Friday, August 21, 2009

//RAMADHAN MENJELMA KEMBALI


dalam setahun hanya sebulan,
dalam sebulan hanya 30 hari,
ahh apa aku merepek ni.

ADAM MYRA YASMIEN <3

For everything's. sorry. to y'all bertiga, sorry.aku tahu aku banyak salah dan aku mintak maaf sangat-sangat. aku harap Ramadhan kali ini, kita baik-baik semula. amin..

aku, ramadhan kali ini tanam azam nak taubat. haha. nak jadi budak baik, nak rajin-rajin belajar. nak PMR. result Trial aku sangat teruk. sabar jela. so, aku nak jadi budak baik. Insya-Allah lah. harap-harap dapat la. haha. (aku jahat eyh selama ni?)

selama sebulan, aku nak cuba jadi yang terbaik. aku nak cuba jadi alynn yang terbaik. aku akan cuba. aku akan cuba, Insya-Allah *senyum*

nanti-nanti, aku akan busy dengan study. maybe takda masa langsung dengan kau orang. tapi harap-harap aku tak lupakan kawan-kawan aku yang lain. aku taknak kecikkan hati diorang lagi, cukuplah selama ni aku buat macam tu, pentingkan diri, selfish. jangan risau kawan, aku akan cuba. bagi aku peluang ya ? <33

aku cuma, susah nak kata. aku cuma harap kau orang faham aku seadanya. cara aku, gaya aku, dan aku ni jenis yang macam mana. itu je. bukan lah bermakna aku nak cakap kau orang tak pernah nak faham aku. tapi sukar untuk ku jelaskan dengan kata-kata. (cehh ayattt)
aku bukanlah jenis yang lupa kawan. tapi aku ni jenis yang suka ikut kepala sendiri. tak kisahlah even kalau aku terpaksa hidup seorang-diri. aku peduli apa kan? itulah alynn kalau kau tak tahu. aku lebih rela jalan seorang daripada berdua. bertiga atau lebih ramai. sebab apa? sebab aku rasa hidup sendiri lebih menyenangkan. (tak percaya tanya lah family aku, macam mana perangai aku kat rumah)
aku lebih suka buat sesuatu itu sendirian. jiwa aku bukan untuk semua tu. bagi aku semua tu menyerabutkan jiwa aku ja. jiwa aku kosong. kosong! tak pernah terisi dengan apa-apa perasaan. sayang, cinta, kasih. semua tu mainan aku ja. aku masih muda untuk semua itu. mungkin juga itu merupakan satu sebab dimana aku lebih suka bersendirian.
aku bisa hidup sendiri. tak aku nafikan kawan itu penting untuk aku. cuma aku sayang mereka. mereka yang teman aku bila aku sudah penat bersendirian. aku sedar tiada manusia yang bisa hidup sendiri. sebab semasa mereka tiada disisi aku sejak dua menjak ini, aku disamping orang lain. jadi aku bisa sendiri kah?
hahaha, sekejap-sekejap, korang faham tak ni? sebab aku rasa korang memang susah nak faham entry-entry aku selama ini. (yeke? perasan la kau ni alynn) jadi aku harap sempena ramadhan bulan yang mulia ni, kita baik-baik kembali ya? aku pun banyak story ni, jangan ketinggalan. haha.

to ADAM :)

aku tahu kau sangat panas dengan aku, aku akan cuba ubah diri aku. tapi aku ubah untuk menjadi yang lebih baik, bukan sebab kau suruh okay? haha. thx ye dam, kau tegur aku dalam diam. cara yang sangat excelent. sayang kau lah. by the way, tarawikh sama-sama jom? aku rindu kau okay :)

to MYRA :)

kau tahu kan aku sayang kau gila-gila. tapi kadangnya aku kecil hati sikit. kalau kau nak tahu sebab apa? nanti aku cakap lah. ni terlalu public untuk aku jelaskan. imy too <3

to YASMIN :)

aku tahu kau lagi panas plus plus plus dengan aku. cuma keras kepala membatasi segalanya. aku tak tegur kau even aku yang salah. aku tahu, sebab kalau aku kat tempat kau pun aku akan rasa benda yang sama. sorry okay?

oh iya, ini bukanlah bermaksud aku nak kecoh tulis di blog, seperti yang korang tahu aku bukanlan jenis yang suka gaduh-gaduh di blog, ini cuma picisan dari hati ini. pengakuan yang aku sendiri pernah nafikan dahulunya.

p/s: kepada semua, kalau ada salah silap harap dimaafi ye. 0 - 0 la after this. boleh?

KAWAN-KAWAN!
SELAMAT BERPUASA YA!

No comments:

Post a Comment