Wednesday, June 16, 2010

// Karate Kid

must watch this.

pagi tadi aku bangun lambat. itupun terjaga selepas telefon bimbit aku berbunyi tanda ada message masuk. okay, dalam mamai mamai aku baca message tersebut.

from : amaSahar
body : wei nak tengok wayang? lagenda budak setan?

then aku pun terus terbangun. duduk bersila atas katil sambil memandang jam dihadapan. ya Allah! dah pukul 11. sepatutnya pada jam ini aku sudah berada di hadapan TGV cinema, The Mines. then aku pun reply message tersebut,

to : amaSahar
body : woooii!! alamak aku baru bangun!! hahahahaha xD

lepastu aku terus turun ke tingkat bawah. capai telefon rumah. then call ama, dia cakap tiket pukul 2.45 and tengok cerita karate kid. aku pun layan jela. lega lah sikit, atleast ada masa nak siap dan bertolak kesana.

okay aku turun dari tangga.. hmm aku nampak laptob kat ruang tamu. maybe malam semalam abang aku online depan tv sambil tengok bola kot. wooww, tiba-tiba nafsu ketagih online aku menjelma. lalu aku pun switch on laptob. kononnya nak view update facebook.

hamek kau, online punya pasal kan.. tengok-tengok dah pukul 12! aku pun kelam kabut siap. arround 1.20 aku sampai the mines. terus ke bahagian game. and then main takken. wahahaha. adam kalah dengan aku (bangga).

dah tu tengok wayang. haha karate kid ni cool. serious. memang patut ditonton. aku kagum dengan budak kecik tu, even dia baru 12 tahun, tapi semangat dia macam orang yang dah matang sangat. tapi ada jugak aku nampak sifat kebudak-budakan dia tu pasai dia kuat menangis.

*gelak*

okay stop it. aku taknak cerita macam aku menulis dalam diary. next entry please!

No comments:

Post a Comment