Monday, November 23, 2009

// Hari ini dan Semalam

sekarang aku sedang terfikirkan tiga perkara.

yang pertama,

aku sangat-sangat menyesal tidak hadir ke sekolah pada hari terakhir persekolahan kerana aku sudah miss satu babak yang selama ni aku nantikan. tambahan lagi, aku rindu nak lepak disekolah. dan yang paling penting aku takdapat merasai coklat yang si bedah tu nak bagi! grr. geram sungguh. dah la takdapat jumpa dah lepasni. haih.

yang kedua,

aku mula rasa menyesal ngade-ngade nak kerja part-time dulu. pasal aku hari-hari tak cukup tido plus sakit badan. dah la penat. adoi malang betul nasib badan. lagi-lagi bila tekanan kerja yang diberikan amat berat dan susah. wah, sakit hati betul! bila lah nak cukup sebulan ni ?

yang ketiga,

aku menyesal sebab selama ni aku tak berfikir panjang dan hanya mementingkan segala yang bersifat duniawi je. tapi aku sedar, segala masalah dan dugaan yang datang disertai hikmah dan kebaikannya. dan aku juga sedar bahawa takdir telah ditetapkan sejak azali lagi. dan aku tahu aku perlu kuat.

akhir kata..

segala yang berlaku dalam hidup aku sejak kebelakangan ni mengajar aku erti hidup, erti sabar, erti persahabatan, dan erti pengorbanan. semalam aku gembira, hari ini aku sedih, siapa tahu hari esok ? dan yang pastinya aku akan pastikan hari esok akan lebih gembira daripada hari ini. insyAllah.


p/s: eh, apa motif aku post entry macam ni ?

No comments:

Post a Comment