Friday, June 18, 2010

// @#$%^&*$%&!!



aku. marah. ya, memang tengah marah. so?

aku taksuka. sumpah tak suka. aku benci bila aku marah. sebab bila aku marah aku macam dapat rasakan bagai ada api dalam badan. macam ada sesuatu yang menganggu aku sampaikan sesiapa yang menegur akan jadi sakit hati. and bila aku marah, aku dapat rasakan seolah-olah kepala aku ni macam nak pecah. macam... @#$%^&*(!!!

aku benci marah. memang aku benci. sangat.

aku tak suka nak marah marah tapi bila marah tu dah bermaharajalela dalam diri, aku sendiri tak dapat nak mengawalnya. mungkin kerana aku ni jenis yang suka memendam, jadi bila marah itu sesekali datang, ianya mungkin akan menjadi satu masalah kepada orang lain. aku tahu.

lama.

aku boleh mengawal marah aku. ya, sekarang memang aku sedang mengawal aku punya marah tu. aku diam. semua benda aku tak hiraukan. hanya gempa bumi sahaja yang boleh membuat aku bersuara kalau aku sedang marah. mungkin ada juga benda lain tapi dalam keadaan marah begini aku tak dapat nak fikirkan apa apa selain itu. diam.

*muka berkerut*

again. aku sangat tidak suka situasi begini.

selalunya bila aku tengah marah, aku akan diam sepanjang masa. memang diam sediam diam yang mungkin. aku akan berada dalam dunia aku sendiri yang tak mungkin korang akan dapat masuk. dunia aku lain. hanya ada aku. dan aku. dunia ciptaan aku, hanya aku je yang mampu memahaminya.

penat aku berinteraksi dengan otak, hati. berkata;

"jangan marah, cool. marah-marah pun takda guna kalau kau yang sengsara"

okay, tarik nafas, hembus. istighfar banyak-banyak lynn. hmm, aku sedang berusaha sedaya upaya untuk berinteraksi dengan otak, akal dan juga fikiran. aku nak cepat-cepat melegakan kemarahan ni. aku tak suka jadi seorang yang pemarah. aku benci (!)

bila marah, otak aku sakit. kepala aku sakit. jiwa aku sakit. tekanan darah naik. apa guna? nampak kan mana baik mana buruknya?

okay aku lapar. mungkin dengan perut yang kenyang nanti aku dah tak marah-marah lagi.

selamat makan malam semua.

p/s: sakit hati tak bila kau sakit hati dan semua orang disekeliling menyakitkan hati. dan sakit hati kau tu sangat menyakitkan hati. (?)

No comments:

Post a Comment