Monday, January 12, 2009

S E R I K !

haihh,
"Malang Tak Berbau"
.
.
itulah yang boleh aku gambarkan sekarang. now, Monday January 12, 2009 merupakan sehari selepas aku exident. nasib baik tak teruk. sangat serik doe. patutlah aku macam tak sedap hati before keluar rumah semalam. aku ingat nak pergi fotostat kerja rumah dan peta untuk geografi, beli barang dapur untuk mak, pastu hantar tudung kat aina then g makan jap jee, tp dah terlajak laku pulak. kitorang, (2 motor) aku ngan puteri, n mira dengan beby, pegi umah ajim kat kuarters untuk hantar helmet, last last kitorang melencong "bukak kelas mengajar menunggang motor" haihh, menyesal pulak doe. kalau la aku cakap kat puteri jangan bawak time uh, takdelah aku kena m.c macam ni. kaki dah lah sakit gila. nak jalan bukan main susah. dah lah nak sukan tahunan, nak masuk kawad lagi tuh. haiyooo. memang betul pepatah melayu mengatakan, malang tidak berbau.huu.
.
.
mase tuh kitorang pusing pusing kat kuarters UPM, saje menghabiskan minyak. pastuh kat ladang kuda tuh stop sat, puteri nak sangat bawak moto time uh. aku bagi jelahh. mulamula okayy jea. pastuh time selekoh lahh. dia g press kuat kuat then tak perasan ada parit tepi tuh, apalagi. masuk lah dalam parit tuh. sekali dompet, fone, barang barang mak aku, helmet semua terbang. sebab apa, sebab fone dan dompet aku letak dalam bakul. dan helmet aku tak ikat tali dea. haha. seerikkk.
.
puteri, aku dan motor
.
itulah gambaran aku. busuk doe dalam longkang tuh. tp kesian kat puteri ah sebab dia bawah sekali, dia paling teruk sebab masuk betul betul dalam parit tuh, dia luka teruk. kat kepala sebab dia tak pakai helmet. alhamdulillah aku ta teruk sangat lah, sebab aku pakai helmet time tuh. aku just lebam sana sini, nak jalan susah sikit. tu yg m.c lama tuh. puteri pulak banyak luka. nak jalan apa semua okay je.
.
atas puteri aku, pastuh atas aku MOTOR !
.
siot jewp uh, atas aku motor. memang perit ah badan aku ni en. smpai sekarang terasa. nasib baik kaki aku tak kena ekzos. (betul ke ejaan aku tuh?) kalau kena memang melecur lahh aku punya kaki nii. haihh. masa kena himpap tuh siries tak rasa pape. dah angkat moto dan bila dah naik baru aku rase sakit gila kat pinggang dan peha. yang peliknya, tangan aku yang luka ni mula mula tak rasa sangat. then dalam 5 minit kemudian barula tangan aku krem, menggigil doe sebab jari aku tak boleh bergerak. masa tuh apa yang aku fikir, mak aku, ayah aku, dan motor abang aku. mana tak nye, motor terbalik bhaiii. masuk sekali dalam longkang tuh. nasib baik bukan longkang konkrit, tanah. kalau tak memang bercalar habis la motor abang aku tuh. mase tuh aku meraung sakan lah aku en ! betul. aku tak tahu kenapa time uh aku tak boleh nak bertenang sedangkan selama ni aku boleh jee bertenang walau ape pun yg berlaku. cewahh. then akak akak yang datang tenangkan aku, dorang cakap apebende tah. aku tak dengar sebab masa tu yang aku fikir cuma tiga benda tadi tu je. abang abang yang datang semua ckp jgn risau lah, apelah. tp aku pedulik ape time tuh. pastuh mira call ajim. dia datang. pastuh dia gelak! cibai betul! nak jee sepak sepak dea uh. dah la tengah sakit en. aku tak boleh bangun time tuh. kene ada orang papah. kat situ aku menangis ahh. haha. orang semua berkumpul. nasib baik ada kereta lalu. so diorang hantar aku ngan puteri kat hospital serdang. then urusan motor abang aku tuh, mira, ngan edan yang uruskan. haiyoo. nasib baik motor tak rosak ! just helmet jea yang pecah.
.
dah sampai kat hospital, kena tunggu bukan main lama ! kat sana, puteri call mak dia. aku masa tuh cuak. aku taknak call mak aku. tak tahu kenapa. aku takut uhh. then last last aku call jgak pkai fone makcik yang hantar aku tuh. dah call kena tunggu lagi. bukan main lama lah kena tunggu. puteri dah tak tahan masa tuh sebab kepala dia darah banyak. aku tangan jea yang darah banyak. menggigil doe kitorang kat ruangan kecemasan tuh. sampai semua orang pandang!
.
pastuh dah masuk dalam bilik kecemasan, dokter tanye macam macam. kitorang kene injection dan cuci luka. dokter tuh macam siot! bapak kasar en, rase nak sepak sepak je uh muka dia. muka nak makan kasut size lapan ! huh. then dea cakap aku kene x-ray sebab aku sakit kat bahagian dalam pinggang. nak pegi kat tempat x-ray tuh kena jalan pulak ! aku dah lah tengah sait gila ! terpaksa jalan, jauh pulak tuh ! siot punye kerajaan pegi buat bilik x-ray jauh dengan bilik kecemasan. aku pun terpaksa lah jalan. dah x-ray apa semua kena tunggu giliran nak jumpa doktor. dah jumpa, doktor suruh g x-ray bahagian kaki pulak ! siot gilaa uh ! aku macam nak sepak je dorang. mane tak nye nak kena jalan jauh lagi. nak buat macam mana, kena pergi lagi skali jugak lah kan. huh.
.
dah xray, kena pergi lg jumpa dokter. then check ape semua. alhamdulillah tulang kaki aku tak retak or pape. cuma lebam lebam je kat peha n pinggang aku. tu yang susah nak jalan. baring pun kadang kadang sakit. haihh. ape nak jadi ni alynn.. dah abis semua, amik ubat then balik..
.
haihhh, exident pkul 3.30 petang, balik rumah pkul 8.00 malam.
.
-the end-

1 comment:

  1. kesian gile kutt ;P after thie be more more and more careful okey dear ? hee :)

    ReplyDelete