Sunday, July 26, 2009

//Alam Maya mencetus satu tradisi baharu,

acewahhh, poyo gila tajuk entry kali ini.

sebenarnya aku mula terasa bosan dengan internet. sungguh. kadangnya aku terfikir juga, kenapa lah dulu aku addict gila nak online padahal bukan ada apa apa pun. setakat chatting, blogging ape kejadah semua ni baik takpayah. lebih baik aku pergi sekolah jumpa member gelak sana gelak sini. lagi best. takda lah aku menaikkan 'power' kaca mata aku tu. cehh poyo lah kau ni alynn.

tapi betul, aku memang dah bosan dengan internet. sebab tu aku dah tak rasa apa apa bila internet rumah aku ni dipotong. bukan menjadi masalah pun, kalau aku rasa nak online, cyber cafe kan belambak ? tak perlu lah nak paksa bapa kesayangan aku bayar balik internet tu dan online-24-jam-sehari-semalam-macam-zaman-dolu-dolu-baru-nak-up.

tiba tiba aku rasa diri ini bodoh yang amat. pelik ja. *gelak*

sekarang aku lebih suka bukak laptob, tengok movie yang kakak aku download sampai aku tak pernah habis tengok tu, main game, buat entry banyak banyak tapi tak post-post, tulis diary dalam laptob dan dengar lagu. itu lagi seronok. betul weh, sirious aku cakap.

hehehe. lama tak online, macam macam dah berlaku dalam alam maya ni. sekarang kawan kawan aku semua dah pakai blog, maju dah. aku suka gila sebab dorang menaikkan bilangang follower aku. (cehhh) dan majoriti yang aku nampak semua bergaduh dekat blog, (maaf sahabat, aku bukan nak kata apa, just pandangan aku je. sorry)

aku terfikir, hebat sangat ke bergaduh sana sini dekat blog. kasi satu dunia tahu. kalau dari pandangan aku lah, tak berbaloi sungguh buat semua tuh. dan aku rasa kau orang pun tahu semua ni, takpe lah mungkin perasaan tak puas hati tu membuak buak sampai blog jadi mangsa nya. aku faham, sebab aku pun macam tu dulu. *gelak*

takpe, pandangan mata orang lain berbeda. masing masing mempunyai pandangan yang tersendiri bukan ?

aku tak kata sebelah pihak, sebab dua dua aku nampak taip taip kat blog, hantar enty berbagai. takpe, aku tak marah. just pelik. maaf ya kawan, aku hantar entry berkenaan dengan kau orang. *HEHE*

aku juga rindu sebenarnya nak hantar entry panjang panjang kutuk orang ape semua, tapi bila fikir fikir balik, takpayah lah. toksah dok gatai tangan nak buat macam tu alynn, bukan dapat apa apa pun. menyesakkan blog kau lagi adalah. sekali lagi maaf kawan, aku bukan menulis berdasarkan kau seorang, kan ramai yang berbuat begitu. betul kan ?

okay konklusinya ialah.. *jeng jeng jeng*

sepuluh jari disusun meminta keampunan jikalau ada yang terkasar bahasa, termakan hati, terasa diperli, dan sebagainya. aku pun insan biasa. dan aku taknak backup mana mana. sebab dua dua pihak kawan baik aku. okay.

so, terima kasih dan datang lagi *senyum*

No comments:

Post a Comment