembira yang kita alami tak seperti membawa kereta otomatik. walau senang mana pun cara nak bawak, tapi kalau tak reti nak drive, exident jugak kan ? macam tu lah. kalau dah dapat kecapi kebahagiaan and tak reti nak kekalkan, macam ni lah jadinya. lupa, alpa. tak sedar. dan macam macam lagi. he-he-hee

*sengih*

aku sedar dalam menaip dan menulis di blog ni, banyak hati yang perlu dijaga. banyak perkara yang perlu ditapis. dan banyak perkara yang perlu aku simpan. sedangkan aku juga pernah terasa dengan blog kawan aku, apa lagi kawan kawan aku yang lain tu kan ? dengan cara aku yang tak reti nak tapis ayat ni lagi. macam mana tu ?

*gelak*

aku ni bukannya jenis yang reti nak jaga hati orang, siriously betul duh. kau tanya lah siapa siapa terutama sekali sahabat sahabat aku, atau kenalan kenalan terdekat. aku ni tak reti nak jaga hati orang. asyik buat orang sakit hati, terasa dan macam macam. haihh susahnya jadi alynn ni.

sorry kepada sesiapa yang sedang dan pernah sakit hati dengan aku. he-he-he.

*jelir lidah*

kadangnya aku sendiri saja saja nak buat orang sakit hati. ada juga yang aku memang nak balas dendam, atau saja saja nak uji. ngeh ngeh ngeh. dan lagi satu, jangan terkejut jika apa yang aku buat kat kau, orang lain pun kena benda yang sama juga. sebab aku suka nak buat benda yang sama tetapi pada orang yang berbeza. saje nak tengok perbezaan riaksi diorang. tak-salah-kan ? dari situ juga aku boleh kenal perangai dan cara seseorang.

contoh; aku buat benda yang sama dekat si A dan si B (bukan nama sebenar). macam aku uji dari segi kesabaran. buat buat kerek ke en. atau tiba tiba jadi poyo. tapi si A tu jenis yang melenting dan panas baran. manakala si B ni jenis yang stay cool dan penyabar. haa dari situ aku boleh tengok mana satu yang lebih bagus bukan ? (betul ke ape yg aku taip ni ?) haa-haa-haa

lagi satu, aku ni bukan nya jenis yang suka nak buat macam ni, maybe ke-nakal-an aku yang membatasi segalanya. juga mungkin disebabkan ke-childish-an aku kot. muahaha. alynn alynn, ape nak jadi la niii ? sudah sudah lah tuh, hentikan semua ini. he-he-he

eyh apa yang aku merepek ni ?

//merepek sebab dah tade idea nak buat entry yang menarik

Wednesday, May 13, 2009

sakit otak pening kepala otak rungsing, haiyakk !

??????!!

!!??????
?????????????????????!!!
%%%%%%!!!
*&%%^&***!???!!
******************************!!????

^^^&(())&^%$##$%&()))(!!

??????????????????????????????????????????
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

???!?!????!!??????????????!!!!
?????!!!!?????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

OTAK DAH PECAH !

(akibat terlalu pressure dan tensyen)

wey wey tolong la sesiapa kawan aku, jadi pendengar setia boleh ? tolong la kawan. sumpah aku tensyen gila. macam macam yang berlaku doe. hurm. untuk kau si pengkhianat, GO TO HELL !

boleh ?

*berharap*

//sejak kebelakangan ni, banyak betul dugaan aku. rase nak bunuh diri je. boleh ? lari rumah ke en ? err aku masih waras kot. err down gila aku ! macam mana nak PMR ni alynn ? macam macam lah weyy, tekanan gila en.. sial gila kau budak ! nak je aku kick kau laju laju. huh ! bunuh diri jela kan. settle semua nya. haiyakk. aku masih boleh berfikir, jangan risau.

err alynn apa kau merepek ni =,='


"hidup tak seindah makan cornetto. tak semudah baca buku. hidup aku sekarang complicated gila. maybe zaman kejatuhan aku kembali. hidup ni kan macam roda. sekejap di atas, sekejap di bawah. but, life must go on. sabar jela alynn."

p/s: kalau la aku boleh settle semua ni dengan sekelip mata. kan bagus ? hurm. by the way, awak saya perlukan awak. gila gila perlukan. tapi apakan daya. hurmm. dan tolong lah kawan. hurmm.
jangan contact fone aku sebab dah terlambat, maybe.

aku perlu kamu

gaambar hiasan


saat manik manik jernih dipipi
kau tiada
tak mengapa
aku cuma kangen kata kata semangat yang sering kau beri
antara kenangan kenangan itu
antara iya tak iya
ahh biar saja kenangan yang tak bererti tu

kenapa perlu berlaku
jika ada yang terluka
ada yang berlalu
ada yang terhina
ada yang sendirian
ada yang berduka

kenapa tidak
katakan saja semua itu
katakan saja apa yang kau mahu
katakan saja apa yang perlu
tidakkan saja yang mana salah
tunjukkan saja yang mana betul
selesai sudah semua ni
tenang menghadapi hari esok

terang yang menanti dihadapan
hari ini dan seterusnya
apa kan terjadi
jika aku kata semua
jika aku curah semua
jika aku teruskan ini semua
jika aku tak berpaling seperti ini
apa terjadi ?

catatan itu yang aku fikirkan
fikir sedalam dalam yang perlu
perempuan itu yang aku takutkan
pandangan matanya menikam kalbu
kalau lah aku diberikan kakuatan
"nak je aku nak smackdown dia balik"

err sudah sudahlah tu cik alynn
haihh.

*penin*

Tuesday, May 12, 2009

sejenak bersama satu petikan untuk kamu awak dan you :)


"apa kau rasa bila apa yang kau rasa tu, orang lain tak rasa ? takde sape pun yang rasa kecuali kau ? terutama sekali orang yang kau nak dia rasa apa yang kau rasa tu pun turut sama tak rasa apa yang kau rasa ? dan sekarang kau tahu rasa yang kau rasa tu tak sepatutnya kau rasa pun sebenarnya ? sebab orang lain lebih merasainya. aku tak patut rasa pun. rasa tu macam tak perlu dirasai je rasanya. and and rasa yang kau rasa tu, sikit pun dia tak rasa. sikit pun ! apa kau rasa ? haa ?"

(okay aku tahu ianya berbelit belit, saja bagi korang pening. he-he)

yaa sekarang itu yang aku rasa. pelik kan ?

err, sekarang aku dah tak tahu nak kata apa.

apa kau rasa bilaa.. ahh sudah alynn, sudah.

takpayah alynn, penat penat kau taip sedangkan dia tak faham satu apa pun. buat penat je kan. aku tanak ada musuh musuh. dia tunggu awak bagai nak rak. kejar macam awak nak lari satu dunia je. sampai orang lain nak dekat pun tak boleh. ada ja pandangan matanya yang teramat lah menikam sanubari. (cehh) takut aku dengan mulut dia. siriously aku tanak ada apa apa perselisihan faham, nak PMR kena suci weyy. haha merepek je aku. haihh. err lagipun blog aku ni bukannya hebat mana. setakat ayam ayam je kot. penat penat taip bukan ada yang baca kan ? cukup sekadar kepuasan hati je kot. ngeh ngeh ngeh.


//eyh awak, err pergi tutup computer then belajar lah. itu lebih bagus bukan ?

Sunday, May 10, 2009

Ahad aku kini di hantui oleh message dan Misscall misscall kau -,-'

hari ini ahad,
yaa aku tahu korang tahu harini hari ahad. saje nak bagitahu. takut korang lupa ke kan ? *sengih*

hari ahad iaitu yang dinantikan dimana aku boleh rehat sepuas hati aku. harapan aku la.

tapi..

arghhh dari pagi sehingg sekarang, aku dihantui oleh pesanan ringkas - pesanan ringkas yang masuk ke dalam phone aku yang hampir jahanam itu. malasnya aku nak layan. tapi nak jaga hati punya pasal.. terpaksa ! mungkin.

dan seperti biasa orang yang sama, kata kata yang sama, iaitu
"alynn sorry kalau ada buat silap. kenapa tak balas msg ? dah taknak kawan dengan sy ke ?"

err, =,='

weyh tolong la. aku tak berapa suka kalau orang buat macam tu lahhh. hmm. rimas tu ada jugak. takkan sepanjang masa aku nak text dia kan ? kau tu bukannya 'kekasih gelapku' pun. lagi satu, kalau aku tak balas tu maknanya aku tak nak balas lah. means ada lah sebab aku tak balas. bukan saje saje. tolong lah faham aku wahai kawanku sayang. cik timah intan payung. aduhaii. okay ada tiga katagori message orang yang aku selalu tak reply , (err tolong ye)

1) message kau aku rasa tak perlu dibalas
2) message kau tanya benda benda bodoh yang aku tahu kau dah tahu jawapannya
3) aku tak suka nak ber-message dengan kau

dan message yang kau bagi adalah dalam kategori yang ke-2 !

adoyy tolong lah faham aku ye. tolong. t-o-l-o-n-g.

*pening*

Happy Mother's Day Pn. Wan Salhah bte. Hj Megat Ahmad :)


ngehehe muka aku tgh tahan gelak ! haha, lawak ouh time ni, mak pun tak pandang camera :D
gambar ni masa kakak aku syiqeen konvo, 2008
(cehh ! time birthday ako neh ! muahaha)


hehe. actually aku bukan lah anak solehah sepertimana yang semua ibu mahukan. tapi aku cuba jugak sedaya upaya untuk jadi yang terbaik dan menjadi diri aku tanpa berlakon atau berpura pura baik depan mak aku. hee, and and maaf mak kalau alynn selalu buat mak marah marah, sakit hati atau apa apa. tapi kadang kadang rasa baran, malas dan degil tu macam dah sebati sangat dengan diri ni. kalau nak cakap tak suka tu memang la semua orang tak suka kena 'belasah' kan. tapi untuk kebaikan diri aku jugak. ibu mana yang suka tengok anak dia malas malas, degil, tak belajar dan sebagainya. tula alynn, sape suruh malas, and degil sangat kan ? padan la muka kau. muahahah. tak tau nak cakap macam mana dah. ngeh ngeh ngeh. lalala.

and and,

Happy Mother's Day Ma !

sayang mak. ngeee, muahx ! :D

Wednesday, May 6, 2009

Tribute to Shazwani Mohd Sahlan

yang kanan, shazwani bte mohd sahlan



Al-Fatihah..

semoga Arwayarhamah Ibu ditempatkan bersama orang orang yang beriman. aminn.

Ibu, yaa aku panggil arwah tu Ibu sebab mak wany mak aku juga. kan ?

err wany aku sayang kau, sumpah sayang gila gila. tadi masa aku tengok kau menangis, aku pun nak nagis sama doe. tapi aku tahan. but kau tak tahu, saat aku berpaling kebelakang air mata aku ni jatuh berjuraian gila lah. tade sape nampak, eyh kenapa aku taip kat blog sedangkan aku tanak org tahu ? err apa apa jelah. hmm masa aku menoleh kebelakang dengan mengesat manik manik jernih di pipi, aku terfikir, macam mana lah kalau semua ni terjadi kat aku ? boleh ke aku kuat ? ke aku akan jadi macam wany ? err entah lah weh. aku tak sure. huhu. mungkin aku akan jatuh sejatuh jatuh macam kau dan mungkin juga aku masih boleh bertenang. hmm,

tadi aku jauhkan diri dari kau. aku tak peluk kau. aku tak bagi kata kata semangat. aku just cakap "wany relax, ni semua dugaan. kau kena kuat. kitorang ada kat sini okay ?" je. sebenarnya itu je yang mampu aku ucapkan dalam nada menahan sebak. sirious. hmm, aku tahu aku tak bagi sepenuh ayat ayat dan kata kata semangat yang aku ada untuk mendatangkan semangat kau. aku mintak maaf wany. aku ada sebab. sebab yang akan aku huraikan nanti. hurmm.

wany aku nak kau anggap ni semua dugaan. kau kena tabah wany. life must go on. kau nak PMR. kau kena kuat, aku taknak tengok kau menangis nangis. nanti kitorang akan risau. risau dengan kau. kau tak lemah, kau kuat wany. kau boleh. kau kan kawan aku yang kuat dan tabah, aku percaya kau boleh harungi semua ni wany. relakan pemergian ibu kau. aku tahu, aku faham perasaan kau. tapi kau kena fikir jugak wany, roh arwah ibu kau takkan tenang lihat anak dia sedih sedih dengan pemergiannya. hmm, aku kat sini sentiasa ada di sisi kau. jangan risau okay ? aku sayang kau. dan KITORANG sayang kau.

err lagi satu weyy, aku na mintak maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut sebab always paksa paksa kau buat itu dan ini. babe, i'm so sorry. promise aku akan cuba buang sikap 'mengarah' aku kat kau tu. janji wany. JANJI !

tadi, saat aku melihat kau menitiskan air mata kesedihan. err aku lari. lari dari lihat semua tu. aku tak lari guna kaki la. aku just larikan anak mata aku ni. dengan alasan aku tanak tengok kau menangis. aku tanak dengar kata kata yang kau keluarkan dari mulut comel kau tu. aku tanak tengok muka kusut kau. sorry wany. reason aku ialah nanti aku akan menangis sama. aku tanak menangis weyy. aku tanak. aku nak kuat. aku tahu dengan cara tu kau mungkin akan turut kuat. dalam hati aku la kata begitu, aku nak kau pun ikut kuat sama dengan aku. tapi hakikat sebenar adalah sebaliknya. wany aku nak kau kuat. aku percaya kau boleh. think positive wany.

(kiranya aku ni ego gila la kot. ntah lah)

ntah la wany, aku tahan air mata lama gila. dari aku dapat berita ni, on the way nak ke bustop, dah masuk dalam bas, masa nak jalan kerumah kau, n bila dah start baca yasin, sampailah baca doa. aku tahan air mata aku ni. aku tahan. tahan setahan yang boleh.

tapi, aku tak cam suara siapa yang baca doa tu. and bila aku dengar suara dia seakan akan merayu yang teramat sangat, dengan serak serak basah seperti baru menangis, (err myra, aku pun rasa tu abang sulung wany) dia meminta maaf dan keampunan daipada-Nya bagi pihak arwah, serta mendoakan arwah ditempatkan disisi org org yg beriman, saat tu mata aku dah start bergenang. mahu menitiskan air mata. yela cuba bayangkan lelaki punya suara macam tu, perghh hiba, sayu, pilu, syahdu, sebak semua menjadi satu. nak nangis dah time tu tapi aku still tahan. aku ego ke wey ? ntah la. kebetulan pula aku berada di belakang so yang lain tak nampak kaca kaca di mata aku ini. nasib baik lah. aku tunduk. err tapi air mata initetap tanak jugak mengalir. ntah lah. aku pun pelik.

hmm, kalau kau kenal aku, aku ni jenis payah nak menistiskan air mata depan orang ramai. melainkan kalau aku betul betul tengah sedih, atau terasa dengan sikap seseorang. sebab normally aku akan menangis disaat aku sendirian, berseorangan, atau ape ape jelah janji orang tak nampak. itu prinsip aku. aku tak suka nak tunjuk yang aku tengah sedih. aku tak tahu kenapa, jangan tanya lah eyh. aku lebih suka nak pendam semuanya. aku lebih suka tanggung sorang sorang. biar aku tanggung semuanya. biar. aku rela. err ego ke aku ni ? -,-'

then,

wany aku paling takboleh tahan masa kau datang kat kitorang, mas peluk kau, myra peluk kau, ayna peluk kau, syera tenangkan kau, emie pun sabarkan kau. tapi aku ? wany aku mintak maaf, aku salah. aku tade kat sisi kau disaat kau perlukan aku. aku takut wany, aku takut aku pun akan sama nangis dengan kau. err aku bukan nak belagak aku ni strong tapi perasaan tu lain taw tak. aku tanak kau tengok membe kau ni lemah. sikit je dah jatuh. tak reti nak kawal emosi. emo. aku nak kau fikir yang kawal emosi ni senang. kawal emosi ni sebenarnya tak susah wany. betul. kau just perlu ingat ni semua dugaan yang telah ditetapkan sejak azali lagi. takdir dah menentukan semuanya. kau hanya perlu harungi nya dengan kesabaran dan sebagainya. tenang wany, tenang.


err penah denga ayat ni tak, ayat yang paling aku suka. terlalu bermakna.

"as u look into my eyes, u can see nothing's cause i'm good in lying"

konsep dia sama wany. bagi aku la. cuma yang berbezanya untuk menerima hakikat yang org tersayang akan pergi meninggalkan kita buat selamanya teramat lah susah. aku tahu. aku just tanak kau nampak yang aku ni lemah selemah lemah yang mungkin. so aku kena tipu kau sikit. pura pura kuat. berlakon tak ada apa apa berlaku. err hipokrit ke ? lantak lah. yang aku tahu aku kene kuat sebagai kawan kau. kalau aku pun lemah, macam mana aku nak bantu kau kan ? macam mana aku nak angkat kau yang dah jatuh ? macam mana aku nak bagi kata kata semangat dalam keadaan tangisan sedu sedan ? boleh ke kau rasakan semangat kata kata yang bakal aku katakan kalau aku pun turut lemah menangis rengek sini sana ? betul kan ?

so wany aku mintak maaf sangat sangat sebab nampak macam aku tak amik port sangat petang tadi walhal aku terlalu amik port pasal ni. just tak tunjuk je. tolong ye wany maafkan aku. aku sayang kau tahap gayy lahh. Sumpah. kau terlalu baik untuk menjadi kawan aku. aku tak pernah ada kawan sebaik kau doe. trust me.

kau boleh wany, kau kuat ! come on, jangan menangis okay ?


again,

al-Fatihah..

Monday, May 4, 2009

terimakasih kawan :)

Terima Kasih Kawan :)
Nur Amirah Kamaruddin

Myra aku sayang kau, Sumpah !

aku sepaking korang laju laju kalau kacau dia okay ?

*senyum jahat*

Satu genggaman membuatkan kau rasa selamat ?

(Gambar Hiasan. hehe.)

err pagi tadi dalam kelas aku ada tanya mas , ape perasaan dia bila seorang kaum adam yang dia sayang menggenggam tangan dia. haha (poyo gila ayat aku), jawapan nya ialah;

"mas rasa selamat sangat. heheh. tataw kenapa. feel habis. hahaha"

comment aku,

"err yeke ? muahaha"

sekian ye.

tapi ada satu kemusykilan ini, ianya terbit sejak lima minit selepas mas menjawab soalan aku.

eyh betul ke selamat ? macam pelik je kot. err rasanya tak pun. muahahaha. maybe sebab aku tade pengalaman so aku tak dapat feel perasaan dia, kan ?

*sengih*

haha, actually bukan dari dia sorang je aku dapat jawapan macam tu, ada lah beberapa orang yang menyatakan perkara tersebut. tapi masa tu aku macam,

'err mampuslah kau. bukan aku dapat rasa pun.'

kan ?

kenyataan sekarang ini ialah ; err tak muhrim weh !

*gelak*


p/s: hehe. aku memang poyo, cakap lebih diri sendiri macam bagus sangat. alah biasalah tuh, budak zaman sekarang, dah tahu tapi tetap nak buat. kan ? haha zaman remaja katakan. cinta dan kasih sayang baru nak berputik. hahaha. pengalaman.

*jelir lidah*

Sunday, May 3, 2009

Selamat Hari Bomba ! haha (semangat)






gambar ini diambil pada 08/08/08 (lawa en tarikh dia?)

yeah harini hari bomba. aku suka. teringat zaman aku active bomba tahun lepas. hmm tak jauh pun aku pergi actually. wahaha. apekejadahnya. haihh.

tapi benda ni memang best gila lah. ramai yang cakap bomba ni tegas, menakutkan, sebab kene pergi ke balai untuk setiap kali latihan. heyy come on lah kawan, kalau tak tegas takkan nak berdisiplin punya kadet kadet ni kan ? betul apa aku cakap.

kalau korang nak takut dengan pegawai pegawai bomba dekat balai tuh, takpayah laa. dekat padang kawad memang lah macam singa mengaum, tapi dekat luar dorang baik, spoting dan lain lain.

sinior pun okay apa, amir, wan, semua tuh. yang aku still ingat, kak Qyla, kak Fyra and lain lain yang masa aku form1.

hee,

actually tak tegas mana pun. just kalau dalam skuad tuh if kau buat salah memang lah kena denda. so jangan lah buat salah kan ? focus le betul betul. kalau kau nak tanya aku, err berjuta kali aku kena. lagi lagi dengan amir. tahun lepas. arghhh sampai aku hampir nangis kena dengan amir dulu. masa latihan kawad formasi.

tapi tengok lah, hasil dia kat dalam gambar di atas tu ? even formasi dapat no.2 je pun, tapi kira okay la en. berlatih 3 minggu je kot. yang paling puas gila kawad kaki johan. haha.

by the way thanks to kamal lah, ayah dia sponsor but ladam. tu yang best gila kawad hentak kaki gila best ! haha tapi SUMPAH penat gila laaa. haihh. tak boleh lupa kot. hehh.

back to yang aku kena dengan amir tu. hehh. masa tu aku taktahu kenapa takboleh focus doh. tengah tengah hari buta panas terik lagi memenatkan, cuba lah korang bayangkan, hari hari training pagi petang. mana tak penat en ? tapi itulah hakikatnya. nak buat macam mana en. hehh.

err dengar cerita tahun ni ada formasi bulan lapan nanti, kan ? aku tak sure lah. tapi good la untuk junior nak mengambil pengalaman. hee, nasihat kepada adik adik bomba, join us. kitorang tak garang weh. haha. siriously tak menyesal aku pilih bomba even aku kena berpanas panas setiap minggu di balai bomba. kuang kuang kuang.



eee, sayang bomba lah ! haha :D



p/s: tahun ni tak active sebab PMR :)

Miskin Gila weyy , buat blog sendiri la woyy !



apa ni kawan ? *gelak*


muahahaha,

kau tahu tak kenapa aku buat title macam tuh ?

okay ini semua untukmu wahai Negga ku 'sayang'

SAH !

sah kau tak reti nak membaca. nak aku ajar tak ?

*gelak ejek*

okay okay aku dah malas nak gelakkan kau, buat penat perut aku je. kau ni lawak la weyy, dah lah menumpang blog orang, pastu nak kutuk orang pulak. ada hati lagi tu. haihh negga negga. kau buat kitorang lagi nak gelak plus lagi bahagia plus lagi suka.

*gelak guling guling*

hmm, let me see..

*gelak lagi*

hahahah babe i can't stop laughing !

wakakakakakakakakakakakaka hahahahahahahahahahahahahahah agagagagagagagagagagagagagag wakakakakakakakakakakakaka hahahahahahahahahahahahahahah agagagagagagagagagagagagagag wakakakakakakakakakakakaka hahahahahahahahahahahahahahah agagagagagagagagagagagagagag


err okay, back to topic.. (aku kesian kat kau sebab asyik kene gelak)

hmm serius weh, serius.

okay,

*tahan gelak*

yaa memang tiada yang sempurna di dalam dunia yang fana ini. ouh kau nak aku balas balik ya ? okay. let me see, aku boleh balas lagi panjang dari yang kau taip tuh. bab berkata kata jangan cakap lah babe, kau pun tahu resultnya kan ?

tak dapat dinafikan wey, memang tade yang sempurna di dunia. aku pun tak pernah kata yang aku ni sempurna. Hey bloggers, ada pernah ke aku kata aku ni sempurna ? ada ? kalau ada beritahulah bila ye. dan aku pun tak pernah kata kau tuh sempurna.
(euww tak pernah ada niat langsung nak cakap macam tu. langsi gila)

then, ape yang nak di perkatakan sekarang,

weyy kau balik rumah duduk diam diam la weyy. ada hati nak fight balik. menangis kang kalau aku fight balik. nanti aku tak reti nak pujuk yee. harap maklum.

*gelak gila gila sampai guling guling*

dah dah kau balik la minah. balik balik. tak payah stay rumah orang semata mata nak hantar satu picisan di blog orang (dah lah kau menumpang) then nak post kata kata kau yang nampak sangat tak matang. err ayat kau lagi la nampak tak matang.

*gelak lagi*

hahaha babe, really. i cant stop laughing. wahahahahahaha !

*gelak gelak dan gelak*

ada hati lagi tuh nak fight balik. guna blog orang pulak tu. weyy aku rasa buat blog ni takpayah pakai duit pun. wahahahaha takkan la kau miskin sangat sampai takpayah guna duit pun kau tak mampu nak buat.

*gelak*

ke kau tak tahu nak buat ? ouh lupa pula yang kau tak tahu apa apa pasal IT ni. then nak buat macam tu la ? takpe. disini ada offer untuk kau,

kau nak aku buatkan blog untuk kau ?

*gelak*

kalau nak jumpa aku esok.
wahahahaha.

*jelir lidah*

wey wey dah lah tuh. kau memang tak rety nak fight orang la weh. kau kene belajar dari aku ni. hmm macam mana aku nak ajar kau eh ? takpelah kau belajar sendiri la ye. carik la mana mana khursus nak fight orang macam aku ni. wahahahaha. lawak weh, Sumpah lawak !

*gelak*

macam MySpace baru kau tu kan,

heyy nak menyorok mana ? aku dah tahu wehh. kau nak nyorok macam mana lagi ? tanak add aku dan membe aku ? tak mengapa. kitorang lagii tanak add kau. hahaha.

kau ni ego la wey, muka dah nak menangis tapi bajet kau tu strong gila babi. muahahaha. weyy aku tahu macam mana riaksi kau bila baca blog aku weh, aku tahu macam mana perasaan kau. aku tahu. aku faham. jangan risau. hahaha.

kau ni ego taw. ego gila. dah nak nangis tu boleh lagi bajet kau bole fight balik sorang sorang lah ? sorang nak fight kitorang dua orang ? dengan konco konco kitorang lagi ? kau fikir boleh menang lah ? okay aku bersorak untuk 'kemenangan' dan 'keberanian' kau menempuhi semua ini. muahahaha. kau fikir semua yang ada kat sisi kau tu pun suka dengan kau ? suka dengan perangai kau ? wahahaha kau silap weh. silap gila gila. dorang kesian kat kau je tuh. kau tanya la diorang jika perlu.

tak perlu cari publisiti murahan. cerita kat sana sini supaya mereka semua kesiankan kau. heyy kau ingat kitorang saje saje buat semua ni ? saje nak pulaukan kau ? saje nak bagi kau nangis sorang sorang dalam bilik sambil peluk patung spongebob ? errr kitorang ada reason. reason yang kau sendiri boleh faham tanpa aku terangkan disini. okay kau dah faham ? ubah dulu. kau dah berubah betul betul baru aku fikir semua ni balik okay ? yes negga ? ada masalah lagi ?

*gelak*

and sorry to say lah kawan,

aku dan dia bahagia tiada kawan seperti engkau negga.

THIS IS NOT FOR ANYONE TOO BABE :)

*gelak lagi*



p/s: nak fight balik ? err buat blog sendiri dulu. kesian dia. dia punya blog, kau yg post eh ? kejamnya engkau. hahaha. jgn jadi kejam macam aku. okay ?

Saturday, May 2, 2009

err, apa tajuknya ya ?

Pergi
Pergi lah kau bersama dia
Pergi lah saja kenangan itu
yang melayang entah kemana
pergi meninggalkan aku

Pergi
pergilah kau dari sini
pergi tinggal aku sendiri
pergi jauh dari sisi
tolong pergi wahai kamu, kamu dan kamu lagi

Biar
biar aku disini
biar aku sendiri
biar aku menyepi
biar aku menghilangkan diri
biar

Kau
kau adalah kau
yang menjadi diri engkau
dalam kegelapan kau melangkah
mencari sinar kehidupan

aku
aku disini menjadi batu
batu yang diam tidak berkata
batu yang tidak melangkah itu
diam dalam mencari sirna

aku
aku sedar diri ini
jadi sekarang aku pergi
pergi jauh dari sini
tinggal kenangan yang bersemi

Terang yang menanti di hadapan
terus melangkah menuju kegemilangan
aku biar, dan pergi dari menunggu
biar engkau bebas tak diganggu

dia yang menjadi sahabatnya
tanyalah dia jika perlu
katakan diam kepada dia
dari terus meng'usya' aku

biar lah satu yang sebelum kau
menjadi pengajaran dan tauladan
cukup aku dikutuk
cukup aku dibahan
cukup aku diperli
cukup kawan
cukup

dia yang sebelum kau
walau hanya sekadar dihormati
seperti adik beradik sendiri
tetapi tetap aku diperli

perlu kah semua itu ?
ahh manusia
semuanya sama, bukan ?

aku penat
penat mahu mendengar
penat memahami kata kata dari mulutmu itu
penat yang teramat
kalau kau nak, pergilah

aku
aku tak berkata apa apa
kerana mereka mereka mempunyai organ tersendiri
organ yang diberi kegunaan untuk berkata
tak mengapa, ini lah dunia namanya. kan ?

kau, kau dan kau
cukup lah berkata kata
kata kata perli kutuk mengutuk
hanya memberatkan neraca di sebelah kiri kelak

sudahlah kawan
pergilah kau tinggalkan aku
pergi bersama dia
aku mengalah

kau kan lebih tua
aku perlu hormat
aku tak kisah
aku rasa kau pun tak kisah kan ?

okay tamat
berhenti disini sahaja semua ini
stop it
segalanya telah terhurai
kau ambil lah dia
aku pergi mencari sinar
di dalam kegelapan
mencari pendirian
untuk berjaya di suatu hari kelak
insya-Allah


*berharap*

Suatu malam di dalam kereta

Air Conditioner

Sejuk

Malam

Dingin

Termenung

baru nampak dia

khayalan

berangan

bermimpi

ahh sudah

Pegang Handphone

Bukak playlist Kegemaran

Mp3


Cinta ini membunuhku
Merindukanmu
Rimas
Coba
Sampai Syurga
Dan Sebenarnya
Aku Bukan Untukmu
Mengintai Langit
Andai dapat ku undurkan Masa
Ku Mahu Kau tahu
Ternyata Indah
I will Be
KENANGAN TERINDAH


err..

feel habis, yaaa aku jiwang

aku tahu. and

tanak ingat awak dah

tapi aku still nak dengar lagu lagu tu

so perlahankan volume

angkat muka

kereta lalu lalang

banyaknya lampu merah

pening kepala

pandang atas

nampak bulan

err cantik

bulan Sabit

tapi..

=.='

teringat kat awak lagi

hmm

Awak pergilah

pergi

pergi dari sini

aku putus

putus..

putus asa

banyak masa yang aku guna

untuk tunggu awak

tapi..

tapi apekejadahnya ?

*senyum paksa*

ini yang awak suka,

kan ?

it's Okay

Nothing to say

Bye bye awak

-the end-

Friday, May 1, 2009

Mid-Year-Exam !

arghhhhh !

bencinya

tak suka

tekanan

pressure

MID YEAR EXAM WEH !

oh my god

by the way,

Happy Birthday Negga, betul kata myra,

umur makin tua
makin matang

tapi

pemikiran tak matag,
tak guna :)