Tuesday, July 28, 2009

//Mari Ramai-ramai pakai Mask

harini heboh dengan kes Influenza A H1N1 yang dah sampai ke UPM, iaitu kawasan berhampiran dengan rumah aku. oh tidak.. H1N1 atau dengan nama lain nya ialah selselma babi telah sampai ke Serdang. ya ya, Serdang Selangor lah, bukan Serdang Kedah.

maka tersebutlah sebuah kisah..

selepas pulang daripada Pusat Tuisyen Usaha Waja petang tadi, aku terus ke bustop dekat MayBank tuh dengan harapan agar cepat aku sampai ke-rumah-kesayangan-dan-tempat-berlindung-dari-angin-taufan. then terserempak dengan Yasmien dekat McDonald's and borak borak sekejap. ahh, ini bukan isinya alynn. jangan nak mula merepek..

okay, nak dijadikan ceritanya..

dari pukul 6.00 petang aku berada di bustop MayBank tu, ada lah dekat tiga-empat buah bas lalu, tapi aku gagal nak merempuhi kesesakan dalam bas tersebut. dia punya penuhh, alamakhaiii. koyak brooo! haha. semua bas yang lalu, semuanya penuh. sakit hati lah pulak aku.

then aku nampak dari jauh, ada seorang rakan yang aku kenal dari kecil lah. dia ni abang kawan baik aku, jadi aku rapatlah jugak dengan dia. Si abu ni pulak, dari Jam 4.00 petang dah berada di bustop tu. dia pun dengan penuh rasa tak puas hati cakap kat aku macam ni,

"alynn, aku tunggu kat sini dari lepas azan asar tadi, dekat 10 bas lalu semua tak berhenti. semua penuh. sakit hati je aku"

aku pun just gelak gelak jela. aku pandang sekeliling, ramai yang memakai Mask, dan membawa beg baju. nampak macam nak balik kampung. lantas aku bertanya kepada Si Abu,

"eh weh, asal ramai ramai pakai mask ni? bawak beg pulak tu?"

and then si Abu ni pun cerita lahh, yang sebenarnya diorang ni semua budak budak UPM, diorang balik sebab dekat sana dah ada kes lah kot. itu aku tak tahu lah.

jadi masa tu, aku dah kecut perut dah. then aku pun keluarkan tisu kemudian tutup mulut dan hidung aku. takut dia kan, pehhh. tahap maksima lah. haha. tapi aku relax jeh, (bajet cool la kan) aku duduk, borak borak. then ade lah tiga bas lalu, dan semuanya penuh dan sesak. sangat. aku takut nak naik, sebab berita ada menyatakan, jangan pergi kat kawasan sesak. jadi aku pun mengelakkan diri daripada masuk ke dalam kenderaan panjang yang dipenuhi oleh manusia yang pelbagai kaum.

ahh, lega sedikit bila aku sudah call abang kesayangan untuk ambil aku di bustop. nasib baik lah abang aku baik, dia kata lima minit lagi dia sampai. (padahal aku terpaksa tunggu setengah jam, cehh. HAHA sorry bang) lepastu dengan nafas kelegaan aku kembali duduk. dengan tisu ditangan menutup mulut dan hidung kurniaan tuhan ini, aku pun texting abang aku lagi seorang. kalini bukan abang sama ibu, sama bapa, ni abang lain. *gelak*

dalam aku tengah texting abang lain mak bapak ni, aku terdengar perbualan diantara dua gadis yang aku rasa student UPM. rasanya lagi, mereka pun sama macam student student yang lain, dimana dorang dalam perjalanan nak balik ke rumah.

masa ni kalau tak silap aku lah kan, adalah dalam pukul 7.08 p.m.

dengan tangan kanan memegang handphone, dah sebelah lagi menekup mulut+hidung dengan menggunakan tisu, aku mencuri dengar perbualan dua orang kakak disebelah aku tu, yang berbunyi begini..

kakak 1 : "haihh mana bas ni, semua penuh je.."
kakak 2 : "mana lah aku tahu, kejap lagi sampai lah tu"
kakak 1 : "aduhh, bape lama dah kite tunggu. DAH NAK MASUK ISYA' dah" (sambil tengok jam di tangan)

(dua- dua muka sirious)

kakak 2 : bla..bla..bla..
kakak 1 : bla..bla..bla..
kakak 2 : bla..bla..bla..
kakak 1 : bla..bla..bla..
kakak 2 : "eyh rapid ! cepat lah, nanti penuh lagi.."


aku terkejut lah. masa tu aku terus tengok jam. mana tak nya, dah nak masuk isya'? aku rasa azan maghrib pun belum dengar lagi.. aku tengok, dua dua pakai tudung.. dua dua pakai mask.. tapi bukan aku nak kata apa, aku pun bukan nya tahu sangat bab-bab agama ni. tapi takda lah sampai tak tahu langsung. pelik jugak aku dibuatnya. pukul 7.08 weh dia cakap macam tu?

tapi apa yang sedang aku fikirkan, dua je. sama ada dia bergurau saje nak buat lawak, atau.. ape ape jelah.

then aku tengok jelah diorang beredar ke dalam kenderaan panjang yang penuh sesak dengan pelbagai warna kulit manusia didalamnya. aku tengok je sampai bas tu bergerak, dan sehingga bas bewarna merah campur peach itu hilang dimata.

tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi yang menandakan message masuk dalam phone aku. so aku pun baca, dan lima minit kemudian abang aku pun sampai..

tapi aku still pelik lah kawan, kakak tu bergurau ke ape?

No comments:

Post a Comment