Sunday, August 28, 2011

Entri Raya ke ni?


Kalau tahu sakit begini
Tidak aku bermain cinta
Kalau tahu siksa begini
Tidak aku menyanyangi mu
Pilu resah di hati ini
Mengusung rindu...
Ku tak berdaya

Hari-hari dengar lagu ni Farid nyanyi, walaupun agak menyampah dengan pitching lari dia tu, lama-lama aku pulak tersuka. Jiwang pun jiwang lah. Oldschool kan? Hehee.

Okay sebenarnya aku terdengar lagu ni masa on the way balik kampung tadi.

Selamat Hari Raya Abang Hensem, saya mintak maaf dari awal kita kenal sampai sekarang tau. Salah silap harap dimaafkan. Semoga kita sentiasa keep in touch ya. Jaga diri tau. dan terima kasih untuk segalanya. 

tak lupa juga, buat keluarga, sepupu-sepapat, kawan-kawan, adik-adik, akak cleaner, makcik kantin, abang polis, bomba dan semua sekali.. 


SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN.

kita semua akan meninggalkan Ramadhan, moga-moga bertemu lagi Ramadhan akan datang, InsyAllah. Dengan Izin Tuhan. 

*senyum*

Wednesday, August 24, 2011

Perasaan itu tak perlu disalahkan.

Yang perlu disalahkan, kita.
Kita yang mengawal perasaan itu.
Bukan perasaan yang mengawal kita.

Aku tak kata aku serik.
Aku tak kata aku benci.
Aku tak kata aku tak suka.
Aku tak kata aku lupa.
Aku tak pernah tipu kau.
Aku tak pernah buang kau.
Aku tak anggap ni semua drama
Aku tak cakap apa-apa
Aku hormat perasaan ni
Aku tahu aku muda lagi
Aku tahu aku tak patut terjebak dalam semua ni
Tapi apa yang boleh aku buat?
Aku tak paksa
Aku tak minta
Aku tak terima
Aku tak menolak
kan?

sini sana pasangan bercinta. dalam facebook bersepah-sepah. In a relationship, engaged, married dan gambar-gambar konon 'forever in love' bagai.

Aku terfikir.

Takpayah nak forever forever sangat la, yang forever ni la selalu tak forever langsung. aku malas nak cakap, kita ni muda lagi beb. jauh lagi perjalanan kita. cuba lah fikir sikit.. kalau betul pun dia jodoh kita, belum masanya lagi kita nak serius dalam semua ni. kau nak amik SPM dalam keadaan perut boyot isi dah tersimpan dalam 6 bulan?

bukan aku nak salahkan orang yang bercinta sakan bagai nak rak tu, tidak. bukan juga aku nak halang kau bercinta. tak salah kita ada perasaan tu. aku ulang, TAK SALAH untuk ada perasaan kat seseorang. ini normal kan bagi manusia. kalau tak ada perasaan itu, tak wujud aku di dunia ni. tapi masalahnya, masa muda ni, maksud aku yang terlalu muda macam aku ni sangat tak sesuai. mungkin aku belum ada pengalaman yang cukup besar dalam bidang ni, tapi aku suka berfikir tentang hati dan perasaan.

Aku pernah rasa semua tu
Aku pernah rasa macam tak kena kalau sehari tak dengar suara kau
Aku pernah rasa aku perlu/wajib text kau sepanjang masa
Aku pernah rasa nak duduk sebelah kau sepanjang masa
Aku pernah rasa nak jadi sempurna di mata kau

Aku pernah rasa semua tu! aku pernah.

tapi aku pernah juga terfikir, kalau sekalipun orang yang aku takboleh tidur kalau sehari tak dengar suara, tak message apa semua tu tiba-tiba ajak aku 'in a reationship', aku akan terima ke?

Kat situ aku akan berada dalam dilema.

sayang memang sayang,
aku tak tipu. sumpah.

tapi aku rasa masa tak sesuai. memang tak sesuai.

dan realitinya, aku memang tak ada hubungan dengan sesiapa pun.

see? kau sayang macam mana pun, tak kemana jugak sayang kau tu. bercinta sakan, last-last break-up. suka gila kaw-kaw, last-last lost contact. last-last macam tu jugak. last-last akan terpisah jugak. last-last ending-nya semua sama.

melainkan, dah tiba masa untuk kita betul-betul serius dalam hal ni.

sekarang, bagi aku, belum tiba masanya lagi.

suka ada
sayang ada
rindu ada

ini biasa.

Perasaan itu sangat indah. aku tahu.

kalau perasaan itu buat kau jadi orang yang lebih baik, teruskan.
kalau perasaan itu buat kau jadi semakin teruk, LUPAKAN.

p/s : Kalau aku salah, jangan marah. ini pendapat aku.

Sunday, August 21, 2011

Isi Hati si Jiwa Muda


Kadangnya aku sendiri pun payah nak faham dengan isi hati sendiri.

(Currently playing : Lagu sentimental stok dengar sebelum tidur.)

Lama aku tak menulis sebegini, entri-entri sebelum lebih kepada perasaan daripada pemikiran dan idea-idea aku berkenaan keliling aku. macam biasa, aku memang suka berfikir. tapi sekarang, aku jarang luangkan masa untuk berfikir. berfikir di luar kotak, menafsir persekitaran aku. tak kira lah tentang benda yang bernafas ataupun tidak. 

hari ini, aku kembali berfikir.

aku suka blog anak seni malaya ni. ---> http://zahiriladzim.blogspot.com

hampir setiap kali aku menjengah ke alam maya ni, aku akan 'klik' pada link blog dia. comfirm punyalah! aku suka entri-entri dia, cara dia berfikir, cara dia mengolah tentang dunia kita yang satu ini buat aku terdiam dan berfikir sejenak.


Pandai mereka bermain kata 
Pandai mereka merekacipta 
Pandai mereka memberi percaya
Pandai mereka menjual muka
Pandai mereka menagih simpati
Pandai mereka mengasih hati
Pandai mereka menipu
Pandai mereka tersimpul malu
Hari ini mereka kejar keduniaan
Hari ini mereka kejar kemahsyuran
Hari ini mereka kejar keuntungan
Hari ini mereka kejar kepentingan
Mereka seperti seorang kapitalis
Yang mementingkan kepentingan diri
Cuma bukan wang ringgit yang dicari hari ini
Tetapi kepuasan diri yang digilai


petikan dari puisi "Mereka Sudah Buta"


Aku suka. sangat suka.

Untuk kawan aku yang dalam kebingungan
Untuk kawan aku yang dalam kesusahan
Untuk kawan aku yang mencari kebebasan
Untuk kawan-kawan keliling aku
Untuk kau yang disebelah aku
Jangan risau, aku ada. sentiasa.
Tak semua orang boleh pergi sejauh kau,
Sabarlah.

Susah untuk orang 'vateren' ni memahami isi hati si jiwa muda.
Mereka sudah buta.

p/s: Ya Allah, jika itu takdirnya, permudahkanlah.

Sunday, August 14, 2011

Awak v.s Saya


AWAK

Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
Sangat cermat, teliti dan teratur
Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
Sangat prihatin dan terperinci
Amanah, setia dan Jujur
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak Berfikir
Daya pentaakulan yang baik
Otak bijak dan mudah belajar
Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai membawa diri
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia
Sukakan hiburan, musik, dan melancong
Sukakan ketenangan
Kurang menunjukkan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas
Bersistematik

SAYA

Suka berbual 
Suka orang yang sayang padanya
Suka ambil jalan tengah
Sangat menawan dan sopan santun
Kecantikan luar dan dalam
Tak pandai berbohong atau berpura-pura
Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan
Sentiasa berkawan 
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
Cepat marah
Macam pentingkan diri sendiri
Tidak menolong orang kecuali diminta
Suka melihat dari perspektifnya sendiri
Tidak suka menerima pandangan orang lain
Emosi yang mudah terusik
Suka berangan dan pandai bercakap
Daya firasat yang sangat kuat 
Suka melancong, bidang sastera dan seni
Pengasih, penyayang, lemah lembut
Romantik dalam percintaan
Mudah terusik hati dan cemburu
Ambil berat tentang orang lain
Suka kegiatan luar, lasak
Orang yang adil
Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangatt

ini padilah kamsah yang cakap. salah jangan marah. bye.


P/s: Semuanya akan jadi lebih mudah dan seronok jika saya tak tunggu, saya tak kejar, dan saya tak buang, *senyum*

Friday, August 12, 2011

Dah tiba masanya..


STRUGGLE!

SPM lagi berapa hari? aku taknak cakap, nanti nak nangis. *muka sedih*

Dah tiba masanya untuk aku tolak tepi semua hal yang tak penting
Dah tiba masanya untuk aku bercinta dengan buku dan (bukan mukabuku)
Dah tiba masanya untuk aku tumpukan perhatian dalam kelas
Dah tiba masanya untuk aku mula belajar bagai nak rak
Dah tiba masanya untuk aku jadi bestfriend cikgu-cikgu kat sekolah
Dah tiba masanya untuk aku bersengkang mata tetiap malam

Dah takda masa lagi nak melepak main gitar tepi jalan
Dah takda masa lagi nak calling-calling texting bagai
Dah takda masa lagi nak conteng-conteng buku time cikgu membebel
Dah takda masa lagi nak sengih sorang-sorang teringat kat lu
Dah takda masa lagi nak dibuang macam selalu
Dah takda masa lagi nak update blog!

Okay, Dah tiba masanya..

betul cakap cikgu salmi, aku kena bezakan yang mana penting dan yang mana kurang penting. okay aku buat. bye semua.

SPM DAH DEKAT!!
*pengsan*

by the way, tak terlambat sangat kan kalau aku nak ucapkan selamat berpuasa? Salam Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini memberikan 1001 kebaikan kepada awak awak dan awak semua ya!

p/s: Wuaaaaaaaaa raya tahun ni tak feel lah! *nangis guling-guling atas lantai*

doakan aku dapat catch-up balik semua pelajaran yang aku dah miss. hurm..