Mak, Abah, alynn doakan mak selamat pergi dan selamat pulang. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan mak ngan abah kat sana nanti. Jangan risau pasal alynn kat sini okay, alynn pandai jaga diri. Sebulan tu tak lama mana pun (sedapkan hati sendiri). InsyAllah semuanya okay. nenek, abang, kakak, sepupu pun ada. Alynn bangga dengan mak ngan abah. bagi selaku anak yang paling degil + nakal a.k.a anak yang tak pernah berpisah dengan mak dalam jangka masa yang panjang, alynn nak Mintak maaf kalau ada salah silap. Alynn sayang mak abah. Doakan alynn jadi anak yang baik ya! nanti mesti alynn rindu mak abah. takpa nanti alynn doa untuk kesihatan mak abah tetiap hari <3
tett..
stop it. tiada lagi drama swasta. dah penat menangis. kering air mata.
okay aku baru balik dari Kelana Jaya. menghantar kedua ibu bapaku untuk menunaikan Rukun Islam ke Lima, iaitu Haji.
tak sangka, aku jadi macam budak-budak kat sana. sedaya upaya aku tahan air mata ni, tapi akhirnya tubir mata aku kalah. pecah. habis tsunami kat muka aku. malu pun ada sebab orang tengok, tapi aku pedulik apa? mak bapak aku pergi haji, diorang sibuk pesai? shuh shuhh pi main jejauh. hihi.
petang tadi sebelum berangkat keluar rumah, ada sesi baca-baca doa dan azan ape semua. aku lah insan yang paling berada di belakang sekali sebab aku tak cukup kuat untuk duduk di depan sekali bersama dengan makcik, pakcik, kakak and abang aku. aku taknak mak aku nampak aku menangis. nanti dia risau. kalau dia risau nanti dia tak tenteram nak beribadat kat sana.
lepastu sampai kat kelana jaya, aku tengok semua orang kat situ happy. takda muka sedih pun. so aku fikir, buatpe aku nak sedih kan? patutnya aku happy parents aku nak buat rukun islam ke lima ni. so aku pun lepak-lepak ngan cousin semua. hulamaaaaaaaak ada abang hengsoommm duduk tepi kitorang lee pulakk. hihi. dia nak pergi haji satu family dia. wah wah, dah le hengsoomm pahtu pergi buat haji. alahai alahai ni aku lemah ni.
*gelak*
okay, itu hanya sekadar pencuci mata je tadi. saja menghilangkan bosan-bosan sementara tunggu malam. eh tapi memang abang kat sebelah tu hengsom ah. hish. ish. uish. huih. adoih. haha gataii betoi haku nehh. kikiki.
kendian makan time. haha. makan malam tadi NASI AMBANG. err macam tu ke cara eja dia? ntah le tapi memang aku makan bendealah tu lah tadi. sedap jugak. makan nasik lauk mee (bak perpatah abang egy) hehh.
Tiba masanya, mak aku dah nak berangkat. aku.. akuu.. entah. mula-mula cover sikit taknak nangis kann. lepastu aku dengar orang dah baca-baca ape eh nama benda tu? yang orang baca time tawaf tuu? haa benda tu la. sorry aku lupa apa nama dia. masa aku dengar bacaan tu aku dah.. takboleh tahan, aku hantar mak abah sampai betul-betul depan pintu kecik pemisah tu. emm, lepastu abah pesan macam-macam kat aku. masatu aku dah takboleh tahan air mata dah. mengalir laju jee bak air terjun yang tak pernah putus tali airnya. cehh.
then aku tengok je abah jalan masuk dalam tempat check2 beg tuu. sampai jauh sikit, abah pusing belakang and lambai tangan ke arah aku. aku terus terkaku time tuu. memang rasa cam nak lari kat ayah aku and peluk dia kuat-kuat tapi apakan daya, aku takboleh berbuat begitu. tambahan lagi itu kan kawasan umum. aku ni dah le pemalu sikeeeeeeeeeek kann.
time tu kaki aku macam dah terpaku kat situ. berat sangat rasanya macam ada lima kampit beras melekat kat kaki. tapi aku gagahkan diri jugak jalan ke arah pakcik dan nenek aku.
tapi tiba-tiba aku rasa nak patah balik and pergi kat area orang lambai-lambai bakal haji tu. walaupun aku rabun jauh and masatu keadaan agak gelap tapi aku pasti yang aku nampak tu adalah abah ngan mak. aku pasti sesangat. so aku pun melangkah dengan lajunya ke pagar yang memisahkan kami. aku dengar orang panggil aku, mungkin tu cousin atau kakak aku tapi masa tu aku dah tak fikir apa-apa. yang aku tahu aku nak ke 'sana', tempat yang aku boleh tengok ayah aku dengan lebih dekat. mungkin hanya dekat SEDIKIT tetapi itu pun dah cukup memuaskan.
aiseh memang kanak-kanak ribena gila tadi. taktau nape takboleh stop lak air mata ni. dan dan je mengalir macam baru tengok filem kabhi kushi kabhi gamm. aku tengok filem tu pun tak nangeh cenggini.
itulah kan, sepanjang perjalanan pulang kerumah kepala aku berat sangat. nak terlelapp dahh tiba-tiba pakcik aku tanya macam-macam. aku pun jawab la dengan gagahnya. kesian pulak kalau nak biarkan soalan tu tergantung tanpa jawapan.
sampai rumah buat air untuk pakcik dan nenek nenek sekalian. kemas dapur, basuh baju, iron baju, minum nescafe (nak overnight la konon sebab nak study, last last laptob gak aku hadap) lepastu baru aku naik bilik.
emm..
mak, abah,
mungkin alynn tak reti nak lafazkan apa yang alynn rasa
memang alynn tak petah berkata-kata dengan mak abah
mungkin alynn selalu menyusahkan mak abah
memang alynn anak yang paling degil dan keras kepala
mungkin mak abah tak tahu
memang alynn tak pernah beritahu dengan lisan
tapi percayalah mak.. abah.. alynn sayang mak abah.
memang betul alynn tak pernah ucapkan benda tu kat mak abah.
sungguh! aku TAK RETI nak ucapkan 'itu' kat sesiapa even parents aku sendiri. dalam blog boleh le!
Teruk sangat ke aku ni?
Ajar aku PLEASE?
p.s: by the way, sekarang parents aku dalam flight. yeah, takecare mom, dad. sekarang aku dah taknak jadi macam kanak-kanak sebab aku dah besaaaaaaaaaaaaaaaaau. and mak abah pergi sana bukan saja-saja. dia beribadah. so aku patut bangga. bukan sedih. kan? :)