Friday, March 5, 2010

// Speechless


Lama pula aku tinggalkan blog ni. aku kemarau dengan idea, pendapat. otak aku penat bekerja seharian.

jadi harini aku rasa nak biarkan jejari aku menari di atas papan kekunci laptob bewarna putih ini. aku bosan. tak tahu nak tulis apa. takpa, aku biar jari ini meliar.

hari ini aku tak datang kesekolah dengan alasan sakit badan selepas bertarik-tarikan tali dengan mereka yang menganggotai pasukan rumah sukan masing-masing. aku pun join juga. rumah sukan utarid. utarid hebat. aku tahu.

sejak kebelakangan ni, mood aku untuk mengupdate blog semakin hilang. hilang entah kemana, aku pun tak tahu. sama juga dengan idea aku untuk menulis. pun hilang. bersama mood aku. haih, pelik betul.

yang pastinya, aku ada banyak cerita. terlampau banyak cerita sampai aku sendiri lupa akan semuanya. macam mana ni kawan? takpa, nanti kalau aku dah ingat aku terus set dalam handphone capuk aku tu. huh, ntah bila lah aku nak dapat handphone baru. *mengeluh

oh iya, aku ada satu hajat nak letak disini,



ntah kenapa masa aku tengah syokk berjalan dalam satu kedai kat mines haritu, aku ternampak ada seorang perempuan pakai purdah. kira complete dengan jubah semua lah. ntah kenapa aku rasa macam teringin sangat nak pakai macamtu juga.

aku tahu aku tak cukup baik nak pakai macamtu, tapi aku cuma harap lepas dah kahwin nanti aku dapat pakai macam ni. haha jauh betul aku fikir. hehe. *malu

tunggu! ada lagi,



seriously, aku sangat-sangat perlukan bendaalah ni. aku banyak kerja dengan kelab fotografi tu. aku sangat-sangat perlukan bendealah ni secepat mungkin. tolonglah mak, abah. orang nak guna benda ni. hurmm. tak dapat yang baru, repair le yang lama tuuuu. adoii~


p/s: aku takda mood nak berbloging ni sebenarnya. haiyo!

No comments:

Post a Comment