Friday, April 24, 2009

Kau suka ?

satu lagi ketidaksukaan aku ,


huh. aku tak suka betul if diri aku di compare comparekan dengan orang lain. sebab bagi aku, diri aku adalah diri aku. kau adalah kau. pendirian masing masing memang lain bukan ? sensitifnya aku. haih.


aku start tak suka kena compare sejak aku form 2 iaitu tingkatan 2. aku memang pantang betul bila aku dicomparekan dengan orang lain. sebab part yang paling aku benci sekali ialah nanti aku akan rasa macam " eh yeke ? alaa macam mana eh ? teruk sangat ke aku ? sirious ? " atau " alah weh ajar aku macam mana nak buat camtu @ camni and bla bla bla.. " and so on. huh.


aku tak faham dan tak tahu kenapa ramai sangat yang suka comparekan aku dengan siapa siapa. satu lagi, aku pun tak berapa suka nak compare compare kan orang lain sebab bagi aku lain orang, lain citarasanya. lain orang, lain lah habitnya. kan ? jadi aku memang pantang betul bila masuk bab compare compare nih. *mengeluh*


but, sometimes ada jugak aku comparekan orang. kadangnya aku suka comparekan antara lelaki lelaki yang aku minat, tertarik, suka atau apa apa jelah, aku tengok perangai dia, cara dia jalan, cara dia gelak, cara dia bertutur, nada suara dan macam macam lah. siriously semua berbeza. sampai aku boleh cam satu satu. hahaha. sama tu ada lah sikit sikit. aku bandingkan sehingga hampir semua habit diorang. tapi itu dalam katagori lain. kata orang, katagori jodoh namanya. hahaha. *jelir lidah*


dalam aku suka tak suka compare compare orang nih, baru aku sedar rupanya aku sendiri memang tak suka kena bandingkan. siot je kan ? aku boleh pulak nak bandingkan orang itu dengan orang ini, tapi orang tak boleh nak bandingkan aku dengan orang lain. teruknya aku. *baru sedar*


hahaha. *gelak*


bengongya aku. tapi tak mengapa. mungkin tu salah satu sifat aku. nak buat macam mana kan ?


hah, kau suka kena compare ? *senyum*

No comments:

Post a Comment