Tuesday, November 2, 2010

Husnul Khatimah..

Alhamdulillah,

berjuta kali aku menyebut kalimah sucimu ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan pemergian ayahanda ku yang tercinta. Engkau tarik nyawanya dengan cara yang paling mulia, ketika beribadah, di hadapan baitullah, di tanah suci. Maha suci Allah, aku mohon segalanya dipermudahkan. moga abah tenang disana. tak lupa juga buat ibu tercinta, tabahlah dalam meneruskan ibadah dan niat sucimu wahai ibu.. moga mak memperolehi haji mabrur. alynn doakan mak sihat-sihat dan selamat pulang. amin.

terima kasih kepada ; almakki.com.my

diatas pemberitahuan dan segala maklumat yang diberikan. jutaan terima kasih kami ucapkan.

mungkin betul juga kata orang tua-tua,

Insan yang paling rapat dengan arwah akan merasai sesuatu. dulu aku rasa berat hati sangat nak berpisah dengan abah, rasa macam dipanggil-panggil oleh abah, rasa nak peluk abah kuat-kuat, sangkanya hanya sebulan, rupanya Allah lebih sayangkannya. Kini aku pula mendapat mimpi bertemu dengan arwah. Bila mengenangkan semua itu, aku sebak. Tapi aku hanya mampu berdoa, sedekahkan Al-Fatihah, dan membaca yaasin untuk ayah tercinta.

Segala yang berlaku ada hikmahnya. aku tahu tu. tak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang tak putus-putus mengucapkan takziah.

Hatiku terusik melihat abang-abang aku mengalirkan air mata, kakak-kakak aku menangis, aku tak pernah tengok diorang sedih macamtu sekali. sebak. tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan aku sekarang..

Moga-moga aku akan jadi anak yang lebih baik dan menyenangkan arwah disana kelak. amin.


p.s: “Tears are words the heart can't express”

No comments:

Post a Comment