Tuesday, November 16, 2010

25 Things..



The following twenty-five things you might want to know about me…


1) Saya tak makan sayur, juga tak makan sambal. katalah apa yang awak nak kata, tapi perut saya memang tak boleh nak terima budu dan belacan.

2) Sangat suka akan kucing arnab hamster and segala benda yang comel gila tahap maximum sampai saya rasa cam nak penyek-penyekkan diorang. yeah, saya seorang pencinta binatang :)

3) i'm an egomaniac! most of my friends say like that. aha. kadang kadang sampai orang menyirap :)

4) mempunyai sifat memendam dan bila marah saya akan diam. yee, diam yang sediam mungkin. dan saya juga tak reti nak marah orang, tak reti nak maki orang, tapi kadang-kadang keluar jugak segala makian tu. sabar manusia kan ada tahap.

5) seorang yang banyak cakap dan suka merepek. tapi sekarang sedang cuba untuk menjadi alynn yang kurang bercakap. InsyAllah akan berjaya. (hahaha)

6) Kalau dengan orang baru, saya akan jadi seorang yang pemalu dan pendiam. yeah, saya memerlukan masa untuk rapat dengan seseorang.

7) seorang yang sensitif walaupun selalu menafikannya.

8) Suke aktiviti lasak. Sports. but ntah lah! jarang dapat buat semua ni, sebab takde geng. kalau dapat pon dari kadet bomba and camping-camping sekolah je la mcm rapling treckking and macam-macam lah.

9) bila menaiki kenderaan, air-conditioner dan music adalah amat penting kerana saya mabuk jalan. terutama sekali kalau dalam bas.

10) saya sangat benci lipas yang terbang. sangat benci akan benda geli-geli. euwww.

11) Sangat suka akan Seni dan Mempunyai bakat melukis sikit-sikit dan tahun depan akan ambil subject tambahan pendidikan seni (mak dan cikgu yang suruh) sebagai langkah berjaga-jaga sekiranga subject science saya Hancus.

12) Seorang yang sukakan perkara spontan. tak suka sesuatu yang diatur. benci akan kongkongan sebab parents saya sendiri tak pernah nak kongkong saya tau.

13) I'll choose Vanilla rather than chocolate.

14) Pernah menjalani pembedahan di bahagian kanan mata saya semasa kecil. parutnya still ada walaupun agak sukar untuk di lihat. hihihi.

15) Saya tak minat nak tahu pasal lagu-lagu terbaru atau ter-lama, tapi saya bermain music bagi menenteramkan jiwa. sebab bila saya petik gitar, saya akan berasa tenang dan enjoy. seakan-akan lupa segala masalah bagai. dan sangat inginkan guitar electric dan acoustic yang boleh cucuk amp.

16) aku Sentimental. Jiwang. walaupun kadang-kadang macam geli dengan diri senditi. tapi lantak lah, aku tak suka akan music yang mental-metal tu. serabot jehh.

17) Minat akan penulisan. ada jugak menulis cerpen tapi tak selalu sangat. dulu lepas PMR ada jugak rajin baca-baca sastera ni. tapi ntah lah. p/s: dulu aku anak murid kesayangan cikgu BM aku tau. haha. dan aku suka baca novel cinta cintun.

18) Kalau keluar, saya tak sukakan map. lebih suka untuk mencari jalan sendiri. tanya sini-sana. sesat. lepastu last-last jumpa tempat yang dituju. kira macam redah je! baru adventure.. hahaha.

19) Seorang yang masih tak reti nak tepati masa. janji pukul 3, sampai pukul 4. yang ini kalau awak kawan baik saya, awak dah faham sangat dengan perangai saya. hikhik.

20) saya seorang yang penakut. tapi sering berjaga malam. selalu duduk sorang-sorang sampai pukul 3 - 4 pagi. pelik tak? the inferens is, saya seorang yang susah nak tidur dan juga susah nak bangun tidur.

21) lebih suka duduk diam daripada bising sebenarnya. lebih suka duduk seorang daripada berdua sebenarnya. lebih suka single daripada in a relationship. hahaha :)

22) Selalu tertarik dengan Lelaki yang berkemeja, matang, funny, tinggi, sweet, dimple, adventure, cute, berkeyakinan, dan menerima aku seadanya. hahaahah. (poyo jeh)

23) lebih berkawan dengan lelaki berbanding perempuan. ini kerana, lelaki ni senang dibuat kawan. senang nak berborak dalam semua benda, nak bahan-bahan pon diorang tak terasa. tapi takdelah aku ni kawan dengan lelaki aje, ada jugak kawan perempuan..

24) Bercita cita untuk membuka sebuah kedai buku, ini sebenarnya impian arwah abah, InsyAllah alynn tolong tunaikan bersama kakak-kakak dan abang-abang. kalau tak dapat buka kedai buku, buka galeri boleh? hihi

25) Sangat idamkan Nikon D90 ya. harap maklum. tak pun, dapat D3000 pon jadilah kan?



************************* new update *************************

23 November 2010


Sajo nak tambah lagi sedikit.


26) saya seorang yang rabun jauh. harap maaf jika awak melambai saya dari jarak jauh dan saya tak nampak awak lepastu awak menyirap dan cakap saya sombong. maaflah awak, saya tak suka pakai cermin mata. kalau taknak menyirap belanja lah saya contact lens :)

27) Kalau saya tengah serious, tolong jangan berjenaka kurang bijak dengan saya. atau nak buat benda pelik-pelik. memang takkan dilayan. sorry to say lah awak, bila mood saya hilang, semua benda pun hilang. mungkin juga saya akan jeling awak and so annoyed. but this is me. the real of me. tapi, mood saya senang berubah. biasanya saya jadi macam ni tak lama :)

28) I am easily get bored with something.

tataaa~

No comments:

Post a Comment