Sunday, October 9, 2011

Semua tentang kamu

Aku mintak maaf, aku menulis tentang kau lagi. tapi ini mungkin entry terakhir yang aku post berisi kandung tentang kau. Aku harap lah.

It's been a year, bro. Since October 2010.

Aku mula berborak dengan kau masa birthday wany tahun lepas, kawan baik aku. Sebab tu aku senang nak ingat tarikh ni. Pagi tadi masa aku wish birthday si wany tu tiba-tiba teringat pulak.

(alah baru setahun dah kecoh la lu ni lynn)

Tapi memang ketara. macam-macam berlaku.

Berbeza betul 8 Oktober 2010 dengan 8 Oktober 2011.

A few months without your call to wake me up every morning,
And a few months without your jokes. Makes me feel 'something'.
Something that I can't explain with words.

Walaupun sekejap, tapi kesannya sangat mendalam. Aku pernah pesan dekat kau, tolong jangan buat macam ni dekat orang lain. tapi salah aku jugak kan. over-acting. ah, benda dah lepas biarkan jadi kenangan.

Terima kasih jugak sebab kau faham dan cuba untuk menjaga hati aku.

Memang aku ada komitmen yang lebih penting. Aku tahu tu Malah aku terlebih-lebih tahu akan tanggungjawab aku yang satu tu. Tapi kadangnya bila bersendirian tanpa peneman, aku akan teringat. semua nya lah.

Semua cerita pasal kau dengan aku 100% dalam kepala hotak aku ni. Kalau kau nak suruh aku buat cerpen ke or novel pun aku boleh keluarkan setiap bait-bait dengan sempurna. Tanpa memerlukan masa yang lama.

Aku memang spesis yang ambil masa yang agak lama untuk keluar dari dunia macam ni.

Mintak maaf sekali lagi, I know it seems like "apehal minah ni lebih-lebih pulak? pastu tulis kat blog pulak tu.. serabot jehh" tapi aku.. entah. I can't express this feeling with any words. Aku rasa semuanya dah berkurangan tapi macam.. pernah dengar lagu Alyah - tak mungkin kerana sayang? lebih kurang lah kot?

atau aku yang still dalam dunia fantasi yang tak berpenghujung ni?

Sudah lah lynn..

Aku cuma berharap yang kau tak pernah tipu aku selama ni, tentang perasaan, tentang hati, atau tentang apa-apa yang berkenaan dengan kita. kalau betul pun kau pernah, tolong jangan cakap dekat sesiapa. terutama sekali aku. Sebab aku dah semakin ragu-ragu dengan apa yang pernah terjadi.

Dan, aku juga sudah semakin ragu-ragu dengan lelaki.

"kau nak tolak encik A sebab kau takboleh lupa encik B ke lynn?" (bukan nama sebenar) - Kawan Baik

err mulanya aku terdiam.

Bukan weh, aku cuma.. malas nak fikir. tak sanggup nak hadap benda yang sama. kalau boleh dah taknak terjebak dah dalam hal macam ni. tak berani nak ambil risiko. biar macam ni, kan lebih mudah. lagipun aku kan masih belajar, dia pun masih belajar, kan bagus kalau kita habiskan sisa-sisa alam persekolahan ni dengan kawan-kawan, macam biasa?

Eh ni dah lari topik pulak!

Oh iya, apa-apa pun aku perlu mengucapkan terima kasih kerana kau pernah mewarnai dunia aku, walau apa pun, kau tetap pernah singgah disini, kau tetap pernah buat aku tersenyum setiap pagi dan kau tetap pernah buat aku tergelak tak ingat dunia.

dan..

Aku harap sekarang ni ada yang jaga kau, mungkin aku tak mampu nak tengok siapa 'dia' tapi sekurang-kurangnya aku tahu ada insan yang menemani kau, (kalau ada lah) yang layan kerenah kau pagi petang siang malam, yang suruh kau makan, yang membebel kat kau sampai kau tertidur setiap kali kau balik kerja, yang kejut kau dari tidur dan layan kerenah kau lepas kau bagun tidur apa semua tu lah, semua benda yang aku buat untuk kau dulu, sebab sekarang aku dah tak boleh nak buat semua tu lagi. Sumpah aku tak akan lupa semua tu, walaupun sekejap tapi dah cukup untuk buat aku tersenyum. hehee.

Sedih jugak sebenarnya ni. Tipula kalau aku tak sedih, tapi bila difikir-fikirkan sampai bila aku nak terus macam ni? For him, i'll make anything. termasuk juga yang ini. Satu-satunya permintaan dia yang sangat susah untuk aku nak tunaikan. Ye, susah sangat!

Aku doakan jalan yang kita ambil ni ialah yang terbaik.

*senyum*

dan aku jugak berdoa semoga aku akan sentiasa tersenyum walau apa juga yang berlaku.

p/s: ini bukan entri mintak simpati, tapi ini entri ikhlas dari hati. Mungkin kau rimas dengan entri-entri aku ni tapi tolong hormat apa yang aku rasa sepertimana aku hormat keputusan kau.

Haih! kadangnya aku rasa macam terlalu over sampai kena tulis dalam blog ni. perlu ke? Okay tak. Bye.


"Biar apa orang nak cakap tentang kau, biar apa orang nak fikir pasal hidup kau, apa yang kau kena tahu selagi aku mampu berdiri di sebelah kau, selagi tu masih ada orang yang hargai dan berfikir positif tentang setiap langkah kau.. Walau aku terpaksa abaikan kewujudan kau disekeliling, walau mungkin pada masa itu aku sudah bersama yang lain. Sebab aku yakin dalam diri kau ada helaian putih yang boleh dicorak dengan cantik" - Lynn <3

No comments:

Post a Comment