Monday, December 7, 2009

// Cepat sungguh masa berlalu

This is Mr. Cow di Beryl's Seri Kembangan

mulanya gua nak minta maaf kepada rakan-rakan yang gua rasakan telah lama tinggalkan tanpa berita sejak gua mula bekerja ni. gua minta maaf, tiada niat mahu menjauhkan diri. betul. sumpah tak tipu.

sorry guys.

busy di tempat kerja membuatkan gua dah tak rapat dengan korang macam dulu.
tapi after payment day kita lepak ehh ? haha. dan pengalaman bekerja membuatkan gua rasa lebih mengenali erti hidup. woah! poyo gila aku. haha.

kat tempat kerja gua tu, macam macam kenangan ada. kenangan gua kene marah, kena tengking, kena gossip, usya abang kachak, lepak dengan member, dan belajar bahasa cina. haha. kalau nak list kan, banyak sangat bro. memang banyak pengalaman yang boleh gua gunakan di masa depan. ceh, poyo lagi! aduh

terima kasih kepada Beryl's coklat yang telah menerima budak bawah umur macam gua ni bekerja part-time di waktu cuti sekolah.

sepanjang kerja ni jugak, gua dapat banyak pengalaman dengan kawan-kawan. gua dah sedar yang selama ni gua pentingkan diri sendiri, gua bergaduh dengan kawan-kawan sebab benda kecil, gua touching dua-tiga hari sebab sakit hati, dan macam-macam lah.

pejam celik pejam celik, payment day dah nak tiba. bermakna, gua dah kerja hampir sebulan. kejap je kan waktu berlalu ? lepasni takda lah gua lepak dengan Kak Munirah, Kak Ana, Kak ape ntah nama dia tu dengan Miss Chan yang cerewet nak mampus tu. adoi. Mesti bila dah tak kerja nanti gua rindu dekat Miss Petir yang sakai gila tu. Haiyak! (buat gaya macam miss chan)

sedih pulak nak tinggalkan dunia Beryl's tu. walaupun penat kene push hari hari, tapi gua tetap enjoy dapat pengalaman macam ni. ingat senang ke nak dapat pengalaman macam ni ? lagi-lagi ada kawan yang gila-gila macam adam, yasmin, nadira, nabella and terutama sekali danial yang suka buat lawak bodoh tu.

dekat tempat kerja ni jugak gua dapat ramai kawan baru yang boleh ngamm dengan gua macam Opie, Kidd, and Rina. seperti biasa ada jugak mangsa mangsa yang asyik kene bahan, MEGGIE. tapi sorry meggie, gua gurau je okay selama ni. jangan ambil hati ye.


p/s: nanti mesti aku Rindu Mr. Cow kat atas tu :)

No comments:

Post a Comment