Tuesday, November 1, 2011

Oktober v.s November

Aku pernah cakap, aku tak pasti sama ada dalam blog atau di facebook. Dua bulan ni memang sangat bermakna untuk aku. sangat.

Oktober sudah pun melabuhkan tirai dan sekarang November kembali muncul dengan musim hujan yang menyejukkan.

Macam-macam yang terjadi dalam bulan oktober ni. aku malas nak list kan, cukup lah aku sorang je yang tahu. yang aku nak cerita sekarang ni ialah November.

Aku takkan lupa, macam mana susahnya aku menghadapi November yang lepas.

November yang paling berat untuk aku tempuhi,
November yang akan aku ingat sampai bila-bila,
November yang penuh dengan air mata,
November yang pernah memulihkan,
November yang telah menguatkan,
November yang dah mengajar aku erti kehidupan
November yang mungkin jadi titik untuk aku maju ke hadapan.

itu semua dalam November 2010.

Aku belajar macam mana nak membawa sebatang lilin dalam hujan di bulan november yang memang sangat susah kalau difikirkan ikut logik. tapi dengan usaha dan doa, aku boleh. api tak terpadam, kuyup itu pasti. Tapi kadangnya bila kita basah lencun sekalipun, percayalah cakap aku, lepas kau dah lepas semuanya kau akan lega.

Kerana tiada yang kekal lama dan kita semua tahu bagaimana susahnya untuk melepaskan orang yang kita sayang pergi selamanya.

Aku tahu aku lemah, sebab mak aku cakap orang yang kuat ialah orang yang berjaya lepaskan orang yang disayang pergi tanpa setitis air mata, malah patutnya aku tersenyum bila dapat tahu berita ni, Dia Jihad Fi Sabilillah, Syurga Allah tempat dia. Cuma aku pun bukan nya sempurna mana, tipulah kalau tak sedih. tapi takda lah sampai berguling-guling meroyan.

Tapi tu dulu.

Sekarang aku dah belajar menerima keadaan. pengalaman mengajar kita kan. cuma mungkin kadang-kadang aku terlupa.

Maafkan alynn bah, kadangnya alynn leka dengan dunia sampai lupa kat abah.

Tapi alynn akan cuba yang terbaik dan jalankan tanggungjawab alynn walaupun alynn bukanlah anak mithali macam yang semua parents nak.

Ini dia November aku, November yang penuh dengan kenangan.

November dimana aku mula langkah dalam dunia baru.
November dimana aku mula belajar melepaskan orang yang disayang.
November dimana aku mula bangkit setelah bermandi dengan air mata dalam Oktober
November yang penuh dengan kekuatan.

Mungkin bagi korang ni macam merepek, tapi bagi aku, November memang penuh dengan kekuatan. Walau November datang dengan Hujan, tapi kata orang hujan tu rahmat. Biar hujan tu cuci segalanya. Biar air hujan tu bawa pergi segala duka segala pedih. Biar.

Hujan November, sangat bermakna buat aku.

Jangan risau, aku menaip entri ni dalam senyuman. Aku cuma terkenang.

Semua orang ada cerita masing-masing kan?

*senyum*

Setiap catatan calam blog aku ni ada sejarah yang tersendiri, aku suka menulis bila aku rasa nak luahkan sesuatu. Aku juga suka bercakap, tapi Alynn yang bercakap dan Alynn yang menulis adalah dua Alynn yang berbeza. mungkin kau kenal aku diluar macam mana, dan di dalam blog macam mana. Lain bukan?

Aku juga lebih suka diam daripada bising. Aku suka termenung memikirkan sesuatu. Aku memang banyak celoteh tapi tu semua hanya bila dengan kawan-kawan.

Oh iya! aku juga suka membebel. hehee~

Kau nak aku patahkan hujah kau? mungkin boleh. tapi aku tak sehebat mana. aku juga bukan debator, cuma aku suka berdebat benda remeh temeh.

Ramai yang kata blog aku tak macam blog budak Tingkatan 5.
Entri aku tak macam entri budak sekolah.
(padahal aku punyalah kebudak-budakan sebenarnya tau)
Aku taktahu menahu tentang tu semua, yang aku tahu aku cuma menulis apa yang aku nak tulis.
Dan cara aku menulis memang begini.
Dalam nada serius, padahal aku taip siap sambil sengih-sengih lagi.
Aku cuma, takkan lah dalam penulisan pun nak guna segala shortform, smiley and so on tu?
Ini kan hasil tulisan. Bukan sembang-sembang kosong macam kat facebook kan.
Dua gaya berbeza tu.

Oh nak bagitahu ni, aku tak suka masuk blog yang ada Lagu dan tak ada button "Stop".
Kemudian aku terpaksa tekan button "Mute" dekat volume. Ahh...

Hahaha! Okay ni dah lari topik. bye.

p/s: This November, satu lagi sejarah dalam hidup aku akan tercatit. Sijil Pelajaran Malaysia, yeah. Lagi 14 hari.


Lagu ni sangat bermakna, dulu ada orang bagi aku. 
Okay baru sekarang aku boleh faham betul-betul maksud lagu ni. 

2 comments: