Monday, July 27, 2009

//Kawad Formasi Kadet Bomba SMKSI 2009

tahun ni, seperti tahu lepas iaitu 2008 SMK Seri Indah mengadakan pertandingan kawad kaki, formasi dan gadget. dulu aku pernah post gambar lepas kami bersorak kegembiraan dan muka keriangan selepas dinobatkan sebagai johan kawad kaki dan juga naib johan kawad formasi. ingat tak? ada.. cari balik kat arkib aku kalau nak tengok. hehehe.

masalahnya sekarang, tahun ini kadet bomba kekurangan ahli untuk kawad kaki. err, form 3 dan form 5 pulak tak digalakkan masuk. kalau boleh la kan.. aku nak masuk tapi aku takut ianya megganggu pembelajaran aku untuk PMR nanti. mak aku pun galakkan aku masuk, sebab nanti aku takda satu sijil pun untuk tingkatan tiga ni, kan susah nak mohon mana mana sekolah? jadi aku rasa macam.. keliru. sangat.

nak masuk ke taknak nak masuk ke taknak ?

sebenarnya boleh je kalau nak masuk, masalahnya sekarang aku takut aku tak reti nak bahagi masa. iyelah, aku kalau penat balik terus tidur. masa bila pulak aku nak study? PMR lagi dua bulan je ni, Formasi ni pulak bulan lapan. macam mana tu?

dalam aku fikirkan benda ni, aku terfikir pulak..

kesian laa kat sinior sinior yang dah bawak nama bomba ni naik ape semua, takkan lah sampai kat zaman kitorang, kitorang nak hancurkan macam tu je? takde lah kejam macamtu sekali. kesian lah pulak dekat ex-ex kadet bomba SMKSI ni. hmm.

lagi satu aku fikir jugak, kesian kat cikgu-cikgu berbagai, aku fikir jugak kat junior junior. takkan lah kitorang nak tunjukkan yang bomba ni lemah? dan biar diorang takda semangat nak teruskan amanah ni, acewahh ayat aku tak boleh belaa.

takpelah, untuk tahun ni aku berkorban lah sikit kut, takpe ke? lagipun tahun depan belum tentu aku ada kat SMKSI ni kan, so better aku ambil segala pengalaman yang boleh aku cekau sebelum aku berambus dari sekolah tu, hehe. lagipun aku dengar cerita, sehari sebelum pertandingan tu, peserta dikehendaki tidur sehari dekat sekolah? betul ke kawan? wahhh, ini seronok sungguh. haha.

jadi aku decide, aku masuk kawad tuh, tapi. err, kalau masuk gadget je pun best jugak kan? haha. apa apa sajalahh.

//eyh, untuk tahun ni kan, baru aku ingat.. aku tak pergi satu camping pun kan? wahh, cipta sejarah nii. hahaha. dasyat betul penangan PMR ni. *sengih*

No comments:

Post a Comment