Monday, February 22, 2010

// Entri ini bosan. Jangan baca!

aku bosan. mahu menulis sesuatu di dalam handphone lalu dihantar kepada kawan-kawanku, tetapi tangan pendek ini tak tercapai pula handphone yang berada nun jauh di meja belajar. lalu aku matikan saja niat ini. melupakan niat mahu bersembang itu.

lalu perasaan bosan yang kian menggunung ini membuatkan aku tak senang duduk. resah gelisah. mengalahkan macam orang jatuh cinta pandang pertama. itu teruk. aku tahu.

untuk hari ini saja, perasaan bosan itu telah menghantui aku sejak dari pagi sehinggalah malam hari, yakni sekarang. aduh bosannya aku. kesian kan.

oleh kerana bosan, aku pun mengkaji serba sedikit tentang perkataan bosan itu dengan diri aku.

jadi inilah konklusinya..

perasaan bosan itu bukanlah satu gangguan malah secebis masa yang kau perlu tahu, iaitu untuk merehatkan diri, minda dan mental engkau. juga boleh diadaptasikan sebagai masa untuk kau berehat. kerana hanya pada masa bosan ini lah kau tak diberi, dan tak ada kerja yang perlu di bereskan.

jadi jika kau terasa bosan, jangan mengeluh. jangan merungut. sepatutnya kau bersyukur kerana ada masa untuk kau berehat. ah, lebih kurang lah.

by the way, aku rasa blog aku dah semakin membosankan. aduh, penatnya aku nak dengar perkataan bosan tu. *sigh

p/s: entri ini bosan. sebab aku buat time aku bosan. jadi macamni lah entri bosan aku.

No comments:

Post a Comment