Saturday, June 26, 2010

// Minggu depan aku perlukan lagi sepasang tangan..

BOOM TEBABOOOOOOOW!~

*gelak*

ah sudah, hye semua. para blogger, para follower dan kawan-kawan.

dah nak dekat seminggu aku tak update blog ni. well, tengok la kan. haritu kata nak naikkan semangat ber-blog-ing aku tu tapi apa hasilnya? see, terbengkalai. alah biasa lah tu.

*sengih*

seperti biasa, otak aku masih lagi cetek dengan idea. kering tanpa sebarang cadangan yang melintas. aceceh. mula lah tu nak berdrama swasta. hehehe. okay, mari kita teruskan.

semalam aku pergi perjumpaan sidang redaksi smk seri indah untuk sesi 2010. haaa, mau tidak nya aku kena membebel sebab tak siap lagi laporan sukan dan permainan. heh. biasalah, alynn.. siapa tak kenal kan.. *gelak lagi*

lepastu cikgu bagi tahu yang minggu depan adalah minggu koperasi dan minggu sesi fotografi. masa tu aku dah macam..

"OMG! comfirm kelam kabut"

yelaa, mana tidak nya nak bertugas permata lagi, sidang redaksi lagi, kelas lagi, hai tak menang tangan la nampaknya. kalau boleh pinjam tangan sesiapa, aku lah orang pertama yang beratur nak mintak borang kebenaran. betul.

hmm lepastu cikgu cakap lagi. sesi fotografi tu hanya ada pada hari rabu dan khamis. aku pun macam, okay la kan atleast dua hari je nak kena jadi singa. yes, cikgu siap bagi amaran lagi yang berbunyi macam ni..

"haa kamu orang semua jangan nak main-main eh time sesi fotografi tu. kalau cikgu nampak, memang nak kena!"

aku dah..

err...

......

okay. aku akan cuba try test.

aduhh. aku takdapat nak bayangkan. macam mana lah nanti. dengan orang ramainya, dengan nak kena cari budak-budak lagi, naik kelas turun kelas, dengan kelas beratur nak tunggu giliran ambil gambar, dengan kiosk-kiosk tepi koridor jual macam-macam (sebab minggu koperasi kan) and so on lah. hai, redha jelah alynn oi.

hurmm. okay, aku dah kering dengan idea. nak tulis ape lagi ni? alamak! sampai disini jelah rasanya. memang aku takda idea langsung ni! KOSONG!


comel tak aku lukih atas belon ni? HEHE


p/s: tak sabar nak tengok toy story 3 esok! haha. tengok dengan the jimband band. *gelak*



Friday, June 18, 2010

// @#$%^&*$%&!!



aku. marah. ya, memang tengah marah. so?

aku taksuka. sumpah tak suka. aku benci bila aku marah. sebab bila aku marah aku macam dapat rasakan bagai ada api dalam badan. macam ada sesuatu yang menganggu aku sampaikan sesiapa yang menegur akan jadi sakit hati. and bila aku marah, aku dapat rasakan seolah-olah kepala aku ni macam nak pecah. macam... @#$%^&*(!!!

aku benci marah. memang aku benci. sangat.

aku tak suka nak marah marah tapi bila marah tu dah bermaharajalela dalam diri, aku sendiri tak dapat nak mengawalnya. mungkin kerana aku ni jenis yang suka memendam, jadi bila marah itu sesekali datang, ianya mungkin akan menjadi satu masalah kepada orang lain. aku tahu.

lama.

aku boleh mengawal marah aku. ya, sekarang memang aku sedang mengawal aku punya marah tu. aku diam. semua benda aku tak hiraukan. hanya gempa bumi sahaja yang boleh membuat aku bersuara kalau aku sedang marah. mungkin ada juga benda lain tapi dalam keadaan marah begini aku tak dapat nak fikirkan apa apa selain itu. diam.

*muka berkerut*

again. aku sangat tidak suka situasi begini.

selalunya bila aku tengah marah, aku akan diam sepanjang masa. memang diam sediam diam yang mungkin. aku akan berada dalam dunia aku sendiri yang tak mungkin korang akan dapat masuk. dunia aku lain. hanya ada aku. dan aku. dunia ciptaan aku, hanya aku je yang mampu memahaminya.

penat aku berinteraksi dengan otak, hati. berkata;

"jangan marah, cool. marah-marah pun takda guna kalau kau yang sengsara"

okay, tarik nafas, hembus. istighfar banyak-banyak lynn. hmm, aku sedang berusaha sedaya upaya untuk berinteraksi dengan otak, akal dan juga fikiran. aku nak cepat-cepat melegakan kemarahan ni. aku tak suka jadi seorang yang pemarah. aku benci (!)

bila marah, otak aku sakit. kepala aku sakit. jiwa aku sakit. tekanan darah naik. apa guna? nampak kan mana baik mana buruknya?

okay aku lapar. mungkin dengan perut yang kenyang nanti aku dah tak marah-marah lagi.

selamat makan malam semua.

p/s: sakit hati tak bila kau sakit hati dan semua orang disekeliling menyakitkan hati. dan sakit hati kau tu sangat menyakitkan hati. (?)

Thursday, June 17, 2010

// Nota tepek dahi


"hai, nama saya pak meon" *gelak*


benda ni sebenarnya dah lama aku nak tulis. cuma tak berkesempatan. (?) or aku sebenarnya dah pernah tulis benda ni. entahlah kawan, aku sendiri pun tak ingat. hihi.

okay, benda ni dah season gila. berkurun lamanya. aku rasa awal tahun dulu aku nampak benda ni.

begger. yelah, peminta sedekah.

katmana aku jumpa dia tu aku takboleh nak beritahu.

masa tu aku tengah jalan dengan penuh ketelitian memerhati sekeliling. pandang atas bawah kiri kanan untuk mencari sesuatu yang menarik. (haha poyo) well, macam biasa lah. even time tu aku dah terlambat dan rakan aku dah tunggu berejam di seberang, aku tetap jalan lambat. relax ah. macam tak biasa pulek. hehehe.

masa aku naik jejantas. kelihatan seorang begger (warga india) yang kudung kakinya duduk bersila dihujung sana. sambil memegang cawan usang. aku pun terus seluk poket/beg/dompet untuk mencari sedikit wang untuk diberikan. apelah salahnya bagi sedikit kan. masa aku dok cari 'duit' tu, aku terpandang dia. ehem. jalan kosong. hanya ada aku dan begger tu. jarak kami dalam 15 meter macamtu. (atas jejantas ni) tiba-tiba kedengaran bunyi ringtone lagu apa ntah. aku tak ingat.

aku terberhenti. pusing tengok keliling. hanya ada aku. dan.. begger. okay. begger tu punya phone yang berbunyi. aku mula tertarik. memerhati si begger dari jarak jauh (even aku rabun haha) aku jalan perlahan sedikit. dan sempat melirik ke begger tu. eheemm. wahh, nak tau tak dia pakai phone ape?


nah tengok ni..


tadaaaa~ nampak? okay memang lah just k750i.

aku curi-curi dengar perbualan si begger tu. tapi hampa, dia berborak dalam bahasa tamil. sumpah aku tak faham. dia cakap dengan suara happy. aku tak tahu lah apa yang diborakkan. aku pun lalu depan dia macam innoncent. dah sampai hujung sedikit, aku baru perasan masih ada rm1 di gengaman aku. aku pandang belakang, si begger masih 'bergayut'. aku diam. simpan semula duit tu dalam dompet.

aku terfikir jugak kan. dia ni kes begger menipu ke, atau tu phone anak dia punya ke, atau dia jumpa phone tu ke, atau ada orang bagi phone tu kat dia ke atau.. entah lah. tapi, macam mana dia nak beli credit untuk phone tu?

aku tengok phone aku. bezakan dengan phone dia. sangat jauh berbeza. dia punya lagi canggih. dia punya lagi maju. tapi dia... begger. kan?

*mengeluh*

betul ke dia orang susah? takkan lah. ehh, entah! dia boleh berjalan. aku nampak sebelah dia ada tongkat. masih bisa berjalan lah tu maknanya kan.

puas aku fikir, dari dulu sampai sekarang. aku masih musykil. tak berjaya merungkai persoalan ni. (acecehhh)

tapi tak mengapa. bukan masalah aku. itu hal dia. bukan hal aku. jadi aku diamkan jelah. cuma kadang-kadang bila aku lalu tempat tu lagi, dan bila aku ternampak dia, aku jadi pusing. again.

ah, lupakan jelah. malas nak fikir lagi. buat penat otak aku je.

hmm, tengok ni..


eii, geram gila aku tengok 'budak' ni. rasa nak penyek-penyekkan dia je.

comel kan? ada macam aku tak?

*gelak guling guling*

aduh, bila lah si gemok kat rumah tu nak beranak. aku tak sabau nak main dengan anak kucing baru ni. cepat cepat lah beranak ye makcik gemok yang kuat makan ikan.

// Tagged again.

Thanks Yasmin.

1) Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih nama itu ?

well, like always.. alynn. ohh ada yang baru; syapikah metro. haha.


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu ?

katakitakamuawak. timbul idea nama ni eh ? maybe sebab aku banyak cakap kot. and aku banyak terima pendapat orang. so, kata kita, kata kamu, dan kata awak. *smile*



3) Apakah method penulisan dalam blog anda ?

menulis. mengarang. mencipta. membebel. err, banyak lagi. ikut mood. haha.



4) Pernah terasa nak hapuskan blog ? Sebabnya ?

tak pernah. even aku dah malas nak update pun, tak pernah terasa nak delete langsung sebab banyak benda yang dah tertulis dalam ni. kenangan tau tak! haha.



5) Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda dan apa kata mereka ?

ahah, pernah. baca diam diam. hengat aku tak tahu lah tu kan. hahaha. diorang kata aku menulis macam matang sangat, tapi perangai macam budak budak. entah ler, lantak pi ah. pedulik hape aku. haha.



6) Apa perasaan anda apabila orang lain mengatakan bahawa blog anda buruk , sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda cantik ?

who care? gua punya blog, suka hati gua lah. janji gua tak kacau hidup lu. (kejam tak? huahuahuwiwiwi)


7) Bilakah anda mula mempunyai blog ?

hmm, 2008 rasanya. masa form 2. urghh i can't rmember it lol. sapa jelah yang rajin sangat nak ingat tarikh buat blog ni kan..


8) Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai blog ?

hmm, rasanya encik panda kot. eh, ntah lah. kawan aku kot. arghh!! tak ingat ah!! (sambil hentuk hentuk pale kat dinding berusaha nak ingat) but still tak ingat T__T



9) Apa perasaan anda apabila orang asyik mengatakan tentang blog anda di sekolah ?

wah, femes jugak blog aku ya? (bangga ni)



10) 10 orang ke atas seterusnya ditag
ehem, malas lah nak list. kawan-kawan, sila ambil ya quiz ni.

Wednesday, June 16, 2010

// Biar blog jadi saksi


okay, tajuk nak gah aje. dah. mari mulakan bicara hari ini.

aku nak letak dua benda ni kat sini. biar semua orang tahu, biar semua orang rasa apa yang aku rasa. biar semua orang sedar. biar ah, lantak ah. pedulik hape aku! dah takda orang nak dengar, hah biar blog jadi saksi!


ape ni? aku pun ada perasaan okay? dua tahun aku tunggu.
kenapa orang lain yang dapat? mana janji? ah, janji melayu!

nak lagi?


nah..

benda ni lagi murah dari yang atas, aku mintak tahun lepas. ape cerita?
siapa menang siapa kalah? siapa betul siapa salah?


jangan ingat aku ni masih kanak-kanak. aku sudah 16 tahun. bukan lah aku nak cakap aku ni besar sangat, tapi dengan nombor 16 tu sudah cukup besar untuk aku pandai berfikir. aku pun ada perasaan. aku pun ada keinginan. tak pernah fikir semua tu ke? mana janji? pernah fikir macam mana aku tangisi semua ni seorang diri? mark my word! seorang! ada fikir?

aku simpan. lama. kau ada tahu? kau ada tanya? ahh, semua salah aku. aku yang diam. aku yang dosa. ada fikir kenapa aku buat semua tu? nothing happen without reason lah.

kenapa aku? kenapa mesti aku?

and kenapa dia? kenapa mesti dia? kenapa tak aku?

can you please give me the answer. please?

argh!! sakit jiwa aku! sampaikan kadang-kadang aku malas nak dengar semua tu.
bukan apa, sakit hati tau tak! sakit hati sakit mata sakit jiwa segalanya sakit lah!

p/s: d'you care about my life? do you? sigh..

*seka air mata*