Tuesday, July 28, 2009

//Mari Ramai-ramai pakai Mask

harini heboh dengan kes Influenza A H1N1 yang dah sampai ke UPM, iaitu kawasan berhampiran dengan rumah aku. oh tidak.. H1N1 atau dengan nama lain nya ialah selselma babi telah sampai ke Serdang. ya ya, Serdang Selangor lah, bukan Serdang Kedah.

maka tersebutlah sebuah kisah..

selepas pulang daripada Pusat Tuisyen Usaha Waja petang tadi, aku terus ke bustop dekat MayBank tuh dengan harapan agar cepat aku sampai ke-rumah-kesayangan-dan-tempat-berlindung-dari-angin-taufan. then terserempak dengan Yasmien dekat McDonald's and borak borak sekejap. ahh, ini bukan isinya alynn. jangan nak mula merepek..

okay, nak dijadikan ceritanya..

dari pukul 6.00 petang aku berada di bustop MayBank tu, ada lah dekat tiga-empat buah bas lalu, tapi aku gagal nak merempuhi kesesakan dalam bas tersebut. dia punya penuhh, alamakhaiii. koyak brooo! haha. semua bas yang lalu, semuanya penuh. sakit hati lah pulak aku.

then aku nampak dari jauh, ada seorang rakan yang aku kenal dari kecil lah. dia ni abang kawan baik aku, jadi aku rapatlah jugak dengan dia. Si abu ni pulak, dari Jam 4.00 petang dah berada di bustop tu. dia pun dengan penuh rasa tak puas hati cakap kat aku macam ni,

"alynn, aku tunggu kat sini dari lepas azan asar tadi, dekat 10 bas lalu semua tak berhenti. semua penuh. sakit hati je aku"

aku pun just gelak gelak jela. aku pandang sekeliling, ramai yang memakai Mask, dan membawa beg baju. nampak macam nak balik kampung. lantas aku bertanya kepada Si Abu,

"eh weh, asal ramai ramai pakai mask ni? bawak beg pulak tu?"

and then si Abu ni pun cerita lahh, yang sebenarnya diorang ni semua budak budak UPM, diorang balik sebab dekat sana dah ada kes lah kot. itu aku tak tahu lah.

jadi masa tu, aku dah kecut perut dah. then aku pun keluarkan tisu kemudian tutup mulut dan hidung aku. takut dia kan, pehhh. tahap maksima lah. haha. tapi aku relax jeh, (bajet cool la kan) aku duduk, borak borak. then ade lah tiga bas lalu, dan semuanya penuh dan sesak. sangat. aku takut nak naik, sebab berita ada menyatakan, jangan pergi kat kawasan sesak. jadi aku pun mengelakkan diri daripada masuk ke dalam kenderaan panjang yang dipenuhi oleh manusia yang pelbagai kaum.

ahh, lega sedikit bila aku sudah call abang kesayangan untuk ambil aku di bustop. nasib baik lah abang aku baik, dia kata lima minit lagi dia sampai. (padahal aku terpaksa tunggu setengah jam, cehh. HAHA sorry bang) lepastu dengan nafas kelegaan aku kembali duduk. dengan tisu ditangan menutup mulut dan hidung kurniaan tuhan ini, aku pun texting abang aku lagi seorang. kalini bukan abang sama ibu, sama bapa, ni abang lain. *gelak*

dalam aku tengah texting abang lain mak bapak ni, aku terdengar perbualan diantara dua gadis yang aku rasa student UPM. rasanya lagi, mereka pun sama macam student student yang lain, dimana dorang dalam perjalanan nak balik ke rumah.

masa ni kalau tak silap aku lah kan, adalah dalam pukul 7.08 p.m.

dengan tangan kanan memegang handphone, dah sebelah lagi menekup mulut+hidung dengan menggunakan tisu, aku mencuri dengar perbualan dua orang kakak disebelah aku tu, yang berbunyi begini..

kakak 1 : "haihh mana bas ni, semua penuh je.."
kakak 2 : "mana lah aku tahu, kejap lagi sampai lah tu"
kakak 1 : "aduhh, bape lama dah kite tunggu. DAH NAK MASUK ISYA' dah" (sambil tengok jam di tangan)

(dua- dua muka sirious)

kakak 2 : bla..bla..bla..
kakak 1 : bla..bla..bla..
kakak 2 : bla..bla..bla..
kakak 1 : bla..bla..bla..
kakak 2 : "eyh rapid ! cepat lah, nanti penuh lagi.."


aku terkejut lah. masa tu aku terus tengok jam. mana tak nya, dah nak masuk isya'? aku rasa azan maghrib pun belum dengar lagi.. aku tengok, dua dua pakai tudung.. dua dua pakai mask.. tapi bukan aku nak kata apa, aku pun bukan nya tahu sangat bab-bab agama ni. tapi takda lah sampai tak tahu langsung. pelik jugak aku dibuatnya. pukul 7.08 weh dia cakap macam tu?

tapi apa yang sedang aku fikirkan, dua je. sama ada dia bergurau saje nak buat lawak, atau.. ape ape jelah.

then aku tengok jelah diorang beredar ke dalam kenderaan panjang yang penuh sesak dengan pelbagai warna kulit manusia didalamnya. aku tengok je sampai bas tu bergerak, dan sehingga bas bewarna merah campur peach itu hilang dimata.

tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi yang menandakan message masuk dalam phone aku. so aku pun baca, dan lima minit kemudian abang aku pun sampai..

tapi aku still pelik lah kawan, kakak tu bergurau ke ape?

Monday, July 27, 2009

//Kawad Formasi Kadet Bomba SMKSI 2009

tahun ni, seperti tahu lepas iaitu 2008 SMK Seri Indah mengadakan pertandingan kawad kaki, formasi dan gadget. dulu aku pernah post gambar lepas kami bersorak kegembiraan dan muka keriangan selepas dinobatkan sebagai johan kawad kaki dan juga naib johan kawad formasi. ingat tak? ada.. cari balik kat arkib aku kalau nak tengok. hehehe.

masalahnya sekarang, tahun ini kadet bomba kekurangan ahli untuk kawad kaki. err, form 3 dan form 5 pulak tak digalakkan masuk. kalau boleh la kan.. aku nak masuk tapi aku takut ianya megganggu pembelajaran aku untuk PMR nanti. mak aku pun galakkan aku masuk, sebab nanti aku takda satu sijil pun untuk tingkatan tiga ni, kan susah nak mohon mana mana sekolah? jadi aku rasa macam.. keliru. sangat.

nak masuk ke taknak nak masuk ke taknak ?

sebenarnya boleh je kalau nak masuk, masalahnya sekarang aku takut aku tak reti nak bahagi masa. iyelah, aku kalau penat balik terus tidur. masa bila pulak aku nak study? PMR lagi dua bulan je ni, Formasi ni pulak bulan lapan. macam mana tu?

dalam aku fikirkan benda ni, aku terfikir pulak..

kesian laa kat sinior sinior yang dah bawak nama bomba ni naik ape semua, takkan lah sampai kat zaman kitorang, kitorang nak hancurkan macam tu je? takde lah kejam macamtu sekali. kesian lah pulak dekat ex-ex kadet bomba SMKSI ni. hmm.

lagi satu aku fikir jugak, kesian kat cikgu-cikgu berbagai, aku fikir jugak kat junior junior. takkan lah kitorang nak tunjukkan yang bomba ni lemah? dan biar diorang takda semangat nak teruskan amanah ni, acewahh ayat aku tak boleh belaa.

takpelah, untuk tahun ni aku berkorban lah sikit kut, takpe ke? lagipun tahun depan belum tentu aku ada kat SMKSI ni kan, so better aku ambil segala pengalaman yang boleh aku cekau sebelum aku berambus dari sekolah tu, hehe. lagipun aku dengar cerita, sehari sebelum pertandingan tu, peserta dikehendaki tidur sehari dekat sekolah? betul ke kawan? wahhh, ini seronok sungguh. haha.

jadi aku decide, aku masuk kawad tuh, tapi. err, kalau masuk gadget je pun best jugak kan? haha. apa apa sajalahh.

//eyh, untuk tahun ni kan, baru aku ingat.. aku tak pergi satu camping pun kan? wahh, cipta sejarah nii. hahaha. dasyat betul penangan PMR ni. *sengih*

//Rambut dah Kontot, Nasib Baik Pemikiran tak Kolot

entry kali ini mengisahkan tentang seorang remaja belasan tahun yang sedang bingung dengan masalah kisah hidupnya. perghhh, poyo gila kau alynn. hahaha. secara umumnya, semua ni aku tak jangka akan berlaku. dan aku masih tak faham apa lagi yang dia mahu. apa benar ke semua yang aku fikir ni?

"kak, tolong tampar saya sekejap. saya bermimpi ke kak?"

dush kebabommmm ! (dasyat gila bunyi tamparan kakak tu)

"ouchhh ! sakit lah pulak kak, that's mean aku tak bermimpi. oh yeah!"

oh my god, aku dah mula melalut dan merepek ni. better aku masuk kedalam topik semula sebelum aku lebih merepek-repek nanti.

okay, let me see. hmm.. tak mengapalah. aku memang dari dulu kena sabar. satu-persatu masalah orang tak puas hati dengan aku. dari bawah, naik ke atas, dari atas, naik ke atas lagi, lepastu turun balik ke bawah. lepasni aku tak tahu lah apa pulak yang bakal berlaku. tapi pelik pulak bila aku fikir-fikir balik. cakap belakang-belakang pulak tu. macam ni eh rupanya? ohh, baru aku tahu..

apa apa sajalah, aku malas nak fikir benda ni semua. cubalah matang sikit, takkan lah aku nak buat semua tu. aku bukan nya bodoh sangat. hish. lebih baik aku focus kat belajar, and aku punya formasi bulan depan kelak. acewahhh..

//Hari-hari yang penuh dengan perbaharuan dan kepalsuan

hari ni seperti biasa aku menghabiskan pagi isninku yang indah di sekolah. ahh hari-hari meng-hadap buku. tapi tidak, kali ini berbada sedikit. aku menghadapi satu ujian yang agak besar lah kot, iaitu Pra-Trial. sebenarnya sudah seminggu aku menghadapi ujian ini, tapi bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. goyang kaki ye kak?

tak mengapa, tolak tapi. teruskan membaca.

jadi seperti biasa, pagi-pagi lagi aku sudah bermain sorok-sorok. dengan siapa? ohh. semestinya dengan Encik Loh, Guru Disiplin SMK Seri Indah. kenapa aku mesti main sorok-sorok dengan dia? kerana aku suka pakai stokin warna-warni dan bawa benda macam-budak-budak-tadika-such-as-patung-cube-dan-sebagainya. hehehe.

tapi itu bukan isinya, entry kali ini mengisahkan tentang.. *jeng jeng jeng*

haha, hanyalah satu picisan yang aku rasa boleh diketengahkan dalam blog aku ni. hmm.. sebenarnya dari minggu lepas aku dok fikir dan fikir dan fikir, aku nak tukar URL baru, tapi tiada idea pulak yang menyinggah di kepala aku ni, macam mana ni eh?

aku dah tukar daripada ;

http://alynnthetwister.blogspot.com/

ke ;

http://katakitakamuawak.blogspot.com/.

tapi aku macam tak puas hati pulak, macam mana ni kawan? adoyy, *mengeluh*

by the way, ada lah jugak dua-tiga URL yang aku dah fikir masa tengah lepak dengan Qayyum dan Habib kat Mom'sCook tadi, meh aku listkan,

1) http://picisandarilangitketujuh.blogspot.com/
2) http://catatanseorangpelajar.blogspot.com/
3) http://keranadiakatabegitu.blogspot.com/
4) http://karutmarutalynn.blogspoot.com/

ahhhh, pening kepala aku..

tolong aku ye kawan? any suggestion? please?


//ehh kejap, ape kena mengena semua ni dengan tajuk entry aku tu? ahh apa apa sajalah alynn, mengarut je kau ni..

Sunday, July 26, 2009

//Selamat Tinggal Segala Kenangan..

Harini aku tak tahu kenapa aku ada mood nak ber-blog-ing. setakat harini lah, masuk yang ini dah empat entry aku post. wahh, taksub betul anak bongsu pakcik borhan ni.

tapi kalini aku rasa lain sedikit. perasaan yang sukar nak ditafsirkan, sukar nak diterangkan melalui bait bait perkataan yang sering aku taip disini. ahh sudah,

kadangnya hidup tak seriang yang sering kita gambarkan, kehidupan yang sering kita nantikan tak semudah makan kacang. kehidupan sebenarnya memerlukan ketabahan daripada kita. ahh wehh ape aku mengarut ni weh !! *gelak*

sudahlah alynn oi, suka sangat mengarut.

sebenarnya aku dah potong rambut, baru je tadi. dah kontot dah rambut aku ni haa. tu yang tiba tiba tajuk entry aku macam tu. hahaha.

tapi betul ke orang kata, orang yang potong rambut ni, dia nak mulakan hidup baru ek? haha apa apa sajalah. peduli apa aku kan?

//mengarut alynn, mengarut mengarut !!

M2M - Pretty Boy

I lie awake at night
See things in black and white
I've only got you inside my mind
You know you have made me blind

I lie awake and pray
That you will look my way
I have all this longing in my heart
I knew it right from the start

Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you

I used to write your name
And put it in a frame
And sometime I think I hear you call
Right from my bedroom wall

You stay a little while
And touch me with your smile
And what can I say to make you mine
To reach out for you in time

Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you

Oh pretty boy
Say you love me too

Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too
Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me inside
Make me stay right beside you

//Baru lagi alynn, baru !

hai kak, template baru lagi nampak?

ha-ha-ha. aku memang gemar menukar template baru sebab aku ni jenis yang tak tahan lama. maksudnya bila aku dah bosan tengok warna pink-pink-pink ni, aku tukar ke warna yang lebih gelap pula. tapi tengok lah, esok lusa dah bosan warna apa pulak aku cekau. *gelak*

mulanya aku nak cari template yang ada gambar. corak sana corak sini, tapi bila aku fikir fikir balik.. hmm.. macam budak budak je. jadi aku decide untuk guna tona warna je. haha. (bajet dah matang gila lah?)

aku sendiri tak tahu warna apa yang aku nak letak kat blog kesayangan aku ni, jadi aku pilih warna hitam. supaya nampak horror sikit. (eyh ada kena mengena ke?) kalau aku letak pink, kang orang panggil aku minah pink pulak. jadi aku pun tukarlah ke warna hitam yang menampakkan keganasan tahap maksima ! err, sudah sudah la tu alynn, asyik nak mengarut jehh. *megeluh*

jadi aku harap aku dapat kekalkan warna ni, sebab aku macam dah suka dengan template baru ni. (eleh dulu pun aku cakap macam tu. HAHA)

tapi takpa, aku harap (dah dua kali aku taip ayat ni) aku dapat semangat baru untuk ber-blog-ing dengan blog yang warna tema-nya 'warna zaman batu' *gelak*

okay that's all for this entry,

the end

//Alam Maya mencetus satu tradisi baharu,

acewahhh, poyo gila tajuk entry kali ini.

sebenarnya aku mula terasa bosan dengan internet. sungguh. kadangnya aku terfikir juga, kenapa lah dulu aku addict gila nak online padahal bukan ada apa apa pun. setakat chatting, blogging ape kejadah semua ni baik takpayah. lebih baik aku pergi sekolah jumpa member gelak sana gelak sini. lagi best. takda lah aku menaikkan 'power' kaca mata aku tu. cehh poyo lah kau ni alynn.

tapi betul, aku memang dah bosan dengan internet. sebab tu aku dah tak rasa apa apa bila internet rumah aku ni dipotong. bukan menjadi masalah pun, kalau aku rasa nak online, cyber cafe kan belambak ? tak perlu lah nak paksa bapa kesayangan aku bayar balik internet tu dan online-24-jam-sehari-semalam-macam-zaman-dolu-dolu-baru-nak-up.

tiba tiba aku rasa diri ini bodoh yang amat. pelik ja. *gelak*

sekarang aku lebih suka bukak laptob, tengok movie yang kakak aku download sampai aku tak pernah habis tengok tu, main game, buat entry banyak banyak tapi tak post-post, tulis diary dalam laptob dan dengar lagu. itu lagi seronok. betul weh, sirious aku cakap.

hehehe. lama tak online, macam macam dah berlaku dalam alam maya ni. sekarang kawan kawan aku semua dah pakai blog, maju dah. aku suka gila sebab dorang menaikkan bilangang follower aku. (cehhh) dan majoriti yang aku nampak semua bergaduh dekat blog, (maaf sahabat, aku bukan nak kata apa, just pandangan aku je. sorry)

aku terfikir, hebat sangat ke bergaduh sana sini dekat blog. kasi satu dunia tahu. kalau dari pandangan aku lah, tak berbaloi sungguh buat semua tuh. dan aku rasa kau orang pun tahu semua ni, takpe lah mungkin perasaan tak puas hati tu membuak buak sampai blog jadi mangsa nya. aku faham, sebab aku pun macam tu dulu. *gelak*

takpe, pandangan mata orang lain berbeda. masing masing mempunyai pandangan yang tersendiri bukan ?

aku tak kata sebelah pihak, sebab dua dua aku nampak taip taip kat blog, hantar enty berbagai. takpe, aku tak marah. just pelik. maaf ya kawan, aku hantar entry berkenaan dengan kau orang. *HEHE*

aku juga rindu sebenarnya nak hantar entry panjang panjang kutuk orang ape semua, tapi bila fikir fikir balik, takpayah lah. toksah dok gatai tangan nak buat macam tu alynn, bukan dapat apa apa pun. menyesakkan blog kau lagi adalah. sekali lagi maaf kawan, aku bukan menulis berdasarkan kau seorang, kan ramai yang berbuat begitu. betul kan ?

okay konklusinya ialah.. *jeng jeng jeng*

sepuluh jari disusun meminta keampunan jikalau ada yang terkasar bahasa, termakan hati, terasa diperli, dan sebagainya. aku pun insan biasa. dan aku taknak backup mana mana. sebab dua dua pihak kawan baik aku. okay.

so, terima kasih dan datang lagi *senyum*

Friday, July 24, 2009

API DALAM SEKAM

masa aku buka buku bahasa melayu haritu, aku terbaca perumpamaan ni. err, korang tahu kan maksud dia ? mendalam sangat. susah nak explain. err, nak ke ? malas pulak nak letak kan sini. *sengih*

(read : mendalam sangat)

semua orang macam tu. baik yang dah besar besar kat atas tuh, mahupun semua yang kecil kecil ni. pelik batul aku aihhh.

takpa alynn, kau belajar elok elok yee. (haha takda kena mengena)

Sunday, July 19, 2009

pendek kataa,

okay buat masa kini aku nak cakap sikit je,

(tiru adam)

1) Duduk duduk goyang kaki, relax laa dulu broo. jalan jalan hangout sana hangout sini, esok lusa baru kelam-kabut study macam semut nak bina rumah bung-galow *sengih*

2) Kutuk sana, kutuk sini, gossip sana gossip sini. Cakap ikut hati dan perasaan, toksah dok fikir perasaan orang lain. esok lusa baru minta maaf, takpun tunggu jelah hari raya nanti kan ? sehari sebelum PMR ke ?

3) Merungut sana sini, cari pakwe tak jumpe jumpe. Online Myspace blogg dan segalanya. usya lelaki macam tak pernah jumpa. hahah normal la tu remaja. kata nak insaf tapi buat juga.


persoalannya..

ahhh, aku suka sangat tangguh kerja. esok pra-trial, bila nak study ni woyy ? haiyaa. dah dah, manusia tak pernah serik dengan dunia. sudah sudah lah tuh. cukup cukup.

tapi kalau aku kata..

macam mana kalau kita semua tak sempat nak buat kerja yang tertangguh tu ?

renung renungkan dan selamat beramal.. *senyum*