Monday, October 18, 2010

Setelah beberapa kurun lamanya..

OMG! aku telah mecatat satu record paling lama tak ber-blog-ing. Berapa bulan lah jugak kan, pecah record betul.. aku bukan taknak update cuma busy je. yelah makin besauu makin banyak tanggungjawab. cehh (padahal~)

lagipun aku lebih kepada Tumblr.com sekarang. Ntahlah, aku rasa post kat situ lebih mudah, cepat, dan private sikit daripada dekat Blogspot.com ni. by the way, this is my link,


http://Adziest-lynn.tumblr.com

itupun jarang bebenooo aku update Tumblr tu. Malas lah nak menaip bagai. Dan disebabkan aku dah lama tak menulis macam dulu, karangan aku makin merosot. (sobss) by the way cerpen yang aku buat haritu aku rasa dah jadi novel. sebab panjang sangat. nanti ada masa aku letak kat blog okehh.

Hah, disebabkan terlalu lama tak update blog ni, banyak pulak cerita yang aku nak tulis. tapi tak semua aku akan tulis dalam entry ni. mungkin ada sedikit yang akan aku simpan untuk dijadikan bahan dalam entry seterusnya.

aku nak cerita pasal Birthday aku haritu. yeahh, memang ini tujuan aku membuka semula account Blogspot.com ni. Kenangan zaman remaja patut dicoret dalam Blog ni so that one day nanti aku boleh baca balik. Tak kisah lah kalau kenangan ntah pape pun kan. aku tetap nak cerita, tak kire.

Okay, untuk birthday tahun ni je, Dua kali aku 'disimbah' tepung, dan dua kali memotong kek.


Jumaat, 8 Oktober 2010

8 Okt bukan birthday aku, tapi birthday wany. So, si naqib selaku jejaka kepit pun plan nak baling tepung kat wany. mula-mula aku tak tahu aku pon berada dalam plan diorang ni, so aku dengan muka innoncent pergi ke taman tasik sri serdang tu dan park motor sebelah motor peekah. dari jauh aku nampak diorang tengah minum air coke McD.

lalu aku pun berjalan ke arah mereka..

Dah lah time tu dengan beg gitar yang berat tu. aku duduk kat tepi akid and main lagu err.. lagu apa eh time tu? lupa ah. lepastu akid amik gitar and main. aku taktahu pulak akid saje nak bawak lari gitar tu supaya bendealah tu tak kena tepung sekali. so aku amik balik gitar tu and main main main. and then borak borak.

tiba tiba akid, wan, naqib ngan wan ameer datang and aku dengar akid cakap

"sorry to say, aku terpaksaaaaaa!"

and dupp.. satu cawan McD yang full dengan tepung tuu hinggap kat kepala aku. aduih. dah macam salji youuuuuuuu knooooooooooooooooww. habis dengan gitar gitar pun putih berseri. akid dah gelak-gelak. wan ngan naqib sambung baling baling tepung. aku dah... err >,<

Lepastu sesi potong kek. hahaha.












Jumaat, 15 Oktober 2010

15 Oktober tu pun bukan birthday aku. tapi birthday Jazli, not me. classmate aku ada beli kek. tak tahu pulak nak sambut sekali dengan aku. haha. sewoinooook aiii~

masa rehat lah, diorang ajak ke tempat parking basikal. aku memang dah tahu pasal kek tuu tp tak tahu lah pulak untuk aku sekali.

*gelak*

tapi thank god laa kitorang dah semakin rapat. ini yang aku harapkan dari awal tahun. kitorang jadi macam satu family. hee ^,^

ni haa gambar;








Ahad, 17 Oktober 2010.

Harini pun BUKAN birthday aku lagi. Birthday aku 16 Oktober. okay, pendek cerita lah kan, harini hari ahad. tak sekolah. tapi budak class Agro ada Planting Tree Ceremony kat UPM. so, aku pun pergi laa. aku pun tak tahu diorang plan nak kenakan aku. yeahh ini paling terpaling paling teruk yang aku pernah kena. wuuuuuuuuuuu, nasib baik takdok telur. haih.

macam ni, dari dalam bas on the way balik sekolah tu, aku duduk sorang-sorang melayan perasaan. lepastu aku dengar Moon panggil aku. tapi aku buat tak tahu pesai aku kalau dah melayan perasaan memang macam ni. aku dalam dunia aku. lepastu Syera macam dah beriya-iya panggil aku, dia cakap mun panggil pegi belakang. aku pun pusing la, agak pelik kenapa macam ramai orang kat sini? tak duduk pulak tu? and boleh pulak alia pegang camera? ahh time tu aku tak fikir pape, tengah blur + penat kan. so aku pergi jelah kat Moon.

Sampai belakang, Moon cakap

"macam couple kan gambar ni?" dia tunjuk gambar Syera ngan Akid

aku dah pelik,

"haa? couple?"

TIBA-TIBA moon peluk aku, pegang and Kunci tangan and kaki aku, then terduduk aku kat situu takboleh bangun. diorang ramai-ramai ikat tangan aku. aku dahhh.. ALAMAK MACAM MANA BOLEH MASUK JERAT NIEEEEEEEEEEEEE!!

*gelak*

akid ikat tangan, moon @ mas kot yang ikat mata aku. perghh time ni aku redhaaa jelaah kann memandangkan Moon dah kunci kaki aku and tangan dah kena ikat. aku ni dah macam pesalah sedang menanti hukuman gantung! kekekeke.

masatu punyalah diorang cakap nak buat macam-macam. aku tak percaya sebab diorang member aku. hahaha. lepas bas berhenti, aku di bawa turun oleh Moon si mastermind tuu. dah macam dalam cerita P Ramleee hang tau dakkkk! sobss sobss.. jadi buta sat. hahaha.

sampai tempat yang dituju, moon suruh aku duduk. aku pun duduk jela macam kerbau dicucuk hidung. beberapa minit kemudiann..

Moon datang kat aku and cakap, kini tibalah masanyaaaaaaaaaaa... dan dia pun bukak ikatan mata aku ni tapi tangan dia tak bukak pesai nanti aku lari. hahaha.

hamek ko, dua packet tepung aku kenaa. sekali dengan air. dalam stokin pon diorang sumbat. aku dah takboleh buatpe sebab tangan dah di ikat. perghhhhhhhhhhhh tuhan jelah yang tahu betapa teruknya aku kena.

lepastu baru diorang cakap happy birthday ape semua. baru ada ucapan pastu diorang mintak maaf sebab buat macam ni la ape la bla bla bla blaaa..

takpoooo koranggg nanti aku buat korang lagi teruk. sumbat dalam loji hahaha. Mula-mula memang macam nak marah bila fikir macam mana aku nak balik dengann ghupe macam cekodok ni, tapi bila fikir fikir balik, setahun sekali kan. ape salahnya. and then aku pinjam motor akid, balik rumah and mandi ape semua. then datang balik McD lepak dengan diorang. hahaha.

Seriously, that was sooo unforgottable memorieeeeeeesss..

bila aku ingat balik memang tergelak tak ingat dunia! hahaha!


click at the picture for the large view.
haa, kat situla aku kena jampi seranah. *gelak*
ni mereka mereka yang sungguh kejam berlakon happy 10 minit sebelum aku dipanggil.



okay begini lah rupa aku di ikat dan di siksa. wakaka


maaf kerana entry panjang sangat, inilah akibatnya dah lama tak update blog kan. saya harap polis tak tangkap saya sebab membebel panjang sangat (copy paste apesh hihi)




p.s: I've got more than 200+ wish in just one day! it was amazing lol. thankyou guys. love ya! :)

No comments:

Post a Comment